Hotspot@UPM - Wireless untuk semua!!!

oleh sorensen pada 22 Mac 2008 dalam

Mungkin bukan perkara baru bagi aku utk berinternet di dalam bilik kat kolej ni. Salah satu sebabnya adalah, KPZ merupakan satu2nya kolej yg menyediakan perkhidmatan wireless sebelum ni, kolej lain takde. Sbb kedua, line wireless kpz dipancarkan dpd pejabat kolej. Oleh yg demikian, beberapa bilik di level pertama, kedua dan ketiga blok pintar (wing sebelah kanan) ada direct contact dgn line wireless tu sbb pejabat kolej nampak je dpd area2 tersebut. Antara bilik2 tu termasuk la bilik aku, sbb tu la selama ni aku mampu berinternet free dgn gembiranya 24 jam kat dlm bilik je. Bdk2 yg ada kat bilik area lain terpaksa tumpang bilik member ataupun turun ke depan ofis utk menggunakan wireless.

Tapi mulai minggu ni dan seterusnya, perkara ni bukan lagi satu keistimewaan bagi aku. Sebab, seluruh warga UPM akan menikmati kemudahan itu!!


Ya, pada minggu ini perkhidmatan hotspot@UPM mula beroperasi. Sesuai dgn namanya, hotspot@UPM membolehkan semua student menggunakan wireless di seluruh kawasan kampus. Mula2 hari tu aku tak percaya la dgn ura2 tu, maklumla dgn kawasan kampus UPM yg sebesar2 alam ni mana mungkin benda tu boleh berlaku. Tapi bila aku bukak wireless malam tadi, hambik kau.. 3 line wireless available tu!! Masa aku keluar kejap tadi, baru aku ternampak ada transmitter terpasang dekat 1st floor blok bijaksana dan blok arif. No wonder la, dua2 ada direct contact dgn blok kitorang ni..

Harus la aku rasa best.. sbb sebelum ni kitorang cuma bergantung pada satu connection je iaitu HOTSPOT KPZ. So, kalau line tu ada problem mmg takde alternatif langsung. Sangat menyukarkan especially masa nak buat assignment tengah2 malam tapi tak cukup bahan. Pulak tu, kena ada password yg didaftarkan dkt pejabat kolej baru boleh guna. Selama ni aku terpaksa pinjam ID member je sbb takde ID sendiri. Bukan aku tak apply, tapi ofis tu yg lembab sgt proses ID aku.. smp skrg takde lg. Tapi lepas ni, heheh.. lupakan je, dah takde maknanya.

Oklah, kepada semua warga UPM.. selamat berinternet. Gunakanlah kemudahan ni dgn sebaik mungkin ok. Kpd bdk2 U lain.. heheh.. KORANG ADER? :P



6 komen seterusnya...

Miss u omar & merza!!!

oleh sorensen pada 20 Mac 2008 dalam ,

Hari ni tadi sangat bermakna buat aku. Ni la first time aku, omar dgn merza dapat keluar ke kl sama2, sepanjang aku study kat selangor ni. Apa yg membuatkan aku hepi bukan sbb dpt keluar ke kl, tapi sebab dpt keluar dgn best fren aku kat unimas dulu. Bila masa2 mcm ni, teringat balik kenangan kitorang dulu2 masa duk satu apartment kat kolej alamanda. Aku dapat tengok masing2 tak banyak berubah.. Aku rasa jangkamasa 2 tahun tu cukup utk merenggangkan hubungan satu2 persahabatan.. tapi ternyata tak bagi kami bertiga.
Sepatutnya malam tadi aku bermalam dekat rumah sewa omar (di salak selatan). Merza dah buat perancangan elok dah kelmarin, tapi disebabkan kesibukan aku dgn assignment dan beberapa masalah 'teknikal' yg lain, maka terpaksa la rancangan utk bermalam tu dibatalkan. So, kitorang kuar la hari ni je. Yela, amik peluang sempena cuti2 umum ni kan. Kelas kan kitorang, sambut maulidur rasul kat low yat dgn sungei wang plaza.. erkk.. no komen!!!
Tu omar dgn merza (atas)
Sekitar sungei wang plaza (bawah)


Aku nak keluar sgt hari ni bukan apa. Sbb merza akan balik ke unimas hari isnin ni sbb dia nak sambung master kat sana. Lepas ni mesti susah dah nak jumpa.. so dlm kesibukan yg teramat ni, aku gagahkan jugak kaki melangkah keluar. Takpe, berbaloi pun sebenarnya. Sbb tu aku percaya, kalau kita jujur dalam persahabatan, apa rintangan pun sanggup kita tempuhi demi seorang kawan.
Kepada merza, study rajin2 tau.. aku tunggu next time kita dpt keluar sekali lagi. Omar jugak, smg berjaya dpt degree sbg seorang artis ok.. dah popular nnt jgn kekwat kat aku..


