Should i write?

oleh sorensen pada 12 Mac 2010 dalam

Kalau nak dikirakan berat beban dlm kepala aku masa ni, memang tak tertanggunglah rasanya. Cuma sekarang ni, aku rasa 'mungkin' aku dah berjaya untuk improve sikit cara aku handle masalah2 yg ada.. wpun banyak yg tak berjaya diselesaikan lagi. Pada sape2 yg rapat dan selalu mendengar suara aku tu, korang tau la apa yg aku maksudkan. Yang penting, kesihatan aku pd masa ni sempurna jugaklah kiranya.. wpun tak tau boleh bertahan utk brp lama. Yelah, manusia2 fragile mcm aku ni, kalau ada mende yg tak kena je mula la fisiologi tubuh badan ni meroyan. Nak kata tua, aku ni makin hari makin muda (gtew!). Faktor genetik kot, mcm rambut aku (pengsan!).

Bak kata dbong, aku ni mmg tak reti nak sembunyikan apa2. Bila orang lain yg kata mcm tu, mungkin betul lah agaknya. Mmg, biasanya aku ni kalau bercakap.. even dgn bapak aku sekalipun aku tak cover. Tapi bukanlah maksudnya aku ckp tak berlapik. Maksudnya tu, straight-to-the-point la.. tak berahsia apa2. Ntahla, aku rasa kalau aku berahsia (esp pada kwn2 aku) aku rasa bersalah. Aku rasa mcm plastik, kalau kwn2 aku tak kenal siapa aku yg sebenarnya. Aku pnh rasa mcm tu dulu, masa baru kenal bdk2 classmate aku skrg ni. Dan kalau aku turutkan sgt sifat berahsia aku dgn diorg ni.. mungkin smp skrg rasanya aku takkan dpt sorg best fren pun kat sini. Korang, aku bertuah sbb ada korang semua kat sekeliling.

Cuma satu je.. psl blog ni..

Masuk tiga tahun dah aku menulis kat sini. Kecuali beberapa entry terawal masa zaman2 baru bukak blog ni dulu, aku boleh kata semuanya dpd benda yg aku dah nampak. Tapi entah kenapa, sejak kebelakangan ni tiba2 aku rasa selama ni aku terlampau explicit. Bagi aku apa yg aku tulis cuma utk menggambarkan apa yg aku rasa. Tagline aku tu pun dah menunjukkan apa yg mungkin akan pembaca akan expect aku akan tulis kat sini. Bercakap berlapik mungkin aku boleh buat, tapi menulis berlapik maaflah.. aku mmg tak reti. Sbb korang tak nampak aku masa membaca entry2 ni, kita tak bersemuka.. so komunikasi kita kehilangan gesture dan gerak tubuh badan.. yg mana bagi aku sgt penting sbb aku mmg sgt beranimasi punya jenis org.

So, persoalannya skrg.. should i write?

Bilamana aku mula fikir, yg hakikatnya aku perlu menulis berlapik.. pd masa itu jugalah aku mula fikir sama ada relevan ataupun tidak aku menulis. Sbb aku tak nak jadi plastik. Sekurang2nya kat sini, aku nak jadi diri sendiri. Mengubah cara aku meluahkan idea, sebenarnya mampu memberi perubahan besar kpd persepsi org ttg siapa aku yg sebenarnya. Dan itu bukanlah sstu yg baik, sbb aku percaya selama ni, semua org yg aku kenal.. sama ada pada akhirnya akan menyayangi ataupun membenci aku adalah kerana diorg kenal sape aku yg sbnrnya. Dan aku sukakan hal tu, wpun ada antara kesannya yg mendatangkan impact negatif kpd kehidupan peribadi aku.

Bila merenung balik jari jemari di tangan, kadangkala aku rasa sedih. Adakah jari2 ni pernah menutup periuk nasi orang, adakah jari2 ni pernah merendahkan martabat aku sendiri di mata org lain, atau adakah mungkin pernah jari2 ni memusnahkan kehidupan org lain tanpa aku sedari? Kalau benarlah begitu, mungkin keterusan bukanlah selalunya sesuatu yg baik. Kalau mcm tu, perlu ke sbnrnya aku menapis setiap perincian kata2 aku supaya org mengalami mslh utk memahaminya?

Dan kalau itulah yg berlaku, siapa je yg akan dpt menyelami perasaan aku?


2 komen seterusnya...

2 komen