Kisah Omar: Jawapan yang sekian lama kucari...
oleh sorensen pada 02 September 2014 dalam jiwa, kehidupan, omar
Kadang kala ada waktunya fikiran kita didatangi instinct secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab tertentu. Selepas sekian lama blog ini sunyi dari sebarang cerita, rasanya penting bagi aku untuk mencatatkan apa yang berlaku malam ini sebagai rujukan diri sendiri pada masa hadapan.
September adalah bulan ulangtahun pemergian Omar. 17 September nanti, genaplah 2 tahun Omar pergi meninggalkan kami. Walaupun sejak hampir setahun ini aku boleh dikatakan sudah kembali menjalani kehidupan seperti normal dan menerima kenyataan bahawa Omar sudah tiada lagi, sebenarnya ada satu persoalan yang masih kerap bermain di fikiran aku. Aku masih seringkali tertanya-tanya, pada saat akhir hidup Omar, mengapa dia tak pernah menghubungi aku untuk menceritakan apa yang berlaku padanya. Kurang pentingkah aku dalam hidupnya? Atau adakah baginya aku bukanlah sahabat paling akrab walaupun bagi aku dialah sahabat yang paling rapat denganku?
Persoalan ini membuatkan ada ketika aku cuba mencari jawapannya. Sehari selepas Omar pergi, aku telah add akaun adiknya, Chah di Facebook. Dari situ, pelbagai jenis persoalan terjawab tentang bila dan apa punca kematian Omar. Tetapi sebagai sahabatnya aku tak pernah melihat semua yang aku baca itu sebagai memadai. Bagi aku, semua ucapan dan komen yang ditulis oleh kawan-kawannya hanyalah sekadar klu dan mukaddimah kepada persoalan penting itu.
Satu-satunya harapan yang ada untuk mengetahuinya adalah Chah. Tapi sudah pastilah mustahil untuk bertanyakan cerita secara terus kepada dia lantaran aku memang tak pernah mengenalinya sebelum ini, ditambah lagi dengan kesedihan dan rasa terkejut atas kehilangan abangnya pada ketika itu. Dan disebabkan itu, aku pendamkan saja perasaan itu sendirian. Yang mana telah menyebabkan aku menderita selama berbulan-bulan lamanya akibat rasa kehilangan dan bersalah atas pemergiannya.
Sebelum ini kerap juga aku menjenguk ke wall fb Chah untuk mengetahui perkembangan hidupnya. Melihat dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, membuatkan hatiku tenang kerana dari itu aku tahu dia sudahpun meneruskan kehidupan, dan itulah yang Omar inginkan. Tetapi entah bagaimana, malam ini ketika aku menaip nama fbnya pada henfon, nama tersebut tidak tersenarai pada search bar fb. Dan kemudian aku cuba menaip nama tersebut di Google, terdapat beberapa result yang keluar. Dan salah satu daripadanya adalah alamat BLOG peribadi tulisan Chah.
Seraya terlihat url blog Chah, aku seakan hilang kawalan. Sebelum sempat membaca kandungannya, aku sudah menangis teresak-esak. Kerana aku tahu, dengan izin Allah, inilah harinya aku akan menemui jawapan yang aku cari selama ini.
Satu demi satu entry luahan perasaan Chah aku baca. Ternyata, seberat manapun kesedihan yang aku pernah tanggung selepas pemergian Omar, tidak dapat menandingi apa yang telah dilalui oleh Chah, adik kandungnya sendiri.
Ini sebahagian daripada entry pertama dari bulan Julai 2012 ketika Omar baru pulang ke Bintulu dari KL...
