Welcome back my K750i!!! (ye ke?)

oleh sorensen pada 03 Disember 2007 dalam

WAHHH!! Gembiranya aku sampai terloncat2!! Mana taknya, henfon k750i aku yg rosak dan aku ingat dah nak letak dalam museum tu akhirnya dapat dibaikpulih semula hari ni! Memang aku betul2 tak sangka, lepas 2 bulan lebih aku cari tempat utk baiki mslh henfon tu, rupa2nya last distance dia adalah kat kedai komputer si gilbert tu je.. kat tempat aku ni jugak huhu!

Ceritanya mcm ni, henfon SE aku ni dah rosak selama dekat 2 bulan masa aku nak balik cuti raya hari tu. Tah apa mimpinya, tiba2 henfon aku kene serang dengan WSOD (white screen of death). Pasal tu la bila aku balik selangor, aku sampai dah berniat nak cari service center sony ericsson utk repair. Tapi tahler, kat sana mmg xde masa langsung. Mungkin memang dah REZEKI aku kot? Kenapa aku kata REZEKI? Hehe.. baca lagi..

Ok, bila aku dah sampai kat sini plak.. masih jugak aku berfikir mana nak hantar henfon tu. Sume kedai henfon aku dah try tapi sume kata tak reti. Pelik kan. Tapi tah cmne plak kebetulan, henfon k800i uncle aku rosak mgu lepas sebab terjatuh dalam lubang jamban! Choy sgt..! Pastu dia la yg hantar pegi kedai si gilbert tu. Bila dia htr kat situ, kerosakan dia agak teruk jugak iaitu rosak screen. Bila abg aku bgtau kat aku psl hal tu, aku pun terfikir la kalau kerosakan serius cmtu pun gilbert leh repair, apatah lagi WSOD henfon aku ni kan. So, bila aku htr kat gilbert tadi dia kata mmg dia boleh repair!

Tapi, kenapa pulak keluar pasal REZEKI ek? Hehe..

Sebabnya, kan masa kat selangor aku kata aku nak hantar pegi sony ericsson service center kan? Kalau aku hantar pegi sony ericsson center, diorang cuma akan repair dan recover software henfon ni kepada asal (K750i). Jadi, bila aku htr kat gilbert tadi, selain bgtau mslh henfon aku tu AC dia rosak.. korang tau dia tanya apa lagi? Dia tanya... NAK FLASH HENFON NI JADIKAN W800i TAK? Bila dengar tu aku terussss WAAAAHHHHHH!!!
W800i??!!

Memang berbaloi sgt aku repair kat ctu tadi. Tak sangka skrg ni hp aku mmg dah betul2 diflash jadi W800i dan bunyinya MEMANG MELETOP TAK HENGAT (mungkin sbb guna firmware Walkman 3.0 aku pun xtau, sbb baru2 ni aku dgr W800i ada keluarkan model terbaru.. pape jelah!) dan yg paling penting.. boleh dipakai dalam FLIGHT! Korang tak caye xpela, aku sendiri pun mcm mimpi ni sebab still terkejut.. tak sangka benda alah ni boleh dipakai semula.. Sbnrnya aku dah lama dgr ttg flashing software k750i kpd w800i ni, cuma aku tak sangka ia akan berlaku pada henfon aku!

Pape pun, aku hepi sangat hari ni :D Thx gilbert!

(Nota: Dalam kebanyakan model sony ericsson, seriusnya benda magik mcm ni boleh berlaku antara model k750i dan w800i SAHAJA! Ini kerana, ciri2 kedua2nya adalah sama dr segi hardware, berbeza software je sbb w800i ada flight mode k750i takde. Setakat ni aku xpernah dgr lagi model2 SE yg lain selepas dua model ni yg boleh ditukar2 firmwarenya antara satu sama lain).


Comments seterusnya...