Salam Lebaran 2012M / 1433H
oleh sorensen pada 19 Ogos 2012 dalam peristiwa

Ini merupakan wallpaper edisi khas terbitan Microsoft Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2012. Sudi-sudikanlah hiasi desktop komputer anda dengannya :)
Perutusan 2011
oleh sorensen pada 01 Januari 2011 dalam jiwa, kehidupan, peristiwa
Sebagaimana status yang tertulis di facebook beberapa hari yang lalu. Begitu banyak sekali perkara yang hendak diceritakan, begitu banyak sekali ruang yang ada di sini, namun agak malang sekali begitu sedikit daripadanya yang boleh disampaikan kepada orang. Dan sebagaimana banyaknya perubahan yang berlaku terhadap genre serta interface blog ini sepanjang tahun 2010, sebanyak itu jugalah usaha yang telah cuba aku lakukan untuk mengubah kebiasaan format penulisan yang pernah aku gunakan selama lebih 3 tahun menulis di sini. Dan untuk mengekalkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, entry sempena tahun baru tetap akan aku tulis dengan unsur-unsur peribadi sepenuhnya.Entry ini dalam perancangan sepatutnya ditulis dalam bentuk kronologi. Tapi lepas difikirkan, cukuplah semuanya dilalui sekali sahaja. Membaca kembali entry-entry lepas pun tidak terperi sakitnya, apa lagi hendak menceritakannya kembali. Jadi aku batalkan saja niat itu.
Seboleh-bolehnya aku ingin sekali menghindar daripada bercerita tentang cinta yang telah berlaku pada tahun lalu. Tapi bohonglah kalau aku tidak kisah tentangnya, kerana sebahagian daripada cerita-cerita itu telah banyak mengubah aku menjadi apa yang ada sekarang. Pengalaman dalam tahun lalu banyak memberi pengajaran kepada aku bahawa cinta boleh berbeza-beza mengikut kehendak seseorang. Ada orang bercinta untuk mengubati rasa sunyi. Ada orang bercinta untuk memuaskan nafsu serakah. Dan ada juga yang bercinta kerana mahu mengambil kesempatan. Tapi apa yang aku tak tahu, ada sesetengah orang memilih untuk bercinta kerana takut dihantui cerita masa lalu. Dan tak terkecuali akulah orang itu. Kalau sebelum ini, pada aku cinta barulah yang akan menyelesaikan semuanya. Tapi akhirnya, tidak juga. Bahkan harga yang aku terpaksa bayar untuk cinta kali ini agak mahal, iaitu kehilangan hampir semua kepercayaan terhadap cinta-cinta yang akan datang. Bagaimana semua ini akan berubah kembali, biarlah masa saja yang menentukan.
Berakhirnya pengajian di UPM dalam tahun lalu bermakna berakhir jugalah zaman mengecapi kemanisan hidup di universiti. Walaupun aku pernah menyuarakan kerisauan tentang kesediaan untuk mengharungi kehidupan selepas belajar, tapi kehidupan selepas bergraduat tidaklah seteruk yang aku gambarkan. Memanglah, mencari dan menanti peluang pekerjaan bukan sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi hendak dilakukan lama-lama. Tapi dengan situasi sekarang, tak banyak yang dapat dilakukan. Cuma aku tak sabar-sabar nak memulakan hidup bekerjaya. Nak pegang duit sendiri, nak beli apapun tak ada orang melarang. Yang penting, kalau ada rezeki beberapa bulan sekali aku akan turun ke KL menjengah kawan-kawan di sana. Aku rindukan mereka sepanjang masa. Cuma mungkin bukan rezeki aku untuk bekerja di sana, sebab aku mengambil keputusan untuk bekerja dan menetap dekat dengan keluarga. Sudah sampai masanya untuk berhenti merantau dan mula berbakti.
Walaupun tak dinafikan secara semulajadi aku memang rebellious (berjiwa penentang), tapi tidak pernah pula aku merasakan sisi penentang itu boleh menjadi sebagus yang telah aku bentuk dalam tahun ini. Aku merasakan sekarang aku lebih berani. Berani untuk menyuarakan pendapat, rasa tidak puas hati dan berani mengambil risiko untuk melakukan perubahan. Dan hasilnya, situasi hubungan kekeluargaan di rumah juga sudah boleh dirasakan perbezaannya. Berbanding sebelum ini ketika semuanya penuh dgn rahsia dan terlampau diskrit, sekurang-kurangnya apabila aku memberanikan diri untuk mengubah situasi itu keadaan menjadi bertambah baik dan nasib aku di mata ahli keluarga juga menjadi semakin terbela.
Tahun 2010 juga memperlihatkan aku telah mendaftar menjadi pengundi. Aku hargai bantuan seorang sahabat siber yang telah aku kenali lebih 4 tahun kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga hatiku terbuka untuk melakukan perkara itu, yang sebelum ini lama aku rasa tidak akan mendatangkan sebarang faedah untuk dilakukan dalam negara satu parti politik dominan seperti negara kita. Alhamdulillah, semoga ini petanda bertapaknya selangkah lagi kematangan dan titik permulaan kepada satu perubahan.
