Menggambar di dalam gelap TANPA flash!

oleh sorensen pada 08 Ogos 2009 dalam

Teknologi terbaru penemuan Dilip Krishnan dan Rob Fergus dari New York University, membuktikan bahawa kamera konvensional yang mempunyai lampu flash tampak mungkin mengakhiri zamannya tidak lama lagi. Dikenali sebagai "dark light flash photography", teknologi ini menggunakan gelombang cahaya melangkaui lingkungan penglihatan manusia, dengan bantuan perisian khas serta algoritma untuk menghasilkan imej berkualiti. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa kamera tidak lagi memerlukan cahaya untuk membolehkannya merakam gambar di dalam gelap.

Imej yang diambil menggunakan 'dark flash' hakikatnya tidak menepati warna-warna yang boleh dilihat oleh mata manusia. Imej yang dihasilkan adalah seakan-akan kehijauan dengan efek monochrome sebagaimana imej yang diambil menggunakan fungsi night vision. Oleh yang demikian, dua imej akan diambil berturut-turut dalam masa yang sangat pantas; satu dirakam dengan 'dark flash spectrum', manakala satu lagi dengan 'ambient light frequencies' yang mana mempunyai cahaya yang terletak dalam lingkungan tampak.

Imej-imej ini kemudiannya akan diproses melalui algoritma khas untuk melihat sama ada keduanya mempunyai perbezaan korelasi. Herotan dalam imej-imej tersebut kemudiannya boleh diperbaiki, dan menjadikannya berkualiti hampir sama dengan gambar dedahan lama.

Proses-proses mengambil dan memperbaiki kualiti gambar

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com



Comments seterusnya...