Wireless PIXXA Digital Photo Frame

oleh sorensen pada 23 Disember 2007 dalam

Fungsi dan versatiliti bingkai gambar digital berkembang lagi. Memperkenalkan Wireless PIXXA Digital Photo Frame keluaran Ality. Ia memanfaatkan teknologi Wi-Fi, permesejan segera (instant messaging), sedutan berita automatik (automatic news flash) dan laporan kajicuaca. Di samping itu, fungsi akaun pelbagai pengguna (multiple user account) membenarkan setiap ahli keluarga untuk menyusun sendiri perpustakaan multimedia dan mengatur antaramuka bingkai gambar digital ini secara berasingan.

Wireless PIXXA Digital Photo Frame

Bingkai gambar LCD digital nipis ini membolehkan gambar dihantar terus melalui web, sama ada terus daripada komputer peribadi, atau daripada bingkai PIXXA ke bingkai PIXXA melalui aplikasi permesejan segera yang menyokong fungsi berkenaan. Fungsi Live Calendar membolehkan pengguna menyusun jadual dengan kalendar online tanpa menggunakan komputer, dan gambar juga boleh diselitkan untuk menanda satu2 acara/peristiwa.

Fungsi Live News™ membolehkan pengguna mendapatkan maklumat seperti sedutan berita, laporan sukan, kajicuaca dan trafik, hiburan, horoskop serta bursa saham melalui bingkai gambar ini. Ality juga menyediakan perkhidmatan perkongsian gambar (photo sharing services) yang memberikan ruang storan imej sebesar 50mb dan berkebolehan mengubahsuai saiz gambar mengikut konfigurasi bingkai gambar. Ia membolehkan pengguna menghantar kad ucapan dan jemputan secara digital melaluinya.

Ality akan mempersembahkan Wireless PIXXA Digital Photo Frame pada 2008 International Consumer Electronics Show bulan hadapan. Diramalkan akan berada di pasaran pada suku pertama tahun 2008, produk ini dijangka akan dijual pada harga sekitar USD299 (+/-RM1000.60).

Dipetik dan diterjemah daripada Gizmag.com


Comments seterusnya...

Henfon itu boleh DIMAKAN?!

oleh sorensen pada 16 Disember 2007 dalam

Apa yg aku dapat masa tengah surfing malam ni cukup membuatkan aku tersenyum. Bukan apa, aku rasa aku ni mmg dah betul2 menghargai teknologi dgn mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Tapi nampak gayanya ada sesuatu yang aku tak pernah terfikir sebelum ni, iaitu trend terbaru membuatkan gadget2 teknologi.. BOLEH DIMAKAN!!!

Kek Sony Ericsson K850i

Ini adalah henfon Sony Ericsson pertama yang telah dibuat dalam bentuk kek, dan ia telah direka oleh Michelle Sugar Art. Perhatikan betapa detailnya design kek ni, menandakan betapa tajamnya pemerhatian pembuat kek terhadap henfon tu (kalau setakat mata aku ni, kalah kot). Tapi ia bukanlah gadget pertama yang dibuat menjadi kek, dgr katanya sebelum ni dah ada yang buat kek Apple iPhone.

Tah apa2 lagi la yang aku akan jumpa esok agaknya ya..

Sumber: http://www.sefanatics.com/



Comments seterusnya...

Adidas Teamgeist II: Bolasepak 'pintar'

oleh sorensen pada 14 Disember 2007 dalam

Adidas dengan kerjasama Cairos Technologies telah memperkenalkan teknologi baru dalam sukan bolasepak iaitu teknologi garisan goal (Goal Line Technology) dan bolasepak pintar Adidas (Adidas Intelligent Football) pada acara FIFA Club World Cup di Jepun. Bolasepak rasmi yg digunakan dalam acara sukan berkenaan adalah Adidas Teamgeist II, yg mana mempunyai teknologi yg memudahkan pengadil mengesan masa bolasepak melintasi garisan gol, membuatkan ia bolasepak yg paling tepat pernah dicipta.

Adidas Teamgeist II

Teknologi pintar yang telah diimplementasikan dalam penghasilan Teamgeist II adalah penggunaan lapangan magnetik (magnetic field). Ia membolehkan maklumbalas diberikan pada masa sebenar (real-time feedback) kepada 'central computer', yang mana akan mengesan kedudukan bola di atas padang dan menghantarnya terus kepada pengadil. Dengan penggunaan lapangan magnetik serta bahan buatan bolasepak yg lebih stabil dan tahan lasak, sistem baru ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada faktor 'in-game', cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.

Keputusan hasil ujian penggunaan Teamgeist II pada acara FIFA Club World Cup di Jepun ini akan dinilai semula oleh Cairo Technologies dan Adidas dan akan dikaji semula penggunaannya secara umum. Pada masa ini, sistem baru berkenaan menepati kehendak International Football Association Board (IFAB) dan bolasepak berkenaan telah diluluskan oleh FIFA untuk tujuan perlawanan antarabangsa.


Dipetik dan diterjemah daripada:


Comments seterusnya...

Tica: Realiti atau Fantasi?

oleh sorensen pada 09 Disember 2007 dalam

Memperkenalkan, awek ni bernama Tica. Lawa kan dia? Artiskah? Kalau tak pun, model agaknya? Bukanlah.. Nak jumpa dia tak? Erm.. tak mungkin akan jadi kenyataan. Ini kerana disebalik kejelitaan wanita ini, terimalah hakikat bahawa dia tidak pernah dilahirkan, tidak pernah hidup dan tidak akan mati.. kerana..

DIA HANYALAH SEBUAH LUKISAN!!!
Sukar dipercayai kan?

Painting of Tica ini adalah karya artis bernama Dru Blair. Ia telah dihasilkan pada Februari 2005, dan mengambil masa selama 70 jam untuk disiapkan. Lukisan ini dihasilkan utk menghabiskan masa terluang beliau di bengkel lukisannya. Pelukisnya sendiri mengakui bahawa Tica memiliki perincian "kulit" yang mengagumkan, dengan kepelbagaian warna yg sangat realistik. Untuk menghasilkannya beliau menggunakan lebih kurang 20 warna, yg mana untuk menghasilkan warna kulit biasanya beliau hanya menggunakan 7-8 warna sahaja.


Tekstur pada wajah Tica juga sangat terperinci. Pelukisnya menggunakan teknik "subtle nuances" yang mana ia dihasilkan menggunakan pisau xacto, pemadam, dan sedikit pensil warna untuk menghasilkan kesan yang meyakinkan. Teknik2 lain juga ditambah untuk memastikan perincian tekstur rambut, yg mana teknik "shield-reveal" dan "split frisket" telah digunakan. Secara keseluruhannya, 99% daripada gambar ini telah dihasilkan dengan airbrush.

Hmm.. apa2 pun boleh berlaku kalau dah namanya berbakat dan ada kreativiti kan?

Dipetik dan diterjemah daripada:


2 komen seterusnya...