Aku tak mahu berselindung tentang azam untuk tahun yang baru bermula ini. Yang aku mahu hanyalah pekerjaan, rezeki, duit, duit dan duit. Aku tak mahu mengharapkan perkara lain buat masa sekarang. Walau apapun yang berlaku, laptop yang uzur ini harus diganti dengan yang baru. Ya, 2011 bakal menjadi medan peperangan untuk mendapatkan duit a.k.a pekerjaan. Ada cabaran besar yang sedang menunggu di hadapan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Sempena tahun baru ini aku doakan semoga keluarga, teman dan sahabat sekalian sentiasa dikurniakan lindungan dan limpahan rahmat dari Allah s.w.t.
Aidiladha
oleh sorensen pada 17 November 2010 dalam peristiwa

Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah!Aku datang memenuhi panggilan-Mu
Aku datang memenuhi panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu
Aku datang memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuasaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.
Graduasi...
oleh sorensen pada 13 Oktober 2010 dalam jiwa, peristiwa
Bagi yang pernah bergraduasi sebelum ini pasti tersenyum membaca pernyataan itu. Kerana bagi yang pernah mengalaminya, sebegitu jugalah yang telah aku lalui kelmarin.
11 Oktober 2010. Sesi keenam Majlis Konvokesyen UPM ke-34.
Segala penat lelah mengatur perancangan untuk majlis ini dirasakan begitu berbaloi. Aku beruntung. Sangat-sangat beruntung kerana setelah keluarnya dari dewan itu, ada keluarga di luar sedang menanti. Dan dirasakan satu kemegahan dalam diri tatkala memperkenalkan ibu dan abang kepada sekalian teman. Sehingga kini aku merasa sebak setiap kali teringat semasa abangku meraikan majlis yang sama 6 tahun lalu tanpa kehadiran ibu di sisi. Keadaan tidak mengizinkan pada waktu itu untuk membawa ahli keluargaku dari Sarawak datang bersama, dan barulah aku faham sekarang mengapa abangku begitu berkeras untuk membawa ibuku turut hadir pada majlis itu semalam.
Kerana jubah yang disarungkan itu tiada maknanya, jika tiada potret orang yang paling penting di dalam hidup ini diabadikan bersamanya.
Dan kerana itulah dalam kekalutan mengejar masa untuk pulang selepas tamat sidang semalam, aku tebalkan wajah ini dalam keadaan masih bersarungkan jubah itu ke Sri Serdang semata-mata untuk pergi ke studio gambar untuk merakamkan foto konvo profesional bersama keluarga. Ibuku juga seolah-olah faham apa yang aku rasakan ketika itu, tidak membantah. Kasihan ibu terpaksa ikut menapak jauh ke studio itu, tapi demi sekeping foto graduasi satu-satu anaknya yang tinggal ini dia tahankan lelahnya.
Hanya selepas keluar dari studio itulah baru aku tanggalkan mortar board dan jubah itu. Sudah tiada apa lagi yang aku inginkan. Oh, mungkin cuma satu.
Kampus Timur UNIMAS terbakar!
oleh sorensen pada 10 Ogos 2010 dalam kehidupan, peristiwa
Takdir Allah tiada siapapun yang mampu menghalangnya. Aku menerima mesej dari seorang teman lama sekitar jam 11 malam semalam, memberitahu bahawa sedang berlaku kebakaran besar di kampus timur UNIMAS. Walaupun aku punya memori pahit dan kesedihan terpendam di tempat ini, namun inilah tempat yang pernah menemukan aku dengan sahabat-sahabat baik yang aku ada sekarang.
Lihat, kawan-kawanku. Tempat yang pernah menemukan kita kini sudah ranap dimamah api!








Inilah bangunan pentadbiran fakulti kami, FSS. Yang kini sudah tiada lagi.Pudu Jail (1895-2010)
oleh sorensen pada 22 Jun 2010 dalam jiwa, peristiwa
Tapi sekarang bila tengok tembok ni ditumbangkan, aku menangis. Dan aku percaya anak2 jati KL merasa lebih dpd sedih, menyaksikan bangunan bersejarah yg dorg dah tengok sejak lahir dihapuskan dari peta Kuala Lumpur. Dari lipatan sejarah negara.
Benar, ia cuma sebuah penjara. Namun nilai estetiknya, nilai sentimentalnya adalah lebih dari apa yg kita ketahui. Penjara Pudu terpaksa merelakan dirinya ditumbangkan demi sebuah pembangunan. Lupakan itu semua, kerana ia hanyalah sebuah bekas bangunan penjara. Benarkah?
Rekod lukisan mural terpanjang di dunia, ada di mana?
Apalah agaknya nasib stesen keretapi kuala lumpur suatu hari nanti?
Kajian Etnografi Kg. Ulu Mengkuang, Selama, Perak.
oleh sorensen pada 01 Mac 2010 dalam peristiwa

Catatan kat bawah ni merupakan jurnal sebenar yg aku akan submit kpd lecturer subjek ni nanti. Kne buat sbb markah 10%. Mulanya malas la nak bubuh kat sini, tapi bila baca balik mcm best plak kalau share. So tanpa membuang masa, hayatilah perjalanan, pengalaman dan perasaan aku sepanjang empat hari berada kat sana.
