Kehilangan MyKad...

oleh sorensen pada 13 Julai 2009 dalam

Memang bukan perasaan yg selesa bila menyedari satu2nya dokumen peribadi yg mampu mengesahkan status kewarganegaraan korang, hilang dpd simpanan. Itulah nasib aku. Tak tau di mana silapnya, tetiba je aku sedar IC aku dah takde. Haih, still teringat lagi masa aku check-in kat airport sibu mgu lepas.. itu la kali terakhir aku tengok benda tu kat tangan aku. Mungkin tercicir lepas check in atau masa dah sampai kat LCCT, tak sure plak aku.

Nak buat mcm mana kan, benda dah nak jadi. So terpaksa la jugak aku apply yg baru nye. Bukan senang jugak, sbb kena buat police report segala mcm utk melancarkan proses permohonan kad baru. Kalau ikutkan, bayaran yg dikenakan utk kehilangan kali pertama adalah RM110.. tapi disebabkan aku student, JPN bagi kelonggaran utk membayar sebyk RM60 je. So lepas apply tadi aku terus tanya bila boleh siap, diorg kata dlm masa 3 minggu. Hmm.. boleh la tahan gak cepatnya, wpun kalau aku terus buat kat HQ di Putrajaya boleh siap dlm tempoh 24 jam.

Lega gak, sbb mmg hari tu niat aku nak buat IC baru pun walaupun yg lama tu tak hilang. Bukan apa, sbb aku rasa cip IC lama aku tu dh rosak.. sbb dulu masa aku nak kuar duit pakai buku kat BSN, kerani kaunter tu kata IC aku takleh detect masa dia scan. Lagi satu, mmg ada kesilapan pd alamat yg ada pd kad tu. So masa apply yg baru tadi, aku terus suruh diorg betulkan.

Cuma yg aku risau skrg ni, aku xtau IC lama tu ada kat mana sekarang. Takut sgt, sbb dah mcm2 kes penipuan yg aku dgr berlaku disebabkan kehilangan IC ni. Menipu ms rompakanlah, menipu ms register akaun henfon postpaid dan mcm2 lagilah. Harap2 sgt yg terjumpa tu dpd jenis bertimbangrasa. Kalau taknak pulangkan pun, tolong la aku musnahkan mende tu dgn sebarang cara.. supaya takde pape yg buruk berlaku pd aku pada masa akan dtg.



Comments seterusnya...