Wajah baru. Semangat baru.

oleh sorensen pada 27 Mei 2009 dalam

Dalam pada masih terkejut dgn hal tu semlm, aku pun try buat something yg boleh buat aku melupakannya sekejap. 1 Jun ni genaplah 2 tahun aku menulis kat sini, dan baru aku teringat selama ni tak pernah sekalipun aku menukar layout. Kalau ada pun aku cuma tukar banner je sebelum ni. Lepas fikir2 tu, aku pun cuba la buat layout baru. Takut jugak sbnrnya, sbb aku dah lama tak godek2 html code ni wpun mmg aku ada sikit kepakaran membuatnya dulu2. Dan inilah hasilnya yg korg nampak skrg, dan mmg ia berjaya buatkan aku leka sekejap pun. Maklumlah aku ni, kalau ada keje aku nak buat mende2 lain aku tak pikir dah. Layout ni aku amik dr internet je sbnrnya, tapi kalau nama pun dah aku.. mana aku suka biarkan template2 yg ada kat internet ni jadi mcm sedia ada. Aku peningkan diri sendiri main dgn html code utk ubah layout ni jd lebih menarik, dan yg paling susah nak buat sbnrnya flash banner kat atas tu ha.

Tapi ini mungkin 1st phase lagi kot. Aku belum ada masa nak update widget2 yg ada kat sblh kanan ni. Tak larat aku nak buat sekali gus. Ada masa nanti mungkin nak ubah lagi sikit kot, biar nampak lagi attractive. Bukankah dalam hidup kadangkala kita perlukan perubahan? Betul tak kawan2ku? :)

Every cloud has a silver lining!


12 komen seterusnya...

Hari yang malang buat laptopku...

oleh sorensen pada dalam

Semalam mungkin adlh sejarah paling teruk sepanjang hidup aku menggunakan laptop tu. Tah macam mana masa aku tgh online mcm biasa petang smlm, partition D: hard disk aku tiba2 mcm diformat dgn sendiri. Tak tau lah aku apa sebabnya, hampir semua file content dan subfolder aku lesap secara tiba2. Yang pelik folder2nya masih lagi ada, dan beberapa file masih lagi tertinggal di dalamnya. Puas aku cuba cari explanation kat internet, sama ada ia sebab virus ke ataupun ada mslh dgn partition D: aku tu. Tapi aku tak jumpa apa2 pun setakat ni.

Aku rela kalau external hard disk aku yg hilang, tapi jgnlah D: drive tu. Semua gmbr2 dan video kenangan aku dgn member2 aku masih simpan kat situ, file2 template assignment di samping file2 backup installer sekiranya aku nak format laptop nanti. Tapi semuanya dah hilang. Dah takde dah skrg ni. Aku pun xtau mcm mana nak ganti semuanya.

Tapi takpelah, mungkin tu satu petanda yg aku perlu mulakan hidup baru. Sbb kenangan2 pahit pun semua ada skali kat situ. Semlm barulah aku terfikir, kalau aku yg hilang partition ni pun dah rasa mcm ni, apa agaknya prsn kawan2 aku yg pernah hilang laptop dulu agaknya? Bila memikirkan hal tu, aku rasa sgt2 bersyukur. Setelah hampir 5 tahun menggunakan laptop pemberian ayah aku dulu ni, aku tak pernah lagi mengalami nasib buruk seperti itu. Alhamdulillah...


2 komen seterusnya...

Amboi3 ASTRO...!!!

oleh sorensen pada 21 Mei 2009 dalam

Hah.. kalau semalam aku berleter pasal 3G, hari ni apa lagi yek? Haaa... kita citer pasal astro plak, hihih. Wah3 aku ni kan, nampak sgtkan dah takde keje duk kat rumah ni, asik dgn komputer dan tv aku je. Lantak la haih, dah cuti kan.. cuti la btol2 tak gitu? Huhu!!!

Customer astro sume tentu dah sedia maklum bahawa channel Astro Kirana (channel 122) dah takde lagi. Aku pun sentap bagai la.. mana taknya, sudahla rancangan2 channel local yang lain banyak yg hampeh, pstu sesedap rasa la discontinue channel feveret aku kan? So bila dah sedar perasaan teraniaya tu semakin menebal (ewah) dgn rasa x puas hati aku pun cari penjelasan dari astro ttg penutupan channel kirana ni. Dan explanation diorg betul2 membuatkan aku rasa mcm nak wat chicken dance!!! (dipetik dpd Astro).

Q. When will/did Astro begin the removal of Astro Kirana Channel (122) from its platform?

The removal will be/was from 18 May 2009 onwards.

Q. Why did Astro decide to remove the Astro Kirana Channel from its platform?
Kirana was offered as a preview channel at no additional cost for a limited period of time to our customers. Channels are tested on a preview basis to enable us to establish appeal and segmental relevance upon which these channels will be slotted into the relevant package eventually. Research shows that Kirana has been receiving poor rating and low viewership. As such we have decided to remove Kirana wef 18 May from the Astro platform. We apologize for any inconvenience.

