uSPOT@UPM - Kenapa mcm ni?

oleh sorensen pada 24 Julai 2008 dalam ,

Sebelum memulakan entry ni, terlebih dahulu aku nak minta maaf sgt2 pada pihak pengurusan uSPOT@UPM kerana terpaksa meluahkan rasa "ketidak-syukuran" terhadap sistem wireless "percuma" yg baru diperkenalkan ni. Bukan apa, setelah beberapa minggu menggunakan sistem percubaan uSPOT ni, aku rasa apa yg digembar-gemburkan masa roadshow uSPOT hari tu tidak relevan dgn apa yg kami dapat dpd perkhidmatan ni. Semuanya sudah dilakukan; beratur panjang utk mendapatkan user id, menerima hakikat bahawa ia hanya dpt digunakan selama 40 jam seminggu, dan itupun hanya sehingga jam 1 pagi setiap hari, tapi perkhidmatannya masih tidak sempurna.. maksud aku, sgt teruk.

Pd pendapat aku, berkongsi satu connection 45mbps dgn lebih 22,000 org pelajar yg ada dlm universiti ni bukanlah satu idea yg paling bijak aku pernah jumpa. Namun demikian, aku tetap rasa ada sesuatu yg tak kena dgn perkhidmatan ni. Semester lepas, masa ia baru diperkenalkan (masa tu dikenali dgn nama hotspot@upm) tidak pula sambungannya teruk spt sekarang. Kawalan apa lagi yg tidak kami ketahui disebalik semua ni? Perkhidmatan ini mungkin "percuma" (yg mungkin bermaksud pihak uSPOT tidak mendapat sebarang "bahagian" daripada yuran pengajian yg telah dibayar) namun pada satu segi fikirlah tentang kebajikan kami. Apa gunanya sambungan internet yg ada sekiranya pd kebanyakan masa ia tidak dapat digunakan? Sudahlah sambungan lembab, dikawal pula sehingga jam 1 pagi. Relevankah semua ni kepada pelajar universiti, yg mana ada sesetengahnya hanya mampu membuat assignment pd 2 pagi kerana lambakan kerja yg terlalu banyak?

Ya, setelah membaca akhir perenggan di atas, mungkin ada sesetengah pihak pengurusan uSPOT yg mula ketawa. "Apa sgt lah kerja yg korang nak buat tu, banyak sgt mcm kitorang yg memang dah bekerja ni?". Sekiranya ada yg cuba berfikiran mcm tu, fikirlah sekali lagi. Hakikatnya kami adalah pelajar di sini, dan kemampuan kami utk mendapatkan sesuatu mungkin sgt berbeza dpd golongan yg sudah berpendapatan tetap (bergerak sebebasnya kerana sudah berkenderaan dan mampu memasang streamyx kerana tinggal di kediaman sendiri). Maknanya, masa kami amat terhad untuk bergerak ke sana ke mari dlm keadaan keluasan UPM yg sgt besar ni, di samping tidak mempunyai kelebihan utk mengakses sambungan bermutu tinggi kerana tidak boleh (bukan tidak mampu) mendapatkan talian fixline. Ketika roadshow, kami diberitahu bahawa purata keputusan pelajar pada semester ini akan menentukan kualiti perkhidmatan uSPOT pd masa yg akan datang. Kenapa tak fikir dari aspek yg berlawanan?

Kebanyakan dpd kami mungkin tidak kisah membayar sedikit yuran sekiranya itu boleh membantu mengurangkan restriction dan meningkatkan kualiti perkhidmatan ini. Demi pelajaran, kami sanggup lakukan apa sahaja. Kalau tidak, masakan kami sanggup belajar di universiti ini wpun yurannya adalah yg kedua termahal antara semua IPTA di seluruh malaysia?



12 komen seterusnya...

12 komen

  • SoReNsEn

    yup, ni la mslh yg sebenarnya.. wireless broadband lagi la takleh pakai.. pasang telefon fixedline kang kne buang universiti plak.. tak pasal2 je.. huhuh..

  • fiez

    mmg brani komen ko ni... tp ak mmg sokong 100%. ak kalu siang2 ni mmg bz, so mlm jela wak2 utk ak on9... bdasarkn pe yg ak observe, internet time sem lps yg dknali hotspot@upm mmg lg laju bbrbanding yg skrg...

  • SoReNsEn

    mulai hari ni, akaun guest akan ditamatkan. korang bayangkanla dgn speed yg mcm skrg ni, dlm masa 40 jam seminggu apa je yg kita boleh buat.. nak bukak email pun amik masa 10 minit baru bleh login.. ada diorg pikir?

