Kisah Omar: Mengenang lima tahun pemergiannya
oleh sorensen pada 21 Julai 2017 dalam jiwa, kehidupan, omar
Kisah Omar: Jawapan yang sekian lama kucari...
oleh sorensen pada 02 September 2014 dalam jiwa, kehidupan, omar
Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.
Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan.
2 hari sebelum abang meninggal, dia merapu2, cakap benda yang pelik2. Tapi masa tu dia dah tak kenal lagi siapa yang datang. Dia selalu panggil mak, bapak & chah aje. Bapak kata jangan jauh. Masa abang dah tak panjang lagi. Berkali2 jugak aku menidakkan. Kenapa bapak cakap macam tu??Abang masih ada harapan lagi. Aku cakap kat abang, abang mesti kuat. Abang mesti lawan sakit abang tu. Tapi, semua saudara mara aku yang ada kat situ cakap, memang abang dah tak ada harapan. Selalunya orang yang nak meninggal akan cakap benda yang pelik2. Aku tak percaya semua tu. Bagi aku semua tu mengarut. Abang masih lagi boleh sihat macam dulu.
Perginya kamu tiada pengganti...
oleh sorensen pada 17 September 2012 dalam belasungkawa, kehidupan, omar

1st job ever!
oleh sorensen pada 12 Oktober 2011 dalam kehidupan
Belum hilang lagi feel yang aku amik daripada dramathon cerita ni selama hampir sebulan aku tengok balik setiap satu episodnya. Akhirnya, aku dapat kerja. Nasib agak menyebelahi aku kali ni apabila dalam minggu lepas, abang aku inform ada jawatan kontrak yang dibuka di ofis diorang iaitu di PPD kat town aku ni sendiri. Walaupun kontraknya cuma maksimum 3 bulan saja, aku rasa buat masa sekarang itu dah memadai sebagai platform untuk mengerah bakat dan tenaga yang aku ada, meluaskan skop sosial dengan kakitangan kerajaan di sini dan of course... ia bergaji :)Apapun, seriously I do love my job. Peluang mendapat kerja pertama ni akan aku gunakan sebaik-baiknya sebagai batu loncatan menimba pengalaman sebelum beralih kepada bidang kerja pejabat yang lebih extensive. Thx Mr. Affendi for being a very good mentor, for the next three months I will be your hardwork, intelligent, effective and handsome Sorensen Suarez :)
Belasungkawa Kunaini Bohri (1984-2011)
oleh sorensen pada 01 Jun 2011 dalam belasungkawa, jiwa, kehidupan
Kau pernah membuat aku ketawa. Mana mungkin aku lupa?
Aku mengenalimu sejak tingkatan 4, dan sehingga sejak ini aku dan teman-teman kita tak pernah melupakanmu. Siapa mungkin bisa lupa Kunaini Bohri, yang lawak jenaka lucunya tidak pernah membuat kami kering gusi bersama kamu. Sebut saja dari dalam kelas, sehinggalah di luar malah di rumahku juga kau tak pernah berhenti membuat aku ketawa. Malah, ibuku pernah berkata pada kamu. Andaikata di rumah ini dia tidak pernah mendengar aku ketawa seperti itu sehinggalah kamu datang ke sini. Itulah yang aku kenang, Kunai.
Kau pernah membuat aku kagum. Mana mungkin aku lupa?
Hahah. Sejak kita bertemu kembali dalam beberapa tahun kebelakangan, nampaknya kau sudah begitu berjaya dengan bisnes itu. Malah kau pernah memujukku untuk menyertainya tapi aku enggan. Apalah dayaku yang belum bekerja ini, ingin menyertai perniagaan bermodal besar seperti itu? Dan pernah juga beberapa ketika aku berdolak dalih denganmu dengan pelbagai alasan untuk tidak menyertai apa yang kau telah promosikan itu tapi aku masih enggan. Namun begitu, aku tumpang gembira melihat kejayaanmu. Ketika hayatmu kau sempat menjelajah ke beberapa negara hasil titik peluh dan usahamu, sememangnya rezeki yang Allah turunkan kepadamu kerana kau seorang yang tabah, dan tidak mudah patah semangat untuk memperbaiki mutu hidup keluargamu. Itulah yang aku kenang, Kunai.
Dan hari ini, kau membuatkan kami semua terkedu.