Solar Bag keluaran Noon Solar

oleh sorensen pada 05 Disember 2007 dalam

Bateri henfon cepat habis sbb suka berborak tak hengat dunia? Atau bateri pemain mp3 yg asik kong sbb mendengar music 24 jam tanpa henti? Jika anda mengalami masalah sebegini, jangan bimbang. Memperkenalkan produk keluaran terbaru Noon Solar, iaitu Solar Bag. Solar bag adalah cara yg paling efektif utk mengecas gadget2 elektronik anda tanpa menggunakan kuasa elektrik luaran (selain tenaga solar). Produk ini sebenarnya bukanlah baru dicipta, namun Solar Bag keluaran Noon Solar adalah beg solar yang berfesyen rekabentuknya :)

Solar Bag ini diperbuat dpd bahan yang boleh dikitarsemula. Contohnya seperti "chrome-free leathers" yg mana lapis luarnya terdiri dpd elemen tahan lasak yg dibuat dpd rhubarb dan walnut. Fabrik kapas yg digunakan juga diwarnakan dengan tangan. Dalam cuaca cerah, bateri dalam beg ini mampu dicas semula dalam masa 6-8 jam, walaubagaimanapun ia akan mengambil masa yg lama sedikit dalam cuaca mendung.


Tenaga yang terkumpul akan disimpan dalam tempoh yg agak lama sebelum ia digunakan. Ia boleh digunapakai pada semua gadget2 kecil, iPod, PDA dan telefon bimbit. Dijual pada harga USD274 hingga USD412 (+/-RM916 hingga RM1379).

Dipetik & diterjemah daripada slashphone.com.



Comments seterusnya...

Welcome back my K750i!!! (ye ke?)

oleh sorensen pada 03 Disember 2007 dalam

WAHHH!! Gembiranya aku sampai terloncat2!! Mana taknya, henfon k750i aku yg rosak dan aku ingat dah nak letak dalam museum tu akhirnya dapat dibaikpulih semula hari ni! Memang aku betul2 tak sangka, lepas 2 bulan lebih aku cari tempat utk baiki mslh henfon tu, rupa2nya last distance dia adalah kat kedai komputer si gilbert tu je.. kat tempat aku ni jugak huhu!

Ceritanya mcm ni, henfon SE aku ni dah rosak selama dekat 2 bulan masa aku nak balik cuti raya hari tu. Tah apa mimpinya, tiba2 henfon aku kene serang dengan WSOD (white screen of death). Pasal tu la bila aku balik selangor, aku sampai dah berniat nak cari service center sony ericsson utk repair. Tapi tahler, kat sana mmg xde masa langsung. Mungkin memang dah REZEKI aku kot? Kenapa aku kata REZEKI? Hehe.. baca lagi..

Ok, bila aku dah sampai kat sini plak.. masih jugak aku berfikir mana nak hantar henfon tu. Sume kedai henfon aku dah try tapi sume kata tak reti. Pelik kan. Tapi tah cmne plak kebetulan, henfon k800i uncle aku rosak mgu lepas sebab terjatuh dalam lubang jamban! Choy sgt..! Pastu dia la yg hantar pegi kedai si gilbert tu. Bila dia htr kat situ, kerosakan dia agak teruk jugak iaitu rosak screen. Bila abg aku bgtau kat aku psl hal tu, aku pun terfikir la kalau kerosakan serius cmtu pun gilbert leh repair, apatah lagi WSOD henfon aku ni kan. So, bila aku htr kat gilbert tadi dia kata mmg dia boleh repair!

Tapi, kenapa pulak keluar pasal REZEKI ek? Hehe..

Sebabnya, kan masa kat selangor aku kata aku nak hantar pegi sony ericsson service center kan? Kalau aku hantar pegi sony ericsson center, diorang cuma akan repair dan recover software henfon ni kepada asal (K750i). Jadi, bila aku htr kat gilbert tadi, selain bgtau mslh henfon aku tu AC dia rosak.. korang tau dia tanya apa lagi? Dia tanya... NAK FLASH HENFON NI JADIKAN W800i TAK? Bila dengar tu aku terussss WAAAAHHHHHH!!!
W800i??!!

Memang berbaloi sgt aku repair kat ctu tadi. Tak sangka skrg ni hp aku mmg dah betul2 diflash jadi W800i dan bunyinya MEMANG MELETOP TAK HENGAT (mungkin sbb guna firmware Walkman 3.0 aku pun xtau, sbb baru2 ni aku dgr W800i ada keluarkan model terbaru.. pape jelah!) dan yg paling penting.. boleh dipakai dalam FLIGHT! Korang tak caye xpela, aku sendiri pun mcm mimpi ni sebab still terkejut.. tak sangka benda alah ni boleh dipakai semula.. Sbnrnya aku dah lama dgr ttg flashing software k750i kpd w800i ni, cuma aku tak sangka ia akan berlaku pada henfon aku!

Pape pun, aku hepi sangat hari ni :D Thx gilbert!

(Nota: Dalam kebanyakan model sony ericsson, seriusnya benda magik mcm ni boleh berlaku antara model k750i dan w800i SAHAJA! Ini kerana, ciri2 kedua2nya adalah sama dr segi hardware, berbeza software je sbb w800i ada flight mode k750i takde. Setakat ni aku xpernah dgr lagi model2 SE yg lain selepas dua model ni yg boleh ditukar2 firmwarenya antara satu sama lain).


Comments seterusnya...

Tertengok iklan best..

oleh sorensen pada 30 November 2007 dalam

Aku ni jenis yang jarang sangat tengok iklan.. apatah lagi sengaja cari iklan dekat youtube utk ditengok.. tapi tah mcm mana semalam masa aku tgh tengok rancangan Forbes dkt Channel E! (episod ttg selebriti wanita paling kaya di US) tiba2 terkeluar la nama nicole kidman. Dgr katanya tahun lepas dia ada buat satu iklan promosi perfume Chanel No. 5, dan katanya lagi iklan tu antara yg termahal di Hollywood setakat ni. Bila aku bukak youtube dan tengok, memang meletop pun! Nah, korang tengok la sendiri kat bwh nih...



Comments seterusnya...

Videoclip baru madeline matar!

oleh sorensen pada 23 November 2007 dalam

Aku dah dlod vclip ni dpd minggu lepas dah dekat website nogomi.. cuma baru dapat letak kat sini sbb baru jumpa kat youtube.. nak upload sendiri malas pulak rasanya heheh! Ok, enjoy vclip baru ni dpd Madeline Matar, tajuk lagu Ashghelek.. (feeling2 mcm tengok inul daratista plak bila tgk clip ni, sesuai sgt dgn tajuk dia sbb mmg dia bergelek sakan pun huhuhu!!)



Comments seterusnya...

Sony Ericsson W890i

oleh sorensen pada 07 November 2007 dalam

Dah lama tak buat entry pasal henfon.. okeh kali ni aku nak perkenalkan korang satu model baru henfon sony ericsson, iaitu W890i. Baru lagi ni, ms entry ni ditulis mmg xde kat pasaran lagi. Dengar katanya 1st quarter 2008 baru mula dipasarkan. Model ni adalah model upgrade daripada W880i dulu. Ha, baru la nampak sempurna sikit design dia pada pandangan mata aku. Okeh, nak tau specs dia tengok kat bawah ni, aku petik dpd slashphone.com.