Hari Pertama (25 Februari 2010)
12.10pm
Perjalanan dari UPM ke Kampung Ulu Mengkuang, Selama, Perak bermula setelah selesai mengambil semua rakan dari KC, KPZ dan Kolej Serumpun.
2.20pm
Berhenti rehat selama lebih kurang sejam di R&R Tapah.
3.40pm
Perjalanan diteruskan.
5.00pm
Aku dan kawan-kawan tertawa kerana keadaan jalan yang beralun, dan perjalanan mendekati Kampung Ulu Mengkuang melalui kawasan Bukit Merah membuatkan bas kami mengiring serta bergoncang. Kami bergurau sesama sendiri, memegang handle pada tempat duduk bas dan membuat gaya seperti orang menjerit ketika menaiki roller coaster. Seorang kawan melihat papan tanda Genting Plantation yang mana merupakan pemilik hak penanaman kelapa sawit di kawasan berkenaan, dan mengatakan mungkin disebabkan itu ia berkeadaan sebegitu rupa, bagaikan bermain permainan outdoor di Genting Highland. Ternampak kerbau di tepi jalan, namun aku sangkakan badak. Bukan aku seorang saja, ada rakan lain juga memikirkan hal sama.
6.50pm
Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Tanggapan pertama aku terhadap tempat ini tak dapat ku gambarkan. Persekitaran fizikal dan sosial di sini padaku agak tradisional dan konservatif berbanding semua kampung yang pernah aku kunjungi sebelum ini. Aku mula merasakan cabaran yang agak besar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.
7.00pm
Majlis menyambut anak-anak angkat berlangsung di Balai Raya Kampung Ulu Mengkuang. Aku bersama seorang lagi rakan iaitu Faiz dipilih untuk ditempatkan di rumah Pn. Zainab Sha'ari. Beliau sudah berusia 62 tahun dan sangat mesra dengan kami walaupun baru berjumpa. Namun demikian, rumah ibu angkat kami bukanlah terletak di Kampung Ulu Mengkuang, sebaliknya di Kampung Sg. Kuning iaitu berjarak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki motosikal dari situ. Kelebihannya, Kampung Sg. Kuning mempunyai liputan telefon bimbit yang sangat baik berbanding Kampung Ulu Mengkuang. Mungkin kerana sudah bersedia dari sudut mental, aku tidak terlalu terkejut melihat keadaan rumahnya. Bukanlah teruk, cuma biasalah rumah kampung. Cukup mengingatkan aku keadaan rumah arwah nenek semasa zaman kanak-kanak dulu. Sedikit moden, tapi sangat tradisional terutamanya pada struktur bahagian dapur, bilik air dan tingkat atas rumah. Di belakang rumah ini terdapat sebatang anak sungai yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari dapur. Aku mencari tandas namun tidak dapat menemuinya, hendak bertanya segan pula pada tuan rumah. Satu perkara yang agak mengejutkan aku, ibu angkatku mengatakan tidak perlu risau tentang kecurian di kampung ini kerana ia tidak akan berlaku, sehinggakan pintu rumah ini tidak perlu dikunci pada waktu malam!
9.00pm
Bersantai bersama keluarga ibu angkatku. Kami dilayan dengan begitu baik sekali. Ibu angkatku tinggal bersama seorang anak lelaki dan cucunya di rumah ini. Celoteh mereka membuatkan aku dan Faiz tidak kekok untuk beramah mesra dengan mereka, ditambah lagi dengan kehadiran beberapa sanak saudara yang datang ke rumah. Tanggapanku sedikit meleset, kerana dari sudut pergaulan dan pemikiran kelihatannya keluarga ini tidaklah terlalu konservatif seperti yang aku sangkakan. Aku mula sukakan persekitaran ini. Orang yang ramai, namun tidak merimaskan. Aku tidak mempunyai masalah memahami pertuturan mereka kerana mereka di sini menggunakan bahasa utara. Loghat utaranya juga kurang pekat berbanding dengan yang digunakan di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selain itu, aku juga tidak mengalami sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan cara mereka berkomunikasi termasuk dengan ibu angkatku yang sudah agak berusia.
11.00pm
Mata mula mengantuk. Aku dan Faiz sudah masuk ke dalam bilik, berbincang tentang perkara yang hendak dilakukan esok hari. Masing-masing kebingungan mengenai tempat perjumpaan dan pakaian yang hendak digunakan. Aku bernasib baik kerana Faiz mengenali dan sudah biasa dengan pengarah program ini, justeru tiada masalah untuk mendapatkan maklumat sekiranya ada sebarang masalah.
Hari Kedua (26 Februari 2010)
7.30am
Bangun dan bersarapan bersama ibu angkatku dan cucunya. Sebelum mandi aku mencari tandas, dan pagi ini barulah aku tahu bahawa ia berada di luar rumah. Ya, rumah ini memang cukup tradisional!
9.00am
Kem motivasi pelajar UPSR/PMR/SPM ditangguhkan ke pukul 3 petang. Waktu ini cuma digunakan untuk memberi penerangan tentang perjalanan akiviti pada petang ini, termasuk majlis perasmian.
3.00pm
Kem motivasi pelajar dijalankan di S.K. Ulu Mengkuang. Cuaca yang panas menyebabkan aku dan beberapa orang rakan terpaksa keluar sedikit awal dari majlis untuk membeli minuman.
