Blackberry Internet Service - Celcom vs. Maxis Prepaid

oleh sorensen pada 20 Januari 2012 dalam ,

Aku adalah pengguna baru Blackberry. Pada pendapat aku, menggunakan Blackberry Internet Service (BIS) prepaid lebih menguntungkan berbanding postpaid di Malaysia lantaran capability device itu sendiri yang kurang memanfaatkan sambungan internet untuk tujuan yang berat. Disebabkan pengguna Blackberry lebih mengutamakan penggunaaan smartphone untuk tujuan kerja dan bersosial, kita tidak seharusnya risau tentang isu bandwidth mobile internet sebagaimana pengguna iPhone dan Android, kerana dalam apa cara sekalipun kita tidak akan memerlukan bandwidth yang terlampau besar dan monthly subscription yang terlalu mahal untuk memanfaatkan penggunaan internet. Di samping itu, BIS sendiri merupakan pakej khas yang lebih murah langganannya khusus untuk pengguna Blackberry sahaja. Best kan?

Persoalannya, yang manakah paling berbaloi?

Setelah hampir sebulan menggunakan Blackberry, aku sudah mencuba kedua-dua prepaid BIS daripada Celcom dan Maxis. Dari segi kelajuan tiada perbezaan yang terlampau ketara terutamanya bagi yang berada dalam kawasan liputan 3G. Namun demikian daripada pengalaman aku, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian sebelum korang memilih salah satu daripada mereka. Di bawah aku huraikan sedikit perbezaan kadar langganan bulanan antara Celcom dan Maxis BIS prepaid:


Maxis


Celcom


Untuk langganan prepaid bulanan, Maxis menyediakan Social Package (RM30) dan BIS Bonus (RM20/100MB untuk masa terhad) manakala Celcom menyediakan pakej Monthly Advance (RM25/250MB). Apabila diperhatikan, harga langganan antara keduanya tidaklah terlampau jauh berbeza. Tapi adakah korang tahu perbezaan paling ketara di sini sebenarnya?

Ya, bandwidth utilization pada pakej-pakejnya!

Pada dasarnya, Maxis mengira penggunaan bandwidth 100MB sebulan berdasarkan trafik data daripada BBM, e-mail dan social applications yang disokong oleh BIS sahaja. Internet browsing hanya disokong oleh plan BIS Bonus. Sekiranya korang melakukan internet browsing (pada Social Package) atau menggunakan application bukan native yang tidak disokong oleh BIS seperti Whatsapp, Ubersocial dll. (pada Social Package atau BIS Bonus) korang tidak akan dikira sebagai menggunakan bandwidth sebaliknya akan dikenakan caj external menggunakan kadar pay per use
! (10 sen/10kB).

Berbanding dengan Celcom, trafik data daripada native applications tidak dikira di dalam pengiraan bandwidth bulanan. Korang boleh menggunakan BBM, Facebook, Twitter dan e-mail sepuas-puasnya kerana ia adalah unlimited, dan bandwidth korang hanya akan dipotong sekiranya korang melakukan streaming, internet browsing dan menggunakan application bukan native BIS seperti dinyatakan di atas. Jadi walaupun aku pernah menjadi pembenci tegar Celcom sebelum ini, melihat dari segi pakej BIS yang ditawarkan aku akui mereka telah menang. Dan setelah dua minggu menggunakan Maxis Prepaid BIS aku mengambil keputusan untuk beralih ke Celcom setelah beberapa tahun memboikot perkhidmatan mereka :)

Tujuan aku menulis entry ini adalah untuk menyelesaikan kekeliruan pengguna Blackberry baru atau yang sedia ada dalam memilih pakej BIS prepaid paling sesuai. Pengguna postpaid mungkin ada pengalaman tersendiri, dan pengalaman korang dengan Blackberry mungkin berbeza dengan daripada apa yang aku telah lalui. Apapun, aku tau korang suka Blackberry korang tu. Sebab aku pun sama, hehe! :)



Comments seterusnya...

1st job ever!

oleh sorensen pada 12 Oktober 2011 dalam

Belum hilang lagi feel yang aku amik daripada dramathon cerita ni selama hampir sebulan aku tengok balik setiap satu episodnya. Akhirnya, aku dapat kerja. Nasib agak menyebelahi aku kali ni apabila dalam minggu lepas, abang aku inform ada jawatan kontrak yang dibuka di ofis diorang iaitu di PPD kat town aku ni sendiri. Walaupun kontraknya cuma maksimum 3 bulan saja, aku rasa buat masa sekarang itu dah memadai sebagai platform untuk mengerah bakat dan tenaga yang aku ada, meluaskan skop sosial dengan kakitangan kerajaan di sini dan of course... ia bergaji :)

Aku mula bertugas sebagai pembantu sambilan di bahagian HEM sejak 2 hari lepas, dan tak dinafikan kerjanya memang melambak. Tapi aku beruntung sebab ketua aku di bahagian tu sangat sempoi orangnya, dan walaupun staff di pejabat itu melihat dia sebagai seorang workaholic... aku boleh rasa ada chemistry di antara kami malah rasanya aku mungkin lebih workaholic daripada dia!

