Menghitung hari pulang...

oleh sorensen pada 03 Mei 2010 dalam ,

Kolej pun dah makin sunyi. Kalau malam2, boleh dikira tinggal berapa bilik je lagi yang berpenghuni kat sini, termasuklah bilik aku. Masing2 dah habis exam kan. Aku ni pun, kalau tak kerana fyp yg belum settle lagi.. mungkin takde la rasanya aku nak extend masa duduk kat bilik ni. Pejam celik, rupanya dah dekat setengah tahun aku tak balik. Tak jadi isu pun, sbb mmg tugas aku masa ni utk belajar. Kadang2 aku pun lupa perkara tu. Dan bila sampai waktu dah nak habis pengajian ni, barulah rasa betapa berharganya setiap saat yang aku dah lalui kat sini.

Smlm merza bawak aku ke rumah imran lagi. Dah lama benar rsnya aku tak hangout dgn dorg. Masing2 busy. Nak2 imran, kesian kat dia. Smlm dia tgh 1st on-call, so takleh la ktorg nak lepak2 makan kat restoran seafood bagan lalang mcm biasa. Makan dekat2 rumah dia je pun, smp 2-3 kali call masuk suruh balik klinik, sbb ada kes. Sbb smlm ada patient kne stroke, terpaksa la dia ke seremban naik ambulans hantar patient. Tinggal la aku dgn merza je yg balik ke rumah.

So aku pun mintak merza temankan cari kotak. Bahaya sikit la org2 sg. pelek ni. Prejudis mmg tahap giler2 punya.. sampaikan nak amik kotak kosong yg dibuang dpn kedai pun, kne toleh2. Apa la nasib aku.. nasib baik jumpa banyak gak kotak mlm tadi. Penat gak la nak mengemas semuanya utk taruk dlm kereta merza. Kira skrg ni dah lega sket la aku, satu mende dah settle.. tinggal skrg ni just nak kemas brg2 aku yg hazab punya banyak kat dlm bilik nie.. then dlm minggu ni gak aku kne fikir la mcm mana nak angkut kesemuanya ke pejabat pos utk dihantar balik ke sarawak.

Tiket aku dah beli tadi. Mcm biasalah, flight pagi.. pukul 8.50, 10hb 5 (isnin depan). Ada member tanya, kenapa balik lmbt sangat? Lmbt kew.. tu pun dah awal dah tu. Yer lah, at least ada jugak masa sket utk aku jilidkan fyp tu nanti.. then hantar kunci kolej. Kalau ada masa lebih, ingat nak hangout la ramai2 dgn member, utk kali terakhirnya sbg student UPM ni. Mgkn aku nak spend masa jalan2 gak kejap kot kalau dah settle semuanya, menikmati kesesakan kl seorang diri mcm yg aku biasa buat sebelum2 ni. Sbb lepas ni, aku akan merindui semuanya. Dunia pada kaca mata aku akan kembali seperti sediakala tak lama lagi, mcm sebelum aku memulakan kehidupan kat sini dulu.

Dan detik2 itulah yg aku tengah tunggu skrg ni, walaupun tanpa kerelaan.


4 komen seterusnya...

4 komen