5.30pm
Majlis Perasmian Kajian Etnografi 2010 dilangsungkan di Balai Raya Kg. Ulu Mengkuang. Ceramah Maulidur Rasul telah ditangguhkan ke pukul 9.00 malam kerana sedikit masalah jadual aktiviti. Antara yang turut menghadiri majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Y.A.B Dato’ Hamzah b. Zainuddin (merangkap Ahli Parlimen Larut). Semua rakan peserta kelihatan gembira pada majlis itu, lebih-lebih lagi melihat kemunculan pensyarah kami, Pak Ngah. Hatiku tercuit melihat gelagat pengerusi majlis yang menggunakan intonasi kurang sesuai ketika mengacarakan majlis ini. Hendak dikatakan seperti mempengerusikan majlis makan malam pun bukan, berpidato juga bukan. Protokol mana yang dia gunakan juga aku kurang pasti.
9.00pm
Aku dan Faiz tidak dapat menghadiri Ceramah Maulidur Rasul kerana jarak rumah keluarga angkat kami yang agak jauh dari tempat majlis. Aku juga khuatir untuk menunggang motosikal pada malam hari dalam keadaan jalan tanpa lampu kerana haiwan ternakan di sini kerap melintas jalan secara tiba-tiba. Mujur aku, Faiz dan ibu angkatku tidak hadir ke ceramah tersebut, kerana tidak lama selepas itu hujan turun dengan agak lebat. Jalan yang licin pasti akan lebih menyukarkan aku menunggang motosikal kerana belum biasa dengan keadaan jalan di kampung ini.
10.00pm
Masa yang ada kami habiskan dengan berceloteh bersama ibu angkatku. Aku semakin merasa dekat dengan keluarga ini. Aku tidak bosan berbual dengan ibu angkatku bersama ahli keluarganya yang lain. Ibu angkatku berkongsi pelbagai jenis pengalaman tentang pengalaman hidupnya serta situasi sosial masyarakat di tempat ini. Aku semakin memahami struktur kepelbagaian penduduk yang ada di sekitar Ulu Mengkuang, dan yang penting aku sudah tahu punca kepelbagaian bahasa yang digunakan oleh penduduk-penduduk di sini.
Hari Ketiga (27 Februari 2010)
9.30am
Tiba di perkarangan sekolah untuk aktiviti senamrobik. Pagi ini para AJK Aktiviti mengadakan tarian poco-poco.
10.00am
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa bahagian. AJK Makanan dan beberapa orang pelajar perempuan menyertai aktiviti memasak bersama orang-orang kampung, manakala yang selebihnya pula terlibat dalam aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan sekolah, surau dan balai raya.
10.30am
Aku dan dua orang kawan termasuk seorang adik angkat mereka menaiki motosikal keluar ke warung yang berada tidak jauh dari situ. Sambil menikmati roti canai dan minuman, kami berbual sesama sendiri menbincangkan tentang selok belok jalan di tempat ini. Pemilik warung tersebut juga mesra pelanggan dan turut berbual bersama kami. Namun ada ketikanya aku berasa agak kurang selesa kerana ada sesetengah perbualan kami yang mungkin tidak perlu didengar dan dicelah olehnya.
11.00am
Kami kembali ke tempat aktiviti. Tidak lama kemudian makanan pun siap dihidangkan. Hidangan-hidangan yang ada hampir mirip seperti makanan tradisional yang ada di kampungku sendiri. Cuma aku agak tertarik dengan hidangan masak lemak ikan masin campur nenas, serta ikan pekasam. Ada juga ayam goreng, yang mana sememangnya tidak pernah dihidangkan pada sebarang majlis istimewa atau kenduri yang pernah aku hadiri di mana-mana sebelum ini.
3.00pm
Aku dan Faiz bersama-sama menaiki motosikal menuju ke Lata Tebing Tinggi. Tempat ini adalah kawasan air terjun yang sangat popular bagi penduduk kawasan sekitar daerah Selama sehinggalah ke Taiping. Sebelum itu kami telahpun berjanji dengan kawan masing-masing untuk berjumpa di sana. Ada juga kawan-kawanku yang datang bersama-sama keluarga angkat mereka. Seronok bermandi-manda di tempat tersebut, sampaikan kulit muka aku menjadi merah kerana cuaca agak panas. Walau bagaimanapun, aku tetap ingat pesan ibu angkatku supaya berhati-hati di tempat itu kerana ada beberapa pengunjung sebelum ini yang tersilap pilih tempat untuk mandi dan telah meragut nyawa mereka kerana terhantuk dan terperangkap di celahan batu.
5.30pm
Aku dan Faiz pulang semula ke rumah. Ibu angkatku sedang menggoreng cucur udang di dapur bersama saudaranya. Terpegun aku melihat cucur udang itu, bukan sahaja kerana saiznya yang agak besar tetapi juga kerana aku dapati tidak ada satu pun antaranya yang mengandungi isi udang. Sama ada kerana ia telah dikisar, aku kurang pasti. Selepas itu aku dan Faiz berehat sebentar. Aku berbaring di katil apabila tiba-tiba terasa tidak sedap badan. Mungkin disebabkan terlalu lama berendam di Lata Tebing Tinggi tadi.