Sony Ericsson W890i

The New Sony Ericsson W890 Walkman phone offers the benefit of an expandable memory, which can be upgraded as your music collection grows. A 2GB Memory Stick Micro (M2) is provided in-box. If you tire of these, tune in to your favourite station using the W890’s FM Radio.

The W890’s 3.2 megapixel camera allows you to record the moment for posterity. One-press access to the camera means you need never miss a shot. Plus, instantly upload your photos to your personal online gallery, or ‘blogsite’, to let your friends know what you’re up to.

The W890 Walkman phone is a HSDPA/UMTS 2100 and GSM/EDGE 850/900/1800/1900 phone and will be available in selected markets from Q1 2008. Espresso Black, Mocha Brown and Sparking Silver colours will be available.

The W898c Walkman phone is a GSM/EDGE 850/900/1800/1900 phone for the China market only.

More W890 Details:

  • Screen: 262,144 colour
  • TFTResolution: 240 x 320 pixels
  • Size: 2 inchesSize: 104 x 46.5 x 9.9 mm
  • Weight: 78 grams
  • 3.2 Megapixel camera
  • Stereo speakers
  • 2 GB M2 memory stick
  • FM radio with RDS
  • Macromedia FlashJava
  • PictBridge printing
  • RSS feeds
  • Access NetFront Web browser
  • Phone memory: Up to 28 MB
  • Memory Stick Micro (M2) support
  • Talk time GSM: Up to 9 hrs 30 min
  • Standby time GSM: Up to 360 hrs
  • Talk time UMTS: Up to 4 hrs 30 min (W898c: n/a)
  • Standby time UMTS: Up to 310 hrs (W898c: n/a)
  • Video call time: Up to 3 hrs (W898c: n/a)
  • Music listening time: Up to 20 hrs
  • Networks (W890): UMTS/HSDPA 2100 GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900
  • Networks (W898c): GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900


Comments seterusnya...

Berjaya Times Square.. again!

oleh sorensen pada 02 November 2007 dalam

Asik berjalan je keje aku ni kan? Sebelum ni aku pnh citer aku g berjaya times square ms jalan2 ngan dabong dulu.. tapi ms tu kan target aku ngan dabong nak beli external hard disk, ingat tak? haa.. semalam unexpectedly aku "terpegi" lagi ke tempat tu, tapi kali ni geng2 bdk pompuan classmate aku plak yg ajak.. aku xtau diorang nak kuar sebenarnya, even masa pdot call aku pkl 11 lebih pagi tu aku dok membuta lagi.. penat sgt sbb sehari sebelum tu aku dgn nordin dah pg ciklang kat midvalley sehari suntuk (harus la lepas tension2 jawab paper exam yg mcm al-haram tu).. memandangkan ms ni ada 4 hari lagi gap sebelum exam paper GL kitorang, aku pun on jela...

Ingatkan nak buat apa kat berjaya times square, rupa2nya diorang ajak aku pegi ke... eekkk....

Cosmo's World Theme Park, Berjaya Times Square

Isk, bila pdot sebut je pasal tempat tu aku dah jadi gelabah dah.. mana taknya, baru je aku niat nak shopping happy2 ever after kat times square, daahhh kena teman diorang pegi theme park pulak.. aarrghh, dah la dlm bas baru dia bgtau.. tapi bila fikir2 balik, erm mcm best jgk.. sbb aku pun tak penah (terfikir) pegi tempat cmni kan.. so aku pun on jela..

Sampai kat situ, benda first yg kitorang main adalah..

Benda berpusing ni, aku tak ingat namanya..

Mula2 tu aku ingat malas la nak naik benda alah ni, sbb nampak tak thrill je.. mcm bodoh berpusing2 kat tempat yg sama. Tapi memandangkan fiza dah kata bhw better naik benda tu dlu sbg persediaan naik roller coaster, aku pun ikut je la skali.. tak sangka, wpun nampak kecik tapi aku tak boleh nak buka mata pun bila dah ada kat dalam tu.. kecut woo! Teruk pdot yg ada kat sebelah aku ni kena himpit!!!

Lepas tu tiba la masanya yg ditunggu2, naik roller coaster! Dan faham2 jela, malas nak citer panjang, itula agaknya kali pertama dan terakhir aku naik benda alah tu, confirm kensel ikut kalau diorang ni plan nak pegi genting plak pasni! Aku mmg tak boleh, aku gayat rasa mcm nak mampus je!!! Heran, mcm mana la fiza dgn pdot bleh naik sampai 3 round skali harung.. lepas naik 1st time tu, aku ngan kema duduk je kat tepi tgk diorg main.. ktorang dah tak sanggup, seriously mmg aku serik giler..!!

Lepas naik roller coaster tu, ktorang pun pegi la kat tempat main bumper car plak, segan cket sbb ramai sgt budak2 yg main bumper car masa tu. Bila geng2 ktorang dah mula masuk nak main, barula kumpulan2 tua bangka yg lain mula nak celah bedah skali.. motip nak tunggu2 ktorang bagai?

Heheh, walaubagaimanapun ketahanan pdot yg tak pening2 disebabkan oleh roller coaster dan benda alah berpusing2 tadi tu, tewas juga ditangan benda alah berpusing yg lagi satu ni...

Dizzy izzy

Sampai termuntah2 dia dgn kema.. tula korang.. aku dah kata jgn naik korang degil.. pdot bukan tak tau benda tu boleh memeningkan.. ko saje je, kan pdot?

Lepas kuar dpd theme park tu, ktorang jalan2 kejap tgk2 barang.. aku taknak beli pape dah wpun byk brg yg ok gak, especially diesel.. tgh buat special promotion ms ni. Aku sbr jela sbb baru lepas beli baju kat midvalley sehari sebelumnya ngeh3! Lepas mkn2 kat kfc, dlm pukul 9.00pm ktorang pun valeek...



Comments seterusnya...

Ke Putrajaya..

oleh sorensen pada 28 Oktober 2007 dalam

Fuh.. ni la 1st time aku berpeluang pegi ke Putrajaya. Pelik kan? Padahal tempat ni kat belakang UPM je.. bukan apa, sebelum ni takde masa dan purpose pun nak ke sana. Semalam tu pun sebab nak pegi open house kat rumah member kitorang, fadh kat presint 8.. so, angah pun amik la kesempatan ni bawak ktorang jalan2 kat situ.. tak pegi mana2 sgt pun, lepas kuar dpd rumah fadh, ktorang pg ke alamanda putrajaya.. okla banyak gak butik2 baju dan perfume2 jenama ternama kat situ.. tgu dah dpt loan yayasan swk nnt la aku usahakan ekekekek! (nota: status permohonan pinjaman yayasan sarawak aku dah diluluskan semalam, xlama lagi dpt la fulus lebih cket hehe).. pastu ronda2 kat putrajaya lake club lepak2 ctu kejap.. pic masjid putrajaya kat atas tu amik dpd ctu la..