Q. What was the viewership rating of the Astro Kirana Channel?
The viewership of Astro Kirana Channel has been declining of late. Its channel share is also low at 2% compared to RIA at 12%.

Q. Will Astro be reducing the cost of its family package now that they have removed the Astro Kirana Channel?
No. Kirana was introduced on Astro platform as preview channel at no additional cost for limited time. As such the issue of price reduction does not arise.

Q. Will Astro be bringing the Kirana Channel back on its platform?
We do not have plans to bring the channel back at this point. However, we will keep our customers informed, should we plan to do so.

Q. Will Astro be introducing more news channels under its free view/preview?
Preview channels on Astro’s platform is only offered as free view basis for a limited time only. However, we are constantly looking at opportunities to offer our customers with more choices of relevant and premium content on our platform. At this point we do not have plans to introduce more preview channels in the near future. However, when we do introduce new channels, we will keep our customers informed.

Amboi.....!!!!!! Sedap sgtkan astro ni? Bila tengok channel tak banyak org tengok, suka2 dia la nak tutup mcm tu kan? Hei! 2% pun kira la brp banyak proportion dpd jumlah penonton yg ada, bukan main sebarang hentam jek! Mana korang tau dalam jumlah tu langsung takde penonton setia? Alasan korg bgtau channel tu sbg medium utk preview mmg tak masuk akal, korg tak sedar ke citer2 yg korg main kat channel tu dulu citer yg brp kurun sudah punya? Nak buat preview bukak channel lain la weh, astro box office tu takde plak korg nak sebok2 preview kan? Kalau kirana yg 'free' tu pun dah dpt 2% viewer je, korg bleh bayangkan tak box office tu brp kerat je yg tengok? Ada korg tutup?

Tu tak abis lagi.. semlm tah mcm mana tetiba aku terbukak channel yg baru diorg bukak. Channel 130, nama Mustika (nama bukan main). Bila aku check, rupanya mustika ni adalah pakej baru yg akan diperkenalkan astro lepas ni. (dipetik dpd Thestar)

"Mustika Pack is a new pay TV package comprising three new channels – Astro Citra (channel 131), Astro Warna (channel 132) and B4U (channel 133) – and priced at RM12.95 per month."

“Astro Warna offers comedy while Astro Citra is the Malaysian version of the HBO channel providing Asian blockbuster movies, Malay premieres, and Malay epic series.

“And with B4U, subscribers will be able to access the latest box-office Bollywood movies and music,” she said, adding that all movies on B4U would have Bahasa Malaysia subtitles to appeal to a bigger audience.

Kaannnn.. nak bukak pakej baru rupanya!!! So, lepas dah jelas dan nyata berdolak dalih.. astro nak kata apa lagi pasni? One day korg jgn terkejut bila tetiba astro ria, prima, oasis, ceria dan semua2 channel yg diorg buat tu tetiba ditutup atas alasan "it was offered as preview channel". Pastu nanti diorg asingkan la satu channel tu utk satu pakej! Boley?! Biasala, astro kan takde saingan sbb tu diorg naik minyak sgt agaknya. Mungkin SKMM boleh buat smtg? Takkan nak report kat tribunal tuntutan pengguna plak kot? *pengsannnnnn!!!!



8 komen seterusnya...

Alahai 3G...

oleh sorensen pada 20 Mei 2009 dalam , , ,

Kat sarawak ni aku tengok semuanya lambat sampai. Tak kiralah apa jenis infrastruktur pun, dpd sistem pos sampailah ke teknologi komunikasi. Klu perbincangan aku kali nie berkaitan dgn liputan 3G di sarawak. Mungkin bagi sesetengah orang, hal nie bukanlah sesuatu yg perlu diambil pusing sgt. Yelah, apa sgtla yg ada pada perkhidmatan 3G sampai aku nak bising2 menceceh psl nie kan? Takde pape masalah pun kan?

Ye ke takde masalah? Sebenarnya ada, malah SANGAT BESAR masalah yang timbul akibat ketiadaan perkhidmatan ni.


Kita semua sedia maklum, internet skrg ni dah jadi satu keperluan harian bagi kebanyakan dpd kita. Maksudnya, kat mana2 pun permintaan utk perkhidmatan internet mmg akan ada dan semakin meningkat setiap hari. Itulah yang menimbulkan persoalan, kenapa masih berlaku kelembapan utk memperluaskan rangkaian 3G ke kawasan2 di daerah/bahagian di sarawak. Pelik betul aku, especially dgn celcom dan maxis. Apa yg diorg takutkan sgt agaknya? Nak katakan takut rugi tak mungkin. Skrg ni pun ramai org kat tempat aku di saratok ni yg dah melanggan celcom broadband kerana terlalu terdesak utk menggunakan internet, wpun diorg sedar kelajuannya tak mungkin akan mencecah standard kelajuan broadband sbb kat sini cuma ada GPRS! Kesian kan?

