Belajar untuk menghargai...

oleh sorensen pada 20 Ogos 2009 dalam

Mungkin ada sesetengah perkara dalam entry ni yg agak sensitif dibincangkan, terutamanya bagi kawan2 yg mengenali aku secara in-person. Tapi aku rasa, xde salahnya aku berkongsi pendapat tentang perkara ni. Sbb ada sesetengah perkara yg kita perlu suarakan supaya org lain tahu apa yg kita rasa, sbb tak semua benda dalam fikiran kita ada dlm fikiran org lain pd masa yg sama. Kenapa tiba2 aku nak ckp psl benda ni? Sbb aku rasa ramai di kalangan org yg ada ataupun pernah ada di sekeliling aku yg tak menyedarinya. Maksudnya, ada kesedaran untuk menghargai sesuatu yg diorg dah pernah dapat. Mungkin benda ni applied pada aku juga, tapi buat masa ni biarlah aku luahkan apa yg aku rasa dpd apa yg aku lihat.

Beberapa hari lepas aku ada berborak dgn seorg kawan. Borak punya borak, terbuka cerita psl sorg lagi member ktorang yg dah xde lagi bersama ktorg masa ni sbb tak dpt lagi meneruskan pengajiannya. Dpd kawan yg sorang ni, barulah aku tau yg budak tu dulu merasa kesal sbb tak pernah serius dlm study dia, menyebabkan pengajiannya terpaksa ditamatkan. Aku geleng kepala, sbb aku ingat lagi masa dia kat sini dulu.. boleh dikira dgn jari brp kali je dia dtg kuliah dlm satu sem. Itu belum kira assignment yg dia xhtr lagi. Pendek kata sepjg pengajian tu, he did virtually nothing. Dan even smp skrg aku still rasa impressed sbb dulu dia boleh bertahan smp semester ke-3 dgn result tahap telur hujung tanduk tu.

Aku pernah rasa semua tu. Mksd aku, bukanlah sbb aku pernah diberhentikan pengajian dr universiti. Tapi dulu aku pernah quit dpd sebuah IPTA lain dgn sbb nak bertukar course, dan aku pnh menganggur selama setahun sementara tunggu offer study yg baru. Dari situ aku belajar, bahawa org2 kat dunia mmg sgt kejam pd kita kalau diorg nampak mcm ada smthg yg tak kena berlaku. Mcm2 yg org pnh tanya kat family aku, dan mostly mmg diorg ingat aku kena expell wpun ada certain yg cover soalan pd bapak aku dgn bertanya, "Anak kau tu dah grad ke, dia keje kat mana skrg ni?". Tapi aku tak salahkan diorg, sbb diorg mmg xtahu pun apa yg berlaku, dan bagi aku tak penting pun kalau diorg nak tau sbb loan pengajian aku bukan diorg yg bayar kan? Hikss..

Bila teringat pd perkara tu, aku sbnrnya mmg dah boleh agak ianya akan menimpa kwn ktorg yg sorang tu. Tapi siapalah aku nak bagi nasihat kat dia? Pada aku, kalau seseorg yg dh smp tahap jejak kaki ke universiti.. kte tak perlu ingatkan dia ttg perkara2 yg mcm ni. Dia bukannya tak pandai, seriously.. tapi mungkin pd masa tu dia rasa kedudukannya dah betul2 selamat sbb jarang yg masuk kat sini akan keluar dgn tangan kosong. Tapi apa rasanya, bila suatu hari dlm semester break ke-3 tu kau dimaklumkan bhw kau dah diberhentikan pengajian? Apa kau rasa?

Kita dtg ke sini bukan semata2 membawa beg pakaian dan jasad kita. Dengan menjejak kaki ke universiti, secara tak langsung sbnrnya kita membawa sekali masa depan, harapan keluarga, dan persepsi masyarakat terhadap mereka. Mulut orang kita tak boleh tutup, kalau kita tak berjaya kita tak boleh salahkan diorg sbb mengata sesuatu yg tak baik pd kita dan keluarga kita. Memang sakit, tapi kita kena terima. Mungkin itu tandanya kita belum cukup berusaha untuk berjaya. Bukan susah mana pun sebenarnya.

Buat kawan yg seorg tu, aku harap kau tabahkanla diri. Aku boleh nmpk sbnrnya kau sgt berkebolehan, tapi mungkin itu mmg ujian yg Tuhan nak bagi kat kau supaya menjadi manusia yg lebih baik pd masa depan. Pandai2lah cari peluang lain nanti, sbb tak ada yg akan dtg bergolek2 pd kita. Yg penting jgn biarkan attitude lama kau dulu berulang lagi. Kata org peluang dtg hanya sekali, tapi kalau ia dtg utk kali kedua maknanya Tuhan sayangkan kau. Hargailah ia sementara masih ada, sbb kita tak pernah tau kalau peluang ketiga masih ada utk kita.


2 komen seterusnya...

2 komen

  • Tanpa Nama

    memang patut bersyukur jkalau dapat peluang kali kedua?semua yg terjadi ada hikmah pengajaran yg perlu diambil.

    diluar sana ada lagi teruk dari kita....syukurlah pada yg maha esa