Oh ya, dlm minggu ni gak aku ada beli satu benda baru iaitu..

External hard disk (Hitachi 120GB)


Comments seterusnya...

Debaran final exam..

oleh sorensen pada 19 Oktober 2007 dalam

Fuh.. lepas puas bercuti 2 minggu akhirnya balik lagi aku ke sini.. best jgk rasanya cuti sekejap, nasib baik aku jadi balik kampung hari tu kalau tak rugi besar aku xdpt beraya dgn anak2 buah aku yg comel tu..
Wah, sedar tak sedar tinggal seminggu lebih lagi final exam nak start ni.. dah la final sem pertama plak tu, sekejap betul rasanya masa berlalu.. mmg aku nervous giler ni, sbb exam sem pertama la yg biasanya akan menentukan cgpa utk sem2 yg akan datang..
Tu je bt masa ni, memandangkan ni dah nak masuk study week.. sama2 la kita mengambil peluang ini utk KELUAR MEREMBAK BERSAMA-SAMA MEMBER2, yela.. kelas pun dah takde kan masa ni.. nak study? ala sehari sebelum paper korang pun boleh ngeh3! (dgn nada menyentap!)


Comments seterusnya...

Matila lagu feveret!!!

oleh sorensen pada 09 Oktober 2007 dalam

Memperkenalkan, ni la dia salah satu antara lagu arab kegemaran aku, Bahebak We Adary dpd Madeline Matar.. aku sukee sgt lagu ni, member2 pun sume tau dah kan heheh.. videoclip ni aku tujukan kepada dabong dan geng2 bilik 309 k.. sape2 yg nak buat sing along, bolehla baca lirik dia kat bawah tu dalam tulisan arab (mrasa menyanyi sambil 'mengaji!') Enjoy!

مادلين مطر- بحبك وداري

بحبك وداري ليلي ونهاري عملت لقلبي ايه
صوتك نداني نسيت زماني اعمل في حبك ايه
عينك حابيبي جرحتلي قلبي ورومش عينك تداويه
بحبك ياويلي سهرت ليلي حتى القمر سهران
انا وليالي عشاق يا غالي عشاق بقلنا زمان
ملكت روحي وتقول جروحي اجرح كمان وكمان

بتحبني جننتني وغصب عني بصدقك
داريت عليك وروحي فيك معلش قصدي اشوقك
عشقك دوا قد الهوى وقد عمري بعشقك

بحبك وداري ليلي ونهاري عملت لقلبي ايه
صوتك نداني نسيت زماني اعمل في حبك ايه
عينك حابيبي جرحتلي قلبي ورومش عينك تداويه
بحبك ياويلي سهرت ليلي حتى القمر سهران
انا وليالي عشاق يا غالي عشاق بقلنا زمان
ملكت روحي وتقول جروحي اجرح كمان

افهم بقى متشوقه كلملي قلبك فهمو
لوكان عليه حيدوب اكيد وبنظره مني حعلمو
وحغلبو وغلبو عشان عيونه يسلمو

بحبك ياويلي سهرت ليلي حتى القمر سهران
انا وليالي عشاق يا غالي عشاق بقلنا زمان
ملكت روحي وتقول جروحي اجرح كمان وكمان


3 komen seterusnya...

Kemeriahan mula terasa!

oleh sorensen pada 08 Oktober 2007 dalam


Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasaaa...!! Chewah konfiden je aku nyanyi kan, yelah raya kan dah makin dekat. Wah, sebenarnya sepanjang hari ni tadi aku duk selamba je dalam rumah, tanpa menyedari rupa2nya malam ni dah malam 7 likur!!! Aiyo cmne la aku boleh terleka sgt, mak pun tak ingatkan aku.. kalau x aku ni la yg paling sebok skali nak punggah keluar pelita2 kat dalam stor tu, jolok2 sumbu dia pastu beli minyak tanah dkt stesen esso tu.. itula rutin tahunan aku setiap kali nak menyambut malam 7 likur.. tapi tah, kenapa tiba2 aku rasa spirit tu hilang ckit tahun ni, mgkn sbb bz layan kerenah anak buah aku kot tu yg smp lupa.. astagalavista..

Heheh, tapi tu bukan la maknanya takde pape langsung yg aku buat tadi.. (kalo x takde la aku nak bukak posting baru bagai kan? hiks!) Haa.. tiba2 datang la ilham utk mengajak member sekampung aku si zaki ni kuar berjalan kejap, maklum la bukan selalu pun boleh tengok kampung2 kat tempat aku ni ramai orang kan.. biasanya kalo pkl 8 mlm tu dah gelap gelita dah, tapi dkt2 nak raya ni harus la xbleh lari dpd dentuman2 mercun dan sinaran lampu minyak tanah yg tipikal tu.. Ktorang berjalan dlm pkl 8.30 gtu, ms tu mmg dah ramai org lain yg kuar berjalan. Apa yg diorang nak tengok sebenarnya ye? Haa.. kalo korang nak tau, tempat aku ni ada tradisi tahunan, bila menjelang hari raya akan dibuat pertandingan pintu gerbang antara kampung! So, diorang2 ni (termasuk aku) taknak la lepas peluang tengok2 pintu gerbang kampung mana yg paling best. Aku pun amik la peluang snap2 cket utk tatapan korang sumer.. tapi bagi aku pintu2 gerbang tahun ni agak kureng meriah cket la.. wpun nampak cantik tapi ada satu kekurangannya, sume pintu gerbang dah guna lampu letrik takde dah yg guna lampu minyak tanah.. rindu rasanya nak tgk pintu gerbang ala2 tradisional tu, ramai yg taknak buat lagi sbb harga gasolin skrg dah mahal sgt, tu yg nak cut-cost tu..

Ni la antara pintu gerbang yg aku sempat snap.. ada beberapa buah lagi yg aku x tangkap gambarnya atas sebab kesesakan lalu lintas.. tadi pun cket lagi moto aku dgn zaki nak kne langgar dgn kete ms org tu nak kuar simpang.. bongek betulla, buat terkejut ktorang je!

Gerbang Kampung Melango Lama

Gerbang Kampung Melango Baru

Gerbang Kampung Masjid

Gerbang Kampung Bunga Raya

Ok ar, prepare la hari raya seadanya takyah membazir. Yg penting tingkap2 tu jgn lupa lap plak.. buat penat je mak kat rumah jahit langsir baru cantik2, tapi kalau tingkap kotor nak bt pe...



Comments seterusnya...