Entri ini akan menjadi kenanganku buat selama-lamanya. Rata-rata teman kita sukar mempercayai kau telah tiada lagi bersama kami. Pahit bagi kami menerima pemergianmu, aku rasa lebih pahit lagi buat ahli keluargamu untuk menerimanya. Kunai, kamu tidak pantas meninggalkan kami secepat ini. Kenangan persahabatan kita terasa masih terlalu baru, dan rasanya aku masih belum sempat untuk meminta maaf kepadamu atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan. Aku sayangkan kamu sahabatku, walau apapun yang pernah aku lakukan dan perkatakan tentangmu.

Dan andaikata ini warkah pertama dan terakhir yang pernah akan kutujukan kepadamu, walau tidak sempat memohon maaf sekalipun, izinkanlah aku menyedekahkan Al-Fatihah. Sebagai tanda aku sangat menyayangimu. Semoga kau tenang di alam baqa'. Segala kemesraan, senda gurau dan gelak tawamu pasti akan sangat kami rindui.
Perutusan 2011
oleh sorensen pada 01 Januari 2011 dalam jiwa, kehidupan, peristiwa
Sebagaimana status yang tertulis di facebook beberapa hari yang lalu. Begitu banyak sekali perkara yang hendak diceritakan, begitu banyak sekali ruang yang ada di sini, namun agak malang sekali begitu sedikit daripadanya yang boleh disampaikan kepada orang. Dan sebagaimana banyaknya perubahan yang berlaku terhadap genre serta interface blog ini sepanjang tahun 2010, sebanyak itu jugalah usaha yang telah cuba aku lakukan untuk mengubah kebiasaan format penulisan yang pernah aku gunakan selama lebih 3 tahun menulis di sini. Dan untuk mengekalkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, entry sempena tahun baru tetap akan aku tulis dengan unsur-unsur peribadi sepenuhnya.Entry ini dalam perancangan sepatutnya ditulis dalam bentuk kronologi. Tapi lepas difikirkan, cukuplah semuanya dilalui sekali sahaja. Membaca kembali entry-entry lepas pun tidak terperi sakitnya, apa lagi hendak menceritakannya kembali. Jadi aku batalkan saja niat itu.
Seboleh-bolehnya aku ingin sekali menghindar daripada bercerita tentang cinta yang telah berlaku pada tahun lalu. Tapi bohonglah kalau aku tidak kisah tentangnya, kerana sebahagian daripada cerita-cerita itu telah banyak mengubah aku menjadi apa yang ada sekarang. Pengalaman dalam tahun lalu banyak memberi pengajaran kepada aku bahawa cinta boleh berbeza-beza mengikut kehendak seseorang. Ada orang bercinta untuk mengubati rasa sunyi. Ada orang bercinta untuk memuaskan nafsu serakah. Dan ada juga yang bercinta kerana mahu mengambil kesempatan. Tapi apa yang aku tak tahu, ada sesetengah orang memilih untuk bercinta kerana takut dihantui cerita masa lalu. Dan tak terkecuali akulah orang itu. Kalau sebelum ini, pada aku cinta barulah yang akan menyelesaikan semuanya. Tapi akhirnya, tidak juga. Bahkan harga yang aku terpaksa bayar untuk cinta kali ini agak mahal, iaitu kehilangan hampir semua kepercayaan terhadap cinta-cinta yang akan datang. Bagaimana semua ini akan berubah kembali, biarlah masa saja yang menentukan.
Berakhirnya pengajian di UPM dalam tahun lalu bermakna berakhir jugalah zaman mengecapi kemanisan hidup di universiti. Walaupun aku pernah menyuarakan kerisauan tentang kesediaan untuk mengharungi kehidupan selepas belajar, tapi kehidupan selepas bergraduat tidaklah seteruk yang aku gambarkan. Memanglah, mencari dan menanti peluang pekerjaan bukan sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi hendak dilakukan lama-lama. Tapi dengan situasi sekarang, tak banyak yang dapat dilakukan. Cuma aku tak sabar-sabar nak memulakan hidup bekerjaya. Nak pegang duit sendiri, nak beli apapun tak ada orang melarang. Yang penting, kalau ada rezeki beberapa bulan sekali aku akan turun ke KL menjengah kawan-kawan di sana. Aku rindukan mereka sepanjang masa. Cuma mungkin bukan rezeki aku untuk bekerja di sana, sebab aku mengambil keputusan untuk bekerja dan menetap dekat dengan keluarga. Sudah sampai masanya untuk berhenti merantau dan mula berbakti.
