Menjejak bumi semenanjung

oleh sorensen pada 30 Jun 2007 dalam ,

inikah LCCT? owh.. barulah aku tahu...
Fuh.. rasa mcm mimpi je aku hari ni.. bukan apa, biasanya aku ni kalau bab2 berpisah dgn family mmg selalu "in character" (tanya kat omar maksud dia, hiks!). tapi ntahla, mungkin hati aku dah tepu sgt terperam lama kat rumah, dgn azam yg tinggi untuk sambung study.. dgn selambanyer sampai la aku kat sini.. destinasi pertama setibanya di semenanjung iaitu KLIA. sebenarnya dtg ke sini tujuannya nak tido, sbb selesa lagik dpd kat LCCT tu.. tapi biasa la kan aku ni kalau dah namanya hantu internet, tengok connection free (laju plak tuh) berjaga sampai pagi esok pun xpe.. kalau pengsan masa tgh register kat UPM kang, abang aku ada utk papahkan, ahaks!! astagalavista, xdela.. mmg aku xleh tido sbnrnya. SMS bpk tadi betul2 menyentuh perasaan aku. dia pesan "selamat sampai ke destinasi, Allah bersamamu"..
jgn risau bapak.. dia ke sini untuk menggapai impiannya yg satu itu.. jgn risau ya.. dia juga sangat menyayangimu, sebagaimana kau menyayanginya... dia tahu itu...

masa tgh makan.. sepi betul klia malam ni, sesepi hatiku..
besar jugak tempat ni..
sbnrnya dpd kuching tadi mmg aku dah lapar giler.. tapi tahan je la.. makanan dlm kapal terbang tu mahal sgt.. lagipun mmg tak selera sgt nak makan pun.. so aku biar je la.. sampai je kat klia tadi terus aku dgn abg aku pi mcd makan burger.. harga dia.. erm.. biasala, nama pun klia kan..
okla takde pape yg menarik lagi belaku pun.. pasni nak surf jap pastu nak duduk rehat.. lps ni mgkn jarang sikit aku dpt update blog ni kot, terutamanya dalam minggu pertama ni. bak kata illyana, "biasala, pelajar universiti.. memang banyak kerja" (walaupun hakikatnya lepas grad tetap menganggur jugak, ahakzz!!) tapi xpela, bagi aku masa utk mengumpul citer2 baru k.. yg pastinya menarik la kan.. (citer boring pun tetap akan jadi menarik jugak kalo masuk cni, huhahuhahuha!!) korang tak sabar tunggu? hah! aku lagi la tak sabar!


3 komen seterusnya...

Ke kuching kejap...

oleh sorensen pada 24 Jun 2007 dalam

Fuh.. aku penat hari ni sbnrnya.. baru je blk dpd kch, yelah kena settle urusan cket psl nak skolah balik ni. Pegi tak lama, sehari je.. hari jumaat pegi pastu terus balik hari ni.. tujuan utamanya nak amik borang pinjaman yayasan swk. abg aku (yg ada kat kch) dah tolong amik dpd ofis diorg, so aku amik dpd abg aku jela kat mpbl tu. Maklumla, aku mana nak dpt pjmn ptptipu dah skang ni, dah ada hutang dgn diorang katakan.. nsb baik xbyk.. huhu..

Pastu dah alang2 smp kat sana, aku pun b'cdg nak bt medical checkup terus kat klinik luar. Bukan apa, kat tmpt aku ni ada jugak klinik tapi bab2 x-ray tu diorang liat ckit. Nak harap hospital kerajaan? Huh, nak bt checkup ckit dgn urine test pun amik masa pagi sampai ke petang.. meluat aku. Aku tau tu sbb dulu aku penah kena, tu yg serik sgt.. buat kat klinik luar tak smp sejam pun.. blah la spital kerajaan!

Bila dah settle tu.. aku ajak la bpk aku shopping ckit brg2 yg nak dibawa nnt.. xdela byk sgt.. cuma bbrp helai baju, suar dgn sepsg kasut je.. utk tambah sikit stok yg dah sedia ada takut tempat tu nnt ngengada nak benda pelik2.. yg lain2 tu, stok khazanah lama masih ada yg tertinggal dalam almari..

hehehe.. motif beli jenama ni bagai?

Cuma risau ckit skang ni sbb surat twrn original tak smp2 lagi.. pstu nak call yayasan swk nak tny psl prosedur pinjaman... pening weh, smp tekanan darah aku turun masa medical checkup hari tu sbb byk sgt berfikir!!!


2 komen seterusnya...

Tribute to my friends...

oleh sorensen pada 20 Jun 2007 dalam , ,

Heheh, sbnrnya aku malas nak citer pasal kepergian aku kembali ke "sekolah" ni... tapi ntah mcm mana tiba2 malam ni, ramai plak member2 yg ucap tahniah pada aku.. thx guys, aku terharu sgt2.. mmg aku tgh blur giler skrg ni, mana nak urus segala mcm dokumen lagi, tiket flight lagi.. dahla mmg xpnh buat pun sume benda ni. rasa mcm sejarah berulang plak, haiyoooo!!! encourage yg korang bagi betul2 menaikkan semangat aku utk study balik.. mula2 tadi tu hampir putus asa gak bila tengok yuran dia mmg memang jauh lebih "murah" dpd U kita dulu.. tapi aku amik tu sbg satu cabaran.. biar mrasa cket tangan ni bagi duit sekepuk dkt bhg kewangan tu nnt hahah..
Kpd merza, tim, raf, on dll.. thx byk2 k.. aku pun tak tau nak kata apa, cuma satu je aku nak korang tau aku takkan lupakan persahabatan kita smp bila2.. merza thx offer htr pg sana, tak pnh plak terfikir korang akan kenang aku smp mcm ni skali.. mmg terharu la tak tau nak kata apa..

omar, good luck 4 ASK application ok.. labik ginan naah nak lilok pasuh sgk kew.. wpun dah nyadin artis mei apa lah, knh gak kew tmpg glemer.. moga2 t'capai gak hasrat yg gitu2 tuah sabei idun.. hehehe..

kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi..
korang jangan mandi kat sumur tau, kang badan berdaki..