  • Tanpa Nama

    heh
    -aku pn mle2 pikir mcm ko gak
    -40 jam mane cukup nak gune kan
    -tp baki yg aku pkai mggu ni,
    -ade lg 33 jam
    -so aku rase la kn,
    -ckup kot kalo stakat nak carik maklumat

  • SoReNsEn

    masa 40 jam tu bukan masalah bagi aku.. cuma yg aku paling xdpt terima diorang nak buat connection tu setakat pukul 1.. alhamdulillah, setakat diorg lum start buat lagi. kalau dh buat nanti xtau la apa nak jadi..

  • Tak berani letak nama....

    salam... bagus pandangan ni... cuma sebagai student kita kena brani suarakan pendapat kita ikut saluran yang betul... fight for ur right... apa nk takut kalo kita tak salah... mungkin input ini sangat berguna...

    cuma ada beberapa perkara yang kita kna renungkan... ak just bagi hint jek...

    1. aku dl slalu xpuas hati dgn mak n ayah aku... nk main pon xleh kna blajar... kena paksa... wat tu xleh... wat ni xleh... xpuas hati... tp bila dah keluar dari pemikiran kebudak-budakan tu... baru aku sedar kebaikan tindakan mak n ayah buat tu... sesungguhnya mereka lebih berpengalaman dan tahu apa yang terbaik utk kita...

    2. di mana bumi dipijak... disitu langit dijunjung.... sebagai mahasiswa yg versatil kita harus pandai sesuaikan diri kita dgn keadaan... bukan cuba merubah keadaan mengikut keprluan diri kita.... kalo ikutkan senior dulu2 pon xde line internet tp blh success ncemerlang dlm akedemik n ko kurikulum...

    bersama kita kaji... kata research univ... anyway gd job sorensen... anda ada keberanian utk luahkannya di sini berbanding org lain yang hanya membebel sesama sendiri termasuklah ak...

    salam

  • SoReNsEn

    alhamdulillah.. banyak respon yg aku terima berkaitan dgn perkara ni. dan sebagaimana terbukanya aku utk membincangkan isu uspot ni, begitu jugalah terbukanya aku utk menerima kritikan dpd apa yg aku tlh katakan. aku sgt sukakan perbincangan,ok..

    baiklah, berkenaan dgn komen yg last kat atas ni.. mungkin ada sedikit point yg aku perlu betulkan.

    1) memang benar, sebagaimana korang aku pun pernah melalui zaman kanak2 yg mana masa tu mmg kita tak diberi kebebasan utk buat perkara sesuka hati. tapi perlulah diingat, ms tu kita perlu dikawal sbb kita budak2 lagi dan belum tahu berfikir. kenapa kita hanya boleh masuk ke ipt sekurang2nya selepas umur 18 tahun? tentulah sbb kita dah boleh berfikir sendiri kan? kalau nak ikutkan, semua kawalan tujuannya adalah baik. tapi, kalau tahap relevannya boleh dipersoalkan, masih ke kita nak biarkan perkara tu berlarutan? sedangkan syarikat2 dan badan kerajaan pun ada khidmat pelanggan utk mendengar masalah pengguna, sedangkan kpdnhep pun boleh diwujudkan utk menegakkan hak pengguna. so mcm mana? kalau membuat aduan tu adalah perkara yg dianggap kebudak2an, maka aku pun xtau sbnrnya pada tahap mana kepuasan pengguna tu perlu diletakkan. mungkinkah sekepuk duit merupakan satu2nya cara yg boleh menyelesaikan semua masalah kepenggunaan kat dunia ni, agaknya?

    2) benar, aku setuju 100% kalau kita perlu sesuaikan diri dgn keadaan. itulah yg telah aku usahakan, sbb aku rasa perkhidmatan yg uspot cadangkan utk diberikan kpd student upm (sebelum ni) tak sesuai dgn keadaan kita zaman sekarang. perlu diingat ye, uspot diwujudkan sebagai satu kemudahan. tapi, apa bezanya kemudahan tu, kalau akhirnya student2 terpaksa gak membayar utk pergi ke CC disebabkan perkhidmatan yg terlalu lembab dan dikawal? aku setuju dgn pendapat bhw zaman senior2 kita dulu xde internet pun boleh succeed. so kalau itulah pointnya, apa kata kalau aku cadangkan.. semua perkhidmatan internet yg ada dlm kampus ni kita putuskan je. yelah, sebab itukan keputusan berdasar case study sebelum ni. tapi, mestilah dikritik juga sbb tak mengikut peredaran zaman kan?