Walaupun tak dinafikan secara semulajadi aku memang rebellious (berjiwa penentang), tapi tidak pernah pula aku merasakan sisi penentang itu boleh menjadi sebagus yang telah aku bentuk dalam tahun ini. Aku merasakan sekarang aku lebih berani. Berani untuk menyuarakan pendapat, rasa tidak puas hati dan berani mengambil risiko untuk melakukan perubahan. Dan hasilnya, situasi hubungan kekeluargaan di rumah juga sudah boleh dirasakan perbezaannya. Berbanding sebelum ini ketika semuanya penuh dgn rahsia dan terlampau diskrit, sekurang-kurangnya apabila aku memberanikan diri untuk mengubah situasi itu keadaan menjadi bertambah baik dan nasib aku di mata ahli keluarga juga menjadi semakin terbela.
Tahun 2010 juga memperlihatkan aku telah mendaftar menjadi pengundi. Aku hargai bantuan seorang sahabat siber yang telah aku kenali lebih 4 tahun kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga hatiku terbuka untuk melakukan perkara itu, yang sebelum ini lama aku rasa tidak akan mendatangkan sebarang faedah untuk dilakukan dalam negara satu parti politik dominan seperti negara kita. Alhamdulillah, semoga ini petanda bertapaknya selangkah lagi kematangan dan titik permulaan kepada satu perubahan.
Aku tak mahu berselindung tentang azam untuk tahun yang baru bermula ini. Yang aku mahu hanyalah pekerjaan, rezeki, duit, duit dan duit. Aku tak mahu mengharapkan perkara lain buat masa sekarang. Walau apapun yang berlaku, laptop yang uzur ini harus diganti dengan yang baru. Ya, 2011 bakal menjadi medan peperangan untuk mendapatkan duit a.k.a pekerjaan. Ada cabaran besar yang sedang menunggu di hadapan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Sempena tahun baru ini aku doakan semoga keluarga, teman dan sahabat sekalian sentiasa dikurniakan lindungan dan limpahan rahmat dari Allah s.w.t.
1st income from Nuffnang!
oleh sorensen pada 19 November 2010 dalam kehidupan
Suka la kan dapat duit? =PDan aku ingatkan diorang punya sistem pun sama macam YS, terus bank-in dalam account (aku pun lupa masa cashout hari tu whether diorang ada bagi pilihan nak terus bank-in atau nak poskan cheque). Tapi alhamdulillah, siang tadi sampai jugak akhirnya. Walaupun tak banyak, tapi cukup la buat permulaan untuk masa ni.
Cuma aku belum berapa puas hati sebab site ni belum pernah achieve buffered earning lagi. Hmm, bukan senang kan nak dapat 200 UV sehari dan maintain jumlah yang sama dalam tempoh tertentu. Lately pun update agak slow sikit, dan aku agak kurang rajin nak blogwalk kebelakangan ni. Bukan sebab apa pun, cuma tak ada mood je.
So, aku dah dapat dah. Untuk kawan-kawan Nuffnangers, all the best!!
Start Menu terbuka sendiri?
oleh sorensen pada 05 November 2010 dalam kehidupan, teknologi
Start menu terbuka sendiri.
Dan ianya akan terbuka, terbuka dan terbuka lagi seolah-olah dalam masa seminit aku mengklik Start menu sampai 20 kali! Boleh tak korang bayangkan betapa annoying situasi tersebut? Dan bukan itu saja. Semua jenis application yang sepatutnya hanya akan dibuka kalau aku menngunakan kombinasi start button bersama aksara huruf (contohnya "Start button+L" untuk membuka Lock Windows) akan turut terbuka walaupun tanpa menekan start button itu!
Google telahpun digunakan (keyword: "start menu opens by itself"), dan ternyata bukan cuma aku seorang saja yang mengalaminya, bahkan ada seorang lagi manusia yang pernah merungut tentang perkara ini di sini. Dan setelah membaca post beliau, ternyata tiada seorang pun yang tahu apa punca dan bagaimana untuk mengatasi/menyelesaikannya. Dan akhirnya, aku terpaksa mencari penyelesaian sendiri. Setelah mengimbas hard disk dan mendapati tidak terdapat sebarang ancaman virus/malware, cuma ada satu saja kemungkinannya yang paling hampir dan logik.