1 komen seterusnya...

MAKP ke-16, Kolej Pendeta Za'ba

oleh sorensen pada 16 Mac 2008 dalam


Malam ni tadi telah berlangsung Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta ke-16 (MAKP) Kolej Pendeta Za'ba. MAKP berlangsung utk meraikan pelajar2 tahun akhir yg menetap di KPZ, dan utk memberi penganugerahan kpd pelajar2 yg aktif sepanjang sesi pengajian sepanjang tahun. Tahun ni ia dilangsungkan di Banquet Hall, UPM.
Sebenarnya aku merupakan salah seorg AJK utk MAKP kali ni (AJK pengurus persembahan). Overall, semuanya berjalan lancar wpun ada certain2 hal yg membuatkan aku tension dengan ragam budak2 yg menyanyi. Ada yg dtg lambat, ada yg cari air & mcm2 lagi. Tapi aku bernasib baik sebab aku cuma handle persembahan masa majlis rasmi je. Maksudnya, aku cuma ada kat belakang pentas sampai diorang sume abis nyanyi. Lepas tu apa lagi.. terus join member2 aku yg tgh duduk kat table ahak2!!

Rugi tak tengok food presentation!

Tu pentas.. biasa je, last minute katakan :P

Masa VIP dah balik ni.. masing2 pakat amik gmbr

Walaupun MAKP tahun ni agak kurang grand berbanding tahun sebelumnya (menurut kata senior), tapi sebagai salah seorg AJK aku tetap berpuas hatilah dengan apa yg telah diusahakan pihak kitorang ni. Maunya tak, minggu ni tadi tiap2 malam pegi rehearsal semata2 utk dinner ni. Walaupun ada sikit masalah teknikal masa persembahan slide, tapi bagi aku tu bukanlah masalah besar. Yg penting, masa2 mcm ni la yg boleh kita gunakan utk merapatkan hubungan sesama rakan sekolej, di samping enjoy bersama member2 sekolej dan sekuliah. Papepun, harap sume berpuas hati dgn sambutan MAKP tahun ni, jumpa lagi tahun hadapan.. insya allah.. LEBIH VOGUE!

Oh ya.. ni la baju yg aku pakai masa dinner tu tadi.. kemeja hitam separa sutera, dengan sulaman batik di atas kain organza.. (tapi tak transparent la, sbb ada lapis kain kat dalam.. hehe!) ok tak?

Tradisi kontemporari katanyer.. kui3..


3 komen seterusnya...

TV plasma dalam RapidKL..

oleh sorensen pada 14 Mac 2008 dalam

Hari rabu lepas, aku dgn shafik keluar kejap. Saje je, nak shopping baju utk dinner malam anugerah kecemerlangan pendeta (MAKP) hari sabtu ni. Tema dia kelas sgt, TRADISI KONTEMPORARI tu yg smp kena beli baju baru bagai. Memandangkan hari tu hari rabu, so agak susah la nak tunggu bas UPM utk keluar ke stesen komuter serdang. So, bila ternampak ada bas shuttle RapidKL berhenti kat pondok bas dpn fbmk tu, aku dgn shafik pun terus naik je.. tak kisah la bayar asalkan cepat sampai.

Tapi yg menariknya, aku baru perasan rupanya skrg dah ada tv disediakan dlm bas RapidKL, tv plasma lagi.. yg mana service tu disediakan Asia Media Sdn. Bhd. utk tujuan pengiklanan mobile dalam kenderaan awam.

