Sony Ericsson, Aku Dan Keluargaku

oleh sorensen pada 01 Jun 2007 dalam ,

Walaupun hakikatnya aku tidak gemar pada jenama nokia, namun henfon SE yg aku ada sekarang ni ada hubungkait dgn jenama tu. Kenapa? Hehe.. ada sedikit kisahnya..

Pada awal plan aku nak menukar henfon lama aku dulu (awal tahun 2006), tah macam mana ada la sorang member aku si herry ni bagitau kat aku, kawan dia ada jual henfon stok "harga diskaun terhebat". Haa.. faham2 la maksud dia kan? Dan dalam keghairahan aku tu, model yg pernah menjadi sasaran yg aku nak dapatkan adalah.. jeng jeng jeng.. NOKIA 7610! Yea.. dgn harga pasaran pada masa tu dalam lingkungan RM950 ke atas.. dia tawarkan harga yg sangat 'berpatutan'.. RM680 jer! Atas dasar pengaruh harga tiada tandingan, aku pun order la. Tapi tah mcm mana mungkin bukan rezeki aku dgn nokia.. order tu dibatalkan kerana ketiadaan 'stok'..

Beberapa bulan lepas tu, aku pun kembali ke kampung halaman. Dengan berbekalkan tekad dan semangat aku utk menceritakan kekecewaan aku pada nokia (rujuk entry sebelum ni) dkt abg aku, aku tak sedar rupa2nya dia pun dah merasakan perkara yg sama!! Aikss.. motif six sense adik beradik bagai kan? Rupanya dia pun dah dpt recommendation jenama SE dpd kawan dia.. fuh lega aku save karan nak citer kat dia. Pastu bincang punya bincang, aku dgn dia sepakat.. target utama kami adalah >>> SE W800i! Hahah, tapi yg kelakarnya.. dalam pada aku dgn abg aku ni baru je nak bercadang beli henfon SE, rupanya MAK SU kitorang dah bertindak dulu beli SE K750i!! Aik.. mrasa la kekesalan di lubuk hati kan? Dia kata, tauke kedai henfon puji henfon tu melangit best bagai, citer yg aku mmg dah tau pun sebelum tu. Selidik punya selidik, specs model ni rupanya sama je mcm W800i, bezanya cuma xde flight mode. Jadi tindakan susulan pun dibuat dan akhirnya.. AKU, ABG AKU DAN COUSIN KTORANG menggunakan henfon model yg sama! Rasainnn, sokongan padu saudara mara gituh!!! Tak lama lepas tu, pakcik aku plak tukar henfon kpd SE K800i - model SE pertama yg ada tanda komersial Cybershot. Dan bulan lepas, kakak ipar aku ikut jejak dia dgn bertukar kepada model yg sama. Aiyo.. menarik juga rupanya kisah sony ericsson dan keluarga kami yer.. tak perasan plak aku..

Tapi abg aku skrg ni dah tak pakai K750i lagi, sbb telah berlaku kes kecurian yg menyayat hati. Sayang betul, dia punya special edition sempena filem Da Vinci Code. Tapi nak buat cmner, dah bukan rezeki dia kan. Dgn patah hati, dia membawa diri ke kuching atas urusan kerja.. kepulangan beliau membawa harapan baru dengan SE W810i dalam genggaman. Tetap nak Sony Ericsson!


Comments seterusnya...