Si Pejuang Setia Yang Rebah

oleh sorensen pada 21 April 2009 dalam

Si Pejuang Setia Yang Rebah

Hari ini pejuang setia itu rebah
Bukan rebah kerana musuhnya
Tapi rebah kerana setia cintanya

Betapa ia jujur dengan kesetiaannya
Betapa ia setia pada kejujurannya
Betapa ikhlas ia untuk cintanya
Namun itu diterimanya bagai barang mainan
murah dikaki lima
Sewenangnya pula di perbudakkan

Dengan ngilu ia cuba bangkit
Sambil tersenyum akan bodoh sendiri
Lalu fikir mencerna silap peribadi

Kini si pejuang setia sedar
Bahawa setianya hinggap pada daun keladi
Kerana jujurnya bertenggek pada ranting berduri
Dan ikhlasnya diletakkan pada pohon tinggi

Perlahan si pejuang setia berdiri
Serta taslim berdiskusi dihamparan sejadah diri
Bergema satu suara berbisik ke telinga dan berkata;
Setiamu harus pada yang Maha Mengasihi
Jujurmu hendaklah pada yang Maha Menyanyangi
Ikhlasmu wajib untuk yang Maha Mengampuni

Bangkit si pejung setia terus ia bernyanyi;
Kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakerawala
Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata

Segera melangkah di bawah mendung hari
Bersama kenangan yang pasti
Rahmat dari Ilahi.

(Credits to: wezzzeli)


Comments seterusnya...