Jeritan batinku...

oleh sorensen pada 12 Jun 2007 dalam

Sorry guys.. entry peribadi ckit sebagai selingan ya..
Aku dah berkawan dgn ramai orang, dan boleh dikatakan macam2 kerenah manusia yang aku penah jumpa walaupun dalam usia muda ni. Tapi bila aku kaji balik, baru aku sedar.. rupa2nya aku ni ada masalah dalam "mengenali" orang yang aku kenali. Benda ni selalu berlaku pada aku, terutamanya dgn kawan2 aku kat kampus dulu. Ya ampun nak kenal diorang betul2, macam2 rintangan yang perlu dihadapi. Sampaila sekarang ni..

Tapi dalam pada tu, ada lagi satu benda yg buat aku bertambah confuse. Aku ni, kenal ke dgn diri sendiri?

Sebenarnya takde benda sgt yg nak diceritakan pasal aku. Yg aku tau, aku ni suka ambil mudah semua perkara. Aku tak suka pening2, walaupun dgn benda2 yg berkaitan dgn masa depan aku. Dan perkara ni la yg selalu buat bapak aku pula yg rasa pening sebab dia kata dia susah sangat nak tau, apa yg aku mahu. Tahla, bila disebut ttg kehendak peribadi ni mmg aku cukup kenal dgn diri sendiri. Yg aku tau, kalau aku nak sesuatu tu aku mesti dapatkan, kalau tak dapat aku akan lepaskan. Sorang member aku pernah kata aku mementingkan diri sendiri sebab selalu lupakan kawan. Sebenarnya bukan mementingkan diri sendiri, jauh sekali melupakan. Cuma korang kena la faham, aku ni jenis yg tak berapa nak reti sgt benda2 tersirat ni, sbb tu kalau ada sesuatu aku selalu kata sound direct je kat aku. Baru aku tau, jgn simpan2 dalam hati sebab kata orang kalau simpan2 ni lama2 dia boleh meletup. Korang jadi marah, aku plak jadi marah kat korang sebab aku xtau kenapa korang marah!

Satu lagi persoalan diri aku yg aku tak berapa nak faham sangat. Aku selalu terperangkap dalam masa silam dan susah sgt nak maafkan orang. Kwn2, aku dah cuba ubah semua ni tapi aku pun tak tau apa yg susah sangat nak ubah benda yg (kelihatan) simple ni kan? Aku pun heran, bila aku fikir2kan sampai satu tahap aku terover thinking pula, dan baru aku sedar rupa2nya aku tengah mengarut dgn diri sendiri.

Kadang2 aku tak sedar masa tu dah berlalu dgn pantas. Jangan kata apa yg berlaku tahun lepas, apa yg berlaku semalam pun belum tentu boleh dijadikan kayu ukur untuk hari ni. Mungkin inilah masalah aku, sukar menerima sesuatu yg hakikatnya dah berubah. Itu ke sebabnya bila setiap kali aku fikirkan apa yg berlaku pada aku hari ni, dan membandingkannya dgn peristiwa kelmarin, semua tu akan clash dan airmata aku mula mengalir? Persoalannya, perlu ke aku terima semua perubahan yang berlaku tu dgn redha padahal hakikatnya aku masih menganggap sesuatu tu sebagai sedia kala? Persoalannya, setiap kali perubahan hendak berlaku pada aku, memang akukah yg menginginkannya atau secara psikologi aku dipaksa untuk menerimanya?

Mungkin dah sampai masanya aku mencari seseorang yang benar2 boleh membantu aku mengenali diri sendiri. Maaflah, aku hari ni lebih complicated dpd apa yg aku pernah bayangkan, dan aku tak menyukainya.


Comments seterusnya...