Friendship FOREVER!


Comments seterusnya...

I'm back to school!

oleh sorensen pada 18 Jun 2007 dalam

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu akhirnya aku dapat gak tawaran study yg baru..


Inikah destinasi sebenarku? Apa2pun doakan kejayaan aku kawan2.. pd member2 yg ada di s'jung, jumpa korang kat sana ok.. i'm coming soon insya allah..


Comments seterusnya...

Pesta Benak Sri Aman 2007

oleh sorensen pada 17 Jun 2007 dalam


Hari ni aku dgn family aku pegi ke sri aman (120km dpd tempat aku) untuk menyaksikan pesta benak yang diadakan di sana dpd 15-17 Jun, kiranya hari ni hari terakhir la. Pesta benak ni adalah pesta air tahunan yang diadakan di sri aman, dan aktiviti utamanya adalah lumba perahu. Sebenarnya pesta air sebegini bukan sahaja diadakan di sri aman, malahan di kebanyakan region bahagian selatan sarawak (termasuk di tempat aku, sehinggalah ke kuching). Namun di tempat2 lain event ini dikenali sebagai regatta. Ia dikenali sebagai pesta benak di sri aman kerana kat malaysia ni, sungai batang lupar sri aman merupakan satu2nya sungai yg mempunyai benak @ berombak besar (mencecah 10 meter) pada waktu2 tertentu, contohnya ketika bulan mengambang atau air pasang, tanpa sebarang tiupan angin! ajaib kan? (fakta: termasuk batang lupar, ada 55 buah sungai sahaja yg mengalami fenomena sebegini di seluruh dunia). Walaupun acara utamanya adalah lumba perahu, sudah menjadi tradisi rakyat sarawak untuk menyambut pesta air ini dengan meriah, disertai dengan pelbagai jenis jualan, mini2 expo, pertunjukan bunga api hinggalah konsert artis2 jemputan dpd luar. Oh ya, seumur hidup aku ni la dia 1st time aku pegi tengok pesta benak ni, sebelum ni tak pernah ada kesempatan sebab jauh kan..

Kami bertolak dr rumah pd pukul 6.20 pagi dan sampai di sri aman lebih kurang pukul 8.00. Seperti yang dijangkakan, mmg tempat parking susah nak dapat especially di tempat2 letak kereta di tengah bandar. So, bapak aku decide utk parking jauh sikit iaitu dekat masjid sri aman (jauh sikit ker? dekat 1km jugak tu dpd tempat tengok perahu berlepas). Mula2 tu bapak aku tinggalkan mak dgn aku kejap nak beli topup henfon, so kami berdua pun pegi ke satu area bukit di tepi sungai batang lupar sri aman yang mana dekat situ mmg nampak jelas semua perahu2 yg lalu. Sesak takyah cakap la, setiap anak tangga bukit tu ada je orang yg duduk sebab kat situ redup, banyak pokok.


Pastu kitorang pun berjalan kaki ke kwsn bandar. Lepas makan & jalan2 kejap, kitorang pun pergi ke pondok di tepi sungai utk melihat perahu berlepas. Ada la dalam beberapa perahu yg melintas masa kitorang baru sampai tu, pastu mmg langsung xde dah. Bapak aku yg excited tu tercongok lagi dgn kawan2 dia dok tunggu, bila aku dgn mak aku dah mula rasa boring sbb tunggu dekat setengah jam xde perahu lagi. Apa lagi, aku pun terus ajak mak aku jalan2, dia set jer.






Tapi jalan tu tak lama la, bila kitorang balik ke pondok tadi tu utk jumpa bapak aku.. still, xde lagi perahu yg berlepas. Bapak aku pun dah start bosan gak, pastu terus berjalan lagi la kita 3 orang! Ahakss! Bestnyer!! Macam2 gerai dibuka, korang tengok la sendiri kat bawah ni..



Ada yg jual beg...


Gerai apa ntah, tak ingat...

Ada yg buka servis berbekam...

Yg jual kereta pun ada!

Tapi malangnya tak lama lepas tu, hari pun mendung & hujan dah mula turun. Aiyo, kitorang meredah hujan rintik2 tu utk balik ke kereta...

Sebelum balik tu, sempat singgah ke kedai2 biasa kejap utk cari barang mainan ckit utk anak buah aku. Lepas makan tu, lebih kurang pukul 2.30 petang kitorang pun balik.
Bila terpandang sungai tiba2 aku teringat seseorang.. apa la yg dia buat hari ni agaknya ye..


Comments seterusnya...

Aku kayo!!! Ahakzzz!!!

oleh sorensen pada 16 Jun 2007 dalam

Pagi tadi lepas bangun je tido, bapak aku bagitau ada surat dpd U aku dlu. Harus la aku tersentak, tahape2 la pulak yg diorang nak kali ni kan. Maklumla, surat2 dr U ni bukannya seronok sgt utk dibaca kadang2. Dgn berdebar2, aku keluarkan isi surat tu dan ternampak.. Ekekeke! La, ada cek rupanya!!! Ya ampun, aku dh excited giler.. aku ingat aku dah jadi org kaya balik, yelah mana tau duit lebih pengajian dulu yg diorang pulangkan.. berapa juta agaknya yer? Aku pun tengok la jumlah cek tu dan ternampak..

AHAKSSS!!! DUIT TAMBANG BAS TAK JADI PAKAI RUPANYAAA!!! Aiyoo.. 60 henget jer? Dlm banyak2 duit lebihan yuran per kredit kami yg diorang dah makan dulu, 60 henget je diorang pulangkan balik? Huhuhu! Baik tak payah! Bukan nak sombong, tapi memang hakikatnya pun.. huh! Tapi xpela, dalam byk2 penyelewengan institusi tu yg ramai student da tau, at least ternampak gak sedikit kejujuran pihak prasiswazah tu yer, walaupun cuma bernilai 60 henget je maruah diorang tu... AHAKZZZ!! Diulang lagi sekali...
Ahakzzz!!!


