Dari Hati Seorang Teman

oleh sorensen pada 21 Julai 2009 dalam

Sahabat itu bagaikan dian
Kerana dia kau tak bersendirian
Sahabat setia sanggup berkorban
Semuanya atas nama keikhlasan.

Bila sahabat mengukir janji
Jaranglah ia akan mungkiri
Tiada teman akan musuhi
Andai engkau menjaga hati.

Taat sahabat tak mesti patuh
Umpama berlari kalanya jatuh
Biar ada ketika bergaduh
Kawan tak pernah menjadi musuh.

Sahabat dusta berubah laku
Umpama mancis di dalam baju
Dia terbakar kerana kamu
Namun engkau tunduk membisu.

Kala percaya sudah diperjudi
Teman yang mulia akhirnya lari
Tinggallah engkau seorang diri
Meniti usia menghitung hari.

MGB, 21 Julai '09.


4 komen seterusnya...

4 komen