MiFi - Kelas terbaru internet tanpa wayar

oleh sorensen pada 10 Januari 2009 dalam

Sebagaimana yg kita ketahui senario pada hari ini, syarikat2 telekomunikasi mudah alih masing2 menawarkan perkhidmatan wireless broadband tanpa had pada harga yg agak berpatutan. Walaupun masih mempunyai banyak kelemahan dari segi kualiti sambungan, ada satu kelemahan besar yg mungkin tidak disedari oleh segelintir dpd kita ttg perkhidmatan ini. Memandangkan pakej bayaran yg dikenakan adalah hampir sama dengan perkhidmatan broadband berkabel, maka akan menjadi kerugian sekiranya sambungan itu tidak dapat dikongsi bersama bbrp buah komputer lain seperti yg dilakukan pd internet kabel.

Peranti MiFi keluaran Novatel

Tahun 2009 bakal memperlihatkan penyelesaian kepada masalah ini, apabila syarikat Novatel bakal mengeluarkan produk yg menggabungkan wireless access point, internet router dan modem 3G ke dalam satu pakej yg hanya bersaiz sekeping kad. Dinamakan peranti MiFi, ianya dikatakan mampu berfungsi selama 4 jam utk penggunaan aktif (berkongsi talian dengan komputer lain) manakala 40 jam utk mod sedia. Model pertama yg dikeluarkan ini adalah khas utk kegunaan berasaskan sambungan CDMA (dikenali sebagai CDMA/1xEvDO).

Perbandingan saiz dengan iPhone

MiFi membenarkan sehingga 5 pengguna utk berkongsi satu sambungan wireless 3G pd satu2 masa. Penggunaan MiFi sangat ringkas, hanya palamkan pada slot USB dan ia sedia digunakan. Lebih menarik, ia hanya berinteraksi dgn komputer sebagai WiFi Access Point tanpa memerlukan sebarang pemacu. Novatel juga bercadang utk mengeluarkan versi GSM/HSPA tidak lama lagi untuk pasaran antarabangsa. Versi GSM bakal bersaiz agak besar, dan dilengkapi dengan slot micro-HCSD utk tujuan penyimpanan data dan penambahbaikan pada masa akan datang.

Novatel akan mula memperkenalkan produk baru ini di Amerika Syarikat dan UK pada 6 bulan pertama tahun 2009, bersama2 plan data yang baru melalui syarikat2 telekomunikasi mudah alih.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com


5 komen seterusnya...

5 komen

  • Tanpa Nama

    searching internet...you get the money...
    copy and paste and clik this link :
    http://www.myhpf.co.uk/banner.asp?Friend=336150