Seminggu berpuasa..

oleh sorensen pada 30 Ogos 2009 dalam

Semalam dah genap seminggu berpuasa rupanya. Hmm.. lain sikit la puasa tahun ni aku rasa. Tak tau la knp, sbb rasanya lagi eventful berbanding dgn tahun lepas. Nak kata memenatkan sangat tu tak jugak, cuma agak banyak dugaan yg aku lalui sepanjang seminggu ni..

Tekak kering.. selalu teringat suasana kat oasis..

Bukan Oasis Foodcourt midvalley yer? huhu..

Masa hari pertama puasa hari tu, ya ampun.. mmg lapar giler. Still kejutan kot, sbb 1st day kan.. (mcm budak2 plak aku nih). Masuk hari kedua dah ok sikit. Cuma mslhnya puasa tahun ni mmg aku liat nak bangun sahur. Kalau kat rumah la agaknya, dah terpekik terlolong dah suara mak aku dari tingkat bawah tolong kejutkan. Maunye tak.. brp kali dlm minggu ni dah jadi. Imsak pkl 5.40, aku bangun 5.20! Kadang2 tak dengar bunyi alarm la, malas nak bangun la dan mcm2 lagi. Sbb tu dlm bbrp hari kebelakangan ni, aku cuma sempat bersahur dgn roti, biskut dan buttercake yg aku beli. Bukan takde budak yg bawak nasik sahur berlegar2 kat blok aku ni, mslhnya budak tu start jual pkl 4 smp 5 pagi jek. Aku sempat beli nasik skali je dgn dia hari tu.. haih.. apa la nasib.

Dlm dua hari ni plak tetiba aku demam. Dah tak dpt pegi kelas cak lempong semlm.. padahal rekod aku bersih b4 ni tau.. xpnh tuang kelas. Apa sbb tak tau ler, tetiba badan panas kat dlm.. rasa seram sejuk dan last2 kne mandi air panas dua hari berturut2. Tapi syukur alhamdulillah, setakat ni takde satu pun yg berjaya membuatkan aku pecah puasa. Mungkin tu semua ujian2 yg Allah nak bagi kat aku kot :)


2 komen seterusnya...

2 komen

  • Abe Min Beirut

    bila ingat oasis, teringat kat aku la kan?? hahahahha...

    kering tekak uolss bile dengar lagu2 arab di bulan2 puase nie...

  • sorensen

    ahak.. kejiii!!!

    kan.. yg paling penting, elakkan dgr lagu fadel shaker je bulan2 puasa nih. silap2 boleh masuk icu, tambah air aku dibuatnyer.. huhu.. huhu!!!