Tica: Realiti atau Fantasi?

oleh sorensen pada 09 Disember 2007 dalam

Memperkenalkan, awek ni bernama Tica. Lawa kan dia? Artiskah? Kalau tak pun, model agaknya? Bukanlah.. Nak jumpa dia tak? Erm.. tak mungkin akan jadi kenyataan. Ini kerana disebalik kejelitaan wanita ini, terimalah hakikat bahawa dia tidak pernah dilahirkan, tidak pernah hidup dan tidak akan mati.. kerana..

DIA HANYALAH SEBUAH LUKISAN!!!
Sukar dipercayai kan?

Painting of Tica ini adalah karya artis bernama Dru Blair. Ia telah dihasilkan pada Februari 2005, dan mengambil masa selama 70 jam untuk disiapkan. Lukisan ini dihasilkan utk menghabiskan masa terluang beliau di bengkel lukisannya. Pelukisnya sendiri mengakui bahawa Tica memiliki perincian "kulit" yang mengagumkan, dengan kepelbagaian warna yg sangat realistik. Untuk menghasilkannya beliau menggunakan lebih kurang 20 warna, yg mana untuk menghasilkan warna kulit biasanya beliau hanya menggunakan 7-8 warna sahaja.


Tekstur pada wajah Tica juga sangat terperinci. Pelukisnya menggunakan teknik "subtle nuances" yang mana ia dihasilkan menggunakan pisau xacto, pemadam, dan sedikit pensil warna untuk menghasilkan kesan yang meyakinkan. Teknik2 lain juga ditambah untuk memastikan perincian tekstur rambut, yg mana teknik "shield-reveal" dan "split frisket" telah digunakan. Secara keseluruhannya, 99% daripada gambar ini telah dihasilkan dengan airbrush.

Hmm.. apa2 pun boleh berlaku kalau dah namanya berbakat dan ada kreativiti kan?

Dipetik dan diterjemah daripada:


2 komen seterusnya...

2 komen