Comments seterusnya...

Mobile M300 - Henfon Jam Tangan

oleh sorensen pada 13 Jun 2007 dalam

"Pernahkah kau bermimpi seketika, berada di tempatku?"

Aiyo.. tiba2 je aku teringat lagu Biarlah Rahsia ni.. korang pernah tak bayangkan pada masa ni dah ada henfon ala2 citer Star Trek di Taiwan & China? Memperkenalkan henfon jam tangan Mobile M300 yang telah diperkenalkan di sana sejak awal 2007. (dipetik & diterjemah dpd laman Slashphone.com).



Handphone jam tangan ini direka utk kegunaan rangkaian GSM Triband. Ia mempunyai skrin kecil bersaiz 1", USB port, dilengkapi fungsi bluetooth serta 4 butang. Butang pertama (dari kiri) digunakan untuk menjawab panggilan atau mengaktifkan fungsi menu handphone. Butang kedua digunakan untuk melihat log panggilan, serta digunakan utk memasukkan angka 0 hingga 4. Butang ketiga untuk membuka pad mendail dan digunakan untuk memasukkan angka 5 hingga 9. Butang terakhir pula digunakan untuk membuka phone book dan menamatkan panggilan.


Handphone ini boleh digunakan bersama2 bluetooth headset, atau menggunakan headset berwayar yg disertakan di samping mikrofon binaan dalam untuk tujuan membuat panggilan. Walaupun jangkahayat baterinya tidak sebagus handphone lain di pasaran, namun ia masih memberi kemudahan pemain muzik yg menyokong format audio MP3, AAC, WAV dan MIDI. Handphone jam tangan ini sudah dijual di pasaran Taiwan dengan harga USD270 (+/- RM923).



*Pendapat aku:

Ni cuma satu invention baru dalam dunia mobile phone saja. Kalo korang jenis yg mengejar trend, boleh la beli handphone ni. Tapi kalo aku, isk.. xde maknanyer. Specs penuh pun takde, konfem tak puas hati la kalau pakai kan? Walau bagaimanapun, nampak mcm best gak ciptaan terbaru ni.. kalau pada masa hadapan ada model yg menyediakan prestasi yg lebih sempurna dgn harga yg lebih reasonable, nak kot aku beli.. kui3!



Comments seterusnya...

Teknologi Handphone Terbaru Di Jepun

oleh sorensen pada 12 Jun 2007 dalam

Jepun sememangnya dikenali sbg negara yg mempunyai teknologi komunikasi termaju di dunia. Apa yg kita guna hari ni, diorang dah pakai 4-5 tahun lepas dah (kalau tak pun lagi awal). Jadi, dlm entry aku yg satu ni aku nak bawa korang tengok apa agaknya teknologi komunikasi terbaru yang sudah ada ataupun akan datang di Jepun pada tahun 2007 ni. Artikel di bawah aku petik daripada majalah e-ring, keluaran februari 2007. Jeles plak aku tengok, bila la teknologi ni nak sampai ke Malaysia agaknya yer.. hehe!

Leader telekomunikasi Jepun, NTT Docomo telah memperkenalkan 14 jenis model handphone terbaru pada tahun 2007. Antaranya termasuk 11 buah model handphone siri 903i, dua model SIMPURE dan sebuah model dwi rangkaian. Tindakan ini cukup menunjukkan bahawa mereka ingin memimpin trend baru 2007 dalam bidang telekomunikasi Jepun.

SO903i (keluaran Sony)

Sony SO903i yang direka khas untuk NTT Docomo itu dikategorikan dalam keluarga 'Bravia', tapi pengguna jangan salah faham bahawa ia adalah sebuah televisyen LCD. Ia dijadikan handphone pertama Sony dalam siri Bravia kerana skrin TFT paparannya 3 inci dengan 260K warna dan beresolusi 240x432 pixel. Selain itu, SO903i juga mempunyai storan dalaman 1GB, di samping menyokong kad miniSD selain MemoryStick Pro Duo yang ditetapkan. Dilengkapi dengan lensa CMOS 3.2 megapixel dan menyokong VME (Virtual Mobile Engine) dpd Sony Walkman, yg mana membolehkan handphone itu mempunyai masa bermain muzik sehingga 45 jam.

Keistimewaannya:

  • Siri 903i pertama kali memasukkan fungsi GPS dalam handphonenya. Selain membekalkan servis untuk mengenalpasti lokasi handphone, ia juga menyokong fungsi mencari handphone. Apabila handphone hilang, pengguna boleh menggunakan fungsi GPS 'My DoCoMo' untuk mencarinya melalui komputer peribadi. Jika ia masih berada dalam kawasan liputan GPS, lokasi handphone itu dapat dikesan (anggaran kesilapan jarak dlm beberapa ratus km).

P903i (keluaran Panasonic)

P903i adalah satu2nya model handphone dalam siri ini yang menyokong SPC (Secure Private Cosm) iaitu menggunakan teknologi Bean Jam Shin Key. Ia juga menyokong fungsi mengecam wajah, yang mana pengguna hanya perlu mengambil sekurang2nya 3 gambar wajah sendiri bagi membolehkan handphone berkenaan mengingati wajah pemiliknya. Jadi handphone itu hanya akan membuka kunci keselamatan setelah mengecam wajah pengguna. Apa yg menarik, ia boleh mengesan sama ada mata pengguna itu mengelip atau tidak, jadi agak mustahil utk menipunya menggunakan gambar. Model ini mampu memainkan muzik berterusan selama 72 jam. Dari segi penggambaran, ia dilengkapi Maicovicon dpd Panasonic, dilengkapi fungsi auto fokus dan rakaman QVGA sehingga 30 keping sesaat.

Keistimewaannya:

  • Fungsi Bean Jam Shin Key masih menggunakan keselamatan sebagai poin jualannya. Satu handphone kecil 'Bean Jam Shin Key P01' yang menyerupai kunci akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian handphone. Apabila jarak di antara handphone dgn pengguna yang membawa 'kunci' itu melebihi 8 meter (boleh ditetapkan sendiri) handphone akan terkunci secara automatik. Pada masa itu, semua fungsi membuat panggilan, kad IC dan fungsi lain tidak dpt digunakan. Dengan handphone ini, hak peribadi seseorang akan lebih terjamin.

