Hari yang malang buat laptopku...

oleh sorensen pada 27 Mei 2009 dalam

Semalam mungkin adlh sejarah paling teruk sepanjang hidup aku menggunakan laptop tu. Tah macam mana masa aku tgh online mcm biasa petang smlm, partition D: hard disk aku tiba2 mcm diformat dgn sendiri. Tak tau lah aku apa sebabnya, hampir semua file content dan subfolder aku lesap secara tiba2. Yang pelik folder2nya masih lagi ada, dan beberapa file masih lagi tertinggal di dalamnya. Puas aku cuba cari explanation kat internet, sama ada ia sebab virus ke ataupun ada mslh dgn partition D: aku tu. Tapi aku tak jumpa apa2 pun setakat ni.

Aku rela kalau external hard disk aku yg hilang, tapi jgnlah D: drive tu. Semua gmbr2 dan video kenangan aku dgn member2 aku masih simpan kat situ, file2 template assignment di samping file2 backup installer sekiranya aku nak format laptop nanti. Tapi semuanya dah hilang. Dah takde dah skrg ni. Aku pun xtau mcm mana nak ganti semuanya.

Tapi takpelah, mungkin tu satu petanda yg aku perlu mulakan hidup baru. Sbb kenangan2 pahit pun semua ada skali kat situ. Semlm barulah aku terfikir, kalau aku yg hilang partition ni pun dah rasa mcm ni, apa agaknya prsn kawan2 aku yg pernah hilang laptop dulu agaknya? Bila memikirkan hal tu, aku rasa sgt2 bersyukur. Setelah hampir 5 tahun menggunakan laptop pemberian ayah aku dulu ni, aku tak pernah lagi mengalami nasib buruk seperti itu. Alhamdulillah...


2 komen seterusnya...

2 komen

  • abe min beirut

    HUHU.... mendalam sungguh ko tulis...

    hmmm, maybe ko leh selamatkan lagi kot... godek2 dulu pai puas oke... tanye kat org yg expert...

    ;) all de best

  • SoReNsEn

    aku dh try smlm. aku dlod recovery software. bila scan balik, nama2 file tu mmg ada.. tapi bila recover dia jadi mende lain.. aku pun redha je la skrg ni, mgkn bkn rezeki aku kot utk simpan semuanya. kdg2 x semestinya dpt semua yg kte nak, tul x?