Tu la tv yg aku maksudkan

Tv ni pulak, bukan menyiarkan sebarangan jenis rancangan. Biasanya korang akan jumpa bas yg sediakan tv utk main vcd dan siaran tv tempatan. Tapi yg ni, ada saluran dan teknologi tersendiri. Bawah ni antara spesifikasi/kualiti siaran dia:

HOW IT WORKS

  • 2 units of 19’’ glare-free LCD screens on each coach.
  • Optimised screen and seat configuration enables viewing for commuters from all angles.
  • System includes high-quality speakers throughout the vehicle.
  • Advertising and programming is transmitted automatically to the vehicle via the Internet using a wireless network.

PLAYBACK MODE

  • 30 minute cycle basis.
  • 2 cycles per hour.
  • 18 operation hours (6:00 ~ 24:00)
  • 36 rotation per days.

SYSTEM SPECIFICATION

  • MPEG-4 Specification
  • Screen size (recommended) : PAL : 720 x 576, NTSC : 720x480
  • Video Bitrate : 250 kbps (2 Mbit/s)
  • Audio Bitrate : 224 Kbit/s, 48 kHz at 16 bits sample rate
  • Frame Rate : PAL 25Hz / NTSC : 30Hz.MPEG-4 codex : DivX 5.2 or higher.

Pada masa ni, siarannya masih dalam peringkat percubaan dpd Asia Media. Pape pun sebagai penggemar teknologi, aku rasa bangga sgt sbb ada perkhidmatan mcm ni kat malaysia. Harap service mcm ni akan diperluaskan ke seluruh negara ckit masa lagi.



Comments seterusnya...

Renault Mégane Coupé Concept - Dragonfly Wing Doors

oleh sorensen pada 05 Mac 2008 dalam

Pelbagai jenis pintu kereta telah diperkenalkan sejak ia tercipta lebih seabad lalu, dengan rekabentuk berbeza-beza seperti 'gullwing','scissor','suicide' dan 'butterfly'. Setiap satu rekabentuk ini telah berjaya menempa sejarah kejayaan yang tersendiri. Terkini, Renault telah memperkenalkan pintu kereta berkonsep Mégane Coupé dalam pameran kereta di Geneva baru-baru ini. Pintu kereta ini berbentuk kembar, terbahagi kepada dua bahagian dan berbentuk seperti sayap pepatung (dragonfly wing doors). Rekabentuk yang menarik ini akan menjadi asas kepada model-model kereta Renault yang akan datang.
Kereta sport ini memiliki fungsi berteknologi tinggi, seperti operasi penghidup enjin dan pengunci pintu melalui telefon bimbit, pengawal iklim empat zon, pemain multimedia berskrin sesentuh dan sistem 'stop & start'.

Rekabentuk dalaman kereta ini juga sangat futuristik, agresif dan bergaya. Ia mempunyai empat tempat duduk berasingan (bersturuktur 'Fire Red lacquer' berserta kemasan tempat duduk kulit berwarna hitam). Kereta model baru ini bukan sahaja menyasarkan kepada pemanduan yang selesa, tetapi juga untuk menampilkan personaliti pemandunya. Konsep Mégane Coupé diperkenalkan dengan harapan untuk merealisasikan visi Renault, yang mahukan kereta sport coupé yang boleh membawa karakter dan dinamisme. Dua sifat ringkas tersebut akan terlihat ketika pintu kereta yang menakjubkan ini dibuka dan ditutup.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com


Comments seterusnya...

Sony Ericsson XPERIA X1

oleh sorensen pada 01 Mac 2008 dalam

Sony Ericsson XPERIA X1

Yess.. itu dia, Sony Ericsson maju setapak lagi dengan terciptanya XPERIA X1.. model pertamanya sudah mula diperkenalkan sejak 1st quarter 2008! Bila nak sampai malaysia? Tatau la labuu!! Tengok la demo tour dia kat bawah ni dgn full specs skali..



Screen: 800 X 480, 65,536 color TFT

Memory: Up to 400 MB

Phone Memory: MicroSD support
*Actual free memory may vary due to phone pre-configuration

Networks: GSM 850, GSM 900, GSM 1800, GSM 1900, EDGE, HSDPA, HSUPA, UMTS 850, UMTS 900, UMTS 1700, UMTS 1900, UMTS 2100

Available colours: Solid Black, Steel Silver
*Possible limited market availability

Sizes: 110 x 17 x 53 mm- 4.3 x 0.7 x 2.1 inches

Weight: 145 gr- 5.1 oz


Comments seterusnya...