SH903iTV (keluaran Sharp)

SH903iTV menggunakan teknologi televisyen LCD AQUOS, Super Vivid (SV) yg mana meningkatkan tahap kejituan serta kontras skrin. Ia menggunakan skrin terlebar di dunia iaitu skrin LCD ASV berukuran 3 inci dgn resolusi tinggi (wide QVGA) 240x300 pixel. SH903iTV menyokong fungsi 'wansegu' di mana boleh merakam program yang dimainkan lalu menyimpannya di dalam kad memori handphone. Seperti DVD, ia boleh memainkan audio visual serentak dengan pantas.

Keistimewaannya:

  • Jepun telah melancarkan perkhidmatan siaran TV digital melalui handphone pada April 2006. 3 model handphone televisyen Siri 903i mempunyai ciri yg sama, iaitu saiz skrin yg sangat besar. Ia dpt memainkan 1seg, lensa kamera 3 megapixel dan kapasitinya boleh diperbesarkan. Kualiti gambarnya amat jelas & jitu, jauh lebih baik daripada handphone 3G yg kita gunakan pada masa ini.


Comments seterusnya...

Jeritan batinku...

oleh sorensen pada dalam

Sorry guys.. entry peribadi ckit sebagai selingan ya..
Aku dah berkawan dgn ramai orang, dan boleh dikatakan macam2 kerenah manusia yang aku penah jumpa walaupun dalam usia muda ni. Tapi bila aku kaji balik, baru aku sedar.. rupa2nya aku ni ada masalah dalam "mengenali" orang yang aku kenali. Benda ni selalu berlaku pada aku, terutamanya dgn kawan2 aku kat kampus dulu. Ya ampun nak kenal diorang betul2, macam2 rintangan yang perlu dihadapi. Sampaila sekarang ni..

Tapi dalam pada tu, ada lagi satu benda yg buat aku bertambah confuse. Aku ni, kenal ke dgn diri sendiri?

Sebenarnya takde benda sgt yg nak diceritakan pasal aku. Yg aku tau, aku ni suka ambil mudah semua perkara. Aku tak suka pening2, walaupun dgn benda2 yg berkaitan dgn masa depan aku. Dan perkara ni la yg selalu buat bapak aku pula yg rasa pening sebab dia kata dia susah sangat nak tau, apa yg aku mahu. Tahla, bila disebut ttg kehendak peribadi ni mmg aku cukup kenal dgn diri sendiri. Yg aku tau, kalau aku nak sesuatu tu aku mesti dapatkan, kalau tak dapat aku akan lepaskan. Sorang member aku pernah kata aku mementingkan diri sendiri sebab selalu lupakan kawan. Sebenarnya bukan mementingkan diri sendiri, jauh sekali melupakan. Cuma korang kena la faham, aku ni jenis yg tak berapa nak reti sgt benda2 tersirat ni, sbb tu kalau ada sesuatu aku selalu kata sound direct je kat aku. Baru aku tau, jgn simpan2 dalam hati sebab kata orang kalau simpan2 ni lama2 dia boleh meletup. Korang jadi marah, aku plak jadi marah kat korang sebab aku xtau kenapa korang marah!

Satu lagi persoalan diri aku yg aku tak berapa nak faham sangat. Aku selalu terperangkap dalam masa silam dan susah sgt nak maafkan orang. Kwn2, aku dah cuba ubah semua ni tapi aku pun tak tau apa yg susah sangat nak ubah benda yg (kelihatan) simple ni kan? Aku pun heran, bila aku fikir2kan sampai satu tahap aku terover thinking pula, dan baru aku sedar rupa2nya aku tengah mengarut dgn diri sendiri.

Kadang2 aku tak sedar masa tu dah berlalu dgn pantas. Jangan kata apa yg berlaku tahun lepas, apa yg berlaku semalam pun belum tentu boleh dijadikan kayu ukur untuk hari ni. Mungkin inilah masalah aku, sukar menerima sesuatu yg hakikatnya dah berubah. Itu ke sebabnya bila setiap kali aku fikirkan apa yg berlaku pada aku hari ni, dan membandingkannya dgn peristiwa kelmarin, semua tu akan clash dan airmata aku mula mengalir? Persoalannya, perlu ke aku terima semua perubahan yang berlaku tu dgn redha padahal hakikatnya aku masih menganggap sesuatu tu sebagai sedia kala? Persoalannya, setiap kali perubahan hendak berlaku pada aku, memang akukah yg menginginkannya atau secara psikologi aku dipaksa untuk menerimanya?

Mungkin dah sampai masanya aku mencari seseorang yang benar2 boleh membantu aku mengenali diri sendiri. Maaflah, aku hari ni lebih complicated dpd apa yg aku pernah bayangkan, dan aku tak menyukainya.


Comments seterusnya...

LG KE970 Shine : Model kedua Black Label Series

oleh sorensen pada 07 Jun 2007 dalam ,

Kejap tadi aku tengok TV, pastu tiba2 terkeluar pulak iklan model baru henfon LG ni. Isk, maklumla jarang amik tau pasal model LG.. rupanya LG Shine ni adalah model kedua siri Black Label Series pada tahun lalu yang dikenal sebagai KG800 atau LG Chocolate. Ni ada sedikit informasi mengenai henfon ni, dipetik daripada Mobile88.com.



The 2nd Black Label Series ShineLG Shine

  • The Black Label Series is the ultimate premium mobile phone category. Members of this category not only meet the expectations of those who value individuality, but also those who appreciate their own sense of style. The story of the 2nd Black Label Series 'Shine' originates from its unique stainless steel material base. Unlike imitation metal, Shine provides a top-quality appearance and a welcoming touch thanks to its attractive metal body. Shine’s superior status is not only a result of its exquisite design, but also its high-tech supporting features. Only those who possess Shine can truly appreciate its true worth.

