H1N1 - Wabak HARAMJADAH!

oleh sorensen pada 29 Julai 2009 dalam

BABI!!! *ops

Sialnya wabak ni.. dan yg menambahkan kesialannya adalah apabila ada sesetengah golongan yg mendapat simptom penyakit ini tapi tak mengambil kisah. Dan kesudahannya? Dia menyusahkan orang lain yang langsung takde sangkut paut langsung dgn penyakit tu! Kau kena wabak tu? Kau sakit? Kau nak mampos? AKU PEDULI APA!!! Yg aku tau, kau memang BODOH sebab kaulah yang menyusahkan ktorg budak2 UPM ni sebab kau BUTA, tak tau RETI dan SIAL!!!

Aku tak pernah sangka yg wabak ni akan memberi kesan direct, dan membuatkan hidup aku begitu eventful dan sangat luar biasa pada hari ni. Tengah syok2 duk dlm kelas dgr kuliah, tetiba member2 yg baru masuk kelas bgtau UPM akan ditutup bermula 29 Julai hingga 4 Ogos sbb dah ada 4 org dr sini yg terkena wabak tu. Mula2 tu aku tak kisah sgt, sbb aku ingat tutup yg dimaksudkan tu sekadar tutup biasa dan tak mengganggu struktur hari perkuliahan, cuti pertengahan semester ataupun penginapan di kolej. Tengok2? Hadooo!!! Tutup tu maksudnya cuti pertengahan semester akan dibuat lebih awal, student dihalau keluar dr kawasan kampus selama seminggu dan ia berkuatkuasa mulai 12 tgh malam hari yg sama!!!

Celaka kan? Kalau rumah aku setakat boleh pegi naik bas transnasional ke, naik komuter ke ataupun even naik teksi ke aku tak kisah. Masalahnya? Kaaannnnn.. aku kne naik flite! Maka lepas selesai kelas pd pukul 4 petang, tergocoh-gocohlah aku mcm orang gila bergegas ke kl sentral sbb nak settle mslh flite. Yg teruknya, sbb aku dah book flite utk balik cuti 15 ogos nanti! Harga tiket tu asalnya RM248, tapi disebabkan pembawak kuman selesema babi yang berperangai mcm HANJENG tu aku terpaksa bayar caj perubahan tarikh tiket berjumlah RM234!!! Ironik kan, virus tu dan pembawaknya mempunyai satu persamaan iaitu kedua2nya dpd golongan NAJIS MUGHALLAZAH TU!!!

Benda ni tak sepatutnya terjadi. Amaran dah dikeluarkan di sana sini semenjak berbulan2 lamanya, tapi kenapa sesetengah dpd kita rakyat malaysia ni yg BAHLOL sangat sampai tak reti nak menjaga kesihatan diri sendiri? Aku tak kesah, kau nak telan binatang tu pun kau telan la kalau mmg dah ko taste sangat kan? Tapi mintak tolong kau satu benda boleh tak? Kau berhenti menyusahkan orang lain yang takde sangkut paut dgn menatang tu, dan yg paling penting kalau kau rasa kau dah mula rasa ada simptom tu kau pegi la buat medical check up. Susah sangat ke? Ke kau memang ditakdirkan lahir utk menyusahkan orang? BAHLOL!

Kerja2 semua tertangguh. Presentation dibatalkan. Kelas2 kne ganti. Finishing school pun kena tunda. Dan semua tu nanti akan memberi kesan pd bulan puasa yg akan menjelang tak lama lagi. Wahai korang pembawak wabak yg tak reti bahasa.. SEKARANG KORANG TAU TAK KENAPA KORANG BODOH DAN SIAL???



Comments seterusnya...

Belasungkawa: Yasmin Ahmad (1958-2009)

oleh sorensen pada 27 Julai 2009 dalam ,

Mungkin ada di antara kita yg tak pernah kenal dgn pengarah filem yg satu ni.. atau mungkin juga ada yg pernah mendengar namanya tapi tak tahu siapa orangnya. Dialah Yasmin Ahmad. Ya, pengarah filem berbakat dan dikagumi ramai golongan, dan dia baru sahaja meninggal dunia dua hari yang lalu.