8.00pm
Makan malam di ruang tamu rumah. Cuma aku, Faiz dan cucu ibu angkatku sahaja yang makan manakala ibu sendiri bersama ahli keluarga lain sedang menonton televisyen.
9.00pm
Tiba di S.K Ulu Mengkuang. Malam ini ada persembahan kebudayaan oleh kami semua. Unit aku (Peralatan dan Tugas-tugas Khas) dan Unit Publisiti bergabung untuk mempersembahkan nyanyian Rasa Sayang dan Si Paku Geylang. Rasa gementar juga kerana yang menonton persembahan kami bukan sahaja rakan-rakan dari UPM tetapi juga orang-orang kampung. Selain kami, unit-unit lain juga mempamerkan persembahan masing-masing seperti sketsa dan pentomen. Namun disebabkan unit kami membuat persembahan yang pertama, aku merasa sedikit lega.
11.00pm
Aku dan Faiz pulang ke rumah. Agak risau melihat hujan yang turun renyai-renyai kerana khuatir jalan licin. Seperti yang dijangka, memang banyak lembu yang berkeliaran di tengah-tengah jalan pada waktu malam begini. Aku menyuruh Faiz sahaja yang menunggang motosikal malam ini kerana penglihatan mataku agak kurang jelas di dalam gelap. Sesampai di rumah, ibu keluar dari bilik. Terharu juga aku, ibu sanggup bangun tidur semata-mata ingin bertanya pada aku dan Faiz sama ada mahukan dia membancuhkan minuman untuk kami berdua.
Hari Keempat (28 Februari 2010)
8.30am
Bangun dan bersarapan bersama keluarga ibu angkatku. Aku merasa agak kurang sihat, dan tidak dapat menyertai aktiviti sukaneka di S.K. Ulu Mengkuang. Faiz ke sana seorang diri hari ini.
10.00am
Mula mengemas barang-barangku untuk persiapan pulang pada petang ini. Selepas mandi aku berbaring di bilik saja untuk berehat.
3.00pm
Majlis Perasmian Penutupan berlangsung di Balai Raya Ulu Mengkuang. Selesai ucapan-ucapan penutupan, acara memulangkan anak angkat bermula. Setiap keluarga angkat diberi sagu hati berupa sekaki payung berlogo UPM. Kemudian semua hadirin dijemput menikmati sedikit jamuan ringan.
4.30pm
Masa untuk bertolak pulang ke UPM. Para keluarga angkat turut bersama menghantar anak-anak angkat masing-masing. Bas sudah sedia menunggu di hadapan simpang ke S.K. Ulu Mengkuang. Kesedihan terpancar pada setiap wajah para peserta dan keluarga angkat. Namun demikian ibu angkatku tetap tenang ketika menghantar aku dan Faiz menuju bas.
6.15pm
Berhenti rehat di R&R Sg. Perak. Perjalanan sepatutnya perlu diteruskan pada jam 7.00pm namun kami terpaksa menunggu lama sedikit di hentian itu kerana hujan sangat lebat.
8.00pm
Pejalanan pulang diteruskan.
11.15pm
Selamat tiba di UPM.
Salam Aidiladha...
oleh sorensen pada 26 November 2009 dalam peristiwa
Hidup memerlukan PENGORBANAN...Pengorbanan memerlukan PERJUANGAN...
Perjuangan memerlukan KETABAHAN...
Ketabahan memerlukan KEYAKINAN...
Keyakinan untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN!
Edisi Hari Raya
oleh sorensen pada 20 September 2009 dalam peristiwa
Ramadhan Al-Mubarak
oleh sorensen pada 22 Ogos 2009 dalam peristiwa
As the crescent moon is sightedAnd the holy month of Ramadhan begins
May Allah bless you with happiness
And grace your home with warmth and peace!
H1N1 - Wabak HARAMJADAH!
oleh sorensen pada 29 Julai 2009 dalam peristiwa
BABI!!! *opsAku tak pernah sangka yg wabak ni akan memberi kesan direct, dan membuatkan hidup aku begitu eventful dan sangat luar biasa pada hari ni. Tengah syok2 duk dlm kelas dgr kuliah, tetiba member2 yg baru masuk kelas bgtau UPM akan ditutup bermula 29 Julai hingga 4 Ogos sbb dah ada 4 org dr sini yg terkena wabak tu. Mula2 tu aku tak kisah sgt, sbb aku ingat tutup yg dimaksudkan tu sekadar tutup biasa dan tak mengganggu struktur hari perkuliahan, cuti pertengahan semester ataupun penginapan di kolej. Tengok2? Hadooo!!! Tutup tu maksudnya cuti pertengahan semester akan dibuat lebih awal, student dihalau keluar dr kawasan kampus selama seminggu dan ia berkuatkuasa mulai 12 tgh malam hari yg sama!!!
Celaka kan? Kalau rumah aku setakat boleh pegi naik bas transnasional ke, naik komuter ke ataupun even naik teksi ke aku tak kisah. Masalahnya? Kaaannnnn.. aku kne naik flite! Maka lepas selesai kelas pd pukul 4 petang, tergocoh-gocohlah aku mcm orang gila bergegas ke kl sentral sbb nak settle mslh flite. Yg teruknya, sbb aku dah book flite utk balik cuti 15 ogos nanti! Harga tiket tu asalnya RM248, tapi disebabkan pembawak kuman selesema babi yang berperangai mcm HANJENG tu aku terpaksa bayar caj perubahan tarikh tiket berjumlah RM234!!! Ironik kan, virus tu dan pembawaknya mempunyai satu persamaan iaitu kedua2nya dpd golongan NAJIS MUGHALLAZAH TU!!!
