Keazaman..

oleh sorensen pada 21 April 2010 dalam

Tak tau knp, hati aku tersentuh sgt2 hari ni bila membaca blog seseorg. Aku bukanla kenal dia, wpun dlm akaun fb aku dia ada tersenarai dlm frenlist tp tak pernah bertegur sapa pun. Entah mcm mana tadi bila bukak blog dia, air mata aku tiba2 bergenang..

Selama ni aku sangka aku ni dah terlalu tua utk memegang segulung ijazah. Yelah, kwn2 sebaya aku masing2 dah bekerja, dah kawin dan ada yg sambung master. Kata org, kita tak pernah akan menghargai apa yg kita ada, sehinggalah kita ternampak ada org lain yg terlalu ingin sekali berada di tempat kita, tapi takdir tak mengizinkan mereka utk mencapainya.

Siapa sangka, lelaki berupa paras menarik yg aku selalu nampak kat fb tu.. sbnrnya belum pernah mengambil peperiksaan SPM? Berkerut dahi aku bila baca entry dia mulanya.. sbb hairan knp dia ni dah umur 25 tahun baru nak mengambil SPM sebagai calon luar? Apa mslh dia?

Rupanya.. perceraian ibu bapa. Menyebabkan dia terkandas di tingkatan 4 dan tak dpt meneruskan pelajaran sbb hanya bergantung harap utk menumpang di rumah keluarga kawannya.

Termenung sekejap aku. Sbb aku selalu merungut kalau selama ni, aku rasa masa depan dah suram sbb aku ni membuat sesuatu pd ms yg tak sepatutnya. Tapi nasib budak ni membuat aku fikir balik, siapa sbnrnya yg layak menentukan nasib kita? Usiakah, ataupun keazaman diri sendiri? Ada orang berjaya dalam hidupnya kerana kelulusan akademik yg bagus. Tapi, apa yg lebih berharga sebenarnya? Kejayaan yg dinikmati dengan cara yg biasakah? Ataupun kejayaan yg dikecapi selepas menempuh pahit getir dlm hidup yg dijalani? Dan, yg mana sebenarnya lbh manis utk dinikmati?

Tiba2 aku sgt rindukan keluarga aku. Keluarga, yg telah banyak mendorong sehingga berada pd tempat aku skrg ni.



1 komen seterusnya...

1 komen