Mulanya dulu, aku sebenarnya kurang senang dengan sesetengah karya Yasmin Ahmad ni. Sbb bagi aku karya-karya dia; tak kiralah sama ada filem ataupun iklan, kerap menimbulkan kontroversi2 baru dan kebanyakannya menyentuh tentang aspek perpaduan. Tapi bila dah banyak melihat karya dia, aku jadi seronok pula. Sbb idea2 yg dia ketengahkan kebanyakannya tak pernah ditonjolkan oleh pengarah filem yang lain. Paling excited skali bila musim perayaan. Aku tau bukan aku sorang je yg menunggu iklan terbaru arahannya setiap kali hari raya, tahun baru cina dan perayaan2 lain bakal menjelang. Sbb semuanya unik, dan sbg penggemar bidang sinematografi aku sgt kagum dgn mutu audio visual setiap karyanya.

Tak tau la kenapa, bila dengar berita dia dah meninggal dunia.. tiba2 hati rasa sunyi sangat. Sbb aku tau pada hari raya yang akan datang nanti, tak mungkin ada lagi hasil tangannya utk kita semua hayati.

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad, penglipurlara kesayangan rakyat Malaysia.

Sedikit biodata Yasmin Ahmad:

PROFIL
Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit: 2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM '75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel: 2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga:
Bapa - Ahmad Hashim
Ibu - Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

(dipetik daripada Mstar Online)


5 komen seterusnya...

Dari Hati Seorang Teman

oleh sorensen pada 21 Julai 2009 dalam

Sahabat itu bagaikan dian
Kerana dia kau tak bersendirian
Sahabat setia sanggup berkorban
Semuanya atas nama keikhlasan.

Bila sahabat mengukir janji
Jaranglah ia akan mungkiri
Tiada teman akan musuhi
Andai engkau menjaga hati.

Taat sahabat tak mesti patuh
Umpama berlari kalanya jatuh
Biar ada ketika bergaduh
Kawan tak pernah menjadi musuh.

Sahabat dusta berubah laku
Umpama mancis di dalam baju
Dia terbakar kerana kamu
Namun engkau tunduk membisu.

Kala percaya sudah diperjudi
Teman yang mulia akhirnya lari
Tinggallah engkau seorang diri
Meniti usia menghitung hari.

MGB, 21 Julai '09.


4 komen seterusnya...

Kehilangan MyKad...

oleh sorensen pada 13 Julai 2009 dalam

Memang bukan perasaan yg selesa bila menyedari satu2nya dokumen peribadi yg mampu mengesahkan status kewarganegaraan korang, hilang dpd simpanan. Itulah nasib aku. Tak tau di mana silapnya, tetiba je aku sedar IC aku dah takde. Haih, still teringat lagi masa aku check-in kat airport sibu mgu lepas.. itu la kali terakhir aku tengok benda tu kat tangan aku. Mungkin tercicir lepas check in atau masa dah sampai kat LCCT, tak sure plak aku.

Nak buat mcm mana kan, benda dah nak jadi. So terpaksa la jugak aku apply yg baru nye. Bukan senang jugak, sbb kena buat police report segala mcm utk melancarkan proses permohonan kad baru. Kalau ikutkan, bayaran yg dikenakan utk kehilangan kali pertama adalah RM110.. tapi disebabkan aku student, JPN bagi kelonggaran utk membayar sebyk RM60 je. So lepas apply tadi aku terus tanya bila boleh siap, diorg kata dlm masa 3 minggu. Hmm.. boleh la tahan gak cepatnya, wpun kalau aku terus buat kat HQ di Putrajaya boleh siap dlm tempoh 24 jam.

