Nokia - Kepercayaanku Yang Hilang!

oleh sorensen pada 01 Jun 2007 dalam ,

Dulu, sekitar pertengahan tahun 2004 hingga 2006.. aku memang obses sangat dgn henfon nokia. Betul i'm telling u.. kalau ada model baru nokia jer yg kuar, mulut aku ni la yg berbuih2 cakap pasal model baru tu.. smp member2 aku yg tak tau menahu pasal henfon naik meluat dgn aku. Yela, diorg tak paham sepatah haram istilah2 teknologi yg aku sebut tu, harus la ala2 dengki bagai kan? (matila kena bunuh pasni!!) 1st model nokia yg buat aku terkesima adalah nokia n-gage model pertama. Masa aku tengok telefon tu, kagum ada.. nak tergelak pun ada. Yelah, cara bercakap guna henfon tu kelakar sgt, daripada sisi. Tapi mungkin sebab ramai org mcm akulah lepas tu nokia terus insaf dan taknak kuarkan model2 pelik mcm tu lagi. Tak lama lps tu, lahirlah nokia n-gage QD yg menjadi idaman para budak sekolah hingga mahasiswa universiti kaki game ketika itu. 1000+ pun main bantai beli jer.. maklumla duit ptptn kan banyak? Ha, kenapa? tersentap? hahaha, ops!

Tapi tak lama lepas tu, abg aku pun tiba2 terniat nak tukar henfon dia. Daripada Samsung model apa aku tak ingat, dia beli nokia 6630. Wah, 1st time tgk henfon tu mmg kagum sgt. Yelah, dlm pertengahan tahun 2005.. kalau korang guna henfon kamera 1.3 megapixel tu mmg korang la yg akan menjadi buah mulut para member2 sekalian. Ayo.. bukan murah tau harga masa tu, 1200++ tu. Design 6630 ni kira up-to-date jugalah utk henfon2 berkelas tinggi masa tu (berkelas tinggi tu maksudnya yg pakai symbian os la, mcm 6630, 6680 dan 7xxx).
Tapi kekaguman aku tak lama. Kenapa? Aduh, lps beli barula tau rupanya henfon tu mmg senang hang.. asik hang je, dah tangkap gambar pun buruk. Abg aku menyesal sgt beli henfon tu 1000+ kan, tapi nak wat cmne dah terbeli dia pakai la jugak. Dan sebagai tambahan, member2 aku yg pakai model nokia berbeza dgn symbian os pun mengalami masalah yg sama? Hah, apa yg dh berlaku, os tak stable kah? Ok, nanti aku sambung balik citer pasal abg aku dgn henfonnya.

Pada masa yg sama, iaitu awal tahun 2006.. kepercayaan aku terhadap nokia masih tebal. Almaklumla dgn taktik pemasaran yg sangat berkesan, apa sgt la yg makcik2 kat kampung mcm aku ni tau kan? Tengok iklan je terus tau tu barang yg org ada kelas pakai ye tak? Masa tu, kecoh satu dunia bila nokia kuarkan model N90.. dgn mata yg berkaca2 kekecewaan, aku simpanlah saja niat aku nak beli henfon tu yg masa tu berharga 2200++. 2 megapixel, lens carl zeiss dan yg paling penting, nokia tuu...
Tapi tah mcm mana, suatu hari dalam bulan februari 2006 berlaku la satu insiden yg tak diduga dan secara tak langsung mengubah tanggapan aku pada nokia utk selama-lamanya.
Suatu petang, member aku datang ke hostel kitorang.. bawak laptop dia. Pastu dia tunjuk satu gambar tu, dia kata kawan dia snap. Aku pun tanya la kat dia, 'kamera digital' apa yg kawan dia pakai, pastu dia kata 'eh, ni kamera HENFON!'. Dengan mata yg terbeliak dan rasa tak percaya, aku tanya la.. henfon apa? Nokia N90 ke? Kayanya kawan ko? Dan jawapan dia membuatkan aku rasa nak pitam.. 'Sony Ericsson K750i, 2 megapixel ada autofocus lagi.. 1200 jer.. external flash dia tmbh 10 henget'..

APA!!!??? SONY ERICSSON??? K750i??? What the heck??? motif pakai external2 flash segala!!!??? motif kerana nila setitik rosak susu sapi setempayan bagai???

Barulah masa tu aku sedar dan rasa insaf yang teramat, betul2 rasa kuar dpd hutan belantara (isk2 nak nangis ni mengenangkan kisah lama). Rupanya selama ni aku adalah antara jutaan peminat nokia yg hampir2 diperbodohkan dgn sleek designnya dan harga tinggi yg melambangkan status seorang yg kaya? Layak ke aku? Perlu ke aku beli benda yg tak affordable hanya kerana kualiti yg (hampir) sama? Dan yang paling penting, motif nokia ni sebenarnya nak menyedut duit2 die hard fans diorg ke, mengambil kesempatan atas kepercayaan yg telah lama terpendam di lubuk hati kami???

Mulai hari itu, sedikit demi sedikit kepercayaan aku pada nokia semakin terkikis. Nokia kuarkan model baru pun aku sekadar pandang cmtu je.. sbb aku tau hati aku dah mula terpaut pada sony ericsson.. hehehe! Blah la, nokia tamak!!! (statement tambahan jer).
Ngantuk dah ni u.. nnt la aku sambung citer aku & abg aku dgn sony ericsson plak ok! Cya!

*nokia users jgn marah tau, entry ni semata2 berdasarkan pengalaman aku jer.. kalau nak tau lebih lanjut korang bleh google around dan korang akan dapati ramai betul org yg ada pengalaman sama mcm aku nie.. especially dlm julat waktu yg sama (mid 2005-2006).


Comments seterusnya...