Tahajjud Cinta by Siti Nurhaliza

oleh sorensen pada 28 September 2009 dalam

Aku baru dgr betul2 lagu dpd album ni semalam.. dan overall aku puas hati sbb lagu2 dia semua best. Rasanya dlm banyak2 album dia selepas Sanggar Mustika (2002) yg ni kot yg terbaik. Dan yg lebih membanggakan, aku diberitahu bhw photoshoot utk cover dan poster2 album ni telah dibuat di UPM! Thx Dato' Siti sbb tak menghampakan para peminat, ok. Senarai lagu dalam album tersebut adalah:

01. Asma ul Husna
02. Pintu Rindu (fav!)
03. Tahajjud Cinta (fav!)
04. Batasku Asaku
05. Ku Percaya Ada Cinta (fav!)
06. Ya Rasulullah (fav!)
07. Ketika Cinta
08. Selawat


6 komen seterusnya...

Selamat tinggal CELCOM

oleh sorensen pada 25 September 2009 dalam ,

If it's still in your hands, throw it away right NOW!

Perkhidmatan komunikasi di negara kita memang sudah sedia teruk, baik dari segi kualiti perkhidmatan, liputan mahupun harga yg terpaksa dibayar utk menggunakannya. Dan apa yg lebih menyedihkan, terdapat satu syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi tanpa wayar yg dikenali sbg CELCOM, sebuah anak syarikat TM yg mencanang dirinya sbg penyedia perkhidmatan komunikasi tanpa wayar dgn LIPUTAN terluas di Malaysia.

Malu, mmg sgt memalukan sbb ada company seperti ini di negara kita.

Berjuta2 pengguna CELCOM di seluruh negara baru2 ini telah menjadi mangsa sebuah syarikat tamak haloba tersebut. Tidak pernah berlaku insiden memalukan seperti ini, yg mana gangguan perkhidmatan sgt teruk melanda ketika para penggunanya sgt perlu utk berhubung ketika menyambut hari raya. Sebagaimana yg aku baca dari blog MY ADHA, CELCOM telah meminta maaf kerana dikatakan telah berlaku gangguan teruk pada hari raya kelima (semalam) disebabkan kesesakan talian 5 kali ganda berbanding hari biasa, yg mana ia juga dikatakan sbg "perkara yg tidak pernah berlaku" dlm sejarah CELCOM.

Aku tersenyum je baca berita tu. Dan aku tak dpt bayangkan betapa bodohnya customer yg percaya kalau perkara tu (kesesakan talian dan sms tidak dpt dihantar) memang tak pernah dialami oleh CELCOM sebelum ni. Yg pertama, kat tempat aku mmg dah lama mengalaminya, especially bila tiba musim regatta. Yg kedua, perkhidmatan CELCOM mmg dah terjejas semenjak MALAM RAYA yg lepas, BUKAN hanya pd hari raya ke-5!!! Hihih.. takpe, CELCOM pun kne jaga reputasi jugak. Anak syarikat TM tu, nak tak nak kne hadap jugak. Korang maafkanla diorg, wpun semua dah rasa kan?

Kenapa benda ni berlaku? Tak lain tak bukan, sbb ada company yg TAMAK, nak untung lebih mcm CELCOM ler. Orang buat iklan promote service, nak buat jugak. Jual sim card banyak2, nombor yg dah tak aktif cepat2 recycle supaya org lain boleh pakai. TAPI?? Bila sampai ms perayaan je LINE JADI MCM HARAM J!! Sebab, untung yg dapat tu tak pernah digunakan untuk UPGRADE FACILITY!!!!

Padan muka korang, itula namanya TULAH. Dah banyak sgt customer merungut semenjak bbrp tahun lepas psl service teruk, buat statement mengelirukan ms iklankan celcom broadband dan mcm2 lagi. Tapi selama ni tak pernah nak dgr, tak pernah nak peduli, yg penting duit masyuk kan???