Aku dan lagu arab...

oleh sorensen pada 04 Oktober 2007 dalam ,

Pekaba korang? Cmne bulan puasa.. ok ker? Heheh.. aku cam biasala setakat ni alhamdulilah tak miss lagi, cuma penat ckit kot brp hari ni sbb ada brp bijik presentation yg nak kne buat.. tmbhn plak hantar paperwork dpd minggu lepas lagi tak habis2 keje aku.. dua hari lepas pulak kne dgn pilihanraya kampus & pada hari yg sama kne buat pra-pendaftaran subjek utk sem dpn.. mls nak citer panjang2, tension!

heheh.. utk posting kali ni aku nak citer ttg cmner dalam beberapa ketika ni aku tiba2 "terminat" dgn lagu arab. utk pengetahuan korg, aku sebenarnya dah lama minat lagu2 arab ni.. semenjak zaman pascale machaalani tgh ngetop dgn lagu nour el chams awal2 tahun 2000 dlu.. tapi ntahla mungkin sbb exposure ttg artis2 arab ni jadi kurang lepas tu, minat aku terus padam macam tu je..

sehinggalah bila aku berjumpa dgn (again) budak DABONG nih...

dpd mula2 aku masuk cni, mmg sume org da sedia maklum dia ni mmg antara pengumpul lagu2 arab terbesar di KPZ, dan tak mustahil di UPM ni secara keseluruhannya (koleksi lagu dgn videoclip arab dia ada 1000+ dan skrg ni masih bertambah, dan perkara ni berkait rapat dgn pencarian external hard disk yg pernah aku citer suatu ketika dlu). mula2 tu aku heran jgk, kenapala agaknya dabong ni obses yg teramat sgt dgn lagu arab ni ye? seriously aku xfhm.. sehinggalah pd suatu hari tu al-kisahnya.. dia tunjuk kat aku videoclip lagu bertajuk Ya Rab, oleh Marwan Khoury feat. Carol Samaha..

lepas tu la baru aku perasan, rupanya lagu2 arab nyer evolution dah banyak berkembang berbanding zaman populariti pascale machaalani dlu.. dan baru aku sedar rupanya pmpn tu xde la sebest mana kalau dibandingkan dgn artis2 yg aku baru kenal ni, antaranya:


Nancy Ajram (نانسي عجرم)

Haifa Wehbe (هيفاء وهبي)
Aku sukee!!!

Madeline Matar (مادلين مطر)
Yg ni lagiii aku sukeee!!!!

Aiyo... kalau nak diceritakan apa yg dah berlaku dgn aku berkenaan obsesi dgn artis2 arab ni, mmg aku xthn.. cuma aku, dabong dan budak2 bilik 309 jela yg tahu betapa dahsyatnya penangan artis2 arab terhadap kitorang.. antaranya adalah:

1) menggunakan simbol huruf arab ketika bersms dgn dabong (7 mewakili huruf ha, 3 = ain, 2 = hamzah, 6=tha dsb)

2) bercadang mengemukakan permohonan kepada bahagian kad pintar, utk menukar ejaan pada kad matrik kitorang kepada huruf2 arab

3) menyanyi lagu Bahebak Wadari (oleh Madeline Matar) ketika berbuka puasa (cmne tu?)

dan yg paling dahsyat..

4) berangan utk mendapatkan status kerakyatan Lebanon hanya kerana obsesnya kitorang terhadap artis2 & slanga bahasa arab diorg (yg berbeza dpd bhs Arab Mesir).

Bila citer pasal ni mmg aku xthn nak gelak.. even skrg ni pun aku tgh gelak..
Nasib baik youtube tgh breakdown masa aku tulis blog ni, kalau tak korang tau la apa yg dah terjadi kepada aku dgn dabong.


Oh ya.. ni nama arab aku:

3'aznawe7be Fares al-Ma6ar
(غزناوحبي فارس المطر)



2 komen seterusnya...

Cuti dah habis...

oleh sorensen pada 09 September 2007 dalam

Sekejapnya rasa cuti seminggu ni, aiyo...
Tapi tak sabar plak nak jumpa member2 ni, rindunya kat korang... so...

Masanya untuk VALEEK!!!



Comments seterusnya...

oleh sorensen pada 02 September 2007 dalam ,

MERDEKA!!!
Hai sume.. rasanya belum terlambat lagi utk aku mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke-50. sori la sbb masa hari merdeka tu aku dgn patrick duk sibuk "mengeluarkan" diri dpd kolej sbb nak balik kan.. flight 1hb (semalam) pukul 7.05 minit pagi ke Sibu.. haiyo, nasib baik dah takde tiket lain kalau tak xde maknanye aku nak amik flight seawal tu!

sebut pasal "mengeluarkan" diri ni, ada la benda yg membuatkan aku rasa tegang ckit masa nak balik tu. sebenarnya mmg ktorang dah jangka pun benda tu akan berlaku pada hari tu (31hb) maklumla hari cuti. aku dgn patrick kan nak pg lcct, so ktorang naik la komuter dpd stesen serdang tu nak pg kl central. dah set masa ni kuar pukul 4 petang dpd kolej, dgn harapan x perlu la nak berhimpit2 dgn orang ramai. malangnya, bila sampai je kat stesen komuter tu, manusia mmg berkepuk2 lagi macam sial! tahape2.. kalau sume yg ada kat ctu nak balik kampung xpe la jugak.. ni tak, dahla nak masuk train bukan main punya payah.. bila berenti kat stesen midvalley, aiyoo.. lagiiii la macam sial!!! mmg diorang tu tak paham2 agaknya train tu dah penuh, sampai nak sumbat2 bagai.. aku smp berpeluh2, bukan sbb panas.. tp sebab marah!! orang sebok2 nak balik kampung, masa ni la diorang sebok2 nak shopping.. kat midvalley plak tu. pegi la sogo, ctu banyak sale! bodo la korang!

pendek kata manusia kat mana2 pun mmg penuh la hari tu.. smp kat kl central pun sama mcm tu gak keadaannya. aku dgn patrick naik bas pegi lcct, kat lcct pun ramai jugak orang.. smp kerusi kat situ sume penuh. aku sempat jgk tido2 ayam sementara menunggu flight keesokan harinya. dahla ktorang smp awal..pkl 8mlm. bukan apa, takut dpd kolej xde transport dah malam2 buta..

LCCT: ada jugak org lain yg terbongkang kat ctu tau..

so, skang ni dah ada kat umah la kan.. lepas jugak kerinduan nak tgk anak buah aku. skang ada sorang lagi yg baru, baru je tengok siang tadi kat rumah kakak ipar aku. boring gak xtau nak bt pe ni.. rindu la kat member2.. ermm...



Comments seterusnya...

Jalan-jalan kat KL...

oleh sorensen pada 26 Ogos 2007 dalam

Fuh.. seronok betul rasanya kuar semalam. Aku dgn dabong mmg dah brp minggu plan nak kuar KL, sbb dia pnh bgtau aku nak survey harga external hard disk. So, harus la cari tempat yg sesuai kan. ala kat sini senang, nak cari apa je mesti jumpa punya.. biawak elektronik pun ada kot, maklumla dah xde hutan.. takut nanti lupa pula rupabentuk menatang biawak darat tu mcm mana, ye tak? ops, melalut plak aku.. ktorang rancang punya rancang, haa.. dabong pun mengingatkan aku dengan tempat yg dah lamaaa sangat aku nak pergi.. iaituuu...

Low Yat!!! I'm coming!!!

