Bermalam kat rumah omar...

oleh sorensen pada 11 Ogos 2008 dalam ,

Petang semalam aku baru balik ke kolej lepas bermalam kat rumah omar, malam kelmarin. Mulanya cadang nak kuar hari sabtu tu sebab nak tengok citer susuk je, tapi memandangkan citer tu mula lewat dan aku pun malas nak berebut naik tren mcm org gila di petang hari, so aku decide la tdo kat rumah omar je. Ktorg tengok citer susuk tu kat pavilion pkl 5 ptg.. best gak la citernya cuma mungkin kne bagi tumpuan cket masa tengok sbb jalan ceritanya agak complicated.

Malam tu plak.. housemate omar nama paan ajak ktorang kuar lagi.. saje jalan2 cuci mata katanya. Malam tu lepas makan ktorg pegi ke downtown.. pasar malam yg popular kat kl ni, tak jauh dpd area rumah diorg.. pukul 2 pagi dok penuh lagi org kat situ. Omar pegi urut kaki, so sementara tgu tu aku, abg bob dgn paan tengok2 barang yg dijual kat situ.. balik tu aku ngantuk sgt terus tertido..

Semalam plak ktorang g hantar member omar pegi pudu, sbb nak balik ke melaka. Dia pun bermalam skali kat rumah omar mlm sebelum tu.. so lepas hantar dia tu ktorang g kl sentral je.. sbb nak makan. Cuma kat kl sentral tu ada something yg membengangkan aku, sbb kad touch'n'go aku tetiba bermasalah plak.. takleh pakai. Masalahnya bermula sbb hari sabtu lepas aku dah ter'scan' kad tu dkt mesin touch'n'go yg rosak dkt bandar tasik selatan.. so kad tu kne block la. Bila bawak g kaunter hub dkt kl sentral, org tu kata kne bawak pg ofis besar kalau nak refund (refund ok.. sbb duit baki aku dlm tu ala2 kne tarik kejap bila kad bermasalah). Aku call touch'n'go nyer call centre dia kata boleh settle kat kl sentral je.. cuma masa tu belum boleh sbb sistem tutup, hujung minggu katanyer. Tension..

Ape lagi ek.. ha'ah.. masa kat sentral tu aku beli kek secret recipe.. tapi bila sampai kat bilik dah cair.. makan jela nak wat cmne..

*takde gambar la posting ni.. xde mood nak amik huhuh!


3 komen seterusnya...

3 komen