Belasungkawa: Yasmin Ahmad (1958-2009)

oleh sorensen pada 27 Julai 2009 dalam ,

Mungkin ada di antara kita yg tak pernah kenal dgn pengarah filem yg satu ni.. atau mungkin juga ada yg pernah mendengar namanya tapi tak tahu siapa orangnya. Dialah Yasmin Ahmad. Ya, pengarah filem berbakat dan dikagumi ramai golongan, dan dia baru sahaja meninggal dunia dua hari yang lalu.

Mulanya dulu, aku sebenarnya kurang senang dengan sesetengah karya Yasmin Ahmad ni. Sbb bagi aku karya-karya dia; tak kiralah sama ada filem ataupun iklan, kerap menimbulkan kontroversi2 baru dan kebanyakannya menyentuh tentang aspek perpaduan. Tapi bila dah banyak melihat karya dia, aku jadi seronok pula. Sbb idea2 yg dia ketengahkan kebanyakannya tak pernah ditonjolkan oleh pengarah filem yang lain. Paling excited skali bila musim perayaan. Aku tau bukan aku sorang je yg menunggu iklan terbaru arahannya setiap kali hari raya, tahun baru cina dan perayaan2 lain bakal menjelang. Sbb semuanya unik, dan sbg penggemar bidang sinematografi aku sgt kagum dgn mutu audio visual setiap karyanya.

Tak tau la kenapa, bila dengar berita dia dah meninggal dunia.. tiba2 hati rasa sunyi sangat. Sbb aku tau pada hari raya yang akan datang nanti, tak mungkin ada lagi hasil tangannya utk kita semua hayati.

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad, penglipurlara kesayangan rakyat Malaysia.

Sedikit biodata Yasmin Ahmad:

PROFIL
Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit: 2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM '75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel: 2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga:
Bapa - Ahmad Hashim
Ibu - Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

(dipetik daripada Mstar Online)


5 komen seterusnya...

5 komen