Benda ni tak sepatutnya terjadi. Amaran dah dikeluarkan di sana sini semenjak berbulan2 lamanya, tapi kenapa sesetengah dpd kita rakyat malaysia ni yg BAHLOL sangat sampai tak reti nak menjaga kesihatan diri sendiri? Aku tak kesah, kau nak telan binatang tu pun kau telan la kalau mmg dah ko taste sangat kan? Tapi mintak tolong kau satu benda boleh tak? Kau berhenti menyusahkan orang lain yang takde sangkut paut dgn menatang tu, dan yg paling penting kalau kau rasa kau dah mula rasa ada simptom tu kau pegi la buat medical check up. Susah sangat ke? Ke kau memang ditakdirkan lahir utk menyusahkan orang? BAHLOL!
Kerja2 semua tertangguh. Presentation dibatalkan. Kelas2 kne ganti. Finishing school pun kena tunda. Dan semua tu nanti akan memberi kesan pd bulan puasa yg akan menjelang tak lama lagi. Wahai korang pembawak wabak yg tak reti bahasa.. SEKARANG KORANG TAU TAK KENAPA KORANG BODOH DAN SIAL???
I'm 25 years YOUNG today!
oleh sorensen pada 04 Jun 2009 dalam jiwa, peristiwa
Ye la tu huhuhu!!! (menanges)Pada yang dah wish tadi, hanya teima kasih jelah yg mampu aku ucapkan. Mula2 tadi tim yg htr msg, sbb aku dgn dia sama2 besday hari nie! Pastu abg alan call, wah2 sharp pkl 12 gtu.. Love u so much ;) Baru kejap tadi on dgn dewi lak wish pakai sms. Thx sumenya, utk yg dh wish ataupun bakal wish esok hari. Mcm tahun lepas, takde kek besday utk aku tahun ni. Mungkin nak buat belated celebration je kot, rs malas lak nak wat kat sini. Yg penting, kek tu nanti harus dpd jenis trans-fat saja yer.. (tros fensan teringat secret recipe!)
2 tahun di pentas ini...
oleh sorensen pada 01 Jun 2009 dalam jiwa, peristiwa
Yup.. sebagaimana yg aku katakan, hari ni dah genap dua tahun blog d' alam maya SoReNsEn ni ke udara utk tatapan sume. Aku belek2 balik sume entry yang aku dah tulis utk sepanjang tahun ni, terperasan pula jumlahnya tak 'semeriah' tahun lepas.. hihih. Mungkin sbb time constraint hari tu kot, yg membuatkan aku malas sikit nak menulis.Apapun, aku percaya aku masih ada misi yg perlu dilaksanakan. Stage ni akan tetap aku teruskan sebagai medium perluahan idea, ideologi dan prsn aku kpd dunia. Semoga suatu hari nanti, satu perubahan akan berlaku melalui janaan pemikiran aku di sini.
Menulis tidak semestinya berdakwat. Bercakap tidak semestinya berkata-kata. Kerana itulah d' alam maya SoReNsEn: Transkripsi Tanpa Tinta, Ekspresi Tanpa Suara.
Lawatan ke Media Prima, Sri Pentas
oleh sorensen pada 27 Februari 2009 dalam peristiwa
Semalam ktorg sume bertolak dlm pukul 2 ptg dari FBMK dgn bas UPM. Ada 22 orang student dan seorg lecturer pengiring. Perjalanan dari UPM ke Sri Pentas di Bandar Utama tu mengambil masa sejam lebih gak la. Sampai mengantuk mata aku.
Setibanya kat tempat ni, ktorg dibagi sticker pelawat sorg satu utk ditampal pd baju. Tp aku tampal kat cover kad matrik je, syg nak buangkan.
Pstu barulah ktorg dibenarkan masuk.. tapi sesi lawatan belum bermula lagi sbb ktorg sampai dlm pukul 2 lebih, dan tour cuma akan bermula pd pukul 3 ptg.Ktorang dibawak masuk ke hampir semua studio yg ada di Sri Pentas. Yg menariknya lepas masuk je pintu depan di ground floor tu, teka apa yg ktorang nampak dulu?
Konti radio HotFM!
Hehe.. Cat Farish tgh bertemubual dgn DJ Tini
Tengokla props yg bersepah2 tu!
Dan equipment2 yg digunakan!Kemudian ktorg dibawak ke sebuah lagi studio. Tak ingatla studio yg mana satu, tapi studio ni adalah tempat utk penggambaran 5 program iaitu Nasi Lemak Kopi O, Halaqah, Gedik Santai, Berita TV9 dan Scoreboard.
