Teknologi Handphone Terbaru Di Jepun
oleh sorensen pada 12 Jun 2007 dalam teknologi
Keistimewaannya:
- Siri 903i pertama kali memasukkan fungsi GPS dalam handphonenya. Selain membekalkan servis untuk mengenalpasti lokasi handphone, ia juga menyokong fungsi mencari handphone. Apabila handphone hilang, pengguna boleh menggunakan fungsi GPS 'My DoCoMo' untuk mencarinya melalui komputer peribadi. Jika ia masih berada dalam kawasan liputan GPS, lokasi handphone itu dapat dikesan (anggaran kesilapan jarak dlm beberapa ratus km).
P903i (keluaran Panasonic)
P903i adalah satu2nya model handphone dalam siri ini yang menyokong SPC (Secure Private Cosm) iaitu menggunakan teknologi Bean Jam Shin Key. Ia juga menyokong fungsi mengecam wajah, yang mana pengguna hanya perlu mengambil sekurang2nya 3 gambar wajah sendiri bagi membolehkan handphone berkenaan mengingati wajah pemiliknya. Jadi handphone itu hanya akan membuka kunci keselamatan setelah mengecam wajah pengguna. Apa yg menarik, ia boleh mengesan sama ada mata pengguna itu mengelip atau tidak, jadi agak mustahil utk menipunya menggunakan gambar. Model ini mampu memainkan muzik berterusan selama 72 jam. Dari segi penggambaran, ia dilengkapi Maicovicon dpd Panasonic, dilengkapi fungsi auto fokus dan rakaman QVGA sehingga 30 keping sesaat.
Keistimewaannya:
- Fungsi Bean Jam Shin Key masih menggunakan keselamatan sebagai poin jualannya. Satu handphone kecil 'Bean Jam Shin Key P01' yang menyerupai kunci akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian handphone. Apabila jarak di antara handphone dgn pengguna yang membawa 'kunci' itu melebihi 8 meter (boleh ditetapkan sendiri) handphone akan terkunci secara automatik. Pada masa itu, semua fungsi membuat panggilan, kad IC dan fungsi lain tidak dpt digunakan. Dengan handphone ini, hak peribadi seseorang akan lebih terjamin.
SH903iTV (keluaran Sharp)
SH903iTV menggunakan teknologi televisyen LCD AQUOS, Super Vivid (SV) yg mana meningkatkan tahap kejituan serta kontras skrin. Ia menggunakan skrin terlebar di dunia iaitu skrin LCD ASV berukuran 3 inci dgn resolusi tinggi (wide QVGA) 240x300 pixel. SH903iTV menyokong fungsi 'wansegu' di mana boleh merakam program yang dimainkan lalu menyimpannya di dalam kad memori handphone. Seperti DVD, ia boleh memainkan audio visual serentak dengan pantas.
Keistimewaannya:
- Jepun telah melancarkan perkhidmatan siaran TV digital melalui handphone pada April 2006. 3 model handphone televisyen Siri 903i mempunyai ciri yg sama, iaitu saiz skrin yg sangat besar. Ia dpt memainkan 1seg, lensa kamera 3 megapixel dan kapasitinya boleh diperbesarkan. Kualiti gambarnya amat jelas & jitu, jauh lebih baik daripada handphone 3G yg kita gunakan pada masa ini.
@socasnov
Arkib
-
▼
2007
(38)
-
▼
Jun
(17)
- Menjejak bumi semenanjung
- Ke kuching kejap...
- Tribute to my friends...
- I'm back to school!
- Pesta Benak Sri Aman 2007
- Aku kayo!!! Ahakzzz!!!
- Mobile M300 - Henfon Jam Tangan
- Teknologi Handphone Terbaru Di Jepun
- Jeritan batinku...
- LG KE970 Shine : Model kedua Black Label Series
- Download video Youtube!
- Selamat hari ulangtahun ~SoReNsEn~
- Apa khabar sahabat2ku?
- Zaki ada henfon baru!
- Sony Ericsson, Aku Dan Keluargaku
- Nokia - Kepercayaanku Yang Hilang!
- Salam Perkenalan!
-
▼
Jun
(17)