'Lautan berlian' di planet Uranus dan Neptune?

oleh sorensen pada 31 Julai 2010 dalam

Apabila disebut tentang lautan, pasti terbayang di fikiran anda samudera luas yang dipenuhi air dan hidupan-hidupan laut bukan? Namun pernahkah anda terfikir, sekiranya lautan yang ada di planet lain bukan terdiri daripada air tetapi berlian?

Kajian terhadap perkara ini dilakukan dengan mengambil kira takat lebur berlian secara terperinci. Sifat berlian adalah sama seperti air apabila ia lebur, iaitu bahagian yang beku akan timbul di atas bahagian cair. Berlian sangat keras menyebabkan ia sukar untuk dicairkan. Mengira takat lebur berlian juga amat sukar kerana apabila ia dipanaskan dengan suhu lampau, ia akan berubah bentuk menjadi grafit. Bermaksud, larutan yang terhasil adalah larutan grafit kerana amat sukar untuk mencairkan berlian tanpa mengubah bentuknya kepada grafit terlebih dahulu.

Namun demikian, saintis telah menyelesaikan masalah ini dengan mendedahkan berlian kepada suhu lampau melalui pancaran laser. Hasilnya, berlian berjaya dileburkan pada tekanan 40 juta kali ganda daripada tekanan paras laut bumi. Apabila tekanan dikurangkan kepada 11 juta kali ganda dan suhu menurun kepada 50,000 darjah, ketulan-ketulan berlian mulai timbul. Namun sesuatu yang tidak dijangka oleh para saintis adalah, walaupun suhu peleburan semakin diturunkan tetapi suhu berlian tersebut tidak berubah, dan semakin banyak ketulan-ketulan berlian terbentuk. Ketulan ini tidak tenggelam tetapi timbul di atas berlian yang cair, menghasilkan 'aisberg berlian'.

Planet Uranus dan Neptune

Diketahui bahawa suhu dan tekanan lampau seperti ini hanya boleh didapati di planet gas gergasi seperti Uranus dan Neptune. Kedua-dua planet ini dianggarkan terbentuk daripada 10% karbon. Lautan cecair berlian di planet-planet ini dikatakan mampu membias dan mencondongkan lapangan magnetik keluar daripada posisi putaran planet tersebut.

Satu-satunya cara yang boleh digunakan para saintis untuk memastikan 'lautan berlian' wujud di atas planet-planet gas ini adalah sama ada dengan menghantar kapal angkasa ke arah salah satu daripadanya, ataupun dengan melakukan simulasi melalui keadaan di bumi. Kedua-dua cara ini adalah sangat mahal dan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dilaksanakan.

Sekiranya ini benar, mungkinkah suatu hari nanti akan berlaku perebutan hak di antara manusia terhadap hasil semulajadi kedua-dua planet ini? Wallahu'alam.

Dipetik, diterjemah dan diubahsuai daripada Physorg.com.


Comments seterusnya...

10 keretapi terlaju di dunia

oleh sorensen pada 26 Julai 2010 dalam ,

April tahun ini, KTMB telah melancarkan perkhidmatan keretapi laju untuk perjalanan ulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Menggunakan Electric-Train-Set (ETS) berkelajuan maksimum 140km/j, tidak dapat dinafikan ia satu perkembangan yang agak sihat untuk sistem pengangkutan awam di negara kita.

Tapi tahukah anda bahawa di negara maju, sistem keretapi laju seperti ini sudah lama diwujudkan? Malah keretapi-keretapi ini adalah beberapa kali ganda lebih laju daripada ETS tersebut. Mari kita lihat, senarai 10 keretapi paling laju di dunia.


1. CRH2 (China)

CRH2 adalah versi rekaan Shinkansen siri E 2-1000 yang telah diubahsuai, dan antara model keretapi paling laju di China. Ia juga merupakan model keretapi Shinkansen kedua yang dieksport selain siri 700T.