Lega gak, sbb mmg hari tu niat aku nak buat IC baru pun walaupun yg lama tu tak hilang. Bukan apa, sbb aku rasa cip IC lama aku tu dh rosak.. sbb dulu masa aku nak kuar duit pakai buku kat BSN, kerani kaunter tu kata IC aku takleh detect masa dia scan. Lagi satu, mmg ada kesilapan pd alamat yg ada pd kad tu. So masa apply yg baru tadi, aku terus suruh diorg betulkan.

Cuma yg aku risau skrg ni, aku xtau IC lama tu ada kat mana sekarang. Takut sgt, sbb dah mcm2 kes penipuan yg aku dgr berlaku disebabkan kehilangan IC ni. Menipu ms rompakanlah, menipu ms register akaun henfon postpaid dan mcm2 lagilah. Harap2 sgt yg terjumpa tu dpd jenis bertimbangrasa. Kalau taknak pulangkan pun, tolong la aku musnahkan mende tu dgn sebarang cara.. supaya takde pape yg buruk berlaku pd aku pada masa akan dtg.



Comments seterusnya...

Maybankard Visa Debit - Kini Online!

oleh sorensen pada 10 Julai 2009 dalam

Kepada para pemegang kad ATM Maybank seperti yg ditunjukkan kat atas ni, ada berita gembira utk korang. Utk pengetahuan, sekarang ni Maybankard Visa Debit ni telahpun dibuka utk transaksi online. Maknanya, fungsi kad ni sekarang bolehlah disamakan dgn kad kredit yang mana jumlah wang yang ada di dalam akaun Maybank2u korang merupakan jumlah kreditnya :)

Aku dpt kad ni masa register akaun Maybank dlm pertengahan tahun 2008. Niat mula2 cuma disebabkan nak guna Maybank2u je, tapi memandangkan masa tu kad ni pun baru beberapa bulan diperkenalkan, aku pun try je apply terus. Sbb kalau buka akaun baru, bleh apply free je.. tapi kalau nak upgrade dpd kad ATM biasa kpd kad ni kena bayar RM12. Mula2 dulu aku ingat memang ianya dah online enabled mcm Public Bank Visa Debit dan kad2 debit dpd bank lain. Malangnya, masa tu belum lagi. Dan baru2 ni aku baru je apply kad debit Public Bank tu.. sbb nak aktifkan akaun PayPal. Ok je, cuma yg tak brp best sbb ada annual fee sebanyak RM24 lah..

Tapi skrg ni rasa lega sgt2.. sbb akhirnya Maybankard Visa Debit ni dah pun membuka fungsi yang dah lama dinanti2kan oleh penggunanya. Rasa impressed sgt sbb pemegang akaun Maybank ramai, dan kad ATM ni pula mampu berfungsi secara online sbg kad debit dan mempunyai talian terus dgn akaun bank, sama seperti kad debit bank Al Rajhi. Lepas ni, pasti semakin ramai yg mampu menikmati transaksi online melalui PayPal dgn lebih mudah dan murah, sebab tak perlu IBG dpd Maybank2u ke akaun bank lain lagi mcm sebelum ni :)

Untuk panduan cara2 pengaktifan online Maybankard Visa Debit, klik sini.
Untuk senarai FAQ tentang
pengaktifan online Maybankard Visa Debit, klik sini.


Comments seterusnya...

Semester baru, malapetaka baru...

oleh sorensen pada 07 Julai 2009 dalam

Buku terbitan unit kenderaan UPM. Makin melampau!

