Empat hari yang HECTIC!

oleh sorensen pada 08 Julai 2008 dalam ,

Tah dari mana la aku nak mula cerita.. sejak hari sabtu lepas badan aku ni dah rasa mcm robot dah. Asik bergerak je, maklumla sem baru dah start kan.. Pendek kata mmg rasa lain la hidup aku beberapa hari ni, mungkin still terkejut kot sbb dah 2 bulan mengangkang kat rumah takde kerja..
Sampai kat KLIA

Terus naik KLIA Transit ke Bandar Tasik Selatan (sunyi kan train ni?)

Aku tak terus balik ke kolej lepas sampai kat bandar tasik selatan tu. Merza jemput aku, bawak ke rumah omar. Kenapa? Sebab ofis kolej tak bukak lagi hari Sabtu tu, TAKLEH AMIK KUNCI! Aku tension sgt. So mlm tu aku bermalam la kat rumah sewa omar, kat cheras.
Flat rumah sewa omar

Hari ahad barula merza dgn omar hantarkan aku ke UPM naik kete. Guess what, jeng3.. aku dah BERPINDAH KOLEJ? Yes.. skrg aku dah takde kat KPZ lagi... pindah K12.. demi sedikit ketenangan setelah setahun jadi BALACI TAK BERBAYAR felo blok pintar yg CHANTEK tu!!

Dah takde gambar ye.. aku penat sgt beberapa hari ni. Cabaran utama aku awal sem kali ni adalah utk menyesuaikan diri dgn persekitaran baru di K12. Aku tinggal bilik single, satu blok aku tu (blok L7) semuanya bilik single. So aku mmg tak kenal sape pun kat situ. Bt masa ni la, aku berdoa jugak semoga akan dapat kawan2 baru dlm masa terdekat ni, takdela tension sgt. Rasa mcm nak gila pun ada dh ni.. tapi aku bersyukur la, at least aku dah tak tension nak fikir pasal sape2 pun yg menyakitkan hati kat kpz tu (kecuali kwn2 aku).

Demi ketenangan diri, aku perlukan sedikit pengorbanan. Kpd kwn2 aku, aku syg kat korg k. Jgn risau, aku pindah kolej je. Tapi aku takkan lupa kat korang nye. Nanti ada masa aku jenguk2 korg k.. insya allah..


Comments seterusnya...