2. THSR (Taiwan)

Rangkaian Keretapi Laju Taiwan (Taiwan High Speed Rail) bergerak sekitar 335.5km/j di sepanjang pantai barat Taiwan. Ia bergerak dari Taipei City ke Kaoshiung dan telah mula beroperasi sejak 5 Januari 2007.



3. KTX (Korea)

Sistem keretapi laju Korea Selatan, Korea Train eXpress (KTX) dikendalikan oleh Korail. Ia berkelajuan 350km/j dan teknologinya diambil daripada sistem TGV Jerman. Kelajuannya boleh dihadkan kepada 300km/j untuk tujuan keselamatan. Keretapi ini pernah mencecah kelajuan 352.4km/j pada 16 Disember 2004.


4. Shinkanzen (Jepun)

Keretapi sangat pantas yang menghubungkan Honshu dan bandar-bandar besar lain di Jepun. Ia juga menghubungkan Fukuoka di pulau Kyushu dengan Tokyo. Dikenali sebagai shinkansen, keretapi jenis bullet ini dikendalikan oleh Japan Railways.




5. AVE (Sepanyol)

AVE adalah singkatan kepada Alta Velocidad Española yang bermaksud kelajuan tinggi. AVE adalah keretapi berkelajuan sehingga 300km/j yang menghubungkan semua bandar-bandar utama di seluruh Sepanyol.




6. Eurostar (United Kingdom)

Perkhidmatan keretapi laju Eurostar menghubungkan London dan Kent di United Kingdom, dengan Brussels di Belgium dan Paris dan Lille di Perancis. Keretapi bermusim ke Perancis juga disediakan perkhidmatannya terhad untuk ke Disneyland Resort Paris.


7. TGV (Perancis)

Perkhidmatan TGV telah dibangunkan oleh operator perkhidmatan keretapi kebangsaan Perancis, SNCF dan GEC-Alsthom (kini Alstom). Rangkaian keretapi TGV menghubungkan Paris dan bandar-bandar utama di Perancis dan juga di negara-negara berhampiran.

8. MLX01 (Jepun)

Ini adalah versi lama Shinkansen maglev dan ia bergerak pada kelajuan 515km/j. Ini adalah keretapi paling laju di Jepun pada era 1990an.




HTML clipboard9. TR-07 (Jerman)

TR-07 adalah keretapi maglev Jerman yang bergerak dari Hamburg, pernah mencecah kelajuan 435km/j pada 1989. Rekaan enjinnya memberikan tahap kebisingan jauh lebih rendah. Transrapid adalah monorel di Jerman yang pada masa kini antara keretapi paling laju di dunia, bergerak dengan levitasi magnetik. Pada peringkat percubaannya, keretapi ini mampu mencecah kelajuan sehingga 450km/j. Versi terbaru malah mampu mencecah kelajuan sehingga 500km/j.

10. MLU001 (Jepun)

MLU001 adalah keretapi maglev Jepun yang bergerak pada kelajuan 400.4km/j pada tahun 1987. Ia adalah penanda aras kepada sistem keretapi laju yang lain pada tahun 1990an hingga era 2000.



Dipetik, diterjemah dan diubahsuai daripada Top10List.



Comments seterusnya...

Kenangan sllrrrp...

oleh sorensen pada 23 Julai 2010 dalam ,


Berani sllrrrp berani tanggung!!!

Aku tak boleh tengok la iklan ni. Walaupun dah lama dan tak ditayangkan kat tv lagi, tp sampai sekarang pun kalau aku tengok mesti aku gelak sorang2. Banyak sebenarnya kenangan dengan mamee sllrrrp ni. Korang ingat tak zaman2 kegemilangan Mawi dulu lepas AF3? Yes.. dia kan pernah jadi duta mamee sllrrrp ni sekali dengan Felix dan Amylea.

Masa tu, aku still study kat unimas lagi. Gara2 makan mee ni la aku selalu kena marah dengan merza. Bukan apa, memang salah aku gak sebenarnya. Makan2 pastu tinggal mangkuk kotor kat sinki dapur apartment kitorang. Pagi esoknya baru basuh, huhu! Mana tak berleter kawan sorang tu, dah la dia memang jenis pembersih!

