Bukit Bintang & Festival SamRah KL 2008

oleh sorensen pada 12 Julai 2008 dalam ,

Semalam aku keluar ke bukit bintang dgn dabong. Plan utamanya adalah untuk melihat konsert Festival SamRah Kuala Lumpur 2008 yang diadakan di Bintang Walk (kat seberang jalan Lot 10). Festival ni dah pun bermula sejak 4 julai lepas, diadakan setiap hujung minggu sehingga hujung bulan julai ni. Tapi kebanyakan penyanyinya bukanlah org arab sendiri, mostly org2 tempatan dan dari indonesia.

Ktorg bertolak keluar awal, lebih kurang pkl 4.30 ptg wpun konsert tu cuma akan bermula pkl 8.30 mlm. Bukan pe, ni 1st time aku kuar ngan dbong ke bukit bintang. Sedia maklum dua2 sama2 gila berjalan, ha.. mmg kena sgtlah kan!

Ni la tempat2 yg ktorg sempat ronda ms kat bukit bintang smlm..

Bukan ke bukit bintang namanya kalau tak ke PAVILION

Atas & bawah: Kat dalam PAVILION, lebih kurang je mcm Midvalley


Ktorg tak lama kat Pavilion, xde mende nak beli. Lepas kuar dpd Pavilion tu pun awal lagi, ktorang pun pg la ke bukit bintang plaza & sungei wang plaza. Dekat2 situ je, jalan kaki tak sampai 10 minit dh sampai. Lepas ronda2 kejap kat BB plaza dgn sungei wang, pegi la pulak ke Lot 10.

Lot 10

Atas & bawah: Kat dlm Lot10

Tak lama pastu, konsert pun bermula pd pukul 8.30. As we expected, mmg ramai sangat warga2 arab daripada pelbagai negara yg dtg tengok konsert tu. Tak ketinggalan warga2 asing yg lain turut sama memeriahkan keadaan. Org local mcm ktorg ni sikit je yg layan lagu arab.. huhuh..



Tak byk gambar yg aku amik smlm, sbb tak brp excited sgt. Walaupun tak dinafikan bhw aku dgn dabong adlh penggila lagu2 arab, namun demikian ktorg setuju bhw konsert ni smlm xbrp best. Bukan pasal apa, aku minat lagu2 arab berentak moden dan bukan lagu2 samrah @ khalijeeya. Bagi dabong plak, ada sesetengah lagu khalijeeya di bleh layan, tapi dlm semua lagu yg sempat ktorang dgr semalam tu, xde satu pun yg menepati citarasa masing2. Sebelum balik semalam sebenarnya ada betty banafe yg buat persembahan (lagu waiyak). Tapi aku tak sempat nak amik gambar dia. Kecik je org dia rupanya :)

Tapi mmg enjoy la kuar smlm. Aku pun baru tau gak rupanya area bukit bintang tu mmg dikuasai oleh org2 arab dah masa ni, ramai sgt diorg kat situ. Sampai aku pun dah rasa lain mcm dah. Lain mcm yg cmne? Takyah la aku bgtau.. hehe..

Oh ya.. kat sungei wang smlm aku sempat beli backpack. Discounted price katanyer, tu pun lepas lenguh kaki berjalan nak mencarik. Dbong cari sandal, tapi tak dpt pun. Sabar la dbong ye.. ngeh3..

Dah lama mengidam backpack BHPC...


Comments seterusnya...