    kesimpulannya, point aku sgt jelas dan ringkas. kalau pihak uspot mmg serius nak memberi perkhidmatan terbaik, sepatutnya diorg kne dgr dulu apa mslh yg mungkin akan timbul akibat polisi yg diorg buat utk perkhidmatan ni. bukan sekadar berbincang sesama diorg saja, melihat dr sudut kepentingan mereka. aku yakin, takkan la ibu bapa dan lecturer senang2 je nak salahkan uspot sbb tak strict dlm memberi perkhidmatan internet dgn anak/student mereka. itulah yg menguji tahap versatil kita sbg student, sejauh mana kita bijak menggunakan kemudahan yg diberikan. apa maknanya kawalan2 ketat sekalipun, andaikata ianya cuma bertujuan utk menyusahkan student pd kebanyakan masa. mungkin utk student yg bermasalah, kawalan tu adalah solution. tapi kenapa tak fikir, kalau benda yg dikatakan sbg solution tu adalah masalah kpd pelajar yg benar2 hendak memanfaatkan perkhidmatan tu sendiri? dpt lihat tak betapa pointless nya kawalan tu dari sudut ini?

    but so far, alhamdulillah. sepanjang bbrp bulan lepas aku tulis entry ni, perkhidmatan uspot dah banyak meningkat. wpun kdg2 still ada mslh, tapi aku anggap itu sbg mslh biasa. yelah, xde benda yg perfect kan. yg penting, aku tau ada staff uspot yg dah mendengar suara hati aku dkt blog ni (aku boleh trace org yg akses blog aku dr mana, sbb tu aku tau). so pd kesempatan ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pd staff yg prihatin terhadap mslh yg aku suarakan dan aku akui ianya dah banyak membantu kami.

    semoga uspot terus berkualiti pd masa yg akan datang.

  • Tanpa Nama

    hehe
    sowie kalau akoo post lambat sangat
    baru jek terbace ni
    cam kelaka lak bace komen korang2 ni
    tp kesian pon ade
    mungkin pihak uspot
    tengah berusaha nak mmperbaiki
    sistem nii
    paham2 lak bhep camne kan
    kalau bukan kroni
    jangan arap r nak senang
    juz nak gtaw
    uspot kat kosass nii sangat r sedap
    mungkin sebab dekat ngan astaka kot?
    hehehehe
    moral of da story; jum pindah kosass ramai2...nanti ley layan tenet ngan lancar
    huhuhu
    jangan amek ati taw

    brasso_kosass_pelanduk

  • SoReNsEn

    brasso: thx 4 ur comment. sbnrnya cepat atau lambat tak jadi isu utk bincangkan psl uspot ni.. sbb perkembangannya mmg sentiasa ada.

    aku taknak persoalkan psl bhep menganaktirikan sesapa. itu bende yg kte tak nampak,so kalau nak ckp pun xtau betul ke tak. cuma yg kte boleh lihat adlh kualiti perkhidmatan uspot, cukup setakat tu saja.

    perkembangan terbaru? mesti korg prsn service internet seluruh upm down selama lbh 24 jam dr kelmarin kan? ya, sbb diorg tgh buat major maintenance, dan baru siang tadi aku terperasan yg service uspot dah dimulakan di fakulti. bagi aku mmg bukan perkembangan yg baik. maknanya, lepas ni andaikata uspot yg kte pakai kat kolej skrg bermasalah, kte takleh tumpang wifi kat kampus dah.. sbb kemungkinan besar wifi2 lain yg takde password kat upm ni akan dimansuhkan.

    habis tempoh 40 jam seminggu? masalah teknikal wifi? akhirnya, tauke cc di SS juga yg merasa gembira. thx uSPOT UPM :)

  • Tanpa Nama

    Skrg tahun 2015 baru trjumpa blog nih. Uspot dh 100mbps tapi takde beza ngan 2008 dlu. Dh putus trus pon ade. No internet access katanya walau dapat capaian uspot tu. Trangtangtang. Bersemadilah uspot.

  • sorensen

    Sabarlah juniorku.. kami pernah rasa benda yg korang lalui tu. cuma mungkin korg bernasib baik sbb skrg ni liputan wireless broadband dah luas dan laju, tak mcm masa kami study dulu.. so pandai2 lah manfaatkan semua tu ya..

    p/s: try google "bypass kuota broadband", mungkin itu boleh membantu :)