Flavor feveret aku masa tu dulu sebenarnya mamee sllrrrp perisa ayam. Masa tu mamee sllrrrp di pasaran kebanyakannya jenis kat dalam paket, mcm dalam iklan ni la. Tapi sekarang aku tak sure ada lagi ke tak yang dalam paket. Lepas tengok iklan ni, aku terfikir nak cari balik kat kedai. Tapi...

Ada yang kat dalam cup je...

Hmm.. tiba2 mengidam nak makan mee ni balik. Sambil2 mengimbas kenangan bersama kawan2 sekampus masa kat unimas dulu. Kat mana la diorang sekarang ni agaknya?


Comments seterusnya...

YouthSays featured ME! =D

oleh sorensen pada 20 Julai 2010 dalam

Hairan jugak mula2 tadi bila check pattern visitors untuk hari nih. Kenapa ramai benar yang masuk blog aku ni dan baca entry aku hari tu pasal YouthSays? Nak katakan semuanya cari melalui search engine, takde plak nampak apa2 keyword digunakan dalam log counter blog aku.

Selidik punya selidik, rupa2nya...


Admin YouthSays sendiri yang promote entry tu kat facebook dan twitter!!!

Best. At least aku rasa berbaloi apa yg aku dah tulis tu, dan aku rasa sangat dihargai. Walaupun niat asal cuma utk promote invite link saja, tapi bila aku baca balik entry tu baru aku perasan bhw ianya memang boleh membantu para newbies yg baru join YS untuk kenal apa dia YS yang sebenarnya.

Dan aku akan berusaha lebih keras lagi lepas nih!!! Thanks YouthSays!!

Comments seterusnya...

Hati 2 - Entahla...

oleh sorensen pada 08 Julai 2010 dalam

It's about someone. Kenal dia ni lama dah.. in fact masa "zaman2 muda" layan myspace dulu pun dah pernah nmpk dia nie. Masa tu dulu ada gak la bertegur sapa berapa kali, sampai la zaman tu tamat dan langsung lost contact. Tapi aku sentiasa ingat rupa dia. Yelah, rupa dia yg pernah buatkan aku rasa sangat2 rendah diri dan takut nak approach dia dulu.. sape jela aku nie kan kalau nak banding dgn dia.



Tapi tah mcm mana, baru2 ni aku terjumpa plak dgn dia blk kat fb. So aku pun add la dia blk. Tapi sbb busy layan wall kwn2 dan komen2 wall sendiri, aku lupa la nak ucap thanks kat dia upon approval tu. Yelah, sbb aku kan pnh kenal dia dlu so it's my responsibility la kan.

But surprisingly, few days lepas add tu.. dia pun mula pm aku. Dan ktorang berbalas pm tu tak berhenti smp skrg ni. Now baru la aku tau, perwatakan dia mmg sgt cool. Relax je orgnya, msg2 dia tak pernah lebih dari dua baris tapi selalu buat aku senyum. Then lepas borak dgn member psl ni td.. baru la aku prasan. Dah mula ada yg tak kena pada aku nih.

Dia ni agak lain sikit dpd other person yg approach aku. In fact, dia tak nmpk mcm nak approach pun.. sbb dia kan relax je. So bila aku bercakap dgn dia, aku pun jadi relax.. tak rasa stress. Takde pun rasa yg aku terpaksa nak bercakap dgn dia disebabkan ada sense of belonging on something. Dia plak jenis yg pandai melayan balik apa yg aku cakap. So aku just cakap je dgn dia..

Membuatkan aku rasa mcm.. dah jatuh hati plak dgn dia..

Huhu.. ENTAHLA...

Mainan perasaan...
Mainan perasaan...


7 komen seterusnya...

Hati...

oleh sorensen pada 06 Julai 2010 dalam

"Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku. Mungkin akan ada cerita cinta?"