Mungkin ada yg tanya, kenapa tak pasang streamyx je? Itulah mslhnya skrg, sbb ada sesetengah kwsn di tempat aku ni adalah kwsn perumahan yang masih baru. Jadi oleh sebab penggunaan telefon bimbit skrg sudah terlalu meluas, maka TM pun menjadi kecut telurlah utk memasang kabel telefon talian tetap di kwsn berkenaan (merujuk kepada kes di Taman Perupok). Jangan ditanya plak pasal fixedline yg pakai antena tu, itu pun takde ok! Memang tak masuk akal. Jadi at this point, sudah jelaskan apa masalah yg timbul sbb perkara ni?

Ya, pihak telco mungkin terlepas pandang dari sudut ini. Bila infrastruktur yang disediakan tidak dapat mengejar teknologi semasa yang pesat berkembang, inilah yang akan berlaku. Keadaan sudah berubah. Tempat aku ni nama aje kat sipi2 rural area sarawak, tapi org2nya advance ok. Perhatian celcom dgn maxis ye, tempat ni bukannya hutan yang korang takut sgt nak bagi service 3G tu. Fahamilah keadaan kami, ketiadaan infrastruktur bermakna pilihan utk mendapatkan perkhidmatan juga kurang. Ktorg pun kne mengikut peredaran zaman gak. Apa gunanya company korang duk promotion berapi2 kat tv psl wireless broadband tapi hakikatnya coverage non-ado? Ktorg yang tak mampu ke atau korang yg sembab sgt, smp org tmpt lain kata ktorg ni papa kedana tak mampu pasang broadband? Ktorg tak kemaruk sgt pun nak mintak wimax smp kat sini buat masa ni (jauh panggang dari api la kan) tapi salah ke kalau ktorg mintak 3G sbg alternatif kpd TMNUT SCREAMYX? Opsss!!!

Custcare meroyan? Melolong la kau kat situ!!!

Atas kesedaran itulah, tadi aku amik keputusan utk buat report kpd SKMM melalui website diorg. Dgn harapan usaha kecil aku tu akan mampu membuka mata syarikat telco tempatan tentang kemudahan yg dah lama ktorang tunggu2 sampai ke tmpt ktorg ni. Tolonglah buat lebih banyak survey, supaya kemudahan kita rakyat malaysia nie boleh diberi secara adil dan saksama bukan hanya berbangga boleh memberi kemudahan kpd penduduk kawasan bandar sahaja. Korang pun mesti kurang senang kalau sstgh golongan mula menuduh korang menganaktirikan mereka di tanahair sendiri bukan?



1 komen seterusnya...

Verizon Wireless MiFi Intelligent Mobile Hotspot

oleh sorensen pada 17 Mei 2009 dalam

Seperti yang telah dijangkakan, peranti MiFi akan mula berada dalam pasaran pada suku tahun kedua 2009 di Amerika Syarikat (apakah MiFi?). Verizon Wireless telah melancarkan MiFi 2200 Intelligent Mobile Hotspot pada 17 Mei. MiFi 2200 yang hanya bersaiz sekeping kad kredit tersebut akan membolehkan pengguna mencipta wireless access point yang boleh menampung sehingga lima peranti Wi-Fi seperti komputer riba, kamera, peranti permainan dan pemain MP3.

Mi-Fi 2200 bersaiz sangat kecil dan boleh dimuatkan ke dalam poket (bersaiz 3.5"x2.3"x0.4", seberat 58 gram). Ia mempunyai beberapa ciri, seperti penggabungan antena CDMA dan Wi-Fi berintegrasi, sekuriti lanjutan, teknologi authentication dan jangka hayat bateri sehingga 4 jam penggunaan dan 40 jam untuk mod tunggu sedia (peranti akan dicas sendiri apabila disambungkan pada satu-satu peranti).

MiFi 2200 akan berada di Verizon Wireless Communication Stores dan juga di dalam talian pada harga USD99.99, selepas rebat USD50 dengan tempoh perjanjian baru selama dua tahun. Penyedia perkhidmatan Sprint juga telah mengumumkan versi MiFi 2200 mereka yang akan mula dipasarkan pada minggu pertama Jun 2009.

Dipetik dan diterjemah daripada Gizmag.com


Comments seterusnya...

Kempen Anti Fluorida oleh PPIM

oleh sorensen pada 04 Mei 2009 dalam

Dalam pada kita heboh membicarakan tentang wabak selesema babi yang sedang melanda dunia pada ketika ini, kempen Anti Fluorida yang dilancarkan oleh PPIM ni nampaknya lebih menarik perhatian aku. Ya, walaupun ia mungkin tidak mendatangkan kesan serta-merta, tapi pernah tak korang bayangkan berapa banyak kandungan fluorida yang kita dah gunakan/telan melalui pelbagai jenis makanan ataupun produk, terutamanya ubat gigi? Selepas membaca artikel ni, tetiba aku rasa gerun pulak, justeru aku rasa menjadi tanggungjawab sbg blogger utk memberi peringatan kpd sume pembaca tentang isu ni demi kepentingan bersama. Artikel ni aku petik daripada laman web PPIM.

APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH,

SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit

- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org



4 komen seterusnya...