Sebulan di K12...

oleh sorensen pada 09 Ogos 2008 dalam

Hmm... dah sebulan aku duk kat kolej ni rupanya... terus terang aku katakan semenjak aku duk kat sini, fikiran aku tenang sangat.. walaupun dlm keadaan sibuk mcm skrg ni, aku dpt rasa perasaan tension tu akan hilang sebaik saja aku pulang ke kolej. Tenteramnya... takde sape pun ganggu hidup aku kat sini. Walaupun tak dinafikan sekali sekala aku mmg teringat kat kawan2 baik kat kolej lama.. tapi setiap kali tu aku akan kuatkan semangat. Lagipun, hakikatnya aku ni mmg jenis yg rilex je dok sorang2.. sbb kat rumah aku mmg biasa sorang2 diri takde sape pun yg teman.. so perkara ni bukan masalah besar bagi aku.. tak tau la kalau org lain. Kalau ada problem pun mungkin satu ni je, iaitu susah nak buat group work sbb kebanyakan coursemate aku mmg tinggal kat sana lagi. Tapi tu small matter lah.. setakat ni bleh settle lagi walaupun duk agak jauh dpd diorg.

Kadang2 aku rasa bersalah gak kat dabong dgn kawan2 yg lain, sbb setakat ni cuma sekali je aku dtg jumpa diorg kat sana.. itu pun masa aku nak ambik barang2 aku kat situ. Aku mintak maaf sgt kat korang dabong.. aku mmg tak boleh nak jejak blok pintar lagi.. sekurang-kurangnya buat masa ni. Aku tak sanggup nak tengok muka2 senior geng2 1st floor yg aku benci, dgn adi bekas ketua blok pengampu dan felo blok yg pendengki mcm sial tu. Kalau korang nak tau, diorang tu la yg menjadi kekesalan aku sampai skrg ni kerana ditakdirkan tinggal kat kolej tu selama hampir setahun. Tuhan mungkin taknak biarkan ko dgr lagu arab sorang2 dabong, sbb tu dia hantar aku sekejap kat sana supaya kita dpt jadi kawan. Bila tu dah berlaku dia letakkan aku kat tempat lain plak.. sbb dia tau kita takkan putus kawan kan? Bersyukurnya aku dpt kawan2 mcm korang...

USB TV card.. mende yg aku xpnh terfikir nak beli

Aku sentiasa cuba mengatasi masalah kesunyian aku ni dari semasa ke semasa.. well, of course la utk mengelakkan gejala tekanan mental yg tak diingini kan. Dan.. aku rasa aku boleh mengatasinya dgn menonton TV.. sbb kat rumah mmg itu pun aktiviti rutin aku kalau takde keje. Oleh sbb tu, aku beli la mende kat atas tu.. dlm 3 minggu lepas rasanya.. tapi cuma dpt digunakan dlm minggu ni sbb aku baru beli outdoor antena. Lebih rm200 jugakla duit aku melayang sbb mende2 ni semua. Tapi berbaloi la, best plak aku rasa dpt tengok tv dlm keadaan mcm ni. Pd kebanyakan masa aku tak rasa mcm bersendirian langsung, especially bila nordin dgn shahrul pun selalu naik ke bilik aku.

Walau apapun tanggapan bdk2 lain ttg decision aku pindah kat sini, aku terima je.. sekurang-kurangnya bila dh tinggal kat sini, aku boleh jadi diri sendiri..



2 komen seterusnya...

2 komen

  • dabong

    huhu... ko wat aku sedey bace blog ko... hmm, rindu nak borak story2 ngn ko dow... aku xde tempat nak luah n becerita skang