Sape2 yg pernah bertekak dgn aku psl celcom uox dgn hotlink youthclub dulu, xpe la.. aku maafkan korang. Korang pun mangsa gak sbnrnya. Hrp2 skrg korg dah faham apa yg aku maksudkan dulu ok. Bukanlah nak promote, tp sbg kawan.. migrate la nombor korang dpd CELCOM secepat mungkin sebelum berlaku apa2 yg buruk. Mungkin provider lain pun tak perfect, tp at least diorg jauh lebih baik dpd CELCOM. Kita sbg pengguna ada hak utk menggulingkan company yg hanya mementingkan kantung perut mereka sendiri sahaja, tanpa memikirkan kebajikan pelanggannya.


4 komen seterusnya...

Edisi Hari Raya

oleh sorensen pada 20 September 2009 dalam

MAKAN TIME!!! (sekadar gambar hiasan)

KENYANG. Hahah! Itu la perkataan yg best utk describe perasaan setiap org apabila menjelang 1 Syawal. Nak kata banyak sgt rumah yg aku pegi tadi, takde la jugak. Cuma rumah sedara2 kat sebelah mak je yg aku dah ziarah, mcm yg aku katakan.. raya pertama mmg ktorang beraya kat kampung mak. Tiap2 tahun mmg mcm ni. Makcik2 aku ni plak mmg jenis yg rajin buat dish sedap2, so mmg susah la nak tolak makan walau dah rasa kenyang sekali pun. Huhu, xpe bukan selalu boleh melantak besar2an mcm ni, hahah!!! (astaghfirullahalazim!!!).

Masa tgh beraya kat kampung mak td, berduyun2 msg masuk kat henpon aku. Ada msg ucapan la, msg tanya ada kat mana.. tak kurang msg dpd member yg nak ajak pegi beraya. Esok baru start gi beraya rumah member2 plak kot, tapi ptg ataupun mlm la.. sbb pagi tu masing2 takde kat rumah katanyer, gi beraya kat luar kawasan. Takpe la, at least boleh jgk aku extend masa tido pagi esok, takde la cpt mengantuk in case kne beraya smp lewat mlm.

Tapi rumah ktorg xde plak yg dtg beraya lg hari ni. Td mmg sunyi gler, aku dgn kakak ipar aku je yg layan gosip kat ruang tamu sambil tengok tv. Tunggu punya tunggu, kot2 ada budak2 yg dtg beraya, x jugak ada. Mmg bukan trend zaman skrg dah kot, ye lah.. family bdk2 skrg masing2 dah senang, sbb tu kekwat takmo gi beraya rumah org dah. Haih.. elakkan nanti masa raya takyah susah2 buat open house dah ye, cuti raya pegi vacation kat tepi pantai je dgn family sendiri.. *fensan!



2 komen seterusnya...

Foreigner yg biadap...

oleh sorensen pada 18 September 2009 dalam

Maaf kalau entry kali ni mengganggu mood beraya korang. Aku try bersabar, tapi mmg aku takleh blah dah. Bukan pertama kali sbnrnya aku encounter dgn mcm2 kerenah kurang sopan foreigner ni. Tapi yg berlaku kali ni cukup membuatkan aku marah. Aku risau sgt2 kalau lepas ni aku takkan hormat semua foreigner yg ada kat upm tu sbb bbrp org dpdnya sudah berjaya mencucuh api terhadap prinsip yg sudah lama aku pertahankan!

Isu ni bermula apabila terdapat segelintir international student UPM (aku rasa2 semuanya Iranian) telah mempersoalkan penggunaan bahasa melayu di dlm forum group UPM di facebook. Mmg dah lama sbnrnya aku nampak diorg (ada 4 org semuanya) dari dulu lagi asyik2 merungut/menyalak di dlm comment setiap announcement. Kalau group admin tu buat pengumuman dlm bahasa melayu je, mula la diorg nak bising2. Kalau dia setakat nak mintak admin tu translatekan announcement tu kpd english aku tak kisah. Ini tak, diorang siap persoalkan UPM tu international university, sepatutnya SEMUA BENDA NAK KENA TULIS DLM BAHASA INGGERIS. Melampau kan?

