Selamat tinggal CELCOM

oleh sorensen pada 25 September 2009 dalam ,

If it's still in your hands, throw it away right NOW!

Perkhidmatan komunikasi di negara kita memang sudah sedia teruk, baik dari segi kualiti perkhidmatan, liputan mahupun harga yg terpaksa dibayar utk menggunakannya. Dan apa yg lebih menyedihkan, terdapat satu syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi tanpa wayar yg dikenali sbg CELCOM, sebuah anak syarikat TM yg mencanang dirinya sbg penyedia perkhidmatan komunikasi tanpa wayar dgn LIPUTAN terluas di Malaysia.

Malu, mmg sgt memalukan sbb ada company seperti ini di negara kita.

Berjuta2 pengguna CELCOM di seluruh negara baru2 ini telah menjadi mangsa sebuah syarikat tamak haloba tersebut. Tidak pernah berlaku insiden memalukan seperti ini, yg mana gangguan perkhidmatan sgt teruk melanda ketika para penggunanya sgt perlu utk berhubung ketika menyambut hari raya. Sebagaimana yg aku baca dari blog MY ADHA, CELCOM telah meminta maaf kerana dikatakan telah berlaku gangguan teruk pada hari raya kelima (semalam) disebabkan kesesakan talian 5 kali ganda berbanding hari biasa, yg mana ia juga dikatakan sbg "perkara yg tidak pernah berlaku" dlm sejarah CELCOM.

Aku tersenyum je baca berita tu. Dan aku tak dpt bayangkan betapa bodohnya customer yg percaya kalau perkara tu (kesesakan talian dan sms tidak dpt dihantar) memang tak pernah dialami oleh CELCOM sebelum ni. Yg pertama, kat tempat aku mmg dah lama mengalaminya, especially bila tiba musim regatta. Yg kedua, perkhidmatan CELCOM mmg dah terjejas semenjak MALAM RAYA yg lepas, BUKAN hanya pd hari raya ke-5!!! Hihih.. takpe, CELCOM pun kne jaga reputasi jugak. Anak syarikat TM tu, nak tak nak kne hadap jugak. Korang maafkanla diorg, wpun semua dah rasa kan?

Kenapa benda ni berlaku? Tak lain tak bukan, sbb ada company yg TAMAK, nak untung lebih mcm CELCOM ler. Orang buat iklan promote service, nak buat jugak. Jual sim card banyak2, nombor yg dah tak aktif cepat2 recycle supaya org lain boleh pakai. TAPI?? Bila sampai ms perayaan je LINE JADI MCM HARAM J!! Sebab, untung yg dapat tu tak pernah digunakan untuk UPGRADE FACILITY!!!!

Padan muka korang, itula namanya TULAH. Dah banyak sgt customer merungut semenjak bbrp tahun lepas psl service teruk, buat statement mengelirukan ms iklankan celcom broadband dan mcm2 lagi. Tapi selama ni tak pernah nak dgr, tak pernah nak peduli, yg penting duit masyuk kan???

Sape2 yg pernah bertekak dgn aku psl celcom uox dgn hotlink youthclub dulu, xpe la.. aku maafkan korang. Korang pun mangsa gak sbnrnya. Hrp2 skrg korg dah faham apa yg aku maksudkan dulu ok. Bukanlah nak promote, tp sbg kawan.. migrate la nombor korang dpd CELCOM secepat mungkin sebelum berlaku apa2 yg buruk. Mungkin provider lain pun tak perfect, tp at least diorg jauh lebih baik dpd CELCOM. Kita sbg pengguna ada hak utk menggulingkan company yg hanya mementingkan kantung perut mereka sendiri sahaja, tanpa memikirkan kebajikan pelanggannya.


4 komen seterusnya...

4 komen