Pada mulanya memang aku perasan yang start button di sebelah kanan space bar sudah tidak berfungsi lagi apabila ditekan. Cuma, aku agak lambat menyedari kalau inilah punca semuanya berlaku! Aku mengandaikan punat ini tidak berfungsi lagi ketika ditekan, disebabkan bahagian dalaman punat tersebut sentiasa "ditekan" sepanjang masa menyebabkan start menu dan semua fungsi shortcut key yang menggunakan kombinasinya terbuka sendiri! Jadi memandangkan aku memang tidak mampu dan tidak mahu membuang masa "merobek" laptop ini sekali lagi, apakah jalan yang paling bijak untuk menyelesaikannya?
YA BETUL, DENGAN MEMATIKAN FUNGSI START BUTTON TERSEBUT!!!
Dan hasilnya? Start menu tak terbuka sendiri lagi!!!
Maxis 3G sudah tiba!
oleh sorensen pada 26 Oktober 2010 dalam isp, kehidupan, teknologi, telco
Bermula pertengahan Oktober lalu Maxis telah memperluaskan perkhidmatan 3G ke hometown aku, mengakhiri penantian yang cukup menyiksakan selama setahun setengah. Percubaan pertama menggunakan Maxis Prepaid Broadband selama sejam tadi amat memuaskan. Kelajuan 260KBps itu sesungguhnya bagaikan mimpi, kerana hampir 2 tahun menggunakan Streamyx sekalipun aku tidak pernah melihat sambungan selaju ini, apatah lagi daripada perkhidmatan broadband tanpa wayar. Walaupun aku menyedari hakikat ini mungkin disebabkan masih belum ramai pengguna yang menggunakan Maxis Broadband di tempat kami, tapi aku percaya ini adalah satu permulaan yang baik. Masakan tidak. Sepanjang pengalaman aku menggunakan Maxis Prepaid Broadband sewaktu study, kelajuan maksimum yang dijanjikan (384kbps atau 48KBps) sentiasa dimanfaatkan sepenuhnya dalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun terdapat beberapa pengalaman kurang enak berkenaan penyelewengan kredit panggilan, sekurang-kurangnya dari sudut kualiti perkhidmatan aku harus memberikan pujian terhadap Maxis kerana ia adalah yang terbaik antara kesemua penyedia perkhidmatan yang ada.Dan dengan perkembangan ini pastinya, perkhidmatan jalur lebar di tempat kami akan menjadi lebih selesa!
Syawal menjelma lagi...
oleh sorensen pada 08 September 2010 dalam kehidupan, omar
Semalam omar contact minta aku tolong belikan dia tiket flight untuk balik. Adeh, makin bertambah2 la kerinduan aku masa zaman study dulu. Walaupun selalu risau dan kelam kabut disebabkan harga tiket flight, itulah yang menambah makna untuk pulang berhari raya di kampung. Melihat kelegaan omar selepas aku berjaya dapatkan tiket untuk dia tadi, aku pun tumpang gembira. Sebab aku pernah mengalami perasaan tu. Tiada perasaan yang lebih gembira apabila berjaya mendapat tiket untuk pulang ke kampung, sebab dengan adanya tiket itu bermakna tidaklah kita akan beraya bersendirian pada tahun tersebut :P Nasib kau baik omar, lepas pukul 12 tadi tiket MHlow terus sold out, nasib baik aku sempat beli pukul 11.30pm lepas blackout pulih. Dah rezeki kau la agaknya tu :)
Biskut? Memang tugas aku setiap tahun untuk mencarinya. Sebab cuma aku je yang expert mencari design biskut yang berpotensi 'menarik perhatian untuk dimakan' oleh tetamu masa raya nanti. Tapi macam tu lah kat sini, tak banyak pilihan sangat pun berbanding kat semenanjung. Kalaulah aku ada kat sana sekarang, tah berapa banyak agaknya biskut kat Giant tu aku borong. Biskut-biskut yang aku beli selalu mendapat pujian daripada makcik-makcik aku sebab lawa-lawa semuanya, dan rasa pun boleh tahan. Bukan takde kat sini, cuma kebanyakan daripada biskut yang seumpamanya adalah homemade dan harganya agak mahal. Dan tahun ni, tiada Almond London yang akan dihidangkan sebab aku gagal mendapatkannya pada harga yang berpatutan. Sedih! :(
Apapun, persiapan raya tetap diteruskan walau apapun terjadi. Shopping baju tetap walaupun sale kat sini tak semeriah kat sana (jelesnya aku!!!). Tak penat sangat kot preparation tahun ni sebab tak buat kek langsung, mak aku tempah je. Kakak ipar pun ada bagi sikit. Just tukar sarung kusyen dengan langsir, dan boleh bersiap-siap untuk melaram di pagi raya =)

Maaf Zahir dan Batin.
