Tahun Baru, Azam Baru, HENFON BARU!

oleh sorensen pada 03 Januari 2009 dalam ,

Rasanya dah lebih dua tahun pintu hati aku tertutup utk membeli henfon baru. Kenangan masa 1st time memegang SE K750i dulu mmg sukar dilupakan, sayangnya aku dgn henfon tu melebihi semua jenis henfon yg ada kat dunia ni. Itula cinta pertama aku terhadap henfon, dan sebab tu la aku tak akan menjualnya walaupun 18 bijik henfon yg akan aku beli pd masa hadapan..

Tapi nak buat cmne, masa pun berubah. Teknologi makin maju, dan keperluan terhadap gadget lebih canggih pun semakin bertambah. Dalam pertengahan tahun lepas, aku mula terfikir akan tahap relevan menggunakan K750i tu berdasarkan pola penggunaan internet aku sekarang ni. Utk pengetahuan korang, sebenarnya masa dan duit aku lebih banyak digunakan dengan melayari internet menggunakan gprs.. dan kosnya sangat mahal (10sen/10kb). Bila penggunaan 3G mula diperluaskan, aku rasa better kalau aku cari alternatif yg lebih sesuai utk aku menggunakan internet secara mobile memandangkan ada company yg menawarkan daily broadband dgn kadar tetap secara harian sekarang ni.

Pencarian henfon baru bermula lagi, rasanya dalam 2-3 bulan lepas. Seperti dulu, aku masih mengekalkan ketelitian dlm mengkaji setiap satu specs henfon yg aku target nak beli. Daripada smartphone hinggalah ke PDA, dari sony ericsson hinggalah ke nokia. Ya, aku mengakui utk pertama kalinya, aku meletakkan satu model henfon nokia dlm consideration list aku iaitu nokia N95. Tapi adakah itu bermakna hilangnya prinsip yg aku pegang selama ini terhadap jenama tu?

Jawapannya tidak.

Berminggu2 lamanya aku selidik, jenama mana yg paling affordable dan mempunyai fungsi maksimum. Oleh kerana target aku kali ini adalah smartphone, maka terpaksa jugak la aku memerah otak mencari kelebihan dan kelemahan model2 dpd jenama yg ada (melalui pendapat pengguna sedia ada) supaya kerugian dapat dielakkan. Dan aku sendiri pun tak pernah menyangka akhirnya pilihan aku adalah dpd yg pernah aku sangkakan mustahil pada awal tahun 2008!

Sony Ericsson P1i

Alhamdulillah, berkat kesabaran aku akhirnya aku temui jugak pilihan yg paling sesuai. Sony Ericsson P1i bukan saja memenuhi impian aku utk memiliki henfon yg mempunyai fungsi wifi. Malah, yg paling mengujakan aku adalah model ini merupakan satu2nya model yg tidak mempunyai sebarang komen negatif daripada penggunanya (rujukan melalui komen2 pengguna di mobile88.com). Saiz sederhana, papan kekunci QWERTY, internal memory yg besar, OS yg stabil serta ciri touchscreen mmg agak sukar diperoleh dari jenama lain dengan harga yg berpatutan. Justeru, masih salahkah pendirian aku utk setia kepada sony ericsson? Tentulah tidak!

Baru2 ni juga bapa aku baru je memasang streamyx di rumah, dan abg aku akan memasang wireless router. Tak lama lagi, satu rumah ktorang tu akan mempunyai coverage wifi. Jadi apa maknanya?

Maknanya, satu lagi impian aku utk tahun 2009 akan tercapai :)



8 komen seterusnya...

8 komen

  • mr.syazwan

    ini AZAM HP AND MENGINTERNET JEW..
    AZAM DIRI XDE KE?/ hehehehe
    tpi bgs laa HP BARU KONPEM BERGAYA BARU.. hehehe
    so DA ADE HP BARU AND INTERNET YG SNG RAJIN2 LERR UPDATE BLOG N MSK BYK GMBR KAMU K.. hehee
    ni peminat ni.. hahaha
    ewah..ewah..ewah...

  • Ferr Remy

    mane2 aku pegi mesti muka mamat ni ahahaha...wei syazwan..kau x pegi pasar ke dek non arini?
    laki kau nak makan ape nnt?huhuhu
    anywaya abg sorensen...hp tu dah beli ke blum hehehe

  • SoReNsEn

    aiks.. tetiba bukak blog dah ade 3 comment huhu.. sori uols smlm x online. aiya, itu je yg termampu uols, nak beli lagi grand mahal pulak.. ferr, hp tu dah beli dah.. tgh study cara guna la 2-3 hari ni.. pening gak la , 1st time pakai smartphone kan.. huhu..

  • mr.syazwan

    EWAH..EWAH... DI MANA LAGIT DI PIJAK DISITU MUKE KO ADE ERK FERR REMY..
    hahaha... yg penting ko no 1 ok comment sorensen ni x gitu sorensen (ish ssh nk sebut) mule2 ingat cencorot td.. huhu oppss sori erkk

    ok remy ku x main laa pasar2 ni.. supermarket sudah kang pasar kang lecak.. hahaha

    EWAH..EWAH..EWAH...