Dalam awal bulan 5 tu, dia pergi KL. Sebulan lebih jugak la dia kat sana. Hari khamis tu dia balik Bintulu. Bila aku tengok dia, memang aku terkejut sangat. Dengan badan yang sangat2 kurus, rambut yang hampir botak & muka yang luka2. Rasa nak nangis tengok keadaan abang macam tu. Abang ada cerita kat aku. Time dia kat KL hari tu, ada sorang pakcik tegur muka dia. Lepas tu pakcik tu cakap, abang ada terkena buatan orang. Dia bagi air kat abang & suruh abang minum. Lepas aje abang minum, terus dia rasa semacam.
Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.
Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan.
Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.
Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan.
Entry seterusnya menceritakan serba sedikit keadaan kesihatan Omar pada Hari Raya tahun 2012...
Raya aku tahun ni, sungguh berbeza dari raya tahun lepas2.
Tahun ni raya aku cukup bemakna walaupun aku sefamily menyambutnya
dengan besederhana, memandangkan kesihatan abang yang tak mengizinkan,
tapi, aku bersyukur & gembira, bila aku dapat berkumpul &
memeriahkan lagi suasana di pagi raya bersama family encik tunang aku.
Pengalaman pertama yang tak pernah aku rasai sebelum ni.
Entry beberapa minggu selepas itu mula menceritakan keadaan Omar ketika keadaan kesihatannya mulai membimbangkan...
Beberapa hari yang lepas, dia pengsan masa dia nak makan. Dia kata dia sakit perut then tiba2 dia pengsan. Sebelum ni abang tak pernah pengsan. 2 malam yang lepas pun, dia terjatuh ke lantai, gara2 dia mengigau. Mak pulak pergi tahan kaki dia bila tengok abang tiba2 bangun masa dia tengah tido then tiba2 menari. Bila mak tahan kaki dia, dia meronta2. Last2, dia jatuh ke lantai. Aku yang kat tepi dia, x sempat nak sambut. Bapak datang, & pelok abang. Tapi abang tiba2 menjerit & meronta2. Terus bapak laungkan azan & aku panggil nama dia, suruh dia sedar. Tak lama lepas tu, dia sedar & kata kepala dia pening sangat.
Dalam linangan air mata yang tak tertahan, aku kuatkan diri membaca entry seterusnya...
Hari sabtu lepas, bapak bawa seorang pakcik datang ke rumah untuk
ubatkan abang. Nama dia pakcik Idel. Dia memang pandai ubatkan orang
cara islam. Dah ramai orang berubat dengan dia. Bukan setakat di
Sarawak aje, sampai ke semenanjung pun dia pernah ubatkan.
Cara dia ubatkan sangat2 simple. Dia gunakan pen & golek2kan pen tu kat jari2
tangan & kaki abang. Tapi, bila pen tu menyentuh aje jari jemari
abang, terus abang meraung & menangis sampai muka dia pucat sangat.
Aku yang duduk kat tepi pun ikut nangis jugak. Aku sedih sangat tengok
abang macam tu. Even aku tak merasa kesakitan yang dia rasa tu, tapi
dari tangisan & raut wajah dia, dah dapat mengambarkan segala
kesakitan tu.
Masa Pakcik Idel sentuh belakang badan dia, & bacakan yasin &
beberapa ayat al-Quran, abang kata, panas sangat telapak tangan pakcik
tu.
Pakcik Idel bagitau, dia bagi tempoh seminggu untuk tengok kesan &
tindak balas dari rawatan dia tu. Kalo dalam tempoh seminggu tu dah ada
tanda2
nak sembuh, dia akan teruskan rawatan yang seterusnya. Tapi, kalo tak
ada perubahan @ keadaan abang makin teruk, dia tak dapat nak buat apa2 coz bukan bahagian perubatan dia.
Pakcik Idel pun ada jugak bagitau, memang ada seseorang yang hantar
benda kat abang. Perempuan. Kitorang memang dah agak & memang tau
siapa. Tapi, biarlah Allah yang membalas semuanya andai kami tak punya
kudrat untuk membalasnya.
Malam lepas Pakcik Idel ubatkan abang, abang dah mula bertenaga sikit.