Aku bgtau diorang, jgn ingat sbb diorg bayar yuran pengajian kat upm tu, sume benda nak diubah mengikut keperluan diorg termasuk bahasa dan budaya. Yg sorg tu jawab, kata diorg cuma nak moderator tu tukar sume yg kat dlm group tu dlm bhs inggeris je, bukan nak tukar culture pun. Pastu dia kata lagi perubahan budaya kita mmg dah lama berlaku dan takde kaitan dgn diorg. Yg buat aku panas tu, boleh ke dia nak persoalkan pasal nama aku? Suruh aku cari kat google kononnya bagi aku sedar nama aku ni asal usulnya dari mana? Tak ke SIAL namanya tu?

Aku balas la balik. Aku kata, aku tak percaya niat kwn diorg yg bising2 tu cuma nak suruh moderator group tu tukar bahasa je kat dlm tu. Tapi sebenarnya mmg terang2an dia cuba nak melarang penggunaan bahasa melayu kat situ, hanya kerana segelintir dpd diorg tak faham apa yg budak2 kita bincangkan. Pastu yg sorg tu kata, aku ni bad international ppl sbb tak tau asal usul nama aku dari mana. Hahah, dia charot aku.. salah org ler. Nak tau aku kata apa?

"that's a BIG proof why i could tell that i'm NOT a bad international ppl, coz i'm very very proud to tell you that I've never felt insulted because my dad gave me whether an Arabian/Persian or Indian origin kinds of name. but i can't imagine how u guys would react if that happens to u, u guys might be barking like what u did here. in that case, i felt sorry for u guys =)"

ADA AKU KISAH KATA DIORANG MENYALAK? BAIK LAGI ANJING KAN DPD BABI? Sudahlah masuk tempat orang taknak belajar bahasa kat tempat tu, pastu bila org suruh respect dia boleh sentap org tu balik plak. HANJING!!!

Kalau kita belajar psl asal usul dan 'kematian' satu2 bahasa, barulah kita faham kenapa satu2 bahasa tu penting sebenarnya. Itu identiti setiap bangsa, sbb adanya bahasa tu la yg akan membezakan kita dpd komuniti2 lain di dunia ni. Bahasa itu la yang merapatkan jurang2 yg ada pd setiap rakyat malaysia. Kalau semua orang kat malaysia ni dah dipaksa2 cakap English, sape yg nak pakai bahasa melayu dah? Kalau suatu hari nanti, anak2 cucu kita nak cakap melayu pun dah pelat2 berterabur (mmg dah ada pun skrg nih!) sanggup ke korang still nak mengaku korang org melayu/malaysia? Elakkan nanti ada plak foreigner lain yg mintak ajar bahasa melayu, tapi korang tak boleh sbb grammar korang pun ke laut. Sanggup ke?

Aku ni jenis yg pegang teguh pd prinsip. Aku belajar course bahasa (bahasa inggeris plak tu) tapi bagi aku, menjaga bahasa ibunda kita satu tanggungjawab. Bukan sesuatu yg boleh dibuat main2 ye. Biar la crystal clear mcm mana pun proficiency bahasa inggeris kita, tetap takde sape2 pun layak mempersoalkan hak kita menggunakan bahasa kebangsaan di tanah air kita sendiri.

KO HENGAT PANDAI SANGAT KE ORANG IRAN CKP BAHASA INGGERIS? CUBA KO SPEAKING DGN ORANG2 IRAN SENDIRI KAT NEGARA KAU, NAK TENGOK KO KNE HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI KE TAK! ELAKKAN LA YE!!!! BERANGAN!!!!!!


4 komen seterusnya...

Trivia RAYA!

oleh sorensen pada 16 September 2009 dalam ,

Aku tertarik dengan apa yg ditulis oleh cik pzot @ endicLeo ttg rutin tahunan beliau berhari raya. Harus la kte masing2 ada experience unik dan tersendiri kan? Dan aku agak confident bahawa setiap tahun, kalau tak banyak pun mesti ada sikit perkara yg sama akan berlaku apabila menjelang je malam tujuh likur, sehinggalah ke pagi raya. So kalau tanya psl hari raya kat aku, inilah antara trivia2 yg berkaitan dgnnya!

  • Baju raya family aku biasanya disiapkan sekurang2nya tiga bulan sebelum raya, utk mengelakkan tempahan tukang jahit penuh dan taknak terima tempahan lagi.

