Alahai 3G...

oleh sorensen pada 20 Mei 2009 dalam , , ,

Kat sarawak ni aku tengok semuanya lambat sampai. Tak kiralah apa jenis infrastruktur pun, dpd sistem pos sampailah ke teknologi komunikasi. Klu perbincangan aku kali nie berkaitan dgn liputan 3G di sarawak. Mungkin bagi sesetengah orang, hal nie bukanlah sesuatu yg perlu diambil pusing sgt. Yelah, apa sgtla yg ada pada perkhidmatan 3G sampai aku nak bising2 menceceh psl nie kan? Takde pape masalah pun kan?

Ye ke takde masalah? Sebenarnya ada, malah SANGAT BESAR masalah yang timbul akibat ketiadaan perkhidmatan ni.


Kita semua sedia maklum, internet skrg ni dah jadi satu keperluan harian bagi kebanyakan dpd kita. Maksudnya, kat mana2 pun permintaan utk perkhidmatan internet mmg akan ada dan semakin meningkat setiap hari. Itulah yang menimbulkan persoalan, kenapa masih berlaku kelembapan utk memperluaskan rangkaian 3G ke kawasan2 di daerah/bahagian di sarawak. Pelik betul aku, especially dgn celcom dan maxis. Apa yg diorg takutkan sgt agaknya? Nak katakan takut rugi tak mungkin. Skrg ni pun ramai org kat tempat aku di saratok ni yg dah melanggan celcom broadband kerana terlalu terdesak utk menggunakan internet, wpun diorg sedar kelajuannya tak mungkin akan mencecah standard kelajuan broadband sbb kat sini cuma ada GPRS! Kesian kan?

Mungkin ada yg tanya, kenapa tak pasang streamyx je? Itulah mslhnya skrg, sbb ada sesetengah kwsn di tempat aku ni adalah kwsn perumahan yang masih baru. Jadi oleh sebab penggunaan telefon bimbit skrg sudah terlalu meluas, maka TM pun menjadi kecut telurlah utk memasang kabel telefon talian tetap di kwsn berkenaan (merujuk kepada kes di Taman Perupok). Jangan ditanya plak pasal fixedline yg pakai antena tu, itu pun takde ok! Memang tak masuk akal. Jadi at this point, sudah jelaskan apa masalah yg timbul sbb perkara ni?

Ya, pihak telco mungkin terlepas pandang dari sudut ini. Bila infrastruktur yang disediakan tidak dapat mengejar teknologi semasa yang pesat berkembang, inilah yang akan berlaku. Keadaan sudah berubah. Tempat aku ni nama aje kat sipi2 rural area sarawak, tapi org2nya advance ok. Perhatian celcom dgn maxis ye, tempat ni bukannya hutan yang korang takut sgt nak bagi service 3G tu. Fahamilah keadaan kami, ketiadaan infrastruktur bermakna pilihan utk mendapatkan perkhidmatan juga kurang. Ktorg pun kne mengikut peredaran zaman gak. Apa gunanya company korang duk promotion berapi2 kat tv psl wireless broadband tapi hakikatnya coverage non-ado? Ktorg yang tak mampu ke atau korang yg sembab sgt, smp org tmpt lain kata ktorg ni papa kedana tak mampu pasang broadband? Ktorg tak kemaruk sgt pun nak mintak wimax smp kat sini buat masa ni (jauh panggang dari api la kan) tapi salah ke kalau ktorg mintak 3G sbg alternatif kpd TMNUT SCREAMYX? Opsss!!!

Custcare meroyan? Melolong la kau kat situ!!!

Atas kesedaran itulah, tadi aku amik keputusan utk buat report kpd SKMM melalui website diorg. Dgn harapan usaha kecil aku tu akan mampu membuka mata syarikat telco tempatan tentang kemudahan yg dah lama ktorang tunggu2 sampai ke tmpt ktorg ni. Tolonglah buat lebih banyak survey, supaya kemudahan kita rakyat malaysia nie boleh diberi secara adil dan saksama bukan hanya berbangga boleh memberi kemudahan kpd penduduk kawasan bandar sahaja. Korang pun mesti kurang senang kalau sstgh golongan mula menuduh korang menganaktirikan mereka di tanahair sendiri bukan?



1 komen seterusnya...

1 komen

  • sorensen

    Salam sejahtera Encik XXXXXXXXXX,

    Rujukan dibuat kepada emel anda 20 Mei 2009, yang ditujukan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di Saratok, Sarawak.

    Pihak kami telah meneliti perancangan bagi liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar bagi kawasan di atas secara keseluruhan. Perancangan kami untuk memajukan perkhidmatan jalur lebar Maxis di Sabah dan Sarawak akan dilakukan pada suku ketiga atau keempat pada tahun ini. Buat masa ini, perancangan ini tidak akan meliputi kawasan Saratok.

    Walaubagaimanapun, pihak kami akan mengkaji semula kawasan ini bagi perancangan masa hadapan untuk memperluaskan liputan perkhidmatan jalur lebar di Sarawak.

    Diharap maklum balas kami dapat membantu untuk menjelaskan perkara ini .Sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami di customercare@maxis.com.my. untuk sebarang keterangan lanjut.

    Sekian. Terima kasih.

    Yang benar,

    Noor Azila Shaari
    Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
    -------------------------------------------------
    Ini adalah maklum balas yg aku terima dpd pihak maxis susulan dpd aduan aku ttg 3G bulan lepas. dpd jawapan yg aku terima nie, aku boleh buat kesimpulan bahawa prosesnya akan mengambil masa yg sangat3 panjang...

    Takpelah.. mungkin bila umur aku dah 45 tahun nanti service tu baru ada kat sini, sekurang2nya utk melanggan perkhidmatan tu aku tak akan menghadapi masalah kewangan lagi..