Trustworthiness

oleh sorensen pada 23 Februari 2010 dalam

Kepercayaan mengambil masa yg lama untuk dibina. Pada pengalaman aku, tak ada jangka masa yg tetap untuk membolehkan kita meletakkan kepercayaan 100% terhadap seseorang. Ia mungkin berbeza mengikut jenis orang yang dikenali dan juga seberapa rapatnya hubungan kita dengan orang tersebut. Apa yg berlaku baru2 ini sangat menguji tahap kepercayaan aku terhadap orang lain. Bukan sahaja terhadap dia dahulu, tetapi juga terhadap teman2 yang rapat denganku.

3 tahun. Hampir 3 tahun aku mengenalinya. Betapa banyak rahsia yang tercurah, berapa banyak luahan hatiku yg pernah didengarnya dan berapa banyak cabaran yg pernah kami tempuhi bersama. Dan sebanyak itu jugalah kepercayaan yang telah terbina dalam diriku terhadap seorang teman.

Namun adakalanya, penilaian kita mungkin sedikit tersilap. Ada masalah, mungkin tidak sesuai diluahkan pada sesetengah teman walau seberapa lama kita mengenalinya, walau seberapa banyak kepercayaan yang kita letakkan di bahunya.

Mempermainkan masalah peribadi orang lain bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Adakalanya, mungkin ia terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu mahal hanya kerana sedikit kesilapan dalam sesuatu yg kita lakukan. Bagi aku, kalau aku sendirilah orangnya yang meluahkan perkara ini melalui social network mungkin masih boleh diterima. Tapi apabila seorang teman rapat mula membuat percubaan meraih perhatian di dalam social networknya dengan mewujudkan curiosity terhadap teman2 yang lain, dengan mengeluarkan sesetengah post yang berkaitan dengan masalah peribadi aku, bukankah ia sesuatu yang sangat sukar hendak dimaafkan?

I HAVE ONE BROTHER, TWO SISTER IN LAWS AND 14 COUSINS IN THE NETWORK. Have you ever think about the possibilities on what is going to happen because of your act, my friend?

Walau apapun yang berlaku, aku akan cuba untuk tabah. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan pada masa ini. Aku masih khuatir, kalau semua ini bakal menjejaskan study aku dan juga kepercayaan aku terhadap orang lain. Memanglah, apa yang berlalu biarlah berlalu. Satu-satunya perkara positif yang boleh aku ambil daripada semua ini adalah pengalaman. Ya, pengalaman yang bukan aku cari tapi yang telah aku alami.

Aku cuma takut, selepas ini aku mungkin berubah. Dan tak akan menjadi diriku yang dulu lagi.


3 komen seterusnya...

3 komen

  • Tanpa Nama

    That's one of the problems of intimacy. When people are too close together they tend to forget the meaning of privacy.

    But this will be your indelible experience that will make you a better and matured person.