Ada yg cuba datang. Aku bukanlah terlalu tak mempeduli sangat walaupun luarannya mmg nampak mcm tu. Tapi aku tau kalau ada perubahan pd tingkahlaku org, sbb aku mmg gemar memerhati. Dulu senyap saja, tp sekarang jadinya amat mesra. Dan bukan cuma seorang, beberapa orang yang mula berperilaku sama spt itu padaku!

Kadang2 aku takut. Takut mengecewakan sesiapa yg menyimpan perasaan terhadapku. Mslhnya, aku belum bersedia semula. Kalian boleh menjanjikan aku cinta sebanyak manapun, tapi sejauh mana ia membantu memulihkan percayaku pd cinta itu?

Mulut kalau berbicara, manisnya kadangkala mampu membunuh. Pernahkah kalian lihat itu di dalam jiwaku? Dan yg paling aku takuti adalah, naluriku kuat mengatakan ada konspirasi utk menambah sakit lagi hatiku yg lukanya belum tertutup ini. Lakukan saja, kalau itu yang kalian mahu.

Aku sudah terlalu keras utk menerima semuanya. Kerana pelajaran yang amat bermakna bagiku adalah, CINTA.. sebenarnya memang tiada pada diri sesetengah manusia. Dan KALIAN mungkin salah seorang daripadanya.


5 komen seterusnya...

Tukar layout lagi!

oleh sorensen pada dalam

Baru dalam 3 bulan aku tukar layout, tiba2 smlm dah meroyan nak tukar lagi. Haih, mungkin sebab bosan gak kot. Tapi bukan gak. Tukar template kali ni mmg sebab ada keperluan sebenarnya. Maklumla, widget2 kat sebelah ni makin bertambah. Jadi sayang kalau ruang berlebihan yg banyak tu tak digunakan secara maksimum. Cuma yg ironinya, disebabkan ruang sidebar bahagian bawah sblh kanan ni dah dibahagikan kepada dua bahagian, maka ianya secara tak langsung menghalang aku utk letak sesetengah widget (contohnya Feedjit, aku sayang sgt2 widget tu!). Tapi nak buat cmne, kalau letak gak nanti nampak buruk lak sbb sidebar baru ni cuma bersaiz width 145px, sedangkan kebanyakan widget sidebar bersaiz minimum 160px. Banner nuffnang tu pun putus sket rasanya nanti, takpela bukan keluar sepanjang masa pun.. huhu..

Kalau ada masa nanti nak alter sikit lagi, dan kalau boleh aku nak bubuh gak Feedjit tu balik walau dgn cara apa sekalipon! So far, ini kot proses menukar yang paling mencabar.. sbb kne edit dgn background, header, widget2 dan termasuk BAHASA sekali! (perhatikan semua istilah yg digunakan di setiap widget adalah dlm bahasa Melayu! Ley?).

Tapi at least, puas hati la kali ni. Insya Allah, layout ni aku akan guna lama kot.. kalau takde keperluan lain utk ubah lagi nanti.


4 komen seterusnya...

Bola sepak termahal di dunia!

oleh sorensen pada 03 Julai 2010 dalam

Afrika Selatan menjadi tuan rumah untuk FIFA World Cup 2010, dan syarikat barangan kemas tempatan Shimansky menyambutnya dengan bola sepak termahal di dunia.

Bola ini memakan masa tiga bulan untuk direka dan masih lagi dalam pembuatan. Setelah siap, ia akan disaluti 6,620 berlian putih dan 2,640 berlian hitam, dan jumlah kesemuanya adalah 3,500 karat berlian Afrika Selatan. Ianya bersaiz sebiji bola sepak sebenar, namun beratnya adalah 4.8 lbs.

Bola ini direka bertujuan untuk menarik perhatian pelancong-pelancong dan penggila bolasepak jutawan untuk membeli produk batu permata Afrika Selatan Shimansky. Shimansky juga mengeluarkan replika bola sepak berkenaan yang diperbuat daripada kristal untuk dipamerkan di cawangan-cawangan tempatan mereka dan juga dibida untuk tujuan kebajikan.

