Long live D' aLaM mAyA SoReNsEn!

oleh sorensen pada 01 Jun 2008 dalam

Wah, sedar tak sedar rupanya dah genap setahun aku menulis dalam blog ni. Bila aku belek2 balik entry yang lepas, banyak jugak cerita2 aku sendiri yg dah boleh buatkan aku sendiri gelak rupanya.. maklumla, lama la jugak kan setahun tu, hehe! Kalau korang perasan satu benda, sepanjang aku tulis blog ni mmg takde satu pun antara entry yg ada memaparkan imej aku atau sesiapa yg aku kenal secara jelas. Jgn hairan, polisi tu aku buat untuk memberi sedikit ruang privasi kepada keluarga, kawan2 dan aku sendiri. So pada yg kenal tu, kenal la.. kalau tak kenal buat2 jela mcm kenal ok ;) Sebagaimana yg aku pernah jelaskan dalam entry pertama aku dulu, aku tak pasti hala tuju blog ni yg sebenarnya.. dan perkara tu sedikit sebanyak masih berlarutan smp sekarang. Sbb tu entry yg aku tulis kat dalam ni jarang memaparkan kisah peribadi aku, sebaliknya lebih kepada interest dan minat aku (terutamanya terhadap teknologi-teknologi baru).

Jadi sempena genap setahun blog D' aLaM mAyA SoReNsEn ni, aku harap korang dah mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan maklumat, sama ada yg berkaitan atau tak berkaitan dgn korang ;) Aku sgt menekankan kualiti utk setiap entry yg aku tulis kat dlm ni, so kalau korg rasa ada apa2 yg korg nak aku tulis atau ada apa2 yg korg nak complaint, bgtau je kat shoutbox tu k. But make sure dgn cara yg konstruktif la, bukan mencarut.. hehe!

Long live...
D' aLaM mAyA SoReNsEn!


Comments seterusnya...