Aku sayang kawan2 aku...

oleh sorensen pada 28 Disember 2009 dalam

Anggap saja ini sbg luahan perasaan. Anggap saja ini sebagai surat terbuka. Fikirlah apa2 yang korang nak fikir. Even korang nak kata aku ni teruk, jahat mulut, jiwa kacau atau apa2 pun.. terpulanglah. Cuma aku nak korang baca, korang dengar apa yang aku akan cakapkan ni dengan mata hati korang. Tu je harapan aku.

Kadang2 aku pun tak faham kenapa aku cepat tersentap kalau ada antara kawan yang tiba2 menyepi, menghilangkan diri ataupun dingin secara tiba2. Bila perkara macam ni berlaku, memang aku cepat emo terutamanya kalau kawan itu memang sudah aku anggap sebagai sahabat baik. At that point, memang aku akan cepat melenting2 ataupun meroyan bila tiba2 aku terasa menyampah dgn attitude2 yang telah aku sebutkan tadi tu. Tapi bila aku termenung sorang2, barulah aku terfikir sendiri. Kenapa aku perlu berperilaku mcm tu kpd kawan2 aku? Adakah sbb aku ni tak boleh dipercayai, ataupun sbb aku ni suka sangat fikir yang bukan2 pasal orang lain?

Akhirnya, aku terperasan jugak.. sebenarnya aku ni sangat2 sayangkan kawan2 aku. Kpd korang, kawan2 aku.. korang tak tau betapa aku sangat takut kehilangan korang. Ya, every single of you. Sbb tu demi korang, aku sanggup jadi pendengar yang setia sepanjang masa. Walau korang bertengkar sesama sendiri pun, yang mendengarnya siapa? Aku, aku jugak yang akan mendengar setiap butir rintihan korang. Betapa tak puas hatinya korang antara satu sama lain. Ada masanya, sampai orang memperkatakan tentang kita semua. Orang tanya aku, apa yang dah berlaku. Aku cakap tak ada apa2. Sbb demi kawan2 aku sanggup jadi protective, walaupun kadang2 aku pun tak tahan dengan perangai childish, backstabbing, ignorant dan emotional yang ada pd segelintir dpd korang.

Dan kepada kau, salah seorang daripadanya..

Dulu kita pernah berjanji, yang hubungan persahabatan kita takkan terputus sampai bila2. Aku rasa, dalam ramai2 kawan aku.. kau lah yang paling dekat dengan hati aku. Bercakap dengan kau saja membuatkan aku terasa mcm berada di rumah, aku rasa selamat kalau aku cerita sebarang masalah kpd kau. Aku rasa, suara aku didengar walaupun adakalanya kau memintas kata2 aku pada masa yang tak sepatutnya.

Tapi, kenapa sekarang kau hilang?

Kau selalu merungut, kau kata takde orang yang faham kau. Kau selalu kata, kau menangis sorang2. Kadang2 kau marah ntah sape2 dalam social network kau, sampaikan ada kawan2 lain yang call aku, tanya apa masalah kau yang sebenarnya.

Habis tu, aku ni siapa? Dah tak layak ke utk aku ambil tau ttg masalah yang kau hadapi sekarang?

Kau nak aku jawab apa dgn kawan2 kita? Sedangkan aku sendiri pun tak tau kalau kau masih anggap aku ni sebagai sahabat setia kau ataupun tak?


Kita dah kenal lama. Kalau tak, aku takkan bahasakan kau sebagai sahabat aku. Kau ingat senang ke org2 mcm aku ni nak bertahan dgn pelbagai jenis kerenah manusia? Kalau bukan kerana kau tu kawan rapat aku, buat apa aku nak peduli? Lantak kau la nak buat apa pun, nak 'membuat' dengan sesiapapun, kenapa aku nak kisah? Lebih2 lagi bila kau dah mendiamkan diri selama berbulan2, senyap takde khabar berita.. nampak gayanya memang aku ni dah tak diperlukan la dlm hidup kau?

Memang hati aku terguris sangat2 dgn attitude kau selama bbrp bulan ni. Kau membuatkan aku rasa mcm aku ni cuma dipergunakan oleh kawan2 masa diorang susah je, sebagai penyedap fikiran masa kepala diorang tengah kusut. Bila dah bahagia, lupa terus kewujudan aku. Bila dah meroyan balik, kau takut nak approach aku sbb dah lama sgt TL aku. Takut la tu, takut kne sentap. Betul tak apa yang aku cakap?

