Memaparkan catatan dengan label blackberry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blackberry. Papar semua catatan

Blackberry Internet Service II - Umobile vs. Celcom Prepaid

oleh sorensen pada 21 Julai 2012 dalam ,


Beberapa bulan lepas aku pernah membuat entry perbandingan kadar langganan prepaid Blackberry Internet Service (BIS) antara Celcom dan Maxis (rujuk sini) yang mana aku telah memutuskan bahawa kadar BIS prepaid Celcom adalah yang paling berpatutan pada ketika itu. Sebagaimana yang pernah diterangkan dalam entry tersebut, aku memilih Celcom BIS prepaid kerana kadarnya yang murah di samping ia memberikan akses data percuma untuk mobile internet sebanyak 250MB sebulan. Dan ia akan digunapakai untuk memberi akses internet kepada aplikasi-aplikasi bukan BIS bagi mengelakkan kredit dipotong.

Setelah beberapa bulan melanggan BIS Celcom, pola penggunaan Blackberry aku semakin jelas. Pada mulanya aku meramalkan pergantungan terhadap rangkaian 3G memandangkan pada awal tahun lalu perkhidmatan 2G Celcom di tempat kami masih terhad kepada rangkaian GPRS sahaja. Namun demikian bermula Mac lepas, perkhidmatan 2G Celcom di sini telah dinaiktaraf dan rangkaian EDGE mula diperluaskan. Kerana itu aku semakin jarang menggunakan tetapan 3G pada Blackberry kerana ia terlalu banyak menggunakan bateri. Dan walaupun hanya dengan menggunakan EDGE, Youtube dan online radio streaming masih boleh dilakukan dengan lancar. Walaubagaimanapun aku sangat jarang melakukan streaming melalui Blackberry dan kerap kali kuota data 250MB percuma tersebut tidak dihabiskan. Dan aku merasa rugi kerana membayar lebih untuk perkhidmatan yang jarang dimanfaatkan.


Kadar langganan terkini Umobile BIS Prepaid

Sekali lagi terfikir untuk berubah angin. Sebenarnya dari awal lagi aku sudah melihat potensi yang ada pada plan BIS Umobile, malah sejak aku baru memilih untuk menggunakan Celcom lagi. Sejak tahun lepas Umobile telah memperkenal
kan kadar BIS prepaid bulanan RM19 tetapi hanya sebagai promosi untuk masa terhad. Mengikut perancangan ia sepatutnya telah dinaikkan semula kepada kadar asal iaitu RM25 bermula Jun lepas. Oleh itu aku enggan memilih Umobile terlebih dahulu kerana khuatir akan kerugian dari segi harga dan kualiti liputan. Namun setelah beberapa bulan, Umobile akhirnya akur kepada persaingan sengit dengan telco yang lain. Perancangan menaikkan semula kadar plan itu telah terbatal dan kadar RM19/300MB untuk langganan bulanan dikekalkan. Malah baru-baru ini Umobile telah memperkenalkan plan BIS prepaid dengan kadar lebih rendah iaitu langganan selama 2 bulan/600MB untuk RM34 sahaja. Dan ketika itu jugalah aku mula mempertimbangkan untuk beralih kepada Umobile BIS prepaid.

Dalam minggu ini aku telah melakukan proses migrasi telco (MNP) untuk nombor prepaid Maxis Hotlink yang ada kepada Umobile. Aku memilih untuk memigrasi nombor Hotlink kerana plan Youthclub nya akan tamat tempoh pada awal tahun hadapan. Dan aku tidak bercadang untuk meneruskan langganan Hotlink lantaran kadar panggilan dan SMS pada plan terbarunya yang semakin mahal dan mengelirukan berbanding Xpax X2 yang lebih jelas dan berpatutan. Proses port out ke Umobile telah berjaya dilakukan hanya dalam masa 3 hari dengan bantuan salah seorang ejen MNP di laman forum Lowyat.net

 .
Peta liputan Umobile di seluruh negara setakat ini

Kita semua maklum bahawa buat masa sekarang, liputan Umobile pada kebanyakan kawasan masih lagi bergantung pada perkongsian infrastruktur liputan
bersama Celcom (domestic roaming), tidak terkecuali di tempat aku. Namun liputan yang dikongsi hanyalah untuk servis 2G sahaja bermaksud kelajuannya di kawasan yang menggunakan kemudahan liputan Celcom terhad kepada EDGE. Walaupun secara teori kelajuan kedua-duanya mungkin tiada beza kerana berkongsi liputan dan infrastruktur yang sama, aku tetap menjalankan ujian speed-test untuk membandingkan kelajuan EDGE antara Celcom dan Umobile agar lebih jelas dan terbukti. Dan keputusannya adalah seperti dibawah:
 

Keputusan speed-test tersebut diperoleh dengan menetapkan tetapan APN kepada "celcom3G" pada kedua-dua nombor Celcom dan Umobile. Dan ujian memuat turun file secara manual melalui APN tersebut juga tidak mengecewakan apabila kelajuan kedua-duanya mencecah 200kbps, kelajuan standard bagi rangkaian EDGE yang pada pendapat aku sudah memadai untuk memenuhi keperluan BIS tipikal. Aku telah cuba menggunakan APN "my3G" (tetapan APN asal Umobile) pada nombor Umobile tersebut namun hasilnya kurang memuaskan apabila kelajuan maksimum yang berjaya dicapai hanyalah 96kbps. Oleh itu aku membuat kesimpulan bahawa APN "my3G" hanya sesuai digunakan di tempat-tempat yang mempunyai liputan Umobile 3G yang sebenar sahaja bukan ketika menggunakan kemudahan domestic roaming Celcom.