Full Metal Body

  • Shine is made out of real stainless steel, providing a truly sophisticated metallic look and texture. In order to create a mobile phone with real metal material, engineers had to overcome various technical challenges. Shine represents true innovation and offers a new experience in mobile phone technology — allowing a potentially cold and emotionless object to become a naturally attractive, top-quality item. "Shine" will add a touch of glamour to your life. Wide Mirror LCD.

Multi-Functional Scroll Key

  • Minimalism is driven by "rarity" and "simplicity". The micro scroll key is there to achieve a maximum number of functional features by the simplest means possible. A perfect blend of design and technology, the multi-functional scroll key provides additional convenience at your fingertips.

Wide Mirror LCD

  • Catch a reflection of yourself within 'SHINE'. The half mirror LCD maximizes brightness and completes the design with cool and simple look. It is also supplemented with multi-angle vision technology that allows you to view the display contents from all different angles.

Other Key Features

  • 2M Auto Focus Camera Certified by Schneider-Kreuznach (Globally recognized Germany based lens company)
  • Multi-Media Players (MP3, Document viewer, MPEG4)
  • USB & Bluetooth V1.2
  • External Memory (Micro SD™)

*Pendapat aku:

Henfon ni biasa je sebenarnya. Cuma yelah, kebanyakan trend henfon baru hari ini kurang dipengaruhi oleh spesifikasi dalaman sebaliknya rekabentuk dan material henfon tersebut. LG Black Label Series ni mmg dikenali dgn rekabentuk yg advance, malah lebih maju daripada sesetengah henfon Nokia yg telah berada di pasaran. Namun, sekiranya keutamaan korang membeli henfon utk kegunaan biasa pada bajet yang rendah, henfon ni bukan untuk korang. Oh ya, model ni juga mengingatkan aku dgn SE W880i yg turut berbody stainless steel sepenuhnya. Erm, pasni tahape2 la pulak kan?



Comments seterusnya...

Download video Youtube!

oleh sorensen pada 05 Jun 2007 dalam

Korang peminat video streaming? Kalau ya, mesti korang penah guna atau sekurang-kurangnya try cari video kat youtube.com, betul tak? Kalau ya, mesti korang pernah rasa betapa hampehnya sebab tak dapat download video yang ada dekat website tu kan? Hehe, walaupun benda ni dah lama.. mesti ramai di kalangan korang yang tak tau sebenarnya video tu boleh di download dan disimpan ngeh3.. hari ni aku akan ajar korang caranya ok!
Ok, 1st korang search dulu video yang korang nak dekat youtube tu mcm biasa. Lepas tu bila dah jumpa, buka linknya dan korang akan jumpa page video (sebelah kiri videonya, dan sebelah kanan url utk main video tersebut). Ok, apa yg korang perlu lakukan adalah, copy link utk mainkan video tu (contohnya: http://www.youtube.com/watch?v=5YTY4-CcIoc). Rujuk gambar kat bawah ni.


Bila korang dah dapat link dia, korang buka satu lagi browser dan pergi ke http://www.keepvid.com/. Kenapa? Ok, dekat sini lah tempatnya dimana korang boleh retrieve direktori video yang korang nak tu, sebab link yang diberi kat youtube tu cuma dapat digunakan utk main (stream) video tapi bukan untuk mendownloadnya. Ok, seterusnya korang paste link tadi dan klik butang 'Download' di sebelah kanannya. Tunggu beberapa saat, dan link utk download video tu akan keluar kat bawah. Sila rujuk gambar.


Ok, korang boleh klik terus link tu utk download video. Tapi aku cadangkan korang gunakan sebarang download client utk memudahkan dan mempercepatkan proses download tu. Contohnya Download Accelerator.
Tapi, video tu tadi tak boleh terus dibuka menggunakan player yang dah sedia ada dalam komputer korang (Windows Media Player dsb) sebab format extension video streaming youtube adalah .flv, dan player yg ada tak boleh baca file extension tu. Jadi utk playback video tu, korang kena download
FLV Player dulu. Lepas tu, sekiranya korang rasa nak convert video tu kpd format lain yg windows support, korang boleh download Realplay Converter. Korang rujuk sendiri page tu kalau nak tau cara menggunakannya, ok.
Oh ya, lepas korang berjaya download video yg korang nak, jgn lupa tambah sendiri extension .flv dekat belakang nama fail video tu, sebab by default tak ada extension tu yg diletakkan secara otomatik, ok. Lagi satu, kaedah ni tak boleh digunapakai utk sebarang video yang dah di set sebagai private. Memang tak boleh download punya, nak buat cmne.. mrasa la korang ngeh3!

Ok.. selamat mendownload dengan jayanya!


* keepvid.com ni boleh download dpd banyak site lain gak, bukan cuma youtube.com je. Korang klik kat dropdown yang ada kat sebelah butang download tu, kat situ ada senarai site yg dia support.


2 komen seterusnya...

Selamat hari ulangtahun ~SoReNsEn~

oleh sorensen pada 04 Jun 2007 dalam


myspace codes

HAPPY BIRTHDAY TO ME!
WISH ME LUCK EVERYONE...





1 komen seterusnya...

Apa khabar sahabat2ku?

oleh sorensen pada 03 Jun 2007 dalam

Tadi aku dgn zaki pegi melepak kat rumah sham. Nak tukar2 lagu katanyer dgn bdk pompuan tu. Lama betul dah aku x jumpa sham.. hai, makin gedik skrg yer? hehehe.. zaki pun kata cmtu. Tapi biasala kan, org dah keje.. lain la ckit perubahan dia. Lama ktorang lepak rumah dia, smp segan plak aku. Ni sumer W200i zaki tu punya pasal.. transfer lagu dpd henfon sham (sham guna nokia 5200, harus la teringat henfon 3G dalam katalog ye tak?) pakai infra red. Lambat nak mampos, smp sham kena bagi pendrive plak kat aku, bagi aku taruk lagu dgn dia kat umah. Tapi xpe la, at least banyak jugak yg ktorang borak ngan dia. Sian kat sham, rupanya baru pagi tadi break dgn bf dia.. tapi tetap senyum ketawa layan aku dgn zaki. Hai sham, respek betul aku dgn ko.. ko mmg tabah, dpd zaman sekolah dulu2 lagi. Wah, abg si sham ni dah pakai motorola v3x rupanya. Aiyo, model baru tu. Aku jeles, yer.. mmg aku ngaku henfon tu lawa. Tapi kene ingat, motorola jer.. ahaks!!! Pulak tu underwater. Persoalannya, layak ker nak menayang bagai? Haa...