Bila teringat balik cerita Ugly Betty dan situasi aku dan kerja aku sekarang kadang-kadang aku nak tergelak. Serius aku tak pernah terfikir akan bekerja sebagai assistant kpd seorang pegawai, dan pengalaman aku menonton cerita ni semula sangat membantu. Walaupun baru dua hari bekerja sekarang aku faham, menjadi seorang assistant bukan sekadar membantu ketua menyelesaikan tugasnya tapi juga menjadi sebahagian daripada dia. Masa untuk overtime dia yang tentukan dan selagi dia belum pulang, atau turun semula ke pejabat menyambung kerjanya pada waktu malam aku harus membantu dia. Dan sekiranya dia tidak berada di pejabat akulah yang akan menggantikan tempat dia, sekurang-kurangnya mengingati setiap perincian fail dan surat yang dihantar ke pejabatnya untuk semakan apabila dia kembali. Dan tentunya, tugas aku adalah menjawab panggilan telefon yang masuk... dan tugas ini belum berani aku pikul sebab banyak benda yang aku tak tau nak jawab lagi! Owh... nampaknya aku belum setaraf dengan Betty Suarez T_T

Apapun, seriously I do love my job. Peluang mendapat kerja pertama ni akan aku gunakan sebaik-baiknya sebagai batu loncatan menimba pengalaman sebelum beralih kepada bidang kerja pejabat yang lebih extensive. Thx Mr. Affendi for being a very good mentor, for the next three months I will be your hardwork, intelligent, effective and handsome Sorensen Suarez :)



Comments seterusnya...

Jemputan ke Google+

oleh sorensen pada 15 Ogos 2011 dalam

Sebagaimana yang mungkin telah korang semua ketahui, Google+ adalah sebuah rangkaian sosial terbaru yang diperkenalkan oleh Google. Buat masa ini ia masih lagi di peringkat percubaan, dan pendaftaran di laman sosial ini sangat terhad iaitu hanya boleh dilakukan melalui jemputan sahaja pada masa sekarang. Wujudnya Google+ akan memberikan nafas baru dan saingan kepada laman sosial popular sedia ada seperti Facebook dan Twitter. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa perlu ada Google+ sedangkan sudah ada Facebook yang telah terbukti berfungsi sebagai rangkaian sosial yang berkesan?



Kalau ditanya pada aku, setelah beberapa hari mengkaji sistem penggunaan Google+ aku mendapati terdapat beberapa perbezaan dan pembaharuan features berbanding Facebook. Perbezaan utama terletak pada cara kita berinteraksi dengan kenalan di dalam senarai. Google+ tidak menggelarkan teman kita sebagai "friends" sebagaimana Facebook tetapi mereka dikenali sebagai "circles". Kita bebas untuk meletakkan sesiapa sahaja ke dalam "circles" yang kita inginkan tanpa perlu menunggu mereka meluluskan permintaan kawan. Dan sekiranya mereka juga beminat untuk mengetahui updates yang kita tulis pada stream maka mereka juga boleh memasukkan kita ke dalam "circles" mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kita boleh mencipta sebanyak mana "circles" yang kita ingini dan meletakkan hanya pengguna-pengguna tertentu sahaja di dalamnya. Sebagai contoh, kita boleh mengasingkan teman sekolah, teman sekampus dan ahli keluarga ke dalam "circles" yang berbeza. Oleh yang demikian, setiap kali kita hendak menulis update kita boleh memilih "circles" yang mana sahaja boleh melihat update tersebut.

Sistem borak melalui webcam di Google+ pula dikenali sebagai "Hangouts". Mengapa digelar "Hangouts" dan bukan video call seperti di Facebook? Ini kerana fungsi "Hangouts" membolehkan kita membuat panggilan video kepada lebih daripada seorang teman pada satu-satu masa. Dari sudut ini, walaupun Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi integrasi video call tidak berapa lama dulu namun nampaknya fungsi tersebut sudah agak ketinggalan. Selain itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti "sparks" dan permainan yang belum aku cuba setakat ini.

Dengan ini, aku menjemput korang yang berminat untuk turut sama menyertai Google+ dan mencubanya sendiri. Cuma tinggal dalam 140 jemputan melalui akaun aku. Sebelum mendaftar pastikan korang login ke dalam akaun Google terlebih dahulu (jangan logout) dan kemudian barulah klik pada invitation link di bawah. Siapa cepat dia dapat! :)



Comments seterusnya...

