Memaparkan catatan dengan label crocs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label crocs. Papar semua catatan

Holier than thou~

oleh sorensen pada 25 Mei 2010 dalam ,

Kenapa ya, ramai orang Melayu yg mempunyai attitude seperti ini?

Sangat memalukan. Sebentar tadi ada seorang user yg tidak berani mendedahkan namanya telah memberi komen ini berkenaan dengan entry Crocs dan kalimah Allah yang aku post semalam. Aku tidaklah mengharapkan ucapan terima kasih atau apapun kerana berkongsi maklumat yg aku dapat dari internet, walaupun..

...telah terbukti bahawa user ini sememangnya berniat untuk mencari maklumat tentang perkara ini berdasarkan keyword carian yang beliau gunakan di google. Justeru, aku mula syak.. kemungkinan besar user ini adalah individu yg terlibat dgn pengedaran kasut keluaran Crocs, pekerja mana2 outlet yang mahu melindungi kepentingannya, mahupun pengguna produk ini yg terasa hati dgn entry tulisan aku. Mungkinkah dia sebenarnya sengaja berniat utk mencari semua blog yg menulis ttg perkara ini, supaya boleh membidas tujuan pemilik blog2 tersebut (termasuk aku) tanpa mendedahkan namanya? Owh.. trick lama yg sungguh tidak bermaruah sekali. Malulah kpd blogger intermediate sepertiku, yg sudah masak dgn kelakuan2 tidak bertanggungjawab seperti ini.

Ingin ditegaskan sekali lagi ye.. sebarang tulisan aku kat sini, sekiranya tidak menyebut sebarang nama atau individu secara spesifik.. harap jgnlah ada yg tiba2 terasa tidak tentu hala. Berkongsi maklumat, tidak salah kan? Tapi seperti yg dikatakan oleh individu ini, dia sudah TERKELIRU dengan apa yg aku tuliskan. Ada tak users lain yang keliru? Bahasa aku mengelirukan ke? Cuba angkat tangan skrg.. nak tengok gak brp ramai yg kurang daya pemahaman bahasa tuh. Aku boleh bagi kelas tuisyen bahasa melayu kalau perlu yer kat korang.

Dgn tak semena2, aku dituduh menyebarkan kekeliruan, dan dituduh tidak mahu mendapat pahala sbb tak melaporkan perkara ni kpd pihak lebih tinggi. Kebodohan apakah dalam kenyataan tersebut, wahai saudara seagamaku? Peringatan tidak memerlukan kita utk membuat prosedur2 tertentu untuk dikongsikan.. bila2 masa, kalau perlu.. ia boleh dilakukan. Kepada saudara anonymous pemberi komen ini, ma'sum kah anda sehingga bukan lagi menjadi tanggungjawab anda juga, andaikata anda merasa bertanggungjawab, untuk melaporkan perkara ini kpd pihak yg disebutkan sekiranya anda rasakan ia perlu? Sekiranya pahala itu boleh dimiliki saya, maka anda juga boleh mendapatkannya. Bukankah anda juga seorang Islam?

Tapi, tak usah hairanlah. Tradisi melayu yang pekat adalah dipenuhi iri dan hasad dengki di dalam hatinya. Kebaikan orang lain perlu diletakkan di bawah sekali dlm apa jua keadaan pun, supaya diri Melayu itu dipandang lebih cerdik dan tinggi martabatnya berbanding Melayu2 seIslam yang lain. Na'uzubillahminzalik.


Comments seterusnya...

Crocs dan kalimah Allah..

oleh sorensen pada 24 Mei 2010 dalam ,

Pdot, Pzot dan Alin.. anda di tag di dalam post ini yer..

Ok.. beristighfar sekarang...

Aku tengok gmbr ni dah di post dan circulate di facebook dgn agak pesat hari ni. So rasanya menjadi tanggungjawablah utk memberi peringatan kpd diri sendiri dan kawan2 ttg isu logo kasut crocs nih. Aku bukan berniat nak perli sape2 yg guna kasut ni tau, sbb aku sendiri pun pernah berniat nak bli.. cuma sbb takde duit je..

Tapi bila dh tengok mende ni.. rsnya tak jadi la kot. So, kwn2 aku kat luar tu yg memiliki crocs ni.. pertimbangkanlah sewajarnya sebelum memakainya selepas nih. Mungkin benda tu cuma secara kebetulan saja.. benar. Tapi kalau bab2 benda yg diragui ni, rsnya lebih afdal kalo kte jauhkan saja.. ok..

Haih.. cuma mampu berdoa semoga crocs menukar logonya pd masa akan dtg. Syg, sbb kasut2 crocs mmg berkualiti tinggi.. so takleh salahkan knp ramai yg guna gakla. Sama ada disengajakan ataupun tidak, wallahualam.. taknak buat sebarang spekulasi kat sini.. ok!



7 komen seterusnya...