Kuar dpd umah sham tu pegi plak umah si bob. Fuh, rasa mcm hari raya plak berkunjung-kunjung kan? Maklumla, masa2 cuti cmni jer boleh jumpa member2 lama.. masing2 dah bawa haluan sendiri. Aku nie? ADA KER? (sentap diri sendiri). Bob nie dh jadi cikgu kat kawasan pedalaman julau. Hai, sian betul aku dgr kisah2 dia kat ctu. Dgn jalan tanah licin (smp 4 wheel drive boleh berputar 70 darjah katanyer) lalu dkt tebing curam segala, sehinggala cerita2 hantu yg dia pernah alami kat dlm hutan tu. Terfikir juga aku pengorbanan seorang guru yg tabah mengharungi rintangan. Tak lama lepas tu datang la plak member lama kami si ujang, melintas dpn umah bob. Dia pun dah jd cikgu juga, kat pedalaman bahagian mukah. Mula2 tu biasa jer perbualan diorang, sehinggalah satu part tu aku pun tak ingat pasal apa, diorang sebut perkataan DG41. Aiyo.. secara otomatik aku tergelak, diorang heran.. tanya kenapa? Aku geleng je cakap takde pape. Masa tu tadi, harus la teringat kat seseorang kan? Nak2 bila bercakap ttg elaun pedalaman P3 rm1500 tu, lagi la buat aku senyum sendirian. Yela, kalau 'dia' baca blog nie dia tau la kenapa..

Hai, apa la nak jadi dgn aku nie. Melampau2 plak imaginasi skarang. Maklumla, jejaka kesunyian kan. Sape pun xleh menyelami prsn aku yg tgh bergelora nie..



Comments seterusnya...

Zaki ada henfon baru!

oleh sorensen pada 02 Jun 2007 dalam ,

Semalam, aku dgn member aku yg nama zaki ni ke sarikei temankan dia beli henfon baru. Mula2 aku xnak sbb aku tgh takde duit skang ni, pulak tu dgn mood aku yg tak stabil beberapa hari ni buat aku rasa malas ckit. Tapi kesian punya pasal, aku temankan jugak, yela kalau dia salah beli henfon kang aku jugak yg kena dgr rintihan kekesalan dia, maklumla xde member lain yg sudi nak dgr kan. So, seawal jam 7.10 pagi tu aku dah dgr van sewa hon2 kat luar rumah. Hanjeng, kata pukul 7.30 nak sampai. Dgn aku baru je abis mandi, dok sapu facial cleanser tak sempat sapu whitening cream (ops!). Apa lagi, sambar sikat dgn tiub minyak rambut terus masukkan dlm beg bimbit. Konfiden je dgn tali pinggang tak ikat lagi kuar pintu, sampai kat dlm van tu selamba je sikat rambut. Zaki sengih je tengok aku sambil berkata, "NASIB BAIK KO DAH MANDI!".

Dah sampai sarikei, ktorang minum kejap pastu bermula la sesi mencari henfon yg diidamkan. Zaki ni kan ya ampun, punyalah cerewet. Dah berapa minggu ni dah dia dok sebok tanya pasal henfon apa yg bagus kat aku, sampai penat aku nak layan. Kitorang berjalan pusing satu bandar sarikei tu cari kedai henfon sampai aku berpeluh2, dia rileks jer. Mula2 tu dia x decide lagi nak henfon apa, katanya nak try dgr bunyi dulu sbb dia nak jadikan walkman. Dgn bajetnya tak sampai 500, aku pun suggest la SE W200i kat dia. Kira okla jugak, model 1st quarter 2007, bunyi cantik, memory stick micro 128mb free cuma kekurangannya takde bluetooth. Tapi zaki kata dia x kesah. So, ktorang pun cari la.

Last2 ktorang jumpa satu kedai ni. Ada stock, kaler hitam. Harga dia letak 480, tawar punya tawar paling kurang dia nak 460 je. Zaki kata nak survey lagi, so ktorg pun kuar ler cari kat kedai lain. Wah, jumpa lagik kat kedai lagi satu. Yang ni nak 440, tapi warna putih. Aku tanya kat zaki dia nak tak, dia kata KALER TU TAK CANTEK! Huh, aku dah agak dah. Pastu ktorang carik la lagi kedai lain. Brp banyak kedai aku pun x ingat, smp la kat satu kedai tu.. tiba2 berlaku sesuatu yg agak menarik. W200i xde, tapi tauke kedai tu recommend nokia 5200, henfon jenis sliding. Specs dia mcm bagus jer.. sound kuat & ada bluetooth segala. Tapi yg aku musykil tu, tauke pompuan tu kata henfon tu ada 3G. Aku pun excited la kan, mana taknya harga henfon tu 400 lebih je boleh 'ada 3G' pulak. Tapi bila aku belek2 henfon tu, aku tanya balik.. mana kamera 3G nya? Tauke tu terdiam, pastu dia kata dia pun tak tau kat mana sbb dia baca dlm katalog je henfon tu ada 3G. YA ALLAAAHHHH!!!! Aku punya la terharu smp rasa nak tergelak. Muka tauke tu nampak kering je masa ktorang kuar dr kedai tu dlm keadaan tersenyum2. Aku tanya zaki dia nak tak nokia 5200 tu, dia kata dia x caye kat henfon nokia. Pada masa yg sama aku pun teringat henfon nokia 6108 yg kakak ipar aku pnh pakai dulu, specs bukan main tapi last2 masa rosak tu bunyi tak kuar langsung!!! Hah, tak sia2 aku nasihatkan zaki, nampaknya ideologi sony ericsson aku ni dah melekat dlm kepala otak dia. YES!!!

