MAKP ke-16, Kolej Pendeta Za'ba

oleh sorensen pada 16 Mac 2008 dalam


Malam ni tadi telah berlangsung Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta ke-16 (MAKP) Kolej Pendeta Za'ba. MAKP berlangsung utk meraikan pelajar2 tahun akhir yg menetap di KPZ, dan utk memberi penganugerahan kpd pelajar2 yg aktif sepanjang sesi pengajian sepanjang tahun. Tahun ni ia dilangsungkan di Banquet Hall, UPM.
Sebenarnya aku merupakan salah seorg AJK utk MAKP kali ni (AJK pengurus persembahan). Overall, semuanya berjalan lancar wpun ada certain2 hal yg membuatkan aku tension dengan ragam budak2 yg menyanyi. Ada yg dtg lambat, ada yg cari air & mcm2 lagi. Tapi aku bernasib baik sebab aku cuma handle persembahan masa majlis rasmi je. Maksudnya, aku cuma ada kat belakang pentas sampai diorang sume abis nyanyi. Lepas tu apa lagi.. terus join member2 aku yg tgh duduk kat table ahak2!!

Rugi tak tengok food presentation!

Tu pentas.. biasa je, last minute katakan :P

Masa VIP dah balik ni.. masing2 pakat amik gmbr

Walaupun MAKP tahun ni agak kurang grand berbanding tahun sebelumnya (menurut kata senior), tapi sebagai salah seorg AJK aku tetap berpuas hatilah dengan apa yg telah diusahakan pihak kitorang ni. Maunya tak, minggu ni tadi tiap2 malam pegi rehearsal semata2 utk dinner ni. Walaupun ada sikit masalah teknikal masa persembahan slide, tapi bagi aku tu bukanlah masalah besar. Yg penting, masa2 mcm ni la yg boleh kita gunakan utk merapatkan hubungan sesama rakan sekolej, di samping enjoy bersama member2 sekolej dan sekuliah. Papepun, harap sume berpuas hati dgn sambutan MAKP tahun ni, jumpa lagi tahun hadapan.. insya allah.. LEBIH VOGUE!

Oh ya.. ni la baju yg aku pakai masa dinner tu tadi.. kemeja hitam separa sutera, dengan sulaman batik di atas kain organza.. (tapi tak transparent la, sbb ada lapis kain kat dalam.. hehe!) ok tak?

Tradisi kontemporari katanyer.. kui3..


3 komen seterusnya...

3 komen

  • Tanpa Nama

    asmlkum,
    hai nice web,,,
    rindu pulak kat kolej... saja je ingat nak cari web kolej tapi tak jumpa la.... itu pic majlis makan malam terbarunye ke.... wahhh ...wat kat mana tu..... nanti kalau ada masa hantar la pic kat abg ye.... rindu tul ngan kolej...... suzeren_jamil@hotmail.com.
    keep up a good work, adik.....

    cheers,
    ex felo suzeren(yen) kim salam kat semua felo ngan jaksa k

  • Tanpa Nama

    upppsss... sorry lah dek... abg silap uni la.... maklumlah kolej pendeta zaba ni banyak uni yg guna....patut la lain je majlis makan malam tu.... sorry again.......

    cheers