  • Baju raya aku pd kebanyakan masa adalah berwarna gelap.

  • Takde istilah kasut raya dlm hidup aku. Utk raya aku cuma beli baju dan (kadang2) kain songket sahaja. Yelah, nak pegi beraya kan bukannya joging.

  • Beberapa perkara yg akan dipertanggungjawabkan kpd aku termasuklah mengelap tingkap, menyediakan pelita dan juga minyak tanah utk dituang ke dalamnya. Tapi sejak aku study ni, tpaksa la org lain yg replace 'jawatan2' tu.

  • Setiap tahun, aku akan membantu mak membuat kuih dpd proses pemilihan bahan2 sehinggalah mengadun bahan2 tersebut. Bila smp tahap memasak, aku serender :)

  • Aku dgn mak akan memastikan mentega yg digunakan utk membuat kek adalah dpd jenama Golden Churn sahaja. Mengubah peraturan tersebut mampu 'mengundang padah' kpd kualiti kek2 raya kami.

  • Satu lagi perkara yg boleh mengundang malapetaka kpd kuih2 raya kami adlh, campurtangan abg2 aku di dlm dapur.

  • Favourite dish aku sebelum pegi semayang raya adalah ketupat, rendang dan PEPSI. Ini juga applied pd ketika aku tak terbangun utk pegi semayang raya. Ahak.

  • Sudah menjadi tradisi family ktorg utk mengalami kekecohan pd pagi raya. Tidak kiralah sama ada kerana terbangun lewat, berebut bilik mandi, menggunakan seterika sehinggalah kpd mendengar bapak aku berleter di dlm kereta dlm perjalanan ke masjid. Meriahnya.

  • Jarak antara kampung bapak (rumah ktorang) dan mak aku adlh dlm 50km. Oleh yg demikian, pd hari raya pertama biasanya ktorg mmg takde kat rumah sbb balik kampung mak aku. Raya kedua baru ktorg jemput tetamu dtg rumah.

  • Aku tak ske pegi jemputan kenduri masa pagi raya. Bagi aku masa tu sepatutnya kita spend quality time bersama family kita, bkn family org lain.
  • Walaupun aku suka tengok kek2 lapis sarawak kat rumah org yg aku pegi, aku jarang memakannya.

  • Oh ya. Jari2 tangan sgt penting bg aku. Oleh itu, aku tak pernah main mercun walau sekali pun dari kecik sampai la skrg.
Itu la dia serba sedikit perkara yg akan terlintas dlm kepala aku kalau korang mention psl hari raya. Korang mcm mana? Walau apapun, bg aku benda2 tu semualah yg membuatkan kita tak sabar2 utk balik ke kampung setiap tahun.

Pesanan typical utk korang: Persiapan raya tiada maknanya kalau kita sendiri pun sudah tiada pd hari tersebut utk menyambutnya. So, elakkanlah pembaziran. Berhati2lah di jalan raya, ok! :)


5 komen seterusnya...

Lagi seminggu nak balik...

oleh sorensen pada 10 September 2009 dalam

Patutla aku dah start meroyan.. *ops

Hihih.. tahnye, tetiba semangat plak aku nak balik raya tahun ni. Nak kata sbb tak busy tu, sebenarnya busy la jugak. Cuma dlm minggu lepas dan minggu ni, kira banyak gakla keje2 yg dah diselesaikan. Walaupun, final year project aku tak sentuh pun lagi (sbb aku malas nak ingat kat muka encik walker yg tak hensem tu) tapi tu tak pernah menjejaskan spirit beraya aku.