Apapun, kawan. Aku nak kau tau satu perkara je. Kalaupun kau dah tak boleh sayang aku sebagai sahabat setia kau, at least.. kau sayangilah diri kau sendiri. Kita pernah study sama2, kau pun tau perit getir hidup sebagai student.. betapa sakitnya tangan perlu bekerja utk mendapatkan segulung ijazah. Betapa banyaknya perkara yang dah kita tempuhi selama bertahun2 perkenalan kita, dan juga pelbagai jenis ragam manusia sekeliling yang mata aku dan mata kau sendiri pernah lihat. Takkan kau nak sia2kan semua tu macam tu saja, hanya disebabkan kau dah 'happy' sangat dengan hidup kau sekarang sampai semua perkara lain, termasuk study kau nak abaikan?

Ingatlah wajah mak bapak yang membanting tulang mengikat perut setiap hari, demi menyara kehidupan kita kat sana. Fikirlah sesuatu agar kau dapat membalas jasa diorang. Diorang takkan bersama kita sampai bila2, jangan nanti suatu hari.. kau menyesal sepanjang hayat kerana tak sempat menyumbang sesuatu kepada diorang setelah kau berjaya.


8 komen seterusnya...

8 komen

  • Tanpa Nama

    ermm ... dlm persahabatan tak semua nya indah ..gembira ..kekadang slalu gak kena sambar petir kilat ribut taufan ...

    so kita jgn slalu melatah dgn apa yg berlaku .. setiap manusia tuh ader perangai pelik nya ... bak kata org tua2 .. rambut sama itam .. hati lain2 ...

    sebagai sahabat kita bersedia lah dengan perangai2 sahabat kita yg ada ... jgn kita mengharapkan apa2 sebagai balasan ... kerna bukan semua org reti membalas nya ..

    ikhlas dgn apa yg kita lakukan .. jika tiada balasan atau ingatan .. jgn ler kita melatah atau mroyan ...

    :)

    *bakal kiner carut nie ... huhuhu

    ~alanrazlan~

  • SoReNsEn

    kalau mengharap jasa utk dibalas, maknanya keikhlasan satu2 persahabatan tu boleh diragui. takde sorg pun teman setia yg mengharapkan agar dia mendapat bayaran utk semua yg telah dilakukannya. apa yg ia ingini, cukuplah sekadar ingatan dpd sahabat tersebut supaya tak pernah melupakan dia dlm hidupnya.

    benarlah kata org, sesaat kita mengenali seseorg.. 1000 tahun pun payah utk kita melupakannya. kecuali kepada set2 manusia yg memang tiada perasaan.

  • Tanpa Nama

    A friend is like a flower,
    a rose to be exact,
    Or maybe like a brand new gate
    that never comes unlatched.
    A friend is like an owl,
    both beautiful and wise.
    Or perhaps a friend is like a ghost,
    whose spirit never dies.
    A friend is like a heart that goes
    strong until the end.
    Where would we be in this world
    if we didn't have a friend.


    you'r my friend and that is true,
    but the gift was given from me to you.
    we went thru moments that were good and bad,
    even moments that were happy and sad.
    you suported me when i was in tears,
    we stuck together when we were in fear,

    its really sad that it had to be this way,
    but it has reached its very last day.
    miles away cant keep us apart,
    'cause you'll always be in my heart.


    Make new friends
    But keep the old
    One is sliver and the other gold !

    ~alanrazlan~

  • SoReNsEn

    "yang ku cari bukan sekadar kekasih yg boleh menyayangi dan mencintaiku ... tapi ku cari seorang teman dan juga sahabat ... jadi la kau teman, sahabt dan kekasih ...."

    i quote this here.. so that, i will always remember :)

  • Abe Min Beirut

    huhu... salam nawi... hhehee;)

    happy new year.... hmmm, aku xtau detail la pasal ape yg ko ckpkan nie... maybe nant aku p upm aku le dgr cter detailnye..

    pada aku, kawan xsemestinye kena slalu berhubung... asalkan memori lama masih diingati, selagi tu org tu akan ade value sbg kawan kite...

  • Tanpa Nama

    apakah yg dicarutkan ini...
    ermssss...
    agak kurang jelas n sgt x jelas...
    cerita ala2 telenovrla rosalinda!!

    harusss dik non skrg nie...