Aku cuma seorg student biasa yg langsung tak terlibat dgn politik kampus yer. Ingin aku tegaskan di sini, sebarang jenis komplen yg aku pernah citer kat dlm blog ni takde kena mengena langsung dgn apa jua pengaruh dpd kumpulan2 tertentu.. sebaliknya inilah realiti yg aku hadapi sebagai seorg student setiap hari, bersama beribu2 lagi teman siswa siswi lain yg turut mengikuti pengajian di sini. Panasnya hati aku hari ni, dan aku yakin bukan aku sorang je student yg tak puas hati dgn keadaan ni. Aku rasa sepanjang aku pnh study kat sini, xpnh sekalipun fenomena pengangkutan bas UPM berlaku seteruk ni. Dan aku yakin ianya sememangnya berlaku disebabkan adanya sesetengah manusia yg tak tahu membuat kerja dan makan gaji buta sehingga menyusahkan manusia lain yg membantu membayar gaji mereka! Aku berani jamin, xde sorang pun staf yg keje kat unit kenderaan tu pernah rasa sendiri pengalaman naik bas UPM yg sesak nauzubillah tu.. dan hasilnya? Ya! Sebuah jadual perkhidmatan bas yg sangat "tersusun dan sistematik" tapi HANJING punya TAK LOGIK!!!

Jadual baru yg sangat "sistematik"

Tadi aku ternampak selonggok buku bertajuk "Perkhidmatan Bas Kampus UPM" kat bawah blok. Dgn penuh tanda tanya aku pun buka dan baca buku tu, dan serta merta terjawab persoalan ttg kelembapan perkhidmatan bas UPM sejak dua hari ni. Rupa2nya sudah dibuat penjadualan baru yg perlu diikuti oleh para pemandu bas, dan jadual itulah titik permulaan kepada malapetaka baru yg akan melanda ktorg utk sem ni (dan mungkin hingga sem2 akan datang). Aku cuma mampu berdoa semoga Allah mengampunkan dosa penulis dan penggubal jadual baru tu, sekiranya berlaku sebarang perkara buruk pada kami akibat kerja diorg semasa bulan Ramadhan nanti!

Teori hanjing yg pertama: Secara teorinya, jadual tu mmg nampak sgt "baik hati" sbb kelihatan seperti memberi manfaat "sama rata" antara student dgn pemandu bas. Sama rata ke? Pale hotak korang! Dalam pada jumlah beribu2 student yg sgt memerlukan punctuality sgt tinggi utk hadir ke kuliah kat sini, nmpknya driver bas lebih ditakuti apabila dilihat dlm masa sejam, diorg diberi masa rehat setiap 20 minit sekali. Pulak tu, tgh hari bas akan berhenti berjalan pd pukul 11.20 pagi dan cuma bergerak semula pd pukul 1 tgh hari! Matlamat yg hendak dicapai adalah agar student yg hendak pergi ke kuliah mesti sampai sekurang2nya sejam sebelum kuliah dan mencapap di dalam lecture hall tak buat apa2 pada pukul 7 pagi, dan perkara yg sama utk yg ada kelas pd pukul 12 tgh hari. Wah best2!!!

Realiti hanjing yg pertama: Mungkin tidak seorang pun staf unit kenderaan yg sedar bhw bas itu bukanlah sepanjang ktm komuter yg mampu membawa semua student one go pd satu2 masa. Bila masa perjalanan dah ditentukan, secara automatik bas akan berhenti bergerak walaupun para student masih lagi berasak2 pd jam 7.40 pagi kerana kekurangan ruang di dalam bas, dan atas faktor inilah mereka gagal hadir ke kuliah pada masa yg ditetapkan! Utk yg ada kelas petang dan malam pulak, lagi teruk. Sbb bas akan berhenti pd pukul 5.20 ptg dan cuma berjalan semula pd pukul 7. Pernah tengok sendiri tak mcm mana budak2 berkumpul nak balik dan turun ke kampus dlm masa hampir 2 jam tu, wahai staf unit kenderaan yg bijaksana? At this point, korang rs korang cukup hanjing x? Nop, belum lagi. Teruskan membaca ok?