Bola sepak berlian Shimansky ini dijual pada harga 20 juta rands Afrika Selatan, bersamaan dengan RM8.35 juta!

Dipetik dan diterjemah daripada
Most-expensive.net



2 komen seterusnya...

YouthSays - Bukan sekadar ganjaran!

oleh sorensen pada 02 Julai 2010 dalam

Sebagaimana yang korang nampak, baru2 ni aku dah mula menampalkan advertisement program pd ruang sblh kanan blog ni. Mula2 aku publish blog ni dlm tahun 2007 dulu, aku mmg tak terfikir langsung utk letak benda2 ni semua. Yelah, advertisement program pd masa tu bagi aku tak lebih dpd sekadar banner2 yg menyemak di dalam website utk meraih perhatian pelanggan dengan cara murahan. Seriously, itulah trend pengiklanan di internet PADA MASA ITU.

Tapi, kebelakangan ni aku perasan bhw trend pengiklanan online sudah mengalami revolusi. Pengiklanan internet bukan lagi sekadar tertumpu di kalangan syarikat penyedia perkhidmatan iklan utk memasarkan perkhidmatan dan produk, tapi kini juga turut disertai oleh laman sosial sebagai medium mempromosikan acara dan peraduan yang diadakan oleh syarikat2 yang berminat.

Dari situlah timbul minat aku untuk terlibat aktif dengan
YouthSays.

YouthSays BUKAN sebuah syarikat pengiklanan, itu yg korang kena tau. Ianya adalah sebuah laman sosial utk remaja dan belia, yang mana sekiranya korang join korang akan lihat banyak persamaannya dengan Twitter. Tapi kat sini, korang boleh buat bermacam2 aktiviti lain selain dpd bersembang. Contohnya dgn membuat atau menjawab polls dan survey, join auction utk memenangi merchandise yg ditawarkan dan mempromosikan event yang akan diadakan di IPT korang sekiranya korang adalah pelajar kolej atau universiti. Selain itu, barulah ia menumpu kpd advertising program.

Advertising program YouthSays ni plak tak sama dengan program dari syarikat-syarikat pengiklanan. Ini kerana untuk setiap kempen baru yang hendak dilancarkan oleh syarikat2 tertentu, korang kne join dulu kempen tu utk mendapatkan promotion link korang. Dari situ, terpulanglah pd korang mcm mana korang nak promote link tu supaya org lain tertarik dan berminat utk klik padanya. Contohnya korang boleh promote kat facebook, atau letakkan pada blog korang dengan syarat korang tak gunakan maklumat yg menyeleweng utk dptkan perhatian org. Untuk setiap klik unik, RM0.20 akan dimasukkan ke dlm akaun YouthSays korang. Dan korang akan mendapat bayaran utk setiap klik sehinggalah peruntukan yang ditetapkan oleh syarikat tersebut tercapai. Jumlah kempen utk setiap bulan tak sama, contohnya utk bulan Julai ni nanti ada 7 kempen yang akan diadakan. Selain tu, korang juga boleh membantu mempromosikan kempen komuniti atau kempen kawan2 lain secara sukarela tanpa mendapat sebarang bayaran.

Kalau cara aku plak lain sikit. Kalau korang tengok kat sebelah kanan ni kat under segmen [y]outh[s]ays, aku dah buat banner aku sendiri untuk kempen2 tu (ala2 teknik advertising program la katanyer =P). Sebab mcm yg aku ckp, YouthSays cuma akan bagi promotion link sahaja dan tak sediakan banner atau medium2 lain utk membantu pengiklanan korg. Aku sangat2 sukakan cara ni, sebab ia memberi kita lebih kebebasan utk mempromosi di samping menguji kreativiti masing2. Sape lebih kreatif, dia lebih untung =)

So kpd korang2 kat luar tu, dpd korang online dan tak dpt apa2, apa kata korang daftar kat sini. Lepak2, boleh buat duit skali :)




Comments seterusnya...