Lagi seminggu nak balik...

oleh sorensen pada 10 September 2009 dalam

Patutla aku dah start meroyan.. *ops

Hihih.. tahnye, tetiba semangat plak aku nak balik raya tahun ni. Nak kata sbb tak busy tu, sebenarnya busy la jugak. Cuma dlm minggu lepas dan minggu ni, kira banyak gakla keje2 yg dah diselesaikan. Walaupun, final year project aku tak sentuh pun lagi (sbb aku malas nak ingat kat muka encik walker yg tak hensem tu) tapi tu tak pernah menjejaskan spirit beraya aku.

Selain dpd kuih2 raya kat atas ni (yg bakal memenuhi 95% ruang luggage bag aku), aku ada beli mende lain gak utk mak. Cake mixer, yg mmg aku dah beli sebelum cuti H1N1 hari tu pun.. tapi tak sempat nak kemaskan masa tu sbb balik dlm keadaan tergopoh-gapah.. maka balik next week jela baru aku bleh bawak. Aku dah congak2 gak amende yg aku nak bawak utk balik ni.. sbb kalau silap bawak barang.. boleh pengsan aku. Sama ada pengsan kat kaunter penimbang luggage kat LCCT (sbb beg overweight) ataupun pengsan kat kl sentral (sbb beg berat sangat!!). So, kena la mengemas secara bijak dan berhemat :)

Life dlm minggu ni? Hmm.. biasa je, kan aku baru baik demam minggu lepas. Last weekend, aku bermalam kat rumah dbong kat damansara. Gathering la katanyer.. sume ada, termasuk angah dgn cousin dia skali dtg dpd johor semata2 utk berbuka puasa dgn ktorang. So far itu la gathering yg paling meriah yg ktorg pernah buat.. sbb ptg sabtu tu ktorg collect duit, dan jojo tempah bilik karaoke di redbox the curve berserta buffet utk berbuka puasa! Mmg meletop la idea2 diorg ni, berbaloi sbb rs seronok sgt2 ms tu.

Kat kolej ni plak, kadang2 aku bingung. Bukan psl pe, sbb dah jadi mcm tabiat aku ms ni selalu terlepas masa sahur. Pagi kelmarin mmg aku langsung tak sedar wpun dah set jam alarm. Pagi tadi aku stay up smp pukul 3 pagi, then terus sahur sbb kne bangun awal utk kelas pukul 8. Last2, tak terbangun pun! Aku try check balik alarm henfon aku kot2 rosak, mslhnya mmg berfungsi je mcm biasa. Penat sgt ke aku.. smp tido hibernate thp2 orang koma? Hish..

Kiranya masa ni tgh tunggu masa jela nak balik sebenarnya. Nasib baik dulu aku tempah tiket balik hari khamis (tiket dah tempah since april ye.. takut mahal) sbb suddenly hari tu dr. ain bgtau hari jumaat tu kelas cancel sbb dia tau ramai yg tak dtg dah sbb nak balik kampung.

Dr. ain? Arghhhh!!! Aku ada test history of english esok!! Jumpa lagi...!!!



6 komen seterusnya...

6 komen

  • enDicLeo_pZah

    heh awk tu memang gediq ye~.
    uit..gud luck ye test t.che an lg eh yg conduct class..bis la matiboring aku..petang ni buke same nak..? lepas pdot bwk wina g inteviu kfc tu.. inteviu kul 4..

  • SoReNsEn

    isk.. aku terlepas waktu sahur lagi!! huhuhu..

    gud luck kat ko gak.. boleh je, tp aku trun lewat skit kot.. nak membasuh dlu pape yg patut kat bilik nih :D