Studio Berita Terkini
Ktorg tengok sendiri kat depan mata mcm mana flow2 sebelum pembaca berita on-air. Dlm 10 minit sebelumnya, dia akan diberikan skrip dan practice utk baca dulu. Pd masa yg sama jurumekap akan betulkan apa2 yg patut dan cameraman akan bersiap sedia utk menguji camera dan lighting. Utk media prima, diorg sediakan 2 org polis bantuan utk menjaga studio berita utk tujuan keselamatan. Ini kerana dikhuatiri ada perkara yg tak diingini, cthnya tetiba ada org interfere kat depan kamera ms tgh on-air dan bagi maklumat yg tak betul ke. Sbb itu adalah siaran live dan ianya sgt cepat tersebar.
Studio Buletin UtamaDalam pukul 4 lebih tu ktorg pun bersiap2 utk bertolak pulang. Keluarnya ktorg dr studio tu bermakna berakhirlah sesi lawatan ktorg ke Media Prima, Sri Pentas. Bagi aku kenangan ni sgt2 memorable sbb aku mmg dah lama teringin nak tengok sendiri keadaan kat stesen TV mcm mana. Ditambah lagi dgn staf2 Media Prima yg sgt sporting dan mesra dgn kami. Diorg layan je ktorg wpun ktorg ramai dan permintaan ktorg utk amik gambar skali diorg tak hampakan. Antara muka2 familiar yg ktorang ada terserempak antaranya Michelle (wartawan Melodi), Zainal Ariffin Ismail (Misteri Nusantara), Karam Singh Walia dan bbrp org lagi. Wpun xdpt salam dgn DJ Tini tapi dia tetap melambai mesra dari dalam konti :)
Itu je utk entry kali ni, next time kalau ada kesempatan pegi ASTRO plak aku bukak entry baru ok.. hihih, Insya Allah...
Berkelah di Sg. Chongkak, Hulu Langat...
oleh sorensen pada 19 Januari 2009 dalam peristiwa
Mulanya dbong yg hantar comment kat fster aku last week, psl plan ni. 1st tu tak tau lagi konfem ke tak.. tapi bila dua hari lepas dbong call aku ckp plan tu dah konfem, bukan kepalang rasa hepi hati aku. Harus, lepas bbrp minggu pertama sem ni yg memberi tekanan melampau.. sape nak lepaskan peluang melepaskan tension tul x? So, dgn sukacitanya program tu pun proceed la semalam. Sume la ikut sama.. dbong, didy, jojo, shafik dan lagi 3 org kawan. Sayang kat korang, tak lupa kat aku utk event yg best satu ni.. hikss!! Dalam pukul 8.00 pagi, ktorang mula bertolak dpd upm. Ktorang naik dua kereta, satu dbong bawak dan lagi satu shafik (aku, didy & khalil tumpang kete shafik). Dbong dgn lagi 2 org kwn tak bertolak dr upm, dia jemput diorg dr tempat lain dan ktorang janji utk jumpa kat satu tempat di kajang. Sementara tunggu tu, ktorang sempat breakfast kejap kat satu gerai. Tak lama lepas tu dbong dan kawan2 lain pun sampai, dan perjalanan ke sg. chongkak pun diteruskan.
Sampai je kat sana, ingatan aku terus melayang pulang ke negeri aku. Pemandangan kat sg. chongkak tu hampir serupa dgn ranchan pool di serian, cuma sungai dan jeram dia sangat panjang dan lebih cantik!
Tengok tempat tu pun aku dah excited giler, lama dah tak berendam kat sungai yg bersih mcm tu. Sepanjang bbrp jeram yg pertama, mmg penuh pengunjung lain yg bawak family pegi berkelah kat situ, hinggakan ktorang terpaksa berjalan agak jauh ke area dalam utk cari port yg lebih privacy. Ok, dah dapat port tu.. acara mengeluarkan makanan plak. Thx sgt2 kpd dbong dgn max sbb bertungkus lumus siapkan sume makanan yg ada.. huhu. Ktorang dtg just bawak diri je la, sbb sume barang dah ada. Ni la antara hidangan yg ada..
Selesai melakukan mukaddimah dgn makanan2 tu, apa lagi! Masa utk berendam!!! Haiyaa.. bila dah masuk dlm air, sume riak kegembiraan dan kegilaan terpancar dari wajah masing2, padahal mula2 tadi coverline ni.. sbb ada antara ktorang yg tak kenal antara satu sama lain lagi kan. Tengok2, hambik kau..! Airnya sejuk.. sejukkkk sangat2!!! Masa berendam tu, didy la org yg paling havoc dan memeriahkan suasana. Dia tukang pose2, khalil yg jadi photographer dia.. sampai bateri 1st yg ada dlm kamera tu habis ye.. khalil kne carik bateri baru.. huhu.. Aku xde lagi pic ms ktorang berendam tu, sbb henfon tinggal dlm beg je x bwk turun..
Macam2 citer la yg berlaku jugak ms ktorang tgh berendam. Spec didy hilang, botol dettol hanyut, pose2 gedik dan yg paling "keji" mengayat org yg lalu lalang (keje didy ye). Main air sampai tak ingat dunia, splashing sesama sendiri.. yg pakcik kat tebing sungai tu sebok je nak memancing. Klaka sangat. Tu ktorang cakap, tak dapat ikan nanti.. pancing2 dapat dugong (didy la tu) wakakakaka!!! Dah puas main air tu, baru la sambung makan betul2. Penat sgt ye, kaki aku brp kali nyaris nak krem sbb berendam lama sangat. Dah la airnya sejuk giler2, bergerak dlm air mcm org reti berenang.. huhu.. tapi takpe la, at least mmg hepi sgt bila dpt masa terluang mcm ni berpiknik sesama kawan2..