Dengan mengambilkira pola penggunaan, liputan/kelajuan rangkaian serta kadar langganan yang telah diterangkan aku merasakan plan Umobile BIS prepaid adalah paling sesuai dan lebih menguntungkan buat masa sekarang. Pada masa yang sama, cadangan Umobile untuk memperluaskan rangkaian 3G melalui perkongsian
liputan dengan Maxis dalam masa beberapa bulan akan datang menambahkan lagi keyakinan aku terhadap stabiliti dan kekuatan telco berkenaan. Walau apapun, ini hanyalah permulaan migrasi aku bersama Umobile. Sama ada ia akan menjadi investment yang menguntungkan atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.


UPDATE: Bermula September 2012, perkongsian liputan Umobile di seluruh negara telah ditukarkan sepenuhnya daripada Celcom kepada Maxis.


1 komen seterusnya...

Blackberry Internet Service - Celcom vs. Maxis Prepaid

oleh sorensen pada 20 Januari 2012 dalam ,

Aku adalah pengguna baru Blackberry. Pada pendapat aku, menggunakan Blackberry Internet Service (BIS) prepaid lebih menguntungkan berbanding postpaid di Malaysia lantaran capability device itu sendiri yang kurang memanfaatkan sambungan internet untuk tujuan yang berat. Disebabkan pengguna Blackberry lebih mengutamakan penggunaaan smartphone untuk tujuan kerja dan bersosial, kita tidak seharusnya risau tentang isu data mobile internet sebagaimana pengguna iPhone dan Android, kerana dalam apa cara sekalipun kita tidak akan memerlukan data utilization yang terlampau besar dan monthly subscription yang terlalu mahal untuk memanfaatkan penggunaan internet. Di samping itu, BIS sendiri merupakan pakej khas yang lebih murah langganannya khusus untuk pengguna Blackberry sahaja. Best kan?

Persoalannya, yang manakah paling berbaloi?

Setelah hampir sebulan menggunakan Blackberry, aku sudah mencuba kedua-dua prepaid BIS daripada Celcom dan Maxis. Dari segi kelajuan tiada perbezaan yang terlampau ketara terutamanya bagi yang berada dalam kawasan liputan 3G. Namun demikian daripada pengalaman aku, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian sebelum korang memilih salah satu daripada mereka. Di bawah aku huraikan sedikit perbezaan kadar langganan bulanan antara Celcom dan Maxis BIS prepaid:

Maxis


Celcom


Untuk langganan prepaid bulanan, Maxis menyediakan Social Package (RM30) dan BIS Bonus (RM20/100MB data untuk masa terhad) manakala Celcom menyediakan pakej Monthly Advance (RM25/250MB data). Secara kasar, harga langganan antara keduanya tidaklah terlampau jauh berbeza. Tapi adakah korang maklum tentang perbandingan paling ketara antara kedua-duanya?

Ya, perbezaan ciri data flow pada pakej-pakejnya!

Pada dasarnya, Maxis memberikan data flow 100MB sebulan untuk trafik data daripada BBM, e-mail dan social applications yang disokong oleh BIS sahaja. Internet browsing hanya disokong oleh plan BIS Bonus. Sekiranya korang melakukan internet browsing (pada Social Package) atau menggunakan 3rd party applications yang tidak disokong oleh BIS seperti Whatsapp, Ubersocial dll. (pada Social Package atau BIS Bonus) ia tidak akan dikira sebagai menggunakan data flow tersebut sebaliknya akan dikenakan caj dengan kadar pay per use
! (10 sen/10kB).

Berbanding dengan Celcom, trafik data daripada native applications tidak dikira di dalam pengiraan data flow bulanan. Korang boleh menggunakan BBM, Facebook, Twitter dan e-mail sepuas-puasnya kerana ia adalah unlimited, dan data flow korang hanya akan dipotong sekiranya korang melakukan streaming, internet browsing dan menggunakan 3rd party applications seperti dinyatakan di atas. Jadi walaupun aku pernah menjadi pembenci tegar Celcom sebelum ini, melihat dari segi pakej BIS yang ditawarkan aku akui mereka telah menang. Dan setelah dua minggu menggunakan Maxis Prepaid BIS aku mengambil keputusan untuk beralih ke Celcom setelah beberapa tahun memboikot perkhidmatan mereka :)

Tujuan aku menulis entry ini adalah untuk menyelesaikan kekeliruan pengguna Blackberry baru atau yang sedia ada dalam memilih pakej BIS prepaid paling sesuai. Pengguna postpaid mungkin ada pengalaman tersendiri, dan pengalaman korang dengan Blackberry mungkin berbeza dengan daripada apa yang aku telah lalui. Apapun, aku tau korang suka Blackberry korang tu. Sebab aku pun sama, hehe! :)


UPDATE: Bermula Julai 2012, aku telah beralih kepada Umobile BIS prepaid. Nak tahu sebabnya? Klik sini


3 komen seterusnya...