Solar Bag keluaran Noon Solar

oleh sorensen pada 05 Disember 2007 dalam

Bateri henfon cepat habis sbb suka berborak tak hengat dunia? Atau bateri pemain mp3 yg asik kong sbb mendengar music 24 jam tanpa henti? Jika anda mengalami masalah sebegini, jangan bimbang. Memperkenalkan produk keluaran terbaru Noon Solar, iaitu Solar Bag. Solar bag adalah cara yg paling efektif utk mengecas gadget2 elektronik anda tanpa menggunakan kuasa elektrik luaran (selain tenaga solar). Produk ini sebenarnya bukanlah baru dicipta, namun Solar Bag keluaran Noon Solar adalah beg solar yang berfesyen rekabentuknya :)

Solar Bag ini diperbuat dpd bahan yang boleh dikitarsemula. Contohnya seperti "chrome-free leathers" yg mana lapis luarnya terdiri dpd elemen tahan lasak yg dibuat dpd rhubarb dan walnut. Fabrik kapas yg digunakan juga diwarnakan dengan tangan. Dalam cuaca cerah, bateri dalam beg ini mampu dicas semula dalam masa 6-8 jam, walaubagaimanapun ia akan mengambil masa yg lama sedikit dalam cuaca mendung.


Tenaga yang terkumpul akan disimpan dalam tempoh yg agak lama sebelum ia digunakan. Ia boleh digunapakai pada semua gadget2 kecil, iPod, PDA dan telefon bimbit. Dijual pada harga USD274 hingga USD412 (+/-RM916 hingga RM1379).

Dipetik & diterjemah daripada slashphone.com.



Comments seterusnya...