Aiyo.. seriously, aku mmg dah lama sgt nak jejak tempat ni. utk pengetahuan korg yg tak tau lagi, plaza low yat adlh shopping emporium yg terbesar kat malaysia, khas utk menjual barang2 keperluan IT. korang carik la apa pun, dpd henfon, komputer sehinggalah perkakasan audio visual, semuanya lengkap! tak heran la kalau kedai2 henfon/komputer lain kat malaysia ni menjadikan harga barang2 kat plaza low yat sebagai benchmark utk harga kat kedai diorang. tak sia2 aku dgn dabong bersesak2 amik komuter smp kl sentral, pastu sambung plak naik monorail smp kat imbi, jalan kaki plak baru smp kat sini. dekat 2 jam jugak ler..

masuk je kat dlm tu, terus je nmpak kedai henfon. kagum betul aku, 4 tingkat pertama.. semuanya henfon. dahla kat sini byk kedai jual sony ericsson.. lagi la aku seronok ahak2! lepas jalan2 tgk sekeliling, baru la aku dgn dabong start cari benda alah external hard disk tu. erm, part ni mmg agak frustrated la ktorang, sbb harganya tak seperti yg dijangkakan. mahal lagi la, malas la nak sebut kat sini, aku kechiwa huhu..

tapi, bukan la maknanya aku tak beli pape langsung.. heheh. tengok earphone aku skrg ni dah longgar ler, dah tampal selotep pon. aku beli la jgk earphone phillips yg baru (jenis yg sangkut kat cuping telinga tu) nak cari sony tak jumpa pulak.. pastu hampir2 nak beli usb wifi (utk kuatkan reception wireless kat bilik) tapi mcm malas la plak, sbb bilik dabong ada line, kuat plak tu. tak gitu dabong? ekekeke!

kuar dpd low yat, tgk masa awal lagi.. erm, jalan lagi la kan dabong? ktorang singgah kat berjaya time square tengok2 barang. pun boleh tahan gak tempat ni, barang elok2 semuanya.. banyak sale plak tu. bila aku terpandang je kedai chargers terus aku ajak dabong masuk.. dapat lagi baju sehelai.. hihih..

ktorang balik dlm pukul 3 lebih. mcm biasala.. bersemput2 dlm monorail & komuter smp ke serdang, pastu naik bas upm balik kampus, tapi tak hantar smp kolej la plak. berjalan la aku dgn dabong dpd KMR balik ke KPZ. WAHHH!! WHAT A HECTIC DAY!!!



2 komen seterusnya...

FINALLY...

oleh sorensen pada 14 Ogos 2007 dalam

Akhirnya.. model yg ditunggu2 oleh penggila Sony Ericsson sudah tiba!!!

Sony Ericsson K850i

KLIK PIC ATAS TU KALAU NAK TENGOK SPECS DIA.
TAK LARAT NAK CAKAP.

AKU TING TONG!!!



Comments seterusnya...

Hahahah!! I'm BACK!!!

oleh sorensen pada 07 Ogos 2007 dalam

Fuh... dah lama benar rasanya aku tak hapdate blog ni. Bukan apa, xdela bz sgt sebenarnya cuma kat sini nak update payah ckit la. Wireless ada je kat kolej ni, tapi mslhnya nak kena register no matrik dgn password dlu kat ofis kolej tu, baru boleh guna. Dan alkisahnya pulak, aku dgn member aku si pdot ni dah register hari tu tapi akaun ktorg tak bukak2 lagi. Hai bro alif, lupa kat ktorg ke? Huhu.. xpe ar. Karang la uruskan balik psl pswd tu, ms ni nak pinjam laptop dabong dlu utk uplod blog ni, jgn marah ye dabong, hehe..

Oklah, entry kali ni aku nak mulakan dgn memperkenalkan member2 baru yg ada kat sini. Dorang ni memang la havoc x hengat, xtau la nak explain cmner. Cuma kalau dah namanya dapat jadi kawan aku tu, faham2 jela ye huhu (member2 UN***S mst tgh angguk kepala skrg ni, ehek2!) Aa.. utk pgtahuan korang, kat sini aku ada bbrp kategori member, mcm biasala sbb kpz ni kira agak "bersaiz" la jugak kan, so xdpt la nak kenal semua org sepenuhnya. Dan ada ketikanya aku pun xtau sape nama org yg pnh panggil nama aku huhu, maafla sume.. aku ni mmg pelupa cket. Muka org pun payah nak cam apa lagi nak ingat nama, even brader2 dgn hakaq2 PU masa mgu orientasi hari tu. K.. kategori member tu adalah member "sekuliah" dan member "seblok". Berbeza dgn member2 UN***S dulu, member sekuliah kat sini x semestinya kenal dgn member seblok tau, so kiranya ada 2 dunia yg berlainan la setiap kali aku b'kumpul dgn 2 group ni. Bdk2 satu kelas dgn aku yg sama2 amik BA(ENG) ni, aku kamceng dgn kema, pdot, ida & fiza. Tahla, aku pun x ingatla mcm mana bleh tiba2 rapat dgn diorg ni. Mungkin sbb byk sgt gelak kot.. terutamannya si fiza tu ekekeke! Ha, kenapa aku ckp mcm tu? Sbb ktorang hari tu dah sepakat tubuhkan unit masing2 dlm kumpulan ni, dan unit2nya adalah seperti berikut:

Aku = UNIT PSIKOLOGI DAN JERITAN BATIN (sbb aku pandai saiko org smp menjerit2)
Pdot= UNIT DISIPLIN DAN TATANEGARA (dia ni pernah jadi komandan kawat ktorg kejap, ekekeke!)
Kema= UNIT PERMASALAHAN DAN KONFLIK (sbb byk sgt konflik!)
Ida = UNIT KESENYAPAN DAN VIBRASI (pendiam orgnya, asik vibrate je huhu)
Fiza= UNIT GELAK TAWA DAN VISUALISASI (kalau dia melawak, dia boleh visualize lawak dia dgn tepat!)

Hehehe.. member2 seblok plak? Aaa... mcm biasala, of coz yg sebijik mcm member2 aku kat U dlu tu.. ngee! Member2 baru satu blok kat sini adlh: angah (dan yg ade relation dgnnya), dabong, shafik, nordin dll lagi la. Shahrul, patrick, jojo, ali dan.. dan.. hehe, hai siput, hai haris.. pekaba? dah makan? ehek3!! bukan apa, mula2 dulu rapat dgn angah & the geng je lepas baru habis mgu orientasi. Bila dah ramai senior2 balik kolej, barula tau rupanya diorg ni mmg rapat dgn angah, so selalu la terjumpa masa tgh lepak2 kat bilik tu. Suasana kat bilik angah tu jgn cakap la, mengalahkan ofis CNN.. x gitu dabong? heheheh!

