Trip to Penang..

oleh sorensen pada 03 November 2009 dalam

Serius dowh.. rupanye aku tak amik banyak gambar pkai henfon aku ms pegi penang hari tu.. so aku decide utk cancel jela upload gambar2 yg ada sbb satu pun tak menepati piawaian imej dalam blog ni.. huhu!!!

Hehe.. btw, dlm hari khamis mgu lepas abg wan call.. tanya nak join dia dgn abg adi gi penang ke tak. Aku kalau bab2 nak gi travel mana2 ni toksah la tanya.. mmg biasanya aku takkan refuse kecuali atas masalah kesihatan atau masalah2 serius yg lain. So mlm hari jumaat tu, ktorg pun proceed la ke penang. Selain aku, abg wan dan abg adi, ada 2 kenalan lain yg join sekali gak. Dan sepanjang trip ni, abg adi la yg jd driver ktorg dpd pegi sehingga la balik. Thx tau abg adi :) Sampai kat penang tu dh lewat jugakla dlm pukul 2 pagi. Lepas berhenti minum jap, ktorg pun cari la tempat utk bermalam. Last2 tu jumpa gak satu apartmen sewa di batu feringghi (sori bang wan, tak ingat la nama tempat tu.. bayu mende tah.. hihih). So ktorg sewa la situ. Tapi start round2 nye pagi esok la (sabtu), sbb dh lewat.

Pagi tu agak melucukan bagi aku. Mana taknya, masing2 dah lapar. Yg keluar cari makanan breakfast ms tu cuma aku, abg wan dgn along je.. itu pun kemain jauhnye la nak jalan dpd apartmen ktorg tu. Kalau kat kl, pukul 7 pagi tu dah pakat2 sesak sume cafe2 yg ada.. tapi kat penang byk lg yg tak bukak ye kat area feringghi tu. Pelik jugak aku, org penang ni breakfast pukul brp? Hihih!!

Yg best tu ms nak gi mandi kat pantai batu feringghi. Punye la gigih ni berjalan ikut sisi bangunan hard rock hotel. Gi mandi pun tak lama la, sbb air pantai dia berbau kurang sedap. Before balik ke bilik tu sempat lepak jap minum2 kat gerai dpn apartmen.. then berendam dlm kolam renang apartmen. First time dpt mandi dlm swimming pool ye.. sronok gak rupanya :D Malam tu gak ktorg kuar ke area Gurney utk gi mkn mlm.. abg wan belikan rojak pasembor, sempat gak la rasa2.. sedap tau sbnrnya bang wan, just mlm tu sbb kenyang sgt sbb tu sy xdpt tlg habiskan.. hihih.. sori tau!!

Masa balik tu patutnya singgah cari souvenir yg aku bgtau nak blikan utk member, tapi byk stall2 souvenir dah tutup lak. Hmm, just sempat bli dvd je kat kedai satu tu.. murah nak mampos, nasib baik x bawak duit banyak.. kalau tak.. meriah ler gamaknya..

Tengah hari ahad tu ktorg pun bersiap2 la balik. Even perjalanan balik tu pun bagi aku interesting sgt2.. sbb ktorg tak lalu ikut highway masa dlm negeri perak (tak sengaja sbnrnya, sbb salah masuk jalan.) Tapi itu la yg aku ske, sbb tak selalu ada peluang masuk ke jalan celah2 kampung org kat semenanjung nie.. maklumla aku bukan org sini, so bila dpt tengok tempat2 yg susah nak pegi mmg satu pengalaman baru bg aku. Masa kat changkat jering ktorg singgah bli durian, agak banyak jugakla jumlahnya dan ktorg makan masa singgah kat rumah kenalan lama along.

Ktorg sampai KL malam tu, dlm pukul 11 lps hantarkan kwn abg adi balik ke rumah dia di bestari jaya. Aku sampai kat UPM lebih sikit je lepas pkl 12, sempat lg la kne charot lite2 dpn post pak guard tu.. benci!!

Overall, trip ke penang ni bg aku sgt memorable la. Terasa closeness between ktorg mcm satu keluarga wpun ada antaranya yg aku tak pernah jumpa sebelum ni.

Dan yg penting, masa vacation tu aku rasa disayangi, oleh semua orang. Thx abg wan, for the opportunity, the experience and the memory. I'll keep it forever in my heart :)


Comments seterusnya...