Kerana GOOGLE...

oleh sorensen pada 19 Disember 2009 dalam

Kata orang, hidup perlu diteruskan. Tapi hakikatnya, peristiwa yang sudah tercoret di dalam sejarah hidup kita sememangnya tak akan padam sampai bila2. Memori manusia boleh menipu, tapi coretan2 lampau yg tersimpan di dlm sebuah server komputer tak mungkin akan berbohong tentang apa yg telah tertulis padanya.

Kerana GOOGLE, hari ini.. aku terasa diri ini umpama sangat kerdil dalam duniaku sendiri. Betapa aku sebenarnya telah banyak membazirkan ruang waktu bersama diriku sendiri tanpa pernah cuba membuka mata sebesar-besarnya, memandang alam dan ragam manusia yang luas terbentang tidak terkira. Mengenali, mereka yang sepatutnya sudah lama aku kenali. Kerana GOOGLE juga, aku dapat merasakan betapa rapuhnya cinta, kebahagiaan, kewujudan dan sesuatu yang kita miliki pada masa sekarang. Ia boleh hilang bila2 sahaja.. cuma hanya Dia mengetahui bila agaknya sesuatu itu akan diambil kembali oleh-Nya.

Ingatlah SoReNsEn. Itu CERITA, kau dan dia. Itu CINTA, kau dan dia. Jangan salahkan sesiapa kerana pengalamannya. Kalian sama sahaja tiada beza. Bila suatu hari nanti kau sudah hilang dari pandangan mata, namamu mungkin masih terpahat di hati mereka. Cuma hakikatnya, kau telahpun dilupakan.



8 komen seterusnya...

8 komen

  • Tanpa Nama

    ingati lah kenangan dan memori yg indah .... simpan lah jauh disudut hati segala duka nestapa ...

    itu lah cinta .. itu lah sayang ... itu lah kasih ... itu jua lah racun segala nya .... itu juga penawar nya ....

    ~alanrazlan~

  • Tanpa Nama

    manusia mana yg tiada berparut atau calar balas ditubuh dan dihati nya?

    kita harus berterima kasih pada parut dan calar balar itu kerna ialah membuka mata mata kita betapa luas nya alam ini ...

    betapa kita terlalu di lamun onak dan arus keindahanya hingga lupa pada kesengsaraan lain .....

    bersyukur lah kita ....

    ~alanrazlan~

  • SoReNsEn

    tiada sesiapa yg pernah mengharap untuk gagal dalam apa sekalipun. namun andai kata kegagalan bertimpa2, hati meronta juga menunggu bilakah kebahagiaan akan tiba.

    bila hidup hilang harap, jiwa pun semakin gelap, rasa cinta bertambah malap.

  • Tanpa Nama

    kebahagiaan itu senantiasa di hadapan kita .... gapailah ia .. sentuh laa ia ... kerna ia takkan berada selama nya bersama kita ...

    peluk lah ia selagi disisi ... hargai lah ia selagi didakap ... lepaskan ia jika ia pergi ... tiada laa dendam yg kesumat dihati ... berterima kasihlah pada nya kerna kehadiran nya ...




    ~alanrazlan~