Lepas puas cari tu smp ke area Nyelong, ktorg pun serender. Nmpknya mmg xde kedai lain yg ada stok kaler hitam tu. Ktorang duduk kejap, aku bincang dgn zaki so akhirnya dia setuju amik W200i kaler hitam kat kedai yg ktorang pegi tadi. Masa on the way balik aku belek2 function dlm henfon tu, nampaknya lebih kurang sama je dgn henfon aku (K750i) cuma dia punya kamera VGA dan xde bluetooth. Aku terfikir gak, untungnya zaki dpt beli hp walkman advance cmtu dgn harga yg murah padahal masa aku cari henfon tahun lepas, haram nak jumpa yg harga kurang dpd 600.. apatah lagi W series. Nak buat cmne, bukan rezeki aku kot.




Comments seterusnya...

Sony Ericsson, Aku Dan Keluargaku

oleh sorensen pada 01 Jun 2007 dalam ,

Walaupun hakikatnya aku tidak gemar pada jenama nokia, namun henfon SE yg aku ada sekarang ni ada hubungkait dgn jenama tu. Kenapa? Hehe.. ada sedikit kisahnya..

Pada awal plan aku nak menukar henfon lama aku dulu (awal tahun 2006), tah macam mana ada la sorang member aku si herry ni bagitau kat aku, kawan dia ada jual henfon stok "harga diskaun terhebat". Haa.. faham2 la maksud dia kan? Dan dalam keghairahan aku tu, model yg pernah menjadi sasaran yg aku nak dapatkan adalah.. jeng jeng jeng.. NOKIA 7610! Yea.. dgn harga pasaran pada masa tu dalam lingkungan RM950 ke atas.. dia tawarkan harga yg sangat 'berpatutan'.. RM680 jer! Atas dasar pengaruh harga tiada tandingan, aku pun order la. Tapi tah mcm mana mungkin bukan rezeki aku dgn nokia.. order tu dibatalkan kerana ketiadaan 'stok'..

Beberapa bulan lepas tu, aku pun kembali ke kampung halaman. Dengan berbekalkan tekad dan semangat aku utk menceritakan kekecewaan aku pada nokia (rujuk entry sebelum ni) dkt abg aku, aku tak sedar rupa2nya dia pun dah merasakan perkara yg sama!! Aikss.. motif six sense adik beradik bagai kan? Rupanya dia pun dah dpt recommendation jenama SE dpd kawan dia.. fuh lega aku save karan nak citer kat dia. Pastu bincang punya bincang, aku dgn dia sepakat.. target utama kami adalah >>> SE W800i! Hahah, tapi yg kelakarnya.. dalam pada aku dgn abg aku ni baru je nak bercadang beli henfon SE, rupanya MAK SU kitorang dah bertindak dulu beli SE K750i!! Aik.. mrasa la kekesalan di lubuk hati kan? Dia kata, tauke kedai henfon puji henfon tu melangit best bagai, citer yg aku mmg dah tau pun sebelum tu. Selidik punya selidik, specs model ni rupanya sama je mcm W800i, bezanya cuma xde flight mode. Jadi tindakan susulan pun dibuat dan akhirnya.. AKU, ABG AKU DAN COUSIN KTORANG menggunakan henfon model yg sama! Rasainnn, sokongan padu saudara mara gituh!!! Tak lama lepas tu, pakcik aku plak tukar henfon kpd SE K800i - model SE pertama yg ada tanda komersial Cybershot. Dan bulan lepas, kakak ipar aku ikut jejak dia dgn bertukar kepada model yg sama. Aiyo.. menarik juga rupanya kisah sony ericsson dan keluarga kami yer.. tak perasan plak aku..

Tapi abg aku skrg ni dah tak pakai K750i lagi, sbb telah berlaku kes kecurian yg menyayat hati. Sayang betul, dia punya special edition sempena filem Da Vinci Code. Tapi nak buat cmner, dah bukan rezeki dia kan. Dgn patah hati, dia membawa diri ke kuching atas urusan kerja.. kepulangan beliau membawa harapan baru dengan SE W810i dalam genggaman. Tetap nak Sony Ericsson!


Comments seterusnya...

Nokia - Kepercayaanku Yang Hilang!

oleh sorensen pada dalam ,

Dulu, sekitar pertengahan tahun 2004 hingga 2006.. aku memang obses sangat dgn henfon nokia. Betul i'm telling u.. kalau ada model baru nokia jer yg kuar, mulut aku ni la yg berbuih2 cakap pasal model baru tu.. smp member2 aku yg tak tau menahu pasal henfon naik meluat dgn aku. Yela, diorg tak paham sepatah haram istilah2 teknologi yg aku sebut tu, harus la ala2 dengki bagai kan? (matila kena bunuh pasni!!) 1st model nokia yg buat aku terkesima adalah nokia n-gage model pertama. Masa aku tengok telefon tu, kagum ada.. nak tergelak pun ada. Yelah, cara bercakap guna henfon tu kelakar sgt, daripada sisi. Tapi mungkin sebab ramai org mcm akulah lepas tu nokia terus insaf dan taknak kuarkan model2 pelik mcm tu lagi. Tak lama lps tu, lahirlah nokia n-gage QD yg menjadi idaman para budak sekolah hingga mahasiswa universiti kaki game ketika itu. 1000+ pun main bantai beli jer.. maklumla duit ptptn kan banyak? Ha, kenapa? tersentap? hahaha, ops!