Selain dpd kuih2 raya kat atas ni (yg bakal memenuhi 95% ruang luggage bag aku), aku ada beli mende lain gak utk mak. Cake mixer, yg mmg aku dah beli sebelum cuti H1N1 hari tu pun.. tapi tak sempat nak kemaskan masa tu sbb balik dlm keadaan tergopoh-gapah.. maka balik next week jela baru aku bleh bawak. Aku dah congak2 gak amende yg aku nak bawak utk balik ni.. sbb kalau silap bawak barang.. boleh pengsan aku. Sama ada pengsan kat kaunter penimbang luggage kat LCCT (sbb beg overweight) ataupun pengsan kat kl sentral (sbb beg berat sangat!!). So, kena la mengemas secara bijak dan berhemat :)

Life dlm minggu ni? Hmm.. biasa je, kan aku baru baik demam minggu lepas. Last weekend, aku bermalam kat rumah dbong kat damansara. Gathering la katanyer.. sume ada, termasuk angah dgn cousin dia skali dtg dpd johor semata2 utk berbuka puasa dgn ktorang. So far itu la gathering yg paling meriah yg ktorg pernah buat.. sbb ptg sabtu tu ktorg collect duit, dan jojo tempah bilik karaoke di redbox the curve berserta buffet utk berbuka puasa! Mmg meletop la idea2 diorg ni, berbaloi sbb rs seronok sgt2 ms tu.

Kat kolej ni plak, kadang2 aku bingung. Bukan psl pe, sbb dah jadi mcm tabiat aku ms ni selalu terlepas masa sahur. Pagi kelmarin mmg aku langsung tak sedar wpun dah set jam alarm. Pagi tadi aku stay up smp pukul 3 pagi, then terus sahur sbb kne bangun awal utk kelas pukul 8. Last2, tak terbangun pun! Aku try check balik alarm henfon aku kot2 rosak, mslhnya mmg berfungsi je mcm biasa. Penat sgt ke aku.. smp tido hibernate thp2 orang koma? Hish..

Kiranya masa ni tgh tunggu masa jela nak balik sebenarnya. Nasib baik dulu aku tempah tiket balik hari khamis (tiket dah tempah since april ye.. takut mahal) sbb suddenly hari tu dr. ain bgtau hari jumaat tu kelas cancel sbb dia tau ramai yg tak dtg dah sbb nak balik kampung.

Dr. ain? Arghhhh!!! Aku ada test history of english esok!! Jumpa lagi...!!!



6 komen seterusnya...

Aku kena denggi ker?

oleh sorensen pada 01 September 2009 dalam

Bintik-bintik merah yg merisaukan...

Sekarang ni musim2 org tgh risau psl demam. Kadang2 demam biasa pun boleh buat kita bimbang, walaupun sebelum2 ni kita bleh rilex2 je telan panadol pastu tido. Mcm tu la aku sejak minggu lepas. Dah biasa kena fever kan, so ingatkan dlm 2 hari boleh la sembuh kalau dah cukup rest dan makan ubat.

Tetiba, kulit aku ni plak buat saspen..

Tetiba semlm aku perasan, ada bintik2 merah tumbuh kat sekitar kedua pergelangan tangan aku. Rasa heran la, sbb yg aku tau fever2 biasa takde simptom bintik2 merah ni. Check2 anggota badan lain, wah.. kat paha kanan aku pun ada gak beberapa bintik tu. Aku start risau. Dan aku ni kalau risau, mula la bukak google. Pastu aku dapati simptom2 ni terdapat dlm gejala demam denggi yer. Aku apa lagi, mula la gelabah!

Hari ni aku nekad utk ke klinik. Dari hari tu dah 'dia' suh aku pegi, tapi aku ni degil. Mmg dr kecik2 dulu payah nak jumpa doktor.. membawak ke tua ni la perangai tu. Doktor tu check anak tekak dgn nadi, then tanya kot2 ada muntah dan cirit birit.. aku kata takde. Bila dia dh nak settle tu, aku tergerak la bgtau psl bintik2 merah ni. Sudahh.. dia suruh aku gi check darah pulak! Lagi la aku bertambah gelabah!!!

Tapi last skali bila result darah tu kuar, aku rs syukur sgt2 sbb aku cuma fever biasa aje.. BUKAN denggi pun. Yelah, sbg langkah berjaga2 kan. Mintak2 dijauhkan la penyakit2 pelik ni dpd aku, tak sanggup nak menanggung. Banyak lagi kerja2 lain yg aku kena selesaikan. Walaupun tetap dpt cuti sakit selama 2 hari yer :)



2 komen seterusnya...