Kampus Timur UNIMAS terbakar!
oleh sorensen pada 10 Ogos 2010 dalam kehidupan, peristiwa
Takdir Allah tiada siapapun yang mampu menghalangnya. Aku menerima mesej dari seorang teman lama sekitar jam 11 malam semalam, memberitahu bahawa sedang berlaku kebakaran besar di kampus timur UNIMAS. Walaupun aku punya memori pahit dan kesedihan terpendam di tempat ini, namun inilah tempat yang pernah menemukan aku dengan sahabat-sahabat baik yang aku ada sekarang.
Lihat, kawan-kawanku. Tempat yang pernah menemukan kita kini sudah ranap dimamah api!








Inilah bangunan pentadbiran fakulti kami, FSS. Yang kini sudah tiada lagi.Khalas!!! - Memori sebuah Ramadhan...
oleh sorensen pada dalam kehidupan
Kata dbong, yang bagi benda tu tadi rupanya sorang jiran pak arab aku yang tinggal di floor yang sama. Tak pernah berbual, just senyum2 camtu je selama ni. Datang nak bagi sedekah hidangan berbuka rupanya. Bayangkan semangkuk bubur nasi kuning mcm kat atas ni, dengan bau kulit kayu manis yang sangat kuat ditambah lagi dengan sesudu serbuk kulit kayu manis yang ditabur di atasnya. Mesti korang tertanya2, apakah bendanya itu kan? Itulah yang aku dgn dbong fikirkan."Apa benda ni dbong?," tanya aku. Maklumlah, dbong ni 'darah arab' dia pekat sikit. Bukan sebab dia keturunan arab, tapi sebab dia minat dengar lagu arab! Huhu! Dbong pun kata dia tak tau, so bila lps azan tu aku dgn dia pun sama2 la rasa bubur misteri tersebut.
Bila mula disuap, aku relax je. Dbong plak tak bersuara, tak tau nak cakap apa. Kami pun mula berbincang pasal rasa bubur tu, dan ala2 seorang pengkritik makanan aku pun mula komplen.. mengatakan kalau rasa bubur itu lebih sedap kalau takde serbuk kulit kayu manis di atasnya. Dbong pun setuju, padahal hakikatnya kami tak tau pun apa jenis makanan itu sebenarnya.. dan tak tau jugak kenapa serbuk kulit kayu manis perlu ditabur di atas bubur nasi yang manis itu! Akhirnya, aku dengan dbong pun sepakat. Sepakat untuk memberikan nama bubur itu.
Khalas dalam bahasa arabnya bermaksud CUKUP. Maknanya, sesiapa saja yang makan bubur itu akan menjerit "Khalas!! Khalas!!" selepas beberapa suapan, kemudian menutup mulut dan menuangkannya ke dalam sinki kerana tidak tahan lagi dengan rasanya yang pelik.
Terasa berdosa sebab membuang pemberian ikhlas orang, apa lagi di bulan Ramadhan. Apa boleh buat, itulah yang dikatakan sebagai pertembungan budaya. Yang mana, tidak semua yang ada di dalam kebudayaan orang lain tidak kiralah dari segi makanan, mahupun perbuatan boleh diterima oleh kita yang berasal dari Nusantara.
Kenangan itu terimbas lagi sempena Ramadhan yang mulia ini. Kenangan lucu, yang akan terpahat selama-lamanya. Marhaban Ya Ramadhan. Selamat berpuasa :)
Owh kenapaaa...
oleh sorensen pada 04 Ogos 2010 dalam kehidupan
Naseb naseb...
