Menjejak bumi semenanjung

oleh sorensen pada 30 Jun 2007 dalam ,

inikah LCCT? owh.. barulah aku tahu...
Fuh.. rasa mcm mimpi je aku hari ni.. bukan apa, biasanya aku ni kalau bab2 berpisah dgn family mmg selalu "in character" (tanya kat omar maksud dia, hiks!). tapi ntahla, mungkin hati aku dah tepu sgt terperam lama kat rumah, dgn azam yg tinggi untuk sambung study.. dgn selambanyer sampai la aku kat sini.. destinasi pertama setibanya di semenanjung iaitu KLIA. sebenarnya dtg ke sini tujuannya nak tido, sbb selesa lagik dpd kat LCCT tu.. tapi biasa la kan aku ni kalau dah namanya hantu internet, tengok connection free (laju plak tuh) berjaga sampai pagi esok pun xpe.. kalau pengsan masa tgh register kat UPM kang, abang aku ada utk papahkan, ahaks!! astagalavista, xdela.. mmg aku xleh tido sbnrnya. SMS bpk tadi betul2 menyentuh perasaan aku. dia pesan "selamat sampai ke destinasi, Allah bersamamu"..
jgn risau bapak.. dia ke sini untuk menggapai impiannya yg satu itu.. jgn risau ya.. dia juga sangat menyayangimu, sebagaimana kau menyayanginya... dia tahu itu...

masa tgh makan.. sepi betul klia malam ni, sesepi hatiku..
besar jugak tempat ni..
sbnrnya dpd kuching tadi mmg aku dah lapar giler.. tapi tahan je la.. makanan dlm kapal terbang tu mahal sgt.. lagipun mmg tak selera sgt nak makan pun.. so aku biar je la.. sampai je kat klia tadi terus aku dgn abg aku pi mcd makan burger.. harga dia.. erm.. biasala, nama pun klia kan..
okla takde pape yg menarik lagi belaku pun.. pasni nak surf jap pastu nak duduk rehat.. lps ni mgkn jarang sikit aku dpt update blog ni kot, terutamanya dalam minggu pertama ni. bak kata illyana, "biasala, pelajar universiti.. memang banyak kerja" (walaupun hakikatnya lepas grad tetap menganggur jugak, ahakzz!!) tapi xpela, bagi aku masa utk mengumpul citer2 baru k.. yg pastinya menarik la kan.. (citer boring pun tetap akan jadi menarik jugak kalo masuk cni, huhahuhahuha!!) korang tak sabar tunggu? hah! aku lagi la tak sabar!


3 komen seterusnya...

3 komen

  • Tanpa Nama

    sediy aku bace ko cter pasal tinggalkan parents 2... bese ler bkorban ckit tok carik ilmu... sambil2 tu leh la kenal2 same org semenanjung....

    ape2 pun smat sampai ke semenanung n menimbe ilmu kat upm ni... all the best