Teori hanjing kedua: Dalam seksyen E peraturan penggunaan perkhidmatan bas kampus UPM, ada dinyatakan bahawa "pelajar yang terlewat dinasihatkan supaya mendapatkan kemudahan sendiri pengangkutan lain seperti perkhidmatan teksi dan sebagainya sekiranya ingin ke kampus." Apa yg dinyatakan dlm teori ini adalah, pihak unit kenderaan tak kisah pun kalau student dah membayar RM75 per semester utk menggunakan perkhidmatan bas, sbb masa bayar yuran tu para student tak perlu pun sign apa2 perjanjian yg membolehkan mereka mendakwa unit kenderaan sekiranya berlaku apa2 masalah yg diakibatkan oleh kesilapan kerja gaji buta diorang tu. Kesimpulannya, nak bayar yuran tu dialu-alukan.. tapi kalau bas tu nak campak korang dlm longkang sekalipun lantak korangla diorg peduli apa!

Realiti hanjing kedua: Takde satu pun cara yg mudah utk mendapatkan kenderaan lain utk bergerak dlm kampus ni. Nak apply sticker kenderaan akan makan masa berminggu2, dan itupun setelah korang berjaya melepasi halangan bertekak dgn unit keselamatan dan mendapatkan tandatangan pengesahan tertentu, yg membuktikan bahawa korang sudah cukup umur utk membawa motosikal dan kereta di dalam kampus. Dan yg paling buat aku tergelak, diorg suruh naik teksi. Itu bukti kehanjingan terbesar korang, sbb hakikatnya MANA ADA TEKSI LALU DLM ZON KEDIAMAN PELAJAR UPM NI!!!

Teori hanjing ketiga: Aku dgr sendiri pakcik driver bas bercerita kat dlm bas ms balik tadi, tentang apa yg berlaku skrg ni.. dan wpun sukar utk menerimanya, hakikatnya masalah kali ni bukanlah berpunca dpd pemandu bas. Sbb diorg nasihatkan student2 utk mengadu pd MPP sekiranya ada mslh dgn sistem baru yg dilaksanakan ni.

Realiti hanjing ketiga: Aku tak terfikir langsung ttg keberkesanan mengadu pd MPP, sbb jarang sekali ianya akan diselesaikan dgn cepat sbb prosedur MPP sebelum sbrg tindakan adalah dgn mendengar aduan dpd banyak pihak sebelum mengambil tindakan, dan aku yakin sepanjang masa tu mungkin ada sesuatu yg buruk akan berlaku disebabkan kelembapan perkhidmatan bas ini.

Inilah nasib kami sbg student, ramai yg dengki melihat pelbagai keistimewaan yg ada pd kami tapi cuba kira berapa kerat je yg akan benar2 mendengar sekiranya mslh seumpama ini terjadi? Perkhidmatan bas sem lepas sebenarnya dah jauh improve berbanding sebelum tu, tapi kenapa asyik2 ada je halangan baru utk kami mendapatkan perkhidmatan yg baik di dalam kampus? Kami adalah student, dan student adalah nadi kampus ini. Macam mana kami nak membina kepercayaan pd pihak universiti sekiranya masalah lama tidak selesai, dan masalah yg tiada sebelum ini pula diada2kan? Fikir-fikirkanlah...



10 komen seterusnya...

It's time to leave...

oleh sorensen pada 04 Julai 2009 dalam

Ini hari last aku kat kampung lps lebih 2 bulan cuti sem.. esok dah bertolak ke kl balik pkai flite pkl 1.20 tgh hari. Bercampur2 sbnrnya prsn aku ni.. ada gak rasa hepi, rasa malas, rasa takut pun ada bila mengenangkan sem yg aku akan lalui bermula hari isnin ni. Nervous la bila dah menjejak ke final year ni, sbb tinggal 2 sem je lagi sebelum tamat pengajian aku kat upm. Aku harap2 sgt takde pape yg spoil result aku di last2 minute pengajian ni, dan hopefully dpt la kiranya pointer aku naik ke tahap lebih membanggakan pada sem akan dtg..

Sabar ye rambutku, jgn gugur lagi. Kembalinya kita ke sana esok hari, ada cabaran baru yg perlu ditempuhi.


3 komen seterusnya...