Maybankard Visa Debit - Kini Online!

oleh sorensen pada 10 Julai 2009 dalam

Kepada para pemegang kad ATM Maybank seperti yg ditunjukkan kat atas ni, ada berita gembira utk korang. Utk pengetahuan, sekarang ni Maybankard Visa Debit ni telahpun dibuka utk transaksi online. Maknanya, fungsi kad ni sekarang bolehlah disamakan dgn kad kredit yang mana jumlah wang yang ada di dalam akaun Maybank2u korang merupakan jumlah kreditnya :)

Aku dpt kad ni masa register akaun Maybank dlm pertengahan tahun 2008. Niat mula2 cuma disebabkan nak guna Maybank2u je, tapi memandangkan masa tu kad ni pun baru beberapa bulan diperkenalkan, aku pun try je apply terus. Sbb kalau buka akaun baru, bleh apply free je.. tapi kalau nak upgrade dpd kad ATM biasa kpd kad ni kena bayar RM12. Mula2 dulu aku ingat memang ianya dah online enabled mcm Public Bank Visa Debit dan kad2 debit dpd bank lain. Malangnya, masa tu belum lagi. Dan baru2 ni aku baru je apply kad debit Public Bank tu.. sbb nak aktifkan akaun PayPal. Ok je, cuma yg tak brp best sbb ada annual fee sebanyak RM24 lah..

Tapi skrg ni rasa lega sgt2.. sbb akhirnya Maybankard Visa Debit ni dah pun membuka fungsi yang dah lama dinanti2kan oleh penggunanya. Rasa impressed sgt sbb pemegang akaun Maybank ramai, dan kad ATM ni pula mampu berfungsi secara online sbg kad debit dan mempunyai talian terus dgn akaun bank, sama seperti kad debit bank Al Rajhi. Lepas ni, pasti semakin ramai yg mampu menikmati transaksi online melalui PayPal dgn lebih mudah dan murah, sebab tak perlu IBG dpd Maybank2u ke akaun bank lain lagi mcm sebelum ni :)

Untuk panduan cara2 pengaktifan online Maybankard Visa Debit, klik sini.
Untuk senarai FAQ tentang
pengaktifan online Maybankard Visa Debit, klik sini.


Comments seterusnya...