Dia dah boleh duduk depan tv & bercakap dengan mak & bapak.
Selera makan dia pun dah makin bertamabah. Alhamdulillah.
Tapi, keesokkan harinya pulak, abang kembali lemah macam hari2
sebelumnya. Malam semalam pulak, sekali lagi dia nak pengsan masa nak
pergi tandas. Masa tu bapak tak ada kat rumah. Dia pergi kedai. Aku
pulak tengah masak. Mak la yang bawak abang pergi tandas. Belum sampai
tandas, abang dah mengadu pandangan dia gelap & badan dia lembik
macam nak jatuh. Cepat2 aku ambikkan kerusi & suruh dia duduk.
Sepanjang malam tu mak & bapak bergilir2 jaga dia. Banyak kali jugak la abang terbangun & mengigau. Dia bagitau mak, dia bermimpi benda yang pelik2. Aku pun tak dapat nak tidur bila tengok abang macam tu. Kesian sangat2.
Dan keadaanya tidak pernah memulih, malah semakin parah dari hari ke hari...
Semalam abang dibawa ke hospital coz keadaan dia semakin membimbangkan. Dia kena tahan kat wad, so aku terpaksa tido kat rumah encik tunang. Takut pulak nak stay kat rumah sorang2. Lepas balik kerja semalam, memang tak sempat nak pergi lawat abang. Jam pun dah akhir masa tu. Tengahari ni tadi, baru dapat pergi lawat abang. Tu pun tak lama coz aku kerja & masa rehat pun tak panjang. Tapi, lega jugak la dapat tengok muka abang, even tak lama. Mula2 masuk bilik dia tu, hampir terduduk jugak la aku kat depan pintu. Lemah seluruh badan. Airmata pulak macam tak dapat nak ditahan2. Aku pegang tangan abang, tapi dia masih x tau siapa yang datang. Bila mak kata, 'adik chah tu', baru dia senyum. Dia kata aku bodo coz aku nangis. Then sempat lagi dia ketawa. Aku cuba kawal emosi aku. Tak nak abang sedih tengok aku nangis. Mak kata, dari semalam dia cari aku. Kesian abang.
Pada ketika ini, aku rasa persoalan aku hampir terjawab. Tapi aku terus membaca coretan Chah dengan tabah. Dan pada perenggan inilah aku menemui jawapannya...
2 hari sebelum abang meninggal, dia merapu2, cakap benda yang pelik2. Tapi masa tu dia dah tak kenal lagi siapa yang datang. Dia selalu panggil mak, bapak & chah aje. Bapak kata jangan jauh. Masa abang dah tak panjang lagi. Berkali2 jugak aku menidakkan. Kenapa bapak cakap macam tu??Abang masih ada harapan lagi. Aku cakap kat abang, abang mesti kuat. Abang mesti lawan sakit abang tu. Tapi, semua saudara mara aku yang ada kat situ cakap, memang abang dah tak ada harapan. Selalunya orang yang nak meninggal akan cakap benda yang pelik2. Aku tak percaya semua tu. Bagi aku semua tu mengarut. Abang masih lagi boleh sihat macam dulu.
Sehari sebelum abang meninggal, dia diam aje. Tak bercakap, tak makan,
tak minum, tak kenal langsung sesiapa yang datang. Aku berharap sangat
dia dapat kembali sihat masa tu. Berharap agar Allah memberi abang
peluang ke 2
untuk hidup. Masa tu hati aku kuat nak teman abang kat hospital, tapi
kebetulan pulak malam tu ada konsert sempena hari malaysia kat airport
lama, so hati aku jadi berbelah bagi. Last2 aku balik aje.