K ar, nak citer psl kehidupan harian plak.. biasalakan kalau dh namanya student U, harusla pegi kuliah kan. Tapi aku beruntung sbb jadual aku kira banyak gap jgkla. Cuma hari isnin dgn rabu je agak pack cket.. yg lain2 tu.. selasa kelas 1 period kul 8 mlm je, pastu hari khamis xde kelas langsung. Dan biasanya aku dgn member2 sekuliah aku tu (rujuk senarai di atas) kalau free, ktorg suka pg sri serdang dgn mines shopping complex hilangkan boring. cuma ada la dlm 2 kali aku dgn diorang ni kuar pegi midvalley, skali tu aku dgn pdot je masa balik dpd arkib negara cari bahan assignment. saje jalan2, tak beli pape pun.. eh ye ke? aku dapat baju soda sehelai, pdot beli sandal.. pastu makan eskrim ekekeke! tu je.. thx hilmi bwk ktorang ronda2 kl guna keta k.. ada masa nnt bawak la lagi, kui3..
The Mines, Serdang. Tempat lepak ktorang.

Oh ya, sebut psl kuar. Ehek2.. ujung mgu ni tadi, aku, nordin dgn shahrul (roomate nordin) dah melarikan diri dpd orientasi kolej. Ahakz! Kenapa perkara tu berlaku? Heheh, bukan apa.. ktorg bosan ar.. kat sini nak bagi ruang free kat student tu seumpama berdosa besar pulak bagi pihak pengurusan. Dahla tak cukup2 dgn orientasi U, MTB dgn kawat kaki yg 2 kali hari tu, nak tmbh orientasi kolej lagi? Mgu dpn, ada starting school lagi? So bila ktorg dah sepakat benda tu terlampau.. maka perancangan pun dibuat. Dan hasilnya? Ktorang berjaya lang2 sampai ke klcc dan shah alam masa sabtu dgn ahad tu. AMIK KAU NAK SANGAT!!! Thx nordin, byk tolong aku dgn shahrul support tiket komuter dan taxi segala..

Penuh manusia kat klcc, maklumla sabtu pertama..


Bangunan mana tah kat shah alam, aku tangkap muat je


Ada masa nnt aku akan citer plak ttg permasalahan dan konflik2 yg berlaku dlm kehidupan yg aku baru lalui tak sampai 2 bulan ni. Di samping dpt member2 baru, musuh2 baru pun ada gak. Rupanya ada jgk manusia yg lebih hanjeng dpd si bobby kat UN***S dlu? Betul tim, betul on, betul merza!!! Nauzubillah, aku terkedu! Klunya adlh, MAS**NA & M**R! Apa bendanya tu? Itukah makna sebenar makhluk yg sejak AZALINYA TIDAK BERTAMADUN? TUNGGUUU!!!

Binatang apakah ini? Opss!!!



3 komen seterusnya...

Selamat Datang Ke UPM!

oleh sorensen pada 10 Julai 2007 dalam

Fuh, banyak citer yg aku nak bagitau ni.. tapi xdapat bagitau skarang la.. payah ckit sbb masa ni tgh guna cyberlab kolej kediaman aku, kolej pendeta za'ba.. (ulang lagi skali, cyberlab kolej tau.. mrasa la kolej kediaman ada cyberlab sendiri gituh..) bila aku dh dpt register wireless nnt aku akan start taip citer2 aku kat sini k.. banyak sgt2! kehidupan kat sini mmg meriah tahap cipan! giler.. tak tau nak cakap apa!
tapi buat masa ni, korang layan la dulu lagu universiti kebanggaan kitorang ni yer.. zass!

PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi,
Di sinilah berhimpun warga siswa,
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Lirik: Dharmawijaya
Lagu: Dato' Ahmad Nawab


Comments seterusnya...

Menjejak bumi semenanjung

oleh sorensen pada 30 Jun 2007 dalam ,

inikah LCCT? owh.. barulah aku tahu...
Fuh.. rasa mcm mimpi je aku hari ni.. bukan apa, biasanya aku ni kalau bab2 berpisah dgn family mmg selalu "in character" (tanya kat omar maksud dia, hiks!). tapi ntahla, mungkin hati aku dah tepu sgt terperam lama kat rumah, dgn azam yg tinggi untuk sambung study.. dgn selambanyer sampai la aku kat sini.. destinasi pertama setibanya di semenanjung iaitu KLIA. sebenarnya dtg ke sini tujuannya nak tido, sbb selesa lagik dpd kat LCCT tu.. tapi biasa la kan aku ni kalau dah namanya hantu internet, tengok connection free (laju plak tuh) berjaga sampai pagi esok pun xpe.. kalau pengsan masa tgh register kat UPM kang, abang aku ada utk papahkan, ahaks!! astagalavista, xdela.. mmg aku xleh tido sbnrnya. SMS bpk tadi betul2 menyentuh perasaan aku. dia pesan "selamat sampai ke destinasi, Allah bersamamu"..
jgn risau bapak.. dia ke sini untuk menggapai impiannya yg satu itu.. jgn risau ya.. dia juga sangat menyayangimu, sebagaimana kau menyayanginya... dia tahu itu...

masa tgh makan.. sepi betul klia malam ni, sesepi hatiku..
besar jugak tempat ni..
sbnrnya dpd kuching tadi mmg aku dah lapar giler.. tapi tahan je la.. makanan dlm kapal terbang tu mahal sgt.. lagipun mmg tak selera sgt nak makan pun.. so aku biar je la.. sampai je kat klia tadi terus aku dgn abg aku pi mcd makan burger.. harga dia.. erm.. biasala, nama pun klia kan..
okla takde pape yg menarik lagi belaku pun.. pasni nak surf jap pastu nak duduk rehat.. lps ni mgkn jarang sikit aku dpt update blog ni kot, terutamanya dalam minggu pertama ni. bak kata illyana, "biasala, pelajar universiti.. memang banyak kerja" (walaupun hakikatnya lepas grad tetap menganggur jugak, ahakzz!!) tapi xpela, bagi aku masa utk mengumpul citer2 baru k.. yg pastinya menarik la kan.. (citer boring pun tetap akan jadi menarik jugak kalo masuk cni, huhahuhahuha!!) korang tak sabar tunggu? hah! aku lagi la tak sabar!


3 komen seterusnya...

Ke kuching kejap...

oleh sorensen pada 24 Jun 2007 dalam

Fuh.. aku penat hari ni sbnrnya.. baru je blk dpd kch, yelah kena settle urusan cket psl nak skolah balik ni. Pegi tak lama, sehari je.. hari jumaat pegi pastu terus balik hari ni.. tujuan utamanya nak amik borang pinjaman yayasan swk. abg aku (yg ada kat kch) dah tolong amik dpd ofis diorg, so aku amik dpd abg aku jela kat mpbl tu. Maklumla, aku mana nak dpt pjmn ptptipu dah skang ni, dah ada hutang dgn diorang katakan.. nsb baik xbyk.. huhu..

Pastu dah alang2 smp kat sana, aku pun b'cdg nak bt medical checkup terus kat klinik luar. Bukan apa, kat tmpt aku ni ada jugak klinik tapi bab2 x-ray tu diorang liat ckit. Nak harap hospital kerajaan? Huh, nak bt checkup ckit dgn urine test pun amik masa pagi sampai ke petang.. meluat aku. Aku tau tu sbb dulu aku penah kena, tu yg serik sgt.. buat kat klinik luar tak smp sejam pun.. blah la spital kerajaan!