Zon Inggar bersama Kak Lehot

oleh sorensen pada 27 Jun 2011 dalam

Adakah korang berasal dari Sarawak? Atau memiliki ramai teman dan sahabat dari Sarawak dan mengaku korang sangat memahami bahasa melayu Sarawak dengan excellent? Sekiranya korang fikir begitu, sila fikir sekali lagi.

Adakah pemahaman bahasa melayu Sarawak anda setanding dengan KAK LEHOT? KAWU TEK KACAK MADAH KO MPUN PANDEY KAKAR SERAWAK???

Hahahaha!


Aku sendiri baru tahu tentang kewujudan segmen ini beberapa minggu lepas melalui seorang kawan. Dan apa yang aku tak tahu, rupa-rupanya segmen ini memang sudah menjadi buah mulut rakyat Sarawak sejak ia disiarkan bermula awal Mei lepas setiap pagi di CATS FM. Segmen ini berkisar tentang seorang watak wanita tua dikenali sebagai Kak Lehot (identiti sebenarnya tidak diketahui) yang akan berceloteh mengenai pelbagai isu semasa. Berbekalkan tagline "Kau Tek Kacak?" (yang bermaksud "Cantikkah Kau?"), berserta loghat bahasa melayu Sarawak yang sangat pekat dan kadang kala aku sendiri pun tidak memahami sesetengah istilah yang digunakannya, ditambah pula dengan gaya penyampaian watak ini yang mengajuk cara tipikal membebel ala-ala golongan warga emas melayu Sarawak, tidak dinafikan setiap episod membuatkan para pendengar yang memahami apa yang diperkatakan watak ini tidak kering gusi.

Zon Inggar bersama Kak Lehot ("inggar" bermaksud "menyampah") boleh diikuti setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi (ulangan 9.30 pagi) di CATS FM. Ia juga boleh didengar secara online melalui laman web CATS FM (http://www.catsfm.my/).

...dan juga di Youtube (http://www.youtube.com/user/sisorensen)

Siapa tuan punya channel Youtube tu tak penting. Yang pastinya, SITOK KU NYETEREKA MUKA KO SIA! KAU TEK KACHAKK??? Hahahahahahaha!!!


Comments seterusnya...

Antara cinta & keluarga

oleh sorensen pada 17 Jun 2011 dalam

Bila aku mula bersuara bisu di sini, bermakna memang aku sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Kecuali ya, cuma beberapa orang teman rapat saja yang tahu perihal perit ini secara terperinci.

Ke mana aku nak pergi?

Kata orang keluarga itulah segalanya. Dari ibu bapa kita dilahirkan, dan pertalian darah antara saudara pula tak akan putus biar berpatah arang sekalipun. Tapi bagaimana pula kalau suatu hari tiba-tiba kita menyedari, andai ada sesuatu di luar sana yang mampu menjadi punca kebahagiaan yang memenuhi satu ruang kosong dalam hati?

Tanpa menyedari, sesuatu itu adalah satu cebisan kisah pahit saudara sendiri?

Ini pertama kali aku mengalaminya. Dan ia sangat menyakitkan, bahkan aku sendiri tak pernah menyangka akan terjebak dalam kisah cinta seperti ini. Apa dunia ini terlampau kecil sehingga aku perlu dipertemukan dengannya? Dan kalau itu belum memadai, insan itu juga tetap tidak lari dari kelemahan-kelemahan yang pernah aku temui sebelumnya. Kenapa aku perlu melalui semua ini, apa memang tidak wujudkah jalan kebahagiaan lagi untuk aku?

Kadang-kadang aku semakin penat dipertemukan dengan orang yang salah. Aku penat untuk berkorban, memberikan komitmen sehabis baik dan menghabiskan waktu dengan harapan akhirnya pengorbanan aku akan dihargai. Walhal aku tak pernah sekalipun mengharapkan apa-apa balasan material, cukuplah seandainya cinta yang aku beri pada seseorang itu terbalas dengan cara yang wajar.

Atau memang aku silap kerana memaksa diri menjadi terlampau setia pada seseorang, sehingga pada satu tahap aku merasa diri sendiri sudah tiada nilainya dan langsung tidak berguna? Mungkin juga wujudnya aku di atas muka bumi ini semata-mata untuk berkorban demi kebahagiaan orang lain? Dan andaikata pengorbanan ini mampu membahagiakan kamu saudaraku, biar aku berkorban. Walaupun sangat sukar melupakannya, kerana untuk seketika dia pernah membantu melenyapkan kesakitan lama dari hatiku. Kali ini, cuma masa yang akan menentukan kalau aku masih layak, dan sudi menerima cinta lagi. Kepercayaan yang ada dihadapan bagiku sekarang hanyalah jalan-jalan kegelapan.

Kerana aku sudah terlalu penat untuk berkorban.


Comments seterusnya...