Esok pagi, berkali2 bapak call, suruh ambikkan baju la, seluar la, air zam2 la, macam2. Kebetulan pulak masa tu hujan. So, susah sikit aku & encik tunang nak gerak awal. Bapak pulak tak berhenti2
call, tanya bila aku nak pergi hospital. Aku pulak macam berat sangat
hati nak pergi. Aku cakap kat bapak, kejap lagi la. Then aku sempat
masak & makan. Tengah makan tu, tiba2
bapak call lagi. Bapak cakap, cepat sikit pergi hospital. Takut aku
tak sempat jumpa abang. Hati aku dah tak menentu masa tu. Masa on the
way nak pergi hospital, aku call makcik aku. Nak tanya dia kat mana.
Bila dia jawab aje call aku, terus dia kata abang dah tak ada. Aku
macam tak percaya. Aku rasa makcik aku tipu.
Sampai aje kat hospital, aku tau abang dah tak ada lagi. Tapi hati aku menidakkannya. Aku tanya orang2
kat sekeliling, "abang ada lagi kan?" Semua orang suruh aku sabar.
Then kazen aku bawak aku keluar dari bilik abang. Aku duduk kat luar
& masa tu la aku tersedar. Abang memang dah tak ada lagi. Abang
dah pergi buat selama2nya. Aku terkilan tak sempat jumpa abang. Abang dah tinggalkan aku. Dah tinggalkan mak dan bapak.
Demi Allah, selama hampir 2 tahun pemergian Omar aku tak pernah menyangka seberat ini ujian yang Allah timpakan ke atasnya sebelum dijemput ajal. Dan demi Allah, aku tak pernah tahu selama 2 tahun ini ketika aku mengharapkan dia sempat menceritakan kepada aku segala yang berlaku padanya, betapa sedikitnya masa yang dia ada untuk menjawab segala-galanya. Betapa buruknya keadaan kesihatannya pada ketika itu, yang telah memaksanya untuk mendiamkan diri. Dan betapa sedikitnya masa yang masih bersisa untuk dia luangkan bersama keluarganya buat kali yang terakhir.
Ya Allah, maafkan aku Omar. Aku tak pernah tahu. Maafkanlah aku.
Tak dapat aku bayangkan kalau saat itu aku ada di sampingnya
melihat keadaan dia pada ketika itu. Mungkin sekarang aku sudah hilang
waras dan mengalami penderitaan mental yang berpanjangan kerana dihantui
penderitaannya setiap hari.
Sekarang baru aku tahu betapa sayangnya arwah Omar kepada kami. Dari ketika hidupnya dia tidak pernah mahu menyusahkan aku walaupun ketika dihimpit masalah yang sangat teruk. Tapi aku tak pernah faham. Sedangkan ketika aku dihimpit masalah dan tiada tempat berteduh, dia selalu ada. Tapi aku selalu lupa. Dan ketika saat tenatnya dahulu, dia enggan menceritakan keperitannya. Kerana aku tahu, dia tak mahu kami risaukan keadaannya. Tapi itu pun aku masih tak faham apa sebabnya. Tidak sehingga hari ini, hanya selepas 2 tahun dia meninggalkan kami.
Dia selalu ada untuk merintis jalan supaya aku lebih bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam hidup pada masa hadapan. Baik dan buruk yang telah berlaku ketika hayatnya, adalah pelindung bagi kami. 8 tahun mengenalinya bagi aku tiada sesaat pun masa dari bagian hidupnya ketika bersama kami yang tak dapat aku manfaatkan.
Apa yang aku temui hari ini adalah pemberian Allah yang sangat bermakna dalam hidup aku setelah sekian lama. Aku masih merinduimu setiap hari, sahabatku. Tenanglah, damailah engkau di sana bersama golongan yang beriman.
Kisah Omar: Jawapan yang sekian lama kucari...
2014-09-02T02:53:00+08:00
sorensen
jiwa|kehidupan|omar|
Comments
seterusnya...
Kisah Omar: Jawapan yang sekian lama kucari...
2014-09-02T02:53:00+08:00
sorensen
jiwa|kehidupan|omar|
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)