Bila dah settle tu.. aku ajak la bpk aku shopping ckit brg2 yg nak dibawa nnt.. xdela byk sgt.. cuma bbrp helai baju, suar dgn sepsg kasut je.. utk tambah sikit stok yg dah sedia ada takut tempat tu nnt ngengada nak benda pelik2.. yg lain2 tu, stok khazanah lama masih ada yg tertinggal dalam almari..

hehehe.. motif beli jenama ni bagai?

Cuma risau ckit skang ni sbb surat twrn original tak smp2 lagi.. pstu nak call yayasan swk nak tny psl prosedur pinjaman... pening weh, smp tekanan darah aku turun masa medical checkup hari tu sbb byk sgt berfikir!!!


1 komen seterusnya...

Tribute to my friends...

oleh sorensen pada 20 Jun 2007 dalam , ,

Heheh, sbnrnya aku malas nak citer pasal kepergian aku kembali ke "sekolah" ni... tapi ntah mcm mana tiba2 malam ni, ramai plak member2 yg ucap tahniah pada aku.. thx guys, aku terharu sgt2.. mmg aku tgh blur giler skrg ni, mana nak urus segala mcm dokumen lagi, tiket flight lagi.. dahla mmg xpnh buat pun sume benda ni. rasa mcm sejarah berulang plak, haiyoooo!!! encourage yg korang bagi betul2 menaikkan semangat aku utk study balik.. mula2 tadi tu hampir putus asa gak bila tengok yuran dia mmg memang jauh lebih "murah" dpd U kita dulu.. tapi aku amik tu sbg satu cabaran.. biar mrasa cket tangan ni bagi duit sekepuk dkt bhg kewangan tu nnt hahah..
Kpd merza, tim, raf, on dll.. thx byk2 k.. aku pun tak tau nak kata apa, cuma satu je aku nak korang tau aku takkan lupakan persahabatan kita smp bila2.. merza thx offer htr pg sana, tak pnh plak terfikir korang akan kenang aku smp mcm ni skali.. mmg terharu la tak tau nak kata apa..

omar, good luck 4 ASK application ok.. labik ginan naah nak lilok pasuh sgk kew.. wpun dah nyadin artis mei apa lah, knh gak kew tmpg glemer.. moga2 t'capai gak hasrat yg gitu2 tuah sabei idun.. hehehe..

kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi..
korang jangan mandi kat sumur tau, kang badan berdaki..



Friendship FOREVER!


Comments seterusnya...

I'm back to school!

oleh sorensen pada 18 Jun 2007 dalam

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu akhirnya aku dapat gak tawaran study yg baru..


Inikah destinasi sebenarku? Apa2pun doakan kejayaan aku kawan2.. pd member2 yg ada di s'jung, jumpa korang kat sana ok.. i'm coming soon insya allah..


Comments seterusnya...

Pesta Benak Sri Aman 2007

oleh sorensen pada 17 Jun 2007 dalam


Hari ni aku dgn family aku pegi ke sri aman (120km dpd tempat aku) untuk menyaksikan pesta benak yang diadakan di sana dpd 15-17 Jun, kiranya hari ni hari terakhir la. Pesta benak ni adalah pesta air tahunan yang diadakan di sri aman, dan aktiviti utamanya adalah lumba perahu. Sebenarnya pesta air sebegini bukan sahaja diadakan di sri aman, malahan di kebanyakan region bahagian selatan sarawak (termasuk di tempat aku, sehinggalah ke kuching). Namun di tempat2 lain event ini dikenali sebagai regatta. Ia dikenali sebagai pesta benak di sri aman kerana kat malaysia ni, sungai batang lupar sri aman merupakan satu2nya sungai yg mempunyai benak @ berombak besar (mencecah 10 meter) pada waktu2 tertentu, contohnya ketika bulan mengambang atau air pasang, tanpa sebarang tiupan angin! ajaib kan? (fakta: termasuk batang lupar, ada 55 buah sungai sahaja yg mengalami fenomena sebegini di seluruh dunia). Walaupun acara utamanya adalah lumba perahu, sudah menjadi tradisi rakyat sarawak untuk menyambut pesta air ini dengan meriah, disertai dengan pelbagai jenis jualan, mini2 expo, pertunjukan bunga api hinggalah konsert artis2 jemputan dpd luar. Oh ya, seumur hidup aku ni la dia 1st time aku pegi tengok pesta benak ni, sebelum ni tak pernah ada kesempatan sebab jauh kan..

Kami bertolak dr rumah pd pukul 6.20 pagi dan sampai di sri aman lebih kurang pukul 8.00. Seperti yang dijangkakan, mmg tempat parking susah nak dapat especially di tempat2 letak kereta di tengah bandar. So, bapak aku decide utk parking jauh sikit iaitu dekat masjid sri aman (jauh sikit ker? dekat 1km jugak tu dpd tempat tengok perahu berlepas). Mula2 tu bapak aku tinggalkan mak dgn aku kejap nak beli topup henfon, so kami berdua pun pegi ke satu area bukit di tepi sungai batang lupar sri aman yang mana dekat situ mmg nampak jelas semua perahu2 yg lalu. Sesak takyah cakap la, setiap anak tangga bukit tu ada je orang yg duduk sebab kat situ redup, banyak pokok.


Pastu kitorang pun berjalan kaki ke kwsn bandar. Lepas makan & jalan2 kejap, kitorang pun pergi ke pondok di tepi sungai utk melihat perahu berlepas. Ada la dalam beberapa perahu yg melintas masa kitorang baru sampai tu, pastu mmg langsung xde dah. Bapak aku yg excited tu tercongok lagi dgn kawan2 dia dok tunggu, bila aku dgn mak aku dah mula rasa boring sbb tunggu dekat setengah jam xde perahu lagi. Apa lagi, aku pun terus ajak mak aku jalan2, dia set jer.






Tapi jalan tu tak lama la, bila kitorang balik ke pondok tadi tu utk jumpa bapak aku.. still, xde lagi perahu yg berlepas. Bapak aku pun dah start bosan gak, pastu terus berjalan lagi la kita 3 orang! Ahakss! Bestnyer!! Macam2 gerai dibuka, korang tengok la sendiri kat bawah ni..



Ada yg jual beg...


Gerai apa ntah, tak ingat...

Ada yg buka servis berbekam...

Yg jual kereta pun ada!

Tapi malangnya tak lama lepas tu, hari pun mendung & hujan dah mula turun. Aiyo, kitorang meredah hujan rintik2 tu utk balik ke kereta...

Sebelum balik tu, sempat singgah ke kedai2 biasa kejap utk cari barang mainan ckit utk anak buah aku. Lepas makan tu, lebih kurang pukul 2.30 petang kitorang pun balik.
Bila terpandang sungai tiba2 aku teringat seseorang.. apa la yg dia buat hari ni agaknya ye..


Comments seterusnya...