PENIPUAN Real Rewards...
oleh sorensen pada 02 Ogos 2010 dalam info, kehidupan
Keluarga aku memang dah lama guna reward card ni, sejak mula2 ia diperkenalkan sejak tahun awal 2000 lagi. Dulu memang banyak syarikat yang membenarkan kita mengumpul mata ganjaran kad ni, termasuk TM dan Petronas.PENIPUAN PERTAMA
Setelah lebih 3 tahun mengumpul mata ganjaran, pada tahun 2003 pihak Real Rewards telah menelefon ayah aku untuk 'memaklumkan' bahawa mata ganjaran kad dia sudah melebihi 20,000 dan bertanya sama ada ayah aku mahu menukarkannya kepada ganjaran. Tanpa memberi kesempatan kpd ayah aku untuk melihat katalog, Real Rewards telah secara sendirinya memberi cadangan sebuah pemain CD dan beg. Ayah aku pun bersetuju. Namun selepas 4 minggu dan barangan tersebut sampai, ternyata pemain CD yang diberikan adalah dpd jenis bermutu sangat rendah. Aku teliti semula katalog Real Rewards untuk tahun itu dan ternyata mata ganjaran kad ayah aku mampu menebus sebuah pemain DVD yg bermutu lebih baik (sekiranya mata ganjaran selebihnya tidak digunakan untuk menebus beg) namun demikian pihak Real Rewards mencadangkan produk yang tidak bermutu itu untuk diberikan kepada pelanggannya.
PENIPUAN KEDUA
Setelah lima tahun berlalu, pada tahun lepas Real Rewards telah melakukan perubahan besar-besaran yang mana ia tidak lagi menerima mata ganjaran daripada Petronas. Pada masa itu, para ahli diberi pilihan sama ada mahu memindahkan mata ganjaran yang ada ke dalam Kad Mesra Petronas ataupun mahu menukarkannya kepada ganjaran Real Rewards. Memandangkan mata ganjaran ayah aku pada masa itu sudah mencecah lebih 25,000 maka dia mengambil keputusan untuk menukarkannya. Ayah aku setuju untuk mengambil sebuah sandwich maker berjenama ELBA yg bernilai 22,500 mata dan mata yang selebihnya untuk dipindahkan ke Kad Mesra yang baru.
Setahun berlalu...
Pada awal Julai lepas aku menerima newsletter dari pihak Real Rewards di mailbox ayah aku, menandakan keahliannya masih lagi aktif. Teringat tentang transaksi penukaran tahun lepas, aku tanya kat ayah aku sama ada dia sudah menerima item yg di redeem. Aku terkejut bila ayah aku memberitahu item itu tak pernah sampai pun walaupun dah lebih setahun redemption dilakukan. Maka aku pun mula cuba untuk track balik transaksi tu melalui akaun Real Rewards ayah aku di internet. Malangnya transaksi itu sudah tidak wujud lagi, dan aku terpaksa menghantar e-mel kepada pihak Real Rewards 3 minggu lepas untuk bertanya tentangnya.
Dan baru-baru ini pihak Real Rewards telah menelefon ayah aku. Real Rewards menjelaskan bahawa item yang ditukarkan itu sudah tiada lagi dalam senarai penebusan ganjaran. Sekali lagi tanpa memberi sebarang pilihan, pihak Real Rewards mengambil keputusan sendiri untuk menukarkan item tersebut kepada 13 baucer COSWAY yang setiap satunya bernilai RM10 (jumlah RM130), yang mana tiada satu pun antara produk keluaran syarikat ini termasuk dalam kategori keperluan ayah aku mahupun ahli keluarga kami yang lain.
Kami sangat kecewa dengan perkara ini. Pihak Real Rewards seolah2 tidak ambil peduli langsung tentang hak ahli mereka yang setia, terutamanya ayah aku yg pernah mencapai status keahlian VVIP suatu masa dulu kerana penambahan mata ganjaran yang sangat pesat. Inikah cara Real Rewards memberi ganjaran kepada ahli2, yang telah banyak membantu memberi sokongan kepada semua cawangan syarikat yang terlibat dengan pengumpulan mata ganjaran mereka?
Tujuan aku menulis entry ini adalah sebagai panduan kepada ahli-ahli Real Rewards yang lain seandainya perkara yang sama berlaku terhadap mereka. Sekiranya ada yang bersetuju untuk mengumpul suara ahli2 yang lain tentang perkara ini, sila contact aku. Pada aku, KPDNKK perlu menyiasat perkara ini agar para ahli tidak terus tertipu oleh program-program mata ganjaran yang ada. Mata ganjaran mengambil masa yang sangat lama untuk dikumpul, dan memandang ringan terhadap proses penebusan menggambarkan seolah2 hak kepenggunaan ahli bukanlah sesuatu yang serius.
Setelah apa yang berlaku, buat masa ini keluarga aku belum bercadang untuk terus menggunakan kad Real Rewards lagi.





