Aku ibarat LALANG?

oleh sorensen pada 08 November 2009 dalam

Define LALANG uolz???

Hari ni masa tengah lena dibuai mimpi indah, tetiba satu nightmare dtg dalam kehidupan bahagia aku. Dalam mimpi tu, aku ternampak lalang. Ye.. lalang la uolz.. bukan balang.. hanjing!!

Terus kepada definisi yer adik2 sekalian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (matila literature review!!!!)

LALANG:
Sejenis tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta);

Contoh peribahasa:
Lalang yang terbakar, si carik menumpang mati.

Maksudnya:
MENDAPAT KECELAKAAN KERANA KESALAHAN ORANG LAIN.

Owh.. barulah aku faham, itu rupanya sebab kenapa aku dibahasakan sebagai LALANG. Tapi aku x ske la mende2 akademik ni. Kamus yg aku tengok tadi tu pun aku dah campak dalam tong sampah. Pening, sbb tu smp skrg final year project aku x settle2 lagi. Tapi kan, aku mmg takleh blah la kalau skrg ni org sebut psl lalang dpn aku. Klaka. Ada ke tumbuhan yg mcm tu masuk dlm mimpi aku. Nape tak bagi aku define sendiri je mende lalang tu sebelum masuk dlm kamus dewan?

LALANG, bagi aku cuma sejenis tumbuhan yg TAK BERGUNA kpd dirinya mahupun org lain.
LALANG, tumbuhan yg boleh MENYUSAHKAN ORANG yg menanamnya kerana tak membawak sebarang penghasilan.
LALANG, sejenis tumbuhan MEROYAN yang tak tahu apa kemahuan dirinya.
LALANG, tidak berguna langsung dan cuma layak diracun sampai MAMPUS.


Puas aku bermuhasabah diri, tapi tetap aku tak jumpa hubung kait antara definisi tak ilmiah pasal lalang aku tu dgn diri aku sendiri. Tapi persoalannya, kenapa lalang kat atas ni tetap menghantui aku smp aku rs mcm nak bunuh diri bila memikirkannya?

Owh.. mungkin sbb ada sesetengah manusia lalang yang pernah masuk menyibuk dlm hidup aku dulu kot agaknya. Mungkin disebabkan lalang hanjing tu, peribahasa lalang yg langsung takde kaitan dgn aku tu tak pasal2 terpalit jugak kat muka aku yg hensem ni. Yelah.. aku jarang mendapat kecelakaan melainkan ada manusia2 CELAKA lain yg cuba memBABIkan hidup aku yg bahagia neh!!!

Dgn explanation yang aku bagi kat atas ni, kau brani lagi kata aku LALANG?
Sape yg lalang sbnrnya? Aku ke engkau hah, JALANG?


5 komen seterusnya...

5 komen

  • Ad Rifza

    Tapi lalang tu jujurkan?..ke kiri bila ditiup angin ke kiri..ke kanan bila di tiup angin ke kanan..kdg2 terkena luka gak tangan..ada pembenteng walau diri tiada gunanya...hmmm

  • MataHARIku

    ala..ada guna gakla lalang xdela xberguna lsg..1.)bleh jana gas oksigen tuk kita. 2.)bleh cengkam tanah elak tanah runtuh ke ape ke..
    hu..hu..pendapat masing2 ..he..he..

  • Ann

    halaman umah dh tumbuh balik lalang..bila la owner nk dtg potong....

    wpun nmpak je x bguna, dlm diam2 rupenyer lalang ni bguna jgk..kita jer judge something based on rupa..