Tapi tak lama lepas tu, abg aku pun tiba2 terniat nak tukar henfon dia. Daripada Samsung model apa aku tak ingat, dia beli nokia 6630. Wah, 1st time tgk henfon tu mmg kagum sgt. Yelah, dlm pertengahan tahun 2005.. kalau korang guna henfon kamera 1.3 megapixel tu mmg korang la yg akan menjadi buah mulut para member2 sekalian. Ayo.. bukan murah tau harga masa tu, 1200++ tu. Design 6630 ni kira up-to-date jugalah utk henfon2 berkelas tinggi masa tu (berkelas tinggi tu maksudnya yg pakai symbian os la, mcm 6630, 6680 dan 7xxx).
Tapi kekaguman aku tak lama. Kenapa? Aduh, lps beli barula tau rupanya henfon tu mmg senang hang.. asik hang je, dah tangkap gambar pun buruk. Abg aku menyesal sgt beli henfon tu 1000+ kan, tapi nak wat cmne dah terbeli dia pakai la jugak. Dan sebagai tambahan, member2 aku yg pakai model nokia berbeza dgn symbian os pun mengalami masalah yg sama? Hah, apa yg dh berlaku, os tak stable kah? Ok, nanti aku sambung balik citer pasal abg aku dgn henfonnya.

Pada masa yg sama, iaitu awal tahun 2006.. kepercayaan aku terhadap nokia masih tebal. Almaklumla dgn taktik pemasaran yg sangat berkesan, apa sgt la yg makcik2 kat kampung mcm aku ni tau kan? Tengok iklan je terus tau tu barang yg org ada kelas pakai ye tak? Masa tu, kecoh satu dunia bila nokia kuarkan model N90.. dgn mata yg berkaca2 kekecewaan, aku simpanlah saja niat aku nak beli henfon tu yg masa tu berharga 2200++. 2 megapixel, lens carl zeiss dan yg paling penting, nokia tuu...
Tapi tah mcm mana, suatu hari dalam bulan februari 2006 berlaku la satu insiden yg tak diduga dan secara tak langsung mengubah tanggapan aku pada nokia utk selama-lamanya.
Suatu petang, member aku datang ke hostel kitorang.. bawak laptop dia. Pastu dia tunjuk satu gambar tu, dia kata kawan dia snap. Aku pun tanya la kat dia, 'kamera digital' apa yg kawan dia pakai, pastu dia kata 'eh, ni kamera HENFON!'. Dengan mata yg terbeliak dan rasa tak percaya, aku tanya la.. henfon apa? Nokia N90 ke? Kayanya kawan ko? Dan jawapan dia membuatkan aku rasa nak pitam.. 'Sony Ericsson K750i, 2 megapixel ada autofocus lagi.. 1200 jer.. external flash dia tmbh 10 henget'..

APA!!!??? SONY ERICSSON??? K750i??? What the heck??? motif pakai external2 flash segala!!!??? motif kerana nila setitik rosak susu sapi setempayan bagai???

Barulah masa tu aku sedar dan rasa insaf yang teramat, betul2 rasa kuar dpd hutan belantara (isk2 nak nangis ni mengenangkan kisah lama). Rupanya selama ni aku adalah antara jutaan peminat nokia yg hampir2 diperbodohkan dgn sleek designnya dan harga tinggi yg melambangkan status seorang yg kaya? Layak ke aku? Perlu ke aku beli benda yg tak affordable hanya kerana kualiti yg (hampir) sama? Dan yang paling penting, motif nokia ni sebenarnya nak menyedut duit2 die hard fans diorg ke, mengambil kesempatan atas kepercayaan yg telah lama terpendam di lubuk hati kami???

Mulai hari itu, sedikit demi sedikit kepercayaan aku pada nokia semakin terkikis. Nokia kuarkan model baru pun aku sekadar pandang cmtu je.. sbb aku tau hati aku dah mula terpaut pada sony ericsson.. hehehe! Blah la, nokia tamak!!! (statement tambahan jer).
Ngantuk dah ni u.. nnt la aku sambung citer aku & abg aku dgn sony ericsson plak ok! Cya!

*nokia users jgn marah tau, entry ni semata2 berdasarkan pengalaman aku jer.. kalau nak tau lebih lanjut korang bleh google around dan korang akan dapati ramai betul org yg ada pengalaman sama mcm aku nie.. especially dlm julat waktu yg sama (mid 2005-2006).


Comments seterusnya...

Salam Perkenalan!

oleh sorensen pada dalam

Hai semua! Selamat datang ke blog aku, D' alam maya Sorensen - biarkan aku dan rentak muzikku hahah!! Bley? Kenali aku kat sini sebagai sorensen je ok? Mana2 member yg kenal tu, kenal la.. yg tak kenal buat2 jela mcm kenal hehehe... Oklah 1st of all thx sbb sudi melawat blog aku yg tak seberapa ni.. maklumlah blog baru kan, kata org baru nak up. Jadi kpd bloggers2 senior tu, kalau ada salah silap kat sini tolonglah beri tunjuk ajar k.. jangan la kutuk, aku nangis kang susah plak korang nak pujuk hehehe!
Oklah, utk entry 1st ni xde pape pun yg nak aku katakan. Sebenarnya aku pun tak tau lagi hala tuju blog ni yg sebenarnya. Cuma kadang2 aku teringin plak nak kongsi pengalaman hidup seharian aku dgn korang semua. Gembira ada, sedih pun of coz la kan. Tapi terus terang aku nak cakap aku minat sgt dengan electronic gadgets, terutamanya henfon. Ya, kehidupan seharian aku banyak berkisar tentang benda tu. Kat rumah ni, abg aku tu la yg selalu bawak borak pasal henfon.. tak kira la masalah rosak ke, model baru ke, segala kepintaran & kebodohan manusia kerana henfon semuanya pernah kitorang bincangkan. Tahla, aku pun x faham apa yg menarik sgt psl benda tu. Tu yg dinamakan minat kot? Aku bgtau ni sesaja je la, sbb mungkin beberapa entry aku yg pertama ni (dan yg bakal menyusul) akan banyak bercerita tentang henfon dan gajet2 elektronik yg lain. Cerita yg mcm mana tu? Hehe.. tunggu saja.
Ok, harap korang enjoy baca kisah2 aku kat sini nanti. Sambil tu, jgn lupa tinggalkan msg2 ke.. komen2 ke dkt shout box yg ada sebelah ni ok, kot2 ada yg korang nak cakap kat aku ke.. bgtau jer. Jangan mintak duit dah, aku pokai hahah! Ok, svasti shri!


Comments seterusnya...