Dalam pukul 2.30 petang, ktorang pun berangkat pulang. Kenangan ke sana mmg aku ingat sampai bila2, ada kesempatan next time memang aku akan datang lagi. Harus!
Kembara di malam hari!
oleh sorensen pada 13 Disember 2008 dalam peristiwa

Haih.. sorila siaran tertunda pulak! Ha.. korang teka la aku nak pegi mana malam2 buta tu? Petang khamis lepas, balik dpd jogging bapak aku bgtau ajak ke kuching. Aku buat muka selamba je, sbb masa tu dah dekat pukul 6 petang dan aku assume dia ajak pegi keesokan harinya. Rupanya dia ajak pegi MALAM TU JUGAK! Terus aku tergelak. Mana taknya, tak pernah dibuat pun sebelum ni ktorang meredah highway sepanjang 320km ke kuching tu malam2 buta. Tapi aku tak kisah ler, dalam hidup aku mana ada istilah penat. So, aku pun ikut la sekali.
Sebenarnya, aku dgn bapak aku temankan member dia.. ada urusan kejap pagi jumaat tu di Hospital Umum Sarawak. Tapi pegi pun tak lama la sbb tengah hari jumaat tu ktorang dah balik semula, sbb dia ada keje. Tu yg pegi ala2 bidan terjun petang tu, bertolak pukul 7 malam. Tapi best gakla, ni la 1st time pengalaman aku melalui jalan highway yg dikelilingi hutan rimba di tengah malam buta. Sepanjang perjalanan tu ktorang berhenti dalam tiga kali je rasanya. Takde masalah sangat, kereta banyak lagi yg lalu lalang malam tu dan hujan pun sekejap2 je, tak lebat pun. Kepala aku rasa pening2 sikit, bkn apa sbb aku rabun malam. Bila pakai spec dlm kete yg bergerak tu membuatkan aku rasa terhuyung-hayang.
Sampai kat kuching dalam pukul 1.30 pagi. Ktorang pegi ke jalan satok tengok2 kalau ada tempat makan yg buka lagi. Stall dekat benteng satok dah banyak yg tutup. Nasib baik kfc kat situ 24 jam, so ktorang makan kat situ jela. Lepas habis makan tu, terus balik ke rumah ktorang kat matang.. sampai dekat pukul 2.30. Mengantuk giler.
So, pagi semalam aku dgn bapak aku pun temankan member dia ke HUS. Malangnya, appointment dgn doktor terpaksa dibatalkan sbb doktor tu ada urusan lain. Tu yg aku pelik, mcm mana mende tu bleh jadi? Padahal dah buat appointment, lagi boleh batal.. dahla dtg dpd jauh. Pastu ktorang tak gi mana2 pun, lepas lunch di SCR satok, terus bertolak pulang. Oleh sbb dah tengah hari, ktorang singgah di masjid kem tentera jalan penrissen utk solat jumaat. Sampai rumah lebih kurang pukul 5.45 petang.
Tapi ada something yg mencuit hati aku ms ktorang berhenti dkt pekan kecil sg. tenggang dlm perjalanan pulang tu. Anak sape la punya stall burger kat bawah ni?
Pesta Nenas Sarikei 2008
oleh sorensen pada 04 Disember 2008 dalam peristiwa

Pesta Nenas adalah agenda tahunan yg melibatkan acara pertandingan lumba perahu dan juga pameran pelbagai jenis barangan. Sbnrnya acara ni baru je diadakan kat tempat aku awal bulan november lepas (dikenali sbg Regatta Saratok) tapi disebabkan aku tak balik lagi dpd kampus ms tu, so takde kesempatan la aku nak tengok. Bezanya tahun ni, ktorang pegi bukan sbb nak tengok lumba perahu. Tapi sbb bapak aku nak tengok pameran produk2 pertanian yg ada. Katanya dia nak cari anak pokok buah pakan. Korang tau tak buah pakan tu camne? Ha, buah pakan ni sejenis spesis durian gak. Rupa dgn baunya mmg hampir sebijik dgn durian, cuma saiznya agak kecil sedikit dan isinya berwarna oren terang. Bukan takde pokok durian dijual, cuma kata bapak aku pokok pakan ni lebih subur ditanam kat kebun ktorang berbanding durian. Tak tau la sbbnya, masalah kesesuaian tanah kot.
Ni la antara pic yg aku sempat rakam tadi..
Ktorang kat sarikei tak lama. Lepas habis meronda, singgah minum jap terus balik. Menarik gak Pesta Nenas ni kalau dibandingkan dgn Pesta Benak dulu. Aku nampak lagi banyak stall yg dibuka dan produk2 yg dijual juga lebih pelbagai. Selain kuih muih, ramai yg jual produk2 kesihatan dan kecantikan. Ada gak yg jual kereta, tapi tak sempat plak aku nak snap tadi. Cuma mungkin sbb ktorang pegi tadi agak lewat, so tak berapa ramai sgt org yg tinggal. Tapi itu tak bermakna